Tuesday 21 April 2015

Cerpen : Yes! Saya suka awak

Tajuk : Yes! Saya suka awak
Penulis : Mira Afendy
Tarikh post : 21 April 2015





“Ha?”

“Ye, saya suka abang! Saya, Nurin Aliya binti Azmi, sukakan  Muhamad Thaqif bin Othman!” sekali lagi ayat keramat itu meluncur keluar dari mulut comel itu. Makin terpinga Thaqif dibuatnya.

“Tapi..”

“Abang mesti suka saya jugak kan?” tebak Nurin. Kening diangkat double jerk. Kemudian dia tersengih-sengih sendiri.

“Tak, bukan macam tu. Maaf, abang hargai perasaan awak terhadap abang tapi.. abang tak suka awak.” Mati terus senyuman Nurin. Kedengaran beberapa orang yang menyaksikan kejadian itu juga tergelak-gelak kecil. Nurin tunduk. Mukanya mula memerah.

Pakkk!

Sebiji kusyen melayang tepat mengena kepalanya. Nurin tersentak.

“Hoi! Sudah-sudah la tu Nurin Aliya oi. Dah dia tolak cinta kau, buat apa lagi kau nak teringat kat dia. Kot kot sekarang ni dia tengah berbahagia dengan kekasih hati, kau kat sini makan hati. Berbaloi ke?” bebel Nabila. Bosan dia melihat Nurin asyik termenung saja sejak membuat pengakuan berani mati dihadapan senior yang diminatinya itu.

“Tak kisah la kau nak cakap apa pun. Yang aku tahu, aku takkan berputus asa! Aku betul-betul suka kan dia Bell!” Nurin tekad. Perkara yang memalukan itu harus dilupakan demi mendapatkan lelaki yang betul-betul sudah berjaya merebut hatinya sejak dia menjejakkan kaki ke Universiti ini.

“Kau tak serik ke? Kita bukan zaman sekolah tau. Ni dah zaman university.” Nabila sekali lagi mengingatkan Nurin.

“So? Salah ke aku suka dia?”

“Tak salah tapi dia dah bagitahu kan yang dia tak suka kau. So, stop la memalukan diri kau sendiri. Berhenti sukakan dia.” Nasihat Nabila pula.

“Bell, aku takkan putus asa. Aku tak boleh putus asa. Aku bukan seorang yang cepat mengalah. Aku yakin, suatu hari nanti, dia mesti suka kan aku. Kau tengoklah nanti.” Ujar Nurin penuh yakin. Ye lah, apa kurangnya dia? Nak kata tak cantik, ramai aje kawan-kawan perempuan Thaqif yang seribu kali lagi tidak cantik daripada dia. Nak kata dia tak pandai, dia takkan masuk University ini kalau dia tidak cerdik. Jadi apa kurangnya dia di mata lelaki itu? Nurin bingung sendiri.

Nabila sudah menepuk dahi. Otak terbalik kea pa minah ni? Apa la jampi si Thaqif  tu pakai sampai minah ni jadi gila meroyan sampai macam tu sekali? Betul-betul parah ni!

________________

“Kekadang hati ku bertanya, adakah dia dah berpunya, kerana diriku merasa, aku jatuh hati padanya.”  Lagu Aku Suka Dia nyanyian Ainan Tasneem didendangnya perlahan. Kad pelajar diputar-putar. Skinny merah dipadankan dengan peplum biru laut. Wide shawl merah turut dililit kemas dikepala. Beg jenama Guess gah tergantung dibahunya. Nurin Aliya berjalan beriringin dengan Nabila menuju ke CafĂ© yang berdekatan.Tiba-tiba langkah Nurin terhenti.

“Thaqif?! Ya Tuhan! Ya Tuhan! Ya Tuhan! Handsomenya Thaqif hari ni. On camera! On camera!” Kelam kabut Nurin mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg. Beberapa keping gambar candid Thaqif diambil. Dia tersenyum puas hati melihat hasilnnya. Tak sangka dapat jumpa Thaqif hari ni! Fikirnya lelaki itu sibuk menyiapkan projek berkumpulan memandangkan tarikh hantarnya sudah dekat. Tapi boleh pula dia terserempak dengan lelaki itu yang sedang berbual kosong disini. Dari mana dia dapat tahu semua tu? Dia kan stalker professional. Semua tentang Thaqif ada dalam tangannya.  Nurin tergelak di dalam hati.

