Wednesday, 13 August 2014

Macam mana nak jadi bijak?

Assalamualaikum ..

Lama gila tak update blog . Sekarang aku dah selamat masuk universiti dah . Hope dapat jadi lebih bijak dan pandai menguruskan masa lagi lah bila aku dah belajar hidup berdikari ni . First time jauh daripada mummy and daddy (walhal panggil umi abah je) ni, memang rasa nak menangis . Tapi bila kita pandai menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran, alhamdulillah aku masih hidup lagi sekarang ni . *tepukan gemuruh untuk aku* 

Back to the topic di atas , "Macam mana nak jadi bijak?" Kenapa tiba-tiba je aku buat topic ni? Kenapa? Kenapa?! Sebabnya, aku nak jadi orang bijak lah. Dan aku taknak lah bijak sorang-sorang , so jom kita jadi bijak bersama ya. Hahaha . Okay , jom terokai apa yang aku nak sampaikan ni . 


“Rasululllah adalah manusia paling pandai dan bijak dalam sejarah peradaban manusia. Kalau nak pandai dan bijak macam Rasulullah, kena ikut sunnah baginda.

  • Kurma dan susu adalah makanan rutin Rasulullah.
  •  Rasulullah tidak menggalakkan makan makanan yang bercampur ikan dan daging/ayam.
  •  Sunnah ketika makan: makan buah dahulu (Rasulullah makan kurma dahulu sebelum makan benda lain. Kita hanya mengamalkan sunnah ini pada ketika bulan puasa sahaja sedangkan amalan sunnah patut diamalkan sampai bila2.)
  •  Merokok hukumnya HARAM. Sapea suruh merokok.
  •  Dua faktor yang menjadikan seseorang itu bijak. Pertama: Bahasa dan Kedua: Cuaca, bahasa terbaik dipelajari untuk nak jadi pandai ialah bahasa Arab.
  •  Sunnah Rasulullah dalam sukan ialah bermain pedang, menunggang kuda dan memanah.
  •  Nak jadi bijak, banyakkan solat. Pandai dan bijak itu adalah sifat Allah. Manusia tak pandai, manusia tak bijak. Allah yang pinjamkan kebijaksaanNya kepada manusia untuk manusia jadi bijak dan genius. Manusia yang paling genius dalam dunia hanya dipinjamkan oleh Allah tak sampai 0.1% daripada kebijaksaan Allah SWT.
  •  Untuk jadi mulia disisi Allah, untuk berjaya dunia dan akhirat, untuk tidak dizalimi oleh musuh… kuncinya hanyalah TAQWA dan IMAN.
  • Nak jadi org bertaqwa dan nak dapat hidayah dan iman bukan hanya duduk kat rumah buat ibadah.
  •  Penternak ayam takkan tahu betapa busuknya reban ayamnya kerana setiap hari asyik duduk dalam reban ayam sehingga hidungnya sudah lali dengan bau busuk tersebut. Cuba keluar dari reban selama beberapa jam, kemudian masuk balik. Nescaya kebusukkannya akan menucuk hidung.
  •  Sama macam kita. Kalau tak keluar pergi buat dakwah kita takkan tahu alangkah nipisnya iman kita. “Alah… aku solat tak pernah tinggal, puasa tak pernah miss, zakat pon aku bayar, kira beriman lah tu…” Adakah itu yang anda fikirkan? Internet down atau server down setengah jam pon dah mula merah padam muka takut income tak masuk. Itulah betapa lemahnya iman kita.
  • Rakyat palestin dibunuh bukan sebab Yahudi tuh jahat. Rakyat palestin dibunuh sebab kita tinggalkan kerja agama. Kerja yang Nabi bagi kat kita. Orang jahat dilahirkan dan diberi fitrah untuk berbuat jahat, maka mereka buat jahat. Kita ni… dilahirkan sebagai umat Nabi untuk fitrah buat kerja Nabi, adakah kita ikut buat kerja Nabi??? Tugas kita untuk dakwah org jahat supaya berubah dan membuat kebaikan. Adakah kita nak salahkan ibu mengandung kerana melahirkan orang2 yahudi yang jahat?
  •  Adakah semua yahudi itu jahat? Adakah yahudi itu kalau jahat, dia akan jahat selama-lamanya sampai dia mati?
  •  Kita ni, dilahirkan sebagai org Islam, adakah kita ni confirm akan mati sebagai Islam jugak dan masuk syurga? Adakah orang kafir akan mati sebagai kafir dan masuk neraka?

Atas maksud itu kita kena buat kerja, rakan-rakanku. Kerja agama. Kerja Nabi SAW. Yahudi kejam sebab kita tak buat kerja dakwah ke atas mereka. Sharing is caring right? Apa yang aku share ini adalah apa yang aku dapat daripada orang lain. So, selamat menjadi bijak untuk korang dan juga untuk aku. :D