Tajuk : Anugerah dendam terindah
Penulis : Amira Affendi
Tarikh post : 24 Ogos 2013
Kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah baru. Aku sudah kebosanan. Melihat persekitaran sekolah yang jauh berbeza daripada keadaan di sekolah lama aku dulu, sedikit rasa kesal menggamit hati. Sikit saja, tak banyak! Iyalah, sebelum ni aku adalah warga salah sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestasi di Malaysia ni. Sekolah tu dulu pernah melahirkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang dalam negara. Tapi itulah, disebabkan satu peristiwa hitam, maka aku pun ditendang keluar. Mak bapak aku usah ceritalah, hangin aje satu badan sekarang ni.
Penulis : Amira Affendi
Tarikh post : 24 Ogos 2013
Kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah baru. Aku sudah kebosanan. Melihat persekitaran sekolah yang jauh berbeza daripada keadaan di sekolah lama aku dulu, sedikit rasa kesal menggamit hati. Sikit saja, tak banyak! Iyalah, sebelum ni aku adalah warga salah sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestasi di Malaysia ni. Sekolah tu dulu pernah melahirkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang dalam negara. Tapi itulah, disebabkan satu peristiwa hitam, maka aku pun ditendang keluar. Mak bapak aku usah ceritalah, hangin aje satu badan sekarang ni.
"Tinggal setahun saja lagi, Khalish Imran. Setahun aje lagi! Itupun kamu tak boleh nak kawal diri? Tak boleh nak jadi budak baik?" suara mama aku, Puan Rudiana mengaum bagaikan harimau kuat. Di satu sudut pula, papa sedang memandang aku dengan wajah yang cukup garang, persis hendak menelan aku hidup-hidup.
"Berapa kali Khai nak cakap, mama? Khai tak buat kesalahan terakhir tu. Khai cakap Khai tak buat, Khai tak buatlah!" aku masih ingin membela diri.
Itulah kenyataannya. Memang aku mengaku yang aku ni nakal. Aku pernah buli orang, hisap rokok, panjat pagar pergi tengok wayang. Bertumbuk, berkelahi tu? Biasalah! Tapi, sejak encik Haris datang dan jadi Ketua Guru Disiplin, langkah aku dirantai. Dia sentiasa cari kesalahan aku. Dia sentiasa saja merekodkan seiap kesalahan yang aku buat. Nampak sahaja setiap dosa aku buat walaupun sebesar kuman! Tapi, tuduhan terakhir dia buat aku terus naik hantu! Tak fikir panjang, aku tumbuk muka dia! Yalah, siapa yang boleh bersabar bila dituduh buat perkara yang dia tak buat, kan?
Papa naik darah. Dia datang berdiri depan aku. "Perbuatan kamu yang terakhir tu memang tak boleh dimaafkan! Siapa suruh kamu pergi hendap asrama perempuan? Siapa suruh kamu jadi stalker? Siapa suruh kamu curi..."
Aku segera memcelah. "Yang ni Khai bantah, pa!"
Papa aku tak boleh terima cakap aku. "Bantah? Apa bantah-bantah? Kamu nak cakap apa? Nak bagitahu papa yang kamu tak buat semua tu?" herdiknya.
"Memang Khai tak buat! Khai mengaku Khai ni nakal tapi kalau sampai dituduh mencuri... erm.. 'adik kecil' budak perempuan tu, itu tuduhan palsu. Papa, Khai ni ada taste tahu! Setakat 'adik kecil' dari pasar malam tu, buat apa Khai nak ambil? Kalau nak sangat tentu Khai akan cari jenama AV, papa!"
"AV?"
Laa... mama aku pun tak tahu AV tu apa? Alah, biar dia cari sendirilah...
Jadi, aku di'halau' keluar dari sekolah tu kerana tuduhan palsu seorang murid perempuan. Aku tak kenalpun dia tapi mungkin agaknya dialah yang merupakan 'secret admirer'aku, orang yang selalu hantar surat melayang-layang pada aku mencurah segala perasaan sayang, cinta, rindu.... eei yalks! Tapi aku tak layan. Mungkin kerana itu dia marah dan menabur fitnah yang amat menjatuhkan air muka aku.