“Kau memang tak ada kerja lain kan selain kumpul gambar candid mamat tu?” soal Nabila seraya melabuhkan punggungnya dikerusi dicafe itu.

Nurin yang sedang ralit menilik gambar yang diambilnya tadi hanya mendiamkan diri. Bibirnya melirik senyum panjang.

“Eii.. bawak-bawak lah insaf Nurin oi..” Nabila menjeling. Meluat pula dia melihat senyuman Nurin itu. Macam taka da kerja lain nak dibuatnya selain menjadi stalker tegar si Thaqif tu. Betul-betul membazirkan masa!

“Bising la kau ni, Bell. Biarlah aku nak ambil gambar dia pun. Kenapa? Kau jealous eh aku tak ambil gambar kau?” usik Nurin sambil tersengih sengih. Nabila buat gaya meluat.

“Tak ada maknanya aku nak jealous. Aku cuma penat tengok beratus-ratus keping gambar dia yang kau tampal kat dinding bilik kau tu. Bila aku masuk dalam bilik kau, dah rasa macam masuk muzium seni, kau tau tak? Tu belum campur dalam album lagi. Nurin, bila kau nak taubat dari buat kerja gila macam ni?” bebel Nabila panjang. Sakit hatinya melihat Nurin yang seperti tidak mengendahkan bebelannya itu.

“Hey guys!” tiba-tiba seseorang menyapa mereka berdua. Kedua-duanya berpaling. Nizam yang tersengih-sengih terus duduk bersebelahan Nurin tanpa dipelawa.

“Apehal ni Bell? Masam je aku tengok?” sapa Nizam. Pelik melihat sahabat wanitanya ini. Seorang masam, seorang lagi senyum sampai telinga. Tak ke pelik tu?

“Ni ha? Tengok la minah ni. Betul-betul dah parah. Kuat betul pengaruh Setia Hujung Nyawa sampai jadi gila bayang macam ni.” Bebelan Nabila makin bertambah tetapi Nurin hanya buat tidak dengar saja.
Nurin kemudiannya mengeluarkan speket sticky note dan beberapa batang marker berlainan warna. Tersengih-sengih dia memandang Nabila dan juga Nizam. Nabila yang melihat menepuk dahi.  Ni tak lain tak bukan, terpengaruh dengan watak Hairul Azreen la ni.

“Dengar  sini ek, Nurin Aliya, lepas ni jangan harap aku bagi kau tengok cerita tu lagi. Nanti entah apa lagi kau terpengaruh pun aku tak tahu la,” rungut Nabila.

“Kau ingat idea kau bagus sangat? Tak dapat tengok kat TV, aku tengok kat internet. Zaman dah maju la Bell.” Ujar Nurin sambal ketawa.

“Kau nak buat apa dengan sticky note tu?” soal Nizam pula apabila dia hanya mendiamkan diri dari tadi.

“Kejap.” Nurin menulis sesuatu di atas sticky note tersebut. Emoticon smiley turut dilukis. Dia kemudian mengangkat sicky note tersebut dan menayangkan benda alah itu kepada Nizam disebelah dan kepada Nabila.

‘SAYA SUKA AWAK. :)’

“Kau nak bagi kat dia?” Tanya Nabila. Nurin menggelengkan kepala. Nizam pula kembali mendiamkan diri.

“Dah tu?”

“Aku nak tampal kat buku dia,” kata Nurin dengan sengihan panjang.

Nabila menepuk dahi. “Suka hati kau lah nak buat apa pun. Jangan menyusahkan aku sudah!” pesan Nabila. Dia penat untuk terus menasihati Nurin yang keras kepala ni.