Bayangkanlah... aku ni dulu tokoh ko-kurikulum sekolah, ketua pasukan bola sepak sekolah, olahragawan sekolah yang memang terkenal, amat terkenal dalam kalangan pelajar perempuan. Kata orang tu, aku ni dambaan setiap wanita, tiba-tiba dikutuk atas perbuatan hina itu. Mana aku nak letak muka?
Yang lebih menyakitkan aku, cikgu Haris sikitpun tak bagi peluang aku untuk membela diri. Kemuncaknya, kami bertikam lidah. Macam-macam dikutuknya aku.
"Kamu ingat datuk kamu dulu bekas wakil rakyat, kamu boleh sewenang-wenang buat sesuka hati kamu di sekolah ni? Khalish Imran, sekolah ini bukan sekolah datuk atau sekolah bapak kamu. Kerajaan dirikan sekolah ni untuk lahirkan murid cemerlang, cemerlang kehidupannya di dunia dan di akhirat. Sekolah ni tak perlukan murid berakhlak rendah macam kamu ni!" suara cikgu Haris beralun kuat.
"Cikgu buat tuduhan palsu terhadap saya. Saya tak buat semua tu."
"Sudahlah! Orang gila tak akan mengaku dia gila. Orang jahat tak akan cakap dia jahat.Orang yang dah buat benda tak elok macam kamu tentu tak akan mengaku jugak. Tapi, saya dah jumpa bukti. Jadi.."
"Bukti tu semua orang boleh letak kat dalam loker saya, cikgu!" aku masih keras menafikan.
Cikgu Haris berdiri depan aku. "Awak nak cakap yang saya orangnya yang dah letakkan benda tu dalam surat cinta tu?"
Aku beranikan diri menatap sepasang matanya. "Mungkin! Cikgu kan tak suka saya? Semua kesalahan saya cikgu dah catat. Jadi, kalau benda begini boleh buang saya dari sekolah ni, saya yakin, cikgu sanggup buatnya!" balasku tegas. Dia kulihat menggenggam penumbuk dan tak lama lepas tu, dia tumbuk muka aku yang handsome ni. Aku apa lagi, geram punya fasal, aku pun balaslah. Cikgu-cikgu lain yang ada dalam bilik Pengetua, yang tadi diam tak bersuara, iaitu cikgu kelasku, cikgu kaunseling dan Tuan Pengetua sendiri terus cuba meleraikan.
Tapi sebelum aku pergi sempat jugak aku cakap begini kepada cikgu Haris...
"Cikgu nak tahu tak kenapa saya tak buat semua benda tu?"
Cikgu Haris tengok muka aku macam nak telan. Ah, aku dah tak kisah dah. Rasa malu aku buang jauh.
"Sebab, saya sukakan anak cikgu, si Izzah Imani tu."
"Ada hati kamu? Khalish Imran, mati hidup balik pun kamu tidak akan jadi menantu saya. Kamu faham tak? Tak ingin saya nak bermenantukan kacang hantu macam kamu ni. Jangan kamu mimpi!"
_______________
"Nama awak Izzah Imani binti Haris?"
Sambil bertanya, aku cubit sikit pipiku. Sebab apa? Sebab aku rasa macam sedang mimpi. Nama tu... Hisy! Tak kan kut?
Gadis itu merenung tajam ke wajahku. Agaknya dia geram kerana itu dah tercatat dalam resume. No kad pengenalan, tarikh lahir, semua ada dalam salinan-salinan sijil-sijil yang disertakan. Tentu dia pelik tengok perangai aku sekarang.
"Kenapa, encik? ada yang tak kena dengan nama saya ke? Tapi kan... tu nama yang mak, ayah saya bagi. Selama ni semua orang cakap nama saya sedap disebut. Tak tahulah kut-kut encik tak suka pulak."
Aku menyandarkan tubuhku ke kerusi empuk. Sepasang mata ini memang tidak ku lepaskan daripada memandang seraut wajah ayunya. Oh ya, dia memang ayu. Jelita, menawan namun serba sederhana dari segi penampilannya yang hanya memakai baju kurung berwarna hijau kosong dengan tudung warna sedndon yang agak labuh. Tidak langsung melilit-lilit seperti mana kebanyakan gadis-gadis sekarang kelihatan.
Aku baca lagi resume dihadapanku. Memang nama dia itu. Orang Langkawi tinggal di pekan Kuah. Anak sulung daripada dua beradik. Ayahnya cikgu. Hmm, nama ayahnya Haris bin Nasir. Tengok pada apa yang tercatat dalam surat beranaknya, aku congak-congak umur si bapak tu 12 tahun dulu 40 tahun. Aku, 17 tahun dan anak dia ni 13 tahun. Sah! Memang anak cikgu Haris ni. Nama emak dia pulak, Fatiha. Memang tepat! Confirm! Gadis ini memang anak si Haris tu!
Aku tatap wajahnya dalam-dalam. Tak banyak berbeza daripada dulu. Hidung mancung maklum mak dia si Fatiha tu anak mami, orang Penang. Kalau dia ni ikut wajah bapaknya, uisy... tentu bengis! Ni, manis je aku tengok. Tapi dari kecil dulupun, dia ni memang comel.. sangat!
"Encik?"
Sayup-sayup suaranya memanggil aku. Aduh! Aku dah mengelamun pula. Aku berdehem sebelum menemuduganya semula.
"Baru habis belajarlah ni? Well, kenapa awak nak kerja di sini?" aku tanya dia. Mahu tak hairan. Aku mana ada pasang iklan beritahu ada kerja kosong di pejabat aku ni. Pejabat ni pun baru nak hidup, aku baru hendak belajar berdikari setelah empat tahun bekerja di syarikat papa. Kakitangan pun cuma ada lima orang termasuk aku. Kerja bukan banyak mana, maklum bukan senang nak dapat job sekarang ni. Aku terpaksa terhegeh-hegeh kesana ke mari menagih syarikat-syarikat supaya mendapatkan khidmatku. Sesekali terpaksa juga guna nama besar papa bila aku diperlekehkan. Tapi, aku puas. Taklah jadi anak manja yang bergantung pada harta benda ibu bapa! Aku perlu buktikan pada mereka yang aku juga boleh berjaya tanpa bantuan duit daripada mereka. Mereka perlu ditunjukkan bahawa anak yang sering memberi masalah dalam hidup mereka ini juga seorang yang hebat! Bukan kacang hantu! Bukan!
Ah, berbalik kepada soalanku tadi, si Izzah ni kata, dia ditawarkan kerja ni oleh Siti.
"Kak Siti tu jiran sebelah rumah saya. Dia yang suruh saya datang sini. Katanya, saya boleh gantikan dia selama dia cuti bersalin tiga bulan nanti."
Aku nak kata apa lagi? Kesianlah pulak kalau aku cakap tak boleh. Si dia ni nampak berharap sangat. Hmm, aku cakap boleh ajelah... tapi...
"Awak jadi PA sayalah! Bantu saya di ofis dan ikut saya kalau ada temujanji." Tegasku.
"Tapi kata kak Siti dia jurutaip aje."
"Itupun skop kerja awak juga."
"Tapi.."
"Eh, berapa banyak tapi ni? Awak nak kerja sini ke tidak?" Sengaja aku tajamkan pandangan mataku, biar dia gelabah. Tahu takut?
Mungkin tak tahan melawan panahan renunganku, dia tunduk. Malu? Hmm, malu ya? Boleh tak kalau aku nak jadikan malu menjadi mahu? Mahu ke dia jadi?
Aku yakin... dia mesti mahu!