Nurin hanya tersenyum memandang gambar-gambar lelaki pujaannya. Entah kenapa, yakin benar dia yang Thaqif akan jatuh cinta padanya suatu hari nanti. Nizam disebelah hanya merenung wajah ceria Nurin. Sedikit demi sedikit, perasaan kecewanya makin menebal. ‘Kenapa Nurin tak putus asa mengejar cinta orang yang tidak mencintainya?’ Nizam benar-benar tidak faham.

______________________

Nurin duduk bersila diantara rak-rak buku diperpustakaan. Sekejap-sekejap kepalanya terjenguk-jenguk ke arah tempat duduk Thaqif. Sticky note ditangannya dibelek-belek. ‘Hish.. bila dia nak bangun ni?’

“Hoi! Kau buat apa kat situ? Terhendap-hendap macam orang buat salah je.” Soal Nizam yang kebetulan lalu dan melihat Nurin disitu. Nizam lantas mencangkung dihadapan Nurin.

“Diam lah. Kau tak tahu misi jihad aku ni.” Jawab Nurin. Matanya dari tadi tidak lepas memandang sudut sebelah kanan. Nizam yang ingin tahu turut memandang kea rah yang sama. Kemudian keluhan panjang dilepaskan. ‘Dah agak dah..’

“Jihad lah sangat. Jihad yang tak mendatangkan pahala langsung! Kalau kau pergi tolong makcik cleaner kat luar tu ke atau belanja aku makan ke seribu kali lagi baik lah..”

Nurin memandang Nizam dengan pandangan tajam. Kemudian jari telunjuknya diletakkan di bibir. “Boleh diam tak? Ni kan library” ujarnya geram.

Nizam tersengih. Kepala yang tidak gatal digarunya.

“Nizam.. kau nak pahala free tak?” soal Nurin tiba-tiba.

“Hmm.. Kerja amal ni berfaedah ke tak?”

“Tak berfaedah bagi kau, tapi berfaedah bagi aku.”

“Akan dipertimbangkan.. Kau nak minta tolong apa?”

Nurin tersengih. “Kau tolong aku alihkan perhatian Thaqif. Aku nak letak stick note ni kat buku dia lah.. Tolong ye? Pleaseee….” ujar Nurin sambil buat muka ala-ala budak cute. Sengaja meraih simpati.

“Malas lah. Tak kuasa aku nak bercakap dengan dia.” Bantah Nizam. Memang dia tak kuasa pun.

“Ala Nizam. Boleh la, boleh la. Kau tak kesian kat aku ke? Kita kan bestfriend. Lagipun dulu kau cakap kau sayang aku. Lepas tu kau cakap kau sanggup buat apa je asalkan aku happy. Takkan benda kecil macam ni pun kau tak boleh tolong aku..” Nurin guna reverse psychology. Nizam yang melihat wajah merayu Nurin mula rasa serba salah.

“Ye lah, ye lah!” Nizam bangun lalu mengatur langkah menuju ke arah Thaqif. ‘Nurin.. Nurin.. sebab sayanglah aku sanggup buat tau tak. Tak nampak lagi ke keikhlasan aku ni lebih daripada seorang kawan?’ ujar Nizam dalam hati.

“Thaqif, Madam Azzyati panggil kau.”kata Nizam apabila dia melabuhkan duduk dihadapan Thaqif. Thaqif terpinga seketika.

“Kenapa cari aku?” soal Thaqif.

“Mana lah aku tahu. Aku bukannya busybody semua hal aku nak ambil tahu. Dah, pergi jumpa dia. Dia ada kat bilik sebelah library ni.” Beritahu Nizam. Kalau Madam Azzyati betul-betul ada kat bilik sebelah, mati dia. Nizam terus berlalu pergi. Thaqif kemudian bangun menuju ke bilik sebelah. Nurin yang sedari tadi menyembunyikan diri di sebalik rak mula meloncat keriangan. Sayang kau Nizam!!

Nurin bergegas ke tempat duduk Thaqif. Satu buku nota Thaqif yang terdapat diatas meja dicapai dan dibuka. Dilekatkan sticky note berwarna merah hati itu. Buku ditutup kembali dan diletakkan ditempat asal. Dia kemudiannya berlari menjauhi tempat duduk Thaqif dan keluar dari perpustakaan sebelum kelibat Thaqif kelihatan.