________________
Masa memang cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah sebulan lebih aku ada pembantu baru itu. Senang kerja dengan dia. Suruh buat apa pun, dia akan ikut saja. Hah, jangan salah sangka, okey! Aku tak pernah suruh dia buat yang bukan-bukan. Bagilah kredit pada diriku ini. Takkanlah selamanya aku nak jadi budak nakal, kan? Lagipun, sekarang ni, menurut kata mama, aku dah boleh jadi bapak orang. Dalam kata lain, aku dah boleh kahwin cuma masalahnya, aku belum berjodoh! Liat sangat jodoh aku ni. Jangan nanti mama papa suruh aku mandi bunga, sudah!
Sesekali aku tengok si Izzah Imani ni macam nak menggoda aku pun ada jugak. Perasan ke? Mestilah! Kalau dah selalu curi-curi pandang aku, apa kes? Bila aku tengok ke lain, dia intai wajah aku. Bila aku toleh ke dia, dia tunduk malu. Kadang-kadang dia senyum meleret bila aku usik dia. Kadang-kadang dia merajuk bila aku marah. Eh, tu bukan tanda perempuan angau ke?
Kalau aku mahu, aku boleh aje menggoda dia. Tapi, masalahnya dia nak cikgu Haris! Dia anak musuh aku! Musuh tu! Sampai bila-bila, aku tak boleh lupa perbuatan cikgu tu menghina aku! Jadi, kira-kiranya, anak dia jugak patut jadi musuh akulah, kan?
Eleh musuh konon! Kalau musuh, kenapa aku terima dia berkerja di sini dulu? Poyo!
Tapi, kan... semalam aku dah fikir panjang-panjang dah. Dah habis fikir dah ni! Aku dah nekad buat satu keputusan. Ya, aku akan mengorat si Izzah Imani ni. Aku akan goda dia. Akan buat dia jatuh cinta padaku. Sebaik dia mengaku dia cinta, sayang, kasih segala, aku akan cakap pada dia begini..
"Izzah, aku tak cinta kan kau. Tak boleh nak cinta pun. Sebab kau tu anak cikgu Haris."
Rasa-rasa dia menangis tak? Hmm, mestilah! Terkoyak hati dia! Luka berdarah yang tak mungkin akan sembuh. Lepas tu, dia akan mengadu pada bapak dia, musuh aku tu. Maka si bapak akan marah aku.
"Dulu, kamu kata yang kamu suka dia? Kenapa sekarang kamu mainkan perasaan dia?"
Tapi aku dah siap sedia untuk menembak dia balik.
"Sebab nama bapak dia ialah Haris bin Nasir. Kalau Izzah Imani tu anak lelaki lain, tak apalah juga. Ni, Haris ni, cikgu yang aku paling benci dalam dunia. Mana boleh layan cintun dengan anak dia! Cikgu Haris, kau belalah anak kau yang dah frust menonggeng ni. Semoga nanti ada yang sudi ambil dia jadi bini..."
"Apa maksud kamu, Khalish Imran?"
Dia ni memang tak pernah nak panggil aku dengan nama mudah. 'Khai' tak pernah keluar dari bibir dia. Dia mesti nak laung.. Khalish Imran jugak-jugak! Hmm..
Dendam tentu akan jadi tersangatlah manis, bila aku dapat membalasnya, kan? Tentu seronok kalau aku dapat sakitkan hati lelaki tu! Tentu seronok kalau aku dapat mengecewakan dia seumur hidup. Padan muka dia!
Nasib kau lah, Izzah Imani! Kenapa kau datang dalam hidup aku? Kenapa kau mendekati aku! Kau tak tahu ke yang aku ni musuh bapak kau?
___________________
"Awak sayang saya tak?"
"Sayang..."
Comelnya dia bila dia buat pengakuan tu. Tapi, tak boleh! Tak boleh biarkan hati aku tergoda.
Aku dekati dirinya. Tapi, dia ni pelik. Bila aku dekat, dia menjauh. Kadang aku rasa nak pegang aje dia, nak halang dia daripada lari.
"Sayang? Kalau sayang, awak kenalah buktikan." Bisikku lembut. Kalau hati dia tak cair lagi, entahlah..
Izzah Imani ketawa lalu bangun menjauhi aku. Hisy dia ni, susah betul nak masuk ke dalam perangkap cinta ini.
"Saya sayang awak. Memang betul tu. Tapi awak bukan yang terutama dalam hati saya."
Mak aih... nak bersandiwara pulak dia ni.
"Kata ayah saya..."
"Saya tak nak dengar."
Aku lihat matanya yang redup seakan kecewa. Tapi dia diam aje.. tak pula dia tanya kenapa. Dan, tidak juga kelihatan hendak meneruskan kata. Ah, bisu sekejap di antara kami. Tapi, aku perlu terus menggodanya. Aku kena ingat yang dia anak si Haris.
"Izzah, boleh saya..."
"Tak boleh!"
Aku ketawa. Aku belum habis cakap, dia dah potong line. Haihh..
"Izzah ni! Otak dah kuning ke?"
Izzah Imani mengerutkan dahi. Aku ketawa semakin kuat.
"Saya nak cakap sama ada saya boleh tahu kenapa saya bukan yang terpenting dalam hidup awak kalau benarlah awak menyayangi saya."
Izzah Imani tergelak kecil. Mungkin dia malu kerana tadi entah apa yang berlegar dalam kepala otaknya tu. Dia kemudian menyahut, "Sebab, awak bukan suami saya. Kalau kita ada jodoh, insyaallah, saya tarik balik ayat tu!"
"Tapi, saya tak nak kahwin dengan awak."
Aku terpaksa memberitahunya. Hati aku ni tak ada sekelumit rasapun untuk dia. Sejak kenal dirinya, aku kunci rapat pintu hati ini. Aku tak benarkan lirikan mata, kelunakan suara, kelembutan tingkahnya, menyusup masuk sehinnga mengganggu tidur aku. Sehingga mandi pun jadi tak basah. Tidak! Aku tak sanggup mencintai anak cikgu Haris!
Izzah Imani kulihat sedikit muram. Namun, dia tidak pula menangis. Dia hanya diam, mungkin sedang cuba memujuk hati bila cintanya tidakku balas.
"Saya tahu!"
"Apa yang awak tahu?"
Aduhai, sungguh mengelirukan sikap gadis ini.
"Saya tahu, awak tak mungkin terima saya. Itu yang saya dah cakap pada ayah. Tapi, ayah suruh saya cuba jugak. Kata ayah, belum cuba, belum tahu."
Aku bingung. Mataku bulat merenungnya. Tertanya-tanya dalam hati kecilku ini apakah maksudnya. Apakah dia ke mari atas arahan bapanya?
"Saya tak harap awak cintakan saya. Cukuplah sekadar dapat mengenali diri awak yang selalu ayah sebut-sebut dan ingat. Cukuplah sekadar 3 bulan ni saya dapat mendekati awak yang baru. Yang tak nakal macam dulu. Yang selalu kacau saya, tarik toncang saya.. Saya gembira tengok awak yang dah berjaya dalam hidup. Tentu mak akan tarik nafas lega lepas dengar cerita saya tentang awak nanti."
Aku renung wajahnya. Dari kata-katanya, aku dapat rasa yang dia hendak berhenti. Dia hendak meninggalkan aku. Tak mahu lagi bekerja di syarikatku ini.
"Awak nak ke mana?"
Dia ketawa. "Dah 3 bulan saya di sini. Lusa, kak Siti masuk kerja semula, kan? Jadi, tentulah saya kena berhenti, kan?"
"Tapi.."
Izzah ketawa lagi. Ni yang buat aku fed up ni!
'"Kenapa gelak, Izzah? Suka sangat nak tinggalkan saya?" aku bertanya. Suara dah tentu melengking kuat. Geramlah, katakan.
"Awak ni kan, cuba belajar-belajar kawal marah tu! Nasib baik, saya. Kalau perempuan yang awak cinta ditengking-tengking, merajuk dia, tau!"