__________________

“Bell! Nampak Nizam tak?” Tanya Nurin. Matanya melilau mencari kelibat Nizam.

“Buang tabiat ke apa? Selalunya Thaqif je yang kau cari.” Nabila cuba serkap jarang.

“Aku nak belanja dia. Dia dah tolong aku semalam.”

“Tolong? Tolong apa?”

“Adalah..” ujar Nurin dengan sengihan. Nabila memandang Nurin tajam. Tergelak Nurin dibuatnya.

“Nizam tolong aku stick note kat buku Thaqif lah,” terang Nurin dengan senyuman yang makin melebar. Nabila tepuk dahi. Masalah-masalah!

__________________

Thaqif melambakkan sticky note yang berwarna-warni dengan pelbagai kata-kata romantis diatas meja kopi diruang tamu. Terbeliak mata Farid dibuatnya.

“Biar betik? Banyak gila kot kau dapat sticky note ni. Serious kau dapat banyak ni dalam seminggu?” Tanya Farid sambil tangannya ligat membelek belek sticky note itu . Dia membaca satu persatu ayat diatasnya.

 ‘AWAK ROMEO SAYA’

‘SAYA SUKA AWAK :)’

‘ASSALAMUALAIKUM KEKASIH’

 Farid kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

“Yupp! Aku pun dah naik pening nak cari siapa punya kerja ni.”

“Kau rasa siapa?” soal Farid. Thaqif hanya menjongket bahu. Dia pun tak sempat nak fikir siapa dalang disebalik sticky-sticky note ini. Assignment yang berlambak-lambak itu pun tak sempat nak ditangani, inikan pula manusia pelik yang begitu obsess pada dirinya.

“Aku rasa aku tahu siapa punya kerja ni..” ujar Farid pula sambil memikirkan sesuatu. Thaqif memandang Farid dengan dahi yang berkerut.

“Siapa?”

“Budak perempuan tu lah!”

“Budak perempuan tu? Budak perempuan mana?” soal Thaqif bingung. Budak perempuan mana yang dimaksudkan oleh Farid ni?

“Jap.. kau tengok ni eh..” Farid kemudianya berdiri.

“Abang Thaqif, saya suka abang. Saya Nurin Aliya, sukakan Muhamad Thaqif bin Othman.” Sesudah dia meniru gaya Nurin, dia tergelak sendirian. Thaqif hanya terdiam. ‘Budak perempuan tu ke..’ fikirnya.

“Nurin Aliya?” soal Thaqif. Farid mengangguk.

“Yang pakai tudung belit-belit tu?” Farid angguk lagi.

“Yang comel-comel tu?” Farid angguk juga.

“Plus yang mulut kecoh kepoh tu.” Tambah Farid dengan sengihan. Kemudian dia kembali 
duduk disebelah Thaqif.

Thaqif terdiam. ‘Dia ke? Tak mungkin lah.. Dah beberapa minggu tak nampak batang hidung budak tu. Entah-entah dia dah pindah kolej sebab malu ditolak..’

“Tak mungkinlah dia..” bangkang Thaqif tidak percaya.

“Apesal pulak tak mungkin?”

“Aku dah lama tak nampak budak tu..” ujar Thaqif lagi.

“Kau tu memang susah nak nampak orang. Si Fathia budak paling hot dalam kelas kita yang sukakan kau pun kau tak nampak, inikan pulak Nurin.”

“Habis tu kenapa kau tak tuduh Fathia yang buat ni semua?” soal Thaqif sengaja.

“Bro, kau cuba fikir. Siapa yang berani mati buat pengakuan dekat kau face to face tu?”

Thaqif mengerutkan dahi mendengar soalan Farid. “Budak perempuan tu lah..”

“Yes, budak tu lah! Fathia mana pernah luahkan perasaan pada kau macam tu. Budak tu seorang je yang ada motif sekarang ni.” Ujar Farid bersungguh. Dia betul-betul yakin ini Nurin Aliya yang punya kerja.

“Are you sure?” soal Thaqif lagi.