Aku jeling dia...geram! Pandai sangat mengenakan aku. Tiap apa yang dia ucap, mesti ada yang buat hati aku ni terluka sikit. Sikit ajelah, tak banyak!
"Saya seronok bekerja di sini. Tapi, saya tak seronok duduk di KL ni. Saya lebih suka kerja di tempat saya. Lagipun, saya dah dapat kerja kat sana. Apapun, pengalaman kerja dengan awak memang best. Terima kasih sebab awak dah jadi guru saya yang terbaik. Cuma saya harap lepas ni, awak jaga diri, ya. Dan jaga hati tu jugak!"
Aku tatap wajahnya dalam-dalam. Apakah mesej yang dia ingin sampaikan? Aku tak perlu menunggu lama, suaranya lembut mengalun bait-bait kata menusuk tangkai hatiku.
"Dendam ni... memang manis kalau dapat dibalas. Tapi, Nabi pernah cakap, memaafkan setiap kesalahan, itu jauh lebih baik lagi. Belajarlah memaafkan diri sendiri dulu, sebab setiap kali kita buat salah, kita akan kutuk diri kita padahal kadang-kadang, kita tak sengaja melakukan kesalahan tu pun! Hanya lepas tu baru kita jadi seorang yang redha. Redha dengan takdir yang datang menguju kita. Dan bila kita dah redha, baru kita mampu memaafkan kesalahan yang dibuat orang lain pada diri kita. Percayalah, lepas kita memaafkan, hati kita akan tenang. Kebencian akan hilang."
Aku hilang kata. Hanya merenunginya, itu yang termampu aku buat. Dia cuba menyampaikan sesuatu padaku!
"Ayah saya mungkin salah menilai awak. Tapi, berbaloikah awak pendam rasa marah pada dia selama bertahun-tahun? Dah 12 tahun, wak. Tak cukup lamakah awak semai benih benci tu? Sampai bila baru awak sudi memaafkan kesalahannya? Jangan lupa, ayah saya hanya seorang manusia. Dia jugak buat silap. Dan, dia memang silap! Dia dah tahu yang semua benda tu dilakukan oleh budak perempuan yang minat gila pada awak dulu. Ayah hanya tahu seminggu lepas awak dibuang sekolah sebab bukti tu hilang. Mulanya ayah ingat awak curi bukti tu dari simpanan dia tapi Allah nak tunjuk, budak perempuan tu yang curi dan simpan. Dia dendamkan awak.."
Aku terpaku. Rasa macam tak percaya mendengar cerita gadis ini. Kenapa baru sekarang dia menceritakan segalanya?
"Ayah cari keluarga awak. Dia jumpa mak dan ayah awak, dia ceritakan hal yang sebenar. Dia merayu untuk jumpa awak dan mohon awak dimasukkan semula ke sekolah tapi mereka menolak. Mereka cakap, yang lepas tu sudahlah. Biar awak bina semula hidup dengan sempurna. Biar awak belajar bahawa hidup ni tak mudah."
"Tapi, saya tak tahu pun..."
"Mungkin sikap awak yang menjadi lebih baik menyebabkan ia tetap jadi rahsia. Mungkin ibubapa awak rasa, dengan merahsiakan hal sebenar, awak akan jadi manusia yang lebih bertanggungjawab. Dan yang penting, boleh berjaya dalam hidup. Kan, awak dah buktikannya?"
Kulepaskan keluhan berat. 12 tahun, aku berdepan dengan rasa marah yang bukan sedikit. 12 tahun aku bawa perasaan ini ke merata-rata. 12 tahun lamanya, dendam aku kepada dia, Haris, tidak pernah luntur.
Sepanjang masa itu aku rasa bagaikan ingin mencarinya, menumbuk, dan mencederakannya. Semua kesalahan kutujukan kepadanya. Mungkin kecil di mata orang lain, namun bagi aku... ia cukup memalukan!
Kini, Izzah dah balik ke sana. Ke pulau indah penuh lagenda. Aku? Tentulah masih di sini. Menghitung hari-hari sepi..
__________________
Izzah Imani duduk di pinggir pusara ayahanda tercinta. Dia baru sudah membacakan surah Yaasin untuk dihadiahkan kepada allahyarham, yang sudah kembali ke rahmatullah kira-kira enam bulan lalu. Air mata yang turun dibiarkan terus mengalir di pipi. Biarlah... biarlah dia menangis kerana saat ini, dia benar-benar merindui lelaki itu. Lelaki yang ditakuti, digeruni anak muridnya namun lelaki itulah satu-satu lelaki yang dekat di hatinya. Kerana Haris bin Nasir ialah ayahnya.
"Kenapa awak tak beritahu saya yang cikgu dah enam bulan meninggal dunia?"
Izzah Imani berpaling bila mendengarkan soalan itu. Terpempan bila melihat sepasang mata bergenangan. Sedihkah Khalish Imran atau sukakah?
Air mata diseka. Wajah tampan itu ditatap, cuba mencari riak yang sering dilihat sewaktu dulu. Riak benci setiap kali nama ayahnya disebut ketika dia masih bekerja dengan lelaki ini.
"Tak sangka awak sudi jejak kaki ke Langkawi semula. Bukankah awak bersumpah yang awak tak akan sama sekali balik ke pulau ini?"
Khalish Imran tersenyum mendengarkan kata-kata gadis dihadapannya ini. Dalam lembut, diri terasa disindir.
"Soalan saya belum Izzah jawab."
Izzah Imani mengalihkan tubuhnya sedikit demi membenarkan Khalish mengambil tempat di hujung pusara. Dia terus mendiamkan diri, mendengar dan memerhati lelaki itu membaca Yasin dan berdoa. Hati semakin dihambat pilu. Air mata yang ditahan kini mengalir semula.
"Banyak dosa saya pada arwah. Entah mampu entah tidak saya menebusnya." Desah penuh sendu kedengaran.
"Awak dah maafkan ayah? Maafkan apa yang telah ayah buat pada awak dulu?"
Lelaki itu menggangguk. Dia tersenyum dan berkata. "Saya masih ingat lagi apa budak perempuan tu cakap pada saya dulu.. Dendam ni... memang manis kalau dapat dibalas. Tapi, Nabi pernah cakap, memafkan setiap kesalahan itu jauh lebih baik lagi!"
Khalish Imran kini menatap wajah ayu di hadapannya.
"Izzah Imani, terima kasih kerana memberi nasihat tu. And you know.. you are right. Sekarang ni, hati saya tenang je. Tak keluh kesah memikirkan kisah lampau. Tak ada kemarahan bila mengingatkan nama Haris bin Nasir. Semua dah hilang.."
"Syukur alhamdullilah. Kalau ayah masih hidup tentu dia seronok dengar pengakuan awak tu."
"He was a good man to have a good daughter like you."
Izzah Imani tersenyum. "Jomlah balik. Awak dah jumpa ibu?"
"Mak cik yang beritahu anak dara dia kat sini."
Mereka berjalan seiringan menuju ke rumah pusaka yang diduduki Izzah, adiknya Ilya dan ibunya. Tak sampai 10 minit pun menapak, dah sampai. Izzah kaget melihat ada orang lain lagi di rumahnya.
"Awak bawak rombongan ya datang rumah saya? Mentang-mentang cuti sekolah sekarang ni, awak pun ikut rombongn jugak ya. Dah pergi sampai mana dah? Dah panjat Gunung Kinabalu?"
Khalish ketawa mengekeh menyebabkan Izzah kehairanan.
"Saya yang jadi ketua rombongan, tau! Kat atas rumah awak tu ada mama, papa saya, mak long, pak long saya, dan adik beradik saya. Diorang tak sabar nak tengok..."
"Oi, Izzah! Hang mai sini lekaih! Tetamu kita ni dah tercekik tunggu hang buat ayaq!"