“Siapa lagi buat kerja gila dalam kolej ni? Cerita sikit kat aku.” Farid mengetap bibir. Apehal lah sahabatnya ini susah nak percaya?

Thaqif terdiam. Alasan si Farid ni ada betulnya jugak. Dalam ramai-ramai perempuan dalam kolej ni yang dia kenal, hanya budak Nurin tu sorang je berani buat kerja gila ni. Tapi, tak cukup lagi ke pengakuan berani mati dia hari tu?

“By the way Qif, esok Prom Night kan? Baju kau dah ada?” soal Farid pula mengubah topic perbualan mereka.

Thaqif tersengih. “Ni Thaqif lah. Of course dah siap ‘tuxedo’ aku tu.” Thaqif tergelak. Sengaja nak menyakat Farid. Dia tahu yang Farid punya baju tak siap lagi. Farid buat gaya menyampah.

“Partner?”

Senyuman Thaqif mati. “Perlu partner ke?” soalnya geram. Single pun still boleh hadir apa?

“Kalau susah susah sangat kau rembat je la si Fathia jadi partner kau. Tak pun ‘budak perempuan tu..’” Farid tergelak kemudian berlalu meninggalkan Thaqif. Thaqfi mencebik. Spoil!

_________________

Nurin melangkah masuk ke dalam Dewan Kenanga. Banyak mata-mata yang memandang ke arahnya. Nurin hanya buat tak tahu. Matanya meliar mencari kelibat Thaqif namun tidak kelihatan. Takkan Prom Night tak datang kot?

Tiba-tiba seseorang merempuhnya dari belakang. Nurin berpaling.

“Oh ni la budak tak tahu malu yang buat pengakuan berani mati depan Thaqif hari tu?” salah seorang daripada tiga budak perempuan yang merempuhnya tadi berkata. Nurin kenal mereka. Mereka kawan sekelas Thaqif!

“Haah.. Ni la perempuan yang tak ada maruah tu.” Ujar perempuan yang memakai dress berwarna pink itu pula. Fathia melihat Nurin atas bawah. Kemudiannya dia mencebik.

“Tak ada la cantik sangat. Tapi ada hati nak pikat Thaqif.” Ujarnya sambil menyilangkan tangan. Nurin cuma diam. Dia tidak ada niat ingin bertengkar. Ya, mungkin dia perempuan yang tidak tahu malu, tapi dia perempuan bermaruah! Dia Cuma mengejar apa yang dia inginkan. Itu saja. Salah ke?

Tiba-tiba seseorang menarik tangan Nurin menyebabkan gadis itu tersentak.

“Mungkin dia tak cantik bagi korang. Tapi sekurang-kurangnya dia ada hati yang suci dan lebih baik daripada korang!” ayat pedas yang keluar daripada mulut Nizam betul-betul membakar hati tiga gadis itu.

Fathia merengus geram. “Jom girls, tak payah layan dua makhluk kurang siuman ni. Sorang perempuan tak tahu malu, sorang lagi mulut longkang. Memang sepadan!” Habis saja dia berkata-kata, dia terus melangkah meninggalkan mereka berdua.

“Kau tak patut cakap macam tu..” marah Nurin sambil memukul lembut lengan Nizam.

“Diorang lagi tak patut cakap kau macam tu.” Marah Nizam kembali. Geram bila teringat kata-kata gadis tadi. Nurin pulak takkan diam je, sepatutnya dia melawan lah!’ bentak Nizam dalam hati.

Nurin terdiam. Genggaman tangan Nizam pada tangannya dirungkai. ‘Bila masa pulak mamat ni pegang tangan aku?’

Nizam yang tersedar tangannya memegang tangan Nurin , cepat-cepat dilepaskan. Nurin pula tunduk. “Sorry, tak sengaja.” Ujar Nizam lembut.

“Its okay. Hmm.. By the way, Bell mana ye?” soal Nurin pula.

“Dengan siapa lagi. Partner dia lah!” Nurin tergelak. Untungnya orang ada partner! Kemudian matanya kembali mencari Thaqif.

“Hmm.. Kau nampak cantik malam ni.” Puji Nizam perlahan. Nurin tersengih. Malam itu dia mengenakan dress bertingkat berwarna Turqoise dan tudung half-moon berwarna pink yang disarung teliti. Mukanya dirias cantik. Wedges 4 inci tersarung dikakinya. Fuh! Gila tak cantik? Nurin tergelak sendiri.

“Kau pun nampak handsome malam ni.” Balas Nurin pula. Giliran Nizam pula tersengih.

“Hmm.. Nurin, kau nak tak…” belum sempat Nizam menghabiskan katanya, Nurin mencelah.

“Jap! Thaqif…” ujarnya perlahan. Matanya dibekukan pada susuk tubuh Thaqif yang tidak jauh dari mereka berdua. Nizam sudah buat muka kecewa.  Dia memandang Nurin. Kalau ikutkan hati, nak saja dia tutup mata Nurin tu daripda melihat Thaqif. Apa yang ada pada lelaki itu pun dia tidak tahu sampai Nurin tergila-gila macam ni.

Bibir Nurin mengukir senyuman. Omg! Handsomenya Thaqif malam ni!

_________________

Thaqif hadir dengan pakaian yang sempoi. Kemeja petak biru laut disarung diabahagian luar manakala baju T berwarna pink lembut dibahagian dalam. Dipadankan dengan jeans. Rambut pula dicacak-cacakkan.

“Cett, pakai macam ni punya simple pun orang tegur handsome?” kata Farid.

“Dah nama pun jejaka pujaan ramai,” Berlagak! Thaqif tergelak.

“Tadi aku nampak Nurin. Cun gila dia malam ni. Tapi macam dah ada partner je. Ke dia dah berhenti usha kau ni?” Farid mengusik Thaqif dengan sengihan.

“Nurin Aliya?” soal Thaqif inginkan kepastian.

“Ye lah! Nurin mana lagi?”

“Oh. Mana dia? Tak nampak pun.” Mata Thaqif mula mencari kelibat Nurin.

“Tu, tengah tengok kau dari tadi.” Farid memuncungkan mulutnya ke arah Nurin. Mata Thaqif 
turut menghala kea rah yang ditunjukkan. Matanya terpaku seketika.
Nurin gelabah. Pandangannya dialihkan. Dia pandang aku? Dia pandang aku! Nurin tergelak kecil. Nizam yang melihat mula pelik.

“Kau okay ke tak ni?” soal Nizam pula.

“Jap eh..” Nurin cepat-cepat melarikan diri ke arah pentas. Ada satu rancangan yang telah dirancangnya untuk Thaqif. Semuanya untuk Thaqif seorang saja! Dia tersenyum bangga. Nizam ditinggalkan terpinga-pinga sendirian.

Dari sudut lain, Fathia tersenyum sinis. “Girls, malam ni, perempuan tu akan mendapat malu yang tak mungkin akan dia lupakan seumur hidupnya. Kita tengok, sejauh mana maruah perempuan yang tak tahu malu tu!” Fathia gelak sinis.

Sarah dan Melisa juga turut tergelak. Mereka tahu apa yang telah dirancangkan oleh Fathia.
‘Mampus kau, Nurin!’ ujar Fathia dalam hati. Senyuman sinis masih terukir dibibirnya.

____________________

Tiba-tiba lampu di dalam Dewan Kenanga gelap. Suasana yang tadinya tenang sedikit kecoh.

“Perhatian semua. Malam ni kita ada satu persembahan yang istimewa dari seseorang yang sangat cantik pada malam ini dan harap anda semua terhibur. Terimalah, Nurin Aliya dengan lagunya I Love You!” bergema bunyi tepukan gemuruh selepas Nazril, selaku host pada malam itu bercakap.

Lampu utama dipasang dan hanya dinyalakan dibahagian tengah pentas dimana duduknya Nurin disitu dengan gitar diriba.

Farid menyiku Thaqif. “She is perform..” bisik Farid perlahan.

Thaqif terpaku. Jantungnya berdegup laju tanpa alasan. Matanya difokuskan pada pentas.

“Ehem.. test test, 1, 2, 3..” ujar Nurin membuatkan sesetengah orang tergelak dengan tindakannya. Thaqif juga turut tersenyum. Kelakar!

“Hmm.. lagu ni saya tujukan buat seseorang. Okay, terimalah…” ujar Nurin lagi. Sebenarnya dia agak gugup, tapi tidak tahu apa yang menghasutnya supaya dia meneruskan rancangan gilanya ini. Berada di atas pentas dan dihadapan khalayak ramai, baru dia tersedar yang kerja ini benar-benar gila!

Nizam hanya merenung Nurin yang berada di atas pentas dengan perasaan kecewa. Dia tahu lagu itu untuk siapa. Dan sudah semestinya, lagu itu bukan untuk dia.

Gitar mula dipetik.

“Terimalah…” ujarnya sekali lagi.

“Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu

I’m sorry but i love you
I’m sorry if i miss you
Even if i can’t have you
You know i’ll always be there for you”

Mungkin kita tak bersama itu takdirnya
Tak mengapa asal kau bahagia
Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you...”

Belum sempat lagi Nurin menghabiskan lagu dan petikan gitarnya, sesuatu yang kuat berbunyi dari atas. Nurin dan seluruh isi dewan mula mendongak. Tidak semena-mena, sebaldi air mengena tepat pada tubuh Nurin seakan-akan kemalangan. Nurin tergamam. Habis lecun bajunya.

Seluruh dewan juga terkejut melihat situasi yang tidak dijangka itu. Nizam yang melihat bertambah geram. Siapa punya angkara ni?! Belum sempat dia bergerak menuju ke arah pentas, seseorang terlebih dahulu bergerak kea rah Nurin. Thaqif?

Thaqif mencapai kain alas meja yang kosong dan berjalan menuju ke arah pentas dimana 
tempat Nurin berada. Sampai dihadapan Nurin, dia meneyelimutkan tubuh Nurin yang lecun itu dengan kain tersebut. Nurin tersentak. Dia kemudiannya menoleh.

“Thaqif..” ujarnya. Matanya sudah tidak dapat ditahan lagi. Air matanya keluar perlahan-lahan.
Thaqif mencapai microfon. Perlahan, dia menyambung nyanyian Nurin tadi sambil matanya merenung ke arah gadis itu.

“Biar aku..
Mencintaimu..
Biar tiada siapa yang tahu..”

Thaqif memulakan nyanyian. Tiba-tiba kedengaran bunyi muzik dari arah belakang. Thaqif menoleh. Nazril tersenyum dan mengangkat ibu jarinya. Thaqif turut tersenyum dan kembali meneruskan nyanyian. Pandangannya dihalakan pada khalayak ramai. Semua bersorak gembira.

“Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu
I’m sorry but i love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you..”

Thaqif memandang Nurin kembali. “ I’m sorry but i love you...” Dia menghabiskan nyanyiannya dengan senyuman. Nurin turut tersenyum. Dia gembira. Dia benar-benar bahagia!
Sebaik sahaja Thaqif habis menyanyi, tepukan gemuruh bergema.

Fathia yang melihat merengus geram. “Kenapa semuanya jadi macam ni?!” soalnya tidak berpuas hati dan berlalu meninggalkan dewan itu.

“Fathia..” jerit Sarah dan Melisa lalu berjalan mengekori sahabatnya itu.

Nizam tunduk. Melihat adegan mesra itu hatinya sedih. Tapi apa boleh buat, Nurin hanya suka pada Thaqif seorang. Dia memang sudah tiada peluang. Perlahan, Nizam juga turut melangkah menuju keluar dewan.

Nabila tergamam. Dia tidak percaya yang Thaqif akan membantu Nurin seperti itu. So Hero! Untungnya Nurin! Semoga Thaqif sudah boleh menerima segala usaha Nurin selama ini. Harapnya dalam hati.

_____________________

Nurin duduk diatas rumput ditaman sambil memandang langit yang luas dan bulan yang bercahaya cantik. Dia menarik kain alas meja itu membaluti tubuhnya. Sayangnya nak tanggalkan! Biarpun ini hanyalah kain alas meja, tetapi ianya istimewa, sebab Thaqif yang bagi. Entah kain siapa yang Thaqif ambil pun dia tak pasti.

Tiba-tiba seseorang menghulurkan sehelai baju kemejanya dihadapan wajah Nurin. Nurin berpaling.

“Pakai yang ni lah. Yang tu bukan saya punya.” Thaqif tergelak kecil. Nurin tersengih. Baju kemeja milik Thaqif bertukar tangan. Thaqif kemudian duduk disebelah Nurin.

"Thanks.." ujar Nurin. Thaqif hanya senyum.

“Kenapa duduk kat luar?” Tanya Thaqif.

“Saja. Ambil angin malam..” Thaqif mengangguk-angguk.

“Abang tak sejuk ke? Tak apa lah,abang pakai lah baju ni.” Nurin ingin mengembalikan baju milik Thaqif kembali tetapi dicegah Thaqif.

“Saya okay..” Thaqif senyum.

“Awak ke yang bagi sticky note warna-warni kat saya?” soal Thaqif terus terang.
Nurin mula gelabah. Kantoi! “Err.. kenapa abang tanya saya?”

Thaqif tersenyum. Dia gelabah! Sah, dia yang bagi!

“Kenapa awak suka saya? Dan kenapa awak panggil saya abang? Setahu saya, saya tak adalah tua sangat.” Thaqif melawak. Nurin tergelak. Tapi sebenarnya dia rasa cemas. Macam mana nak jawab soalan Thaqif ni?

“Kenapa diam?” soal Thaqif lagi.

“Emm.. saya tak tahu kenapa saya suka abang. Tapi yang saya tahu,  first time saya nampak abang, saya dah suka. Love at first sight maybe..” Nurin tergelak kecil.

“Cuma.. yang bezanya, saya bertepuk sebelah tangan. Ya, saya mengaku, saya yang bagi sticky note tu kat buku abang. Tak kisah lah abang nak cakap saya ni tak malu ke, perigi cari timba ke. Saya tak kisah. Tu cara saya bagitahu kat orang tu bahawa saya suka dia. Dan orang tu adalah abang.” Terang Nurin panjang. Thaqif tersenyum. Too honest! Aku suka! Telahnya.

“Dan.. kalau abang tak suka saya panggil abang ‘abang’ , saya takkan panggil lagi..” Nurin tunduk. Dia malu sebenarnya. Tak tahu lah pula orang disana sebenarnya tak suka. Tapi.. dah hati tak suka, apa pun yang dia panggil, Thaqif mesti takkan suka punyalah!

“Siapa cakap abang tak suka? Abang tanya je. Sebab jarang orang panggil abang ‘abang’.” Thaqif gelak kecil. Nurin tersenyum. Tak sangka itu yang akan keluar dari mulut Thaqif.

“Kalau Nurin nak, Nurin boleh jadi bayang-bayang abang..” ujar Thaqif lagi.

“Maksud abang?”

“Nurin lulus ujian! Abang tak pernah jumpa perempuan macam Nurin. Terlalu jujur dengan perasaan sendiri. Kejujuran itu amat penting tau untuk bina satu hubungan yang bahagia. Kalau Nurin izinkan, bagi abang kenal Nurin dulu sebelum kita pergi lebih jauh?” terang Thaqif pula.

Nurin tergamam. Pergi lebih jauh… Pergi lebih jauh! Thaqif terima aku? Yeayy!! Soraknya dalam hati.


“Nurin izinkan!” laju kata-kata itu meluncur keluar dari bibir comelnya membuatkan Thaqif tergelak. Memang betul- betul jujur ni. Nurin tersengih sendirian. Tak sangka usahanya selama ini tidak sia-sia. Walaupun kemalangan malam ini benar-benar menggugurkan maruahnya, sekurang-kurangnya, dengan kejadian itu, dia boleh lebih rapat dengan Thaqif. Dia gembira. Dia bahagia! Nurin tersenyum lagi. Kedua-duanya mendongak memandang langit dengan hati dan perasaan yang sangat bahagia!