Merah padam wajah Izzah Imani bila jiran sebelah rumah, Mak Cik Enab terpekik terlolong memanggil dia dari tingkap dapur. Panggilan yang menyebabkan semua tetamu di atas rumah menoleh dan merenung dirinya. Ada yang bisik-bisik. Ada yang sengih-sengih.
Tiba-tiba seorang wanita berlari turun. Nasib baik slim, kalau tidak dah jadi itik serati mendekati dirinya.
"Izzah Imani! Patutlah orang tu tak boleh lena siang malam teringat... Lawanya bakal menantu mama ni!"
Izzah Imani tergamam. Mata melekat pada Khalish Imran. Ada riak kurang percaya tapi bila wanita itu memeluknya dia jadi kelu. Tidak tahu apa yang harus dibuatnya.
"Khai dah bagi cincin tu?"
"Cincin?" Izzah tanya.
Khalish hanya mampu ketawa sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek.
"Khai bawak ni tadi. Tapi bila fikirkan alik, takkan nak lamar Izzah di tanah perkuburan pulak? Tak pernah dibuat orang, kan?"
Izzah Imani tertawa. Khalish Imran tidak perlu meluahkan isi hati untuk memberitahunya bahawa lelaki itu mencintai dirinya kerana hari ini, dia sudah meyakini bahawa kalau tiada rasa cinta itu, pasti lelaki berhati keras ini tidak akan ke sini. Dia tahu, dia sudah berjaya memiliki kedua-duanya. Hati dan cinta lelaki itu.
__________________
Aku merenung dia yang kini sah menjadi isteriku. Wajah manis ini kini milikku. Aku bahagia menjadi suaminya. Benar katanya dulu. Bila rasa benci kubuang jauh, aku mampu memenuhkan ruang hati ini dengan rasa cinta. Cinta yang hanya milik dia. Untuk dia!
Kiranya perasaan yang kumiliki dulu memang cinta. Tai, masa tu umurku baru 17 tahun. Manalah menyangka apa-apa kan? Ditambah dengan segala yang berlaku, langsung, kututup semuanya sehinggalah Izzah muncul semula dalam hidupku.
"Kenapa Izzah sayangkan abang?"
"Manalah Izzah tahu..."
"Takkan tak tahu kenapa abang yang jadi pilihan?"
Isteriku ketawa. Dia menggelengkan kepalanya lagi. Haih, susah betul nak korek isi hati dia.
"Abang tahu kenapa abang pilih Izzah?"
Aku termangu. Kalau saat ini Izzah inginkan alasan-alasan itu, aku tak akan mampu memberitahu. Macam mana nak cakap apa yang aku rasa? Apa yang sedang aku alami. Sukarnya!
"Tu, dahi dah berkerut-kerut nak fikirkan sebab-sebab yang Izzah tanya. Betul tak?"
Aku mengangguk laju.
"Sebanyak mana pun alasan yang kita beri, tanpa izinNya, cinta tetap tidak akan lahir. Jadi, cukuplah sekadar kita tahu bahawa rasa indah ini, kurniaanNya untuk kita miliki dan rasai. Sedetik atau selamanya,bersyukurlah, sebab bukan semua orang dapat bercinta dan berkahwin. Betul tak, bang?"
Ini yang buat aku kagum dengan Izzah Imani Haris. Bekas penuntut di Universiti Sains Islam Malaysia yang juga seorang ustazah sebenarnya. Tutur bicaranya lembut dan selalu menenangkan jiwa ini.
Tuhan, jangan pisahkan kami. Aku cinta dia. Walau agak lewat tiba, rasa cinta ini ingin kubawa sepanjang usiaku ini, meniti hari-hari tua kami bersama.
Cikgu Haris, terima kasih kerana mengerti hatiku. Terima kasih memberi amanah agar Izzah di bawah jagaanku. Akan ku jaga amanahmu ini. Kerana aku amat mencintainya. Dan ini, adalah anugerah dendam terindah yang pernah aku rasai. Terima kasih, cikgu..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete