Sunday 26 October 2014

Cerpen : Be my girl

Tajuk : Be My Girl
Penulis : Amira Affendi
Tarikh post : 26 October 2014





Nur tidak jadi menghidupkan enjin motor pinknya bila dari jauh sudah mendengar jeritan Noah memanggil namanya. Apa la mamat ni nak? Orang nak baliklah.. lapar sangat dah ni. Jam pun dah menunjukkan angka 3 petang. Memang lambatlah jawabnya perutnya nak diisi.

“Kau nak apa, Noah?”

“Tumpang aku balik!” Noah sudah mendekati motor pink Nur dengan helmet ditangan.

“Buat apa aku tumpang kau? Motor aku kan ada ni.” Senget topi keledar yang dipakai Nur bila diketuk oleh Noah.

“Kau tengok mulut aku ni betul-betul. Tumpang aku balik.” Perlahan dan satu-satu disebut Noah.

Nur mengerutkan dahi. Betul lah dia suruh tumpang dia balik.

“Alahai… susahlah cakap dengan kau ni.” Helmet ditangan terus dipasangkan dikepala Noah dan dengan selamba Noah membonceng motor Nur.

“Hei! Turun! Turun! Apa kau buat ni? Adegan hantu bonceng mana kau ikut ni? Turun aku cakap!” tapi biasalah Noah, mana nak dengar cakap. Dia masih tidak mahu berganjak.

“Inilah maksud aku tadi, tumpangkan aku balik.. cepatlah Nur.. aku lapar ni. Aku gigit kau karang,” Noah merengek macam budak kecil. Nur mengetap bibir.

“Kau punya gigit aje kira, aku punya gigit kau tak fikir? Turunlah Noah!” Nur juga berkeras.

“Cepatlah Nur! Kau ingat aku nak sangat ke tumpang kau balik? Dengan motor pink lagi. 
Sangat keperempuanan tau tak!” bedal Noah sengaja. Motor digoyang-goyangkan, sungguh tak sabar langsung! Nak tumpang aku, tapi sempat lagi mengutuk. Dasar Noah!

“Abang chaq aku mana? Tadikan kau tumpang dia?”

“Abang chaq balik lambat. Dia ada meeting dengan geng bola dia. Dia suruh aku tumpang kau. Banyak soal pulak kau. Cepatlah!” paksa Noah. Memang tak malu betul. Menyakitan hati! Abang chaq ni pun satu, suka-suka je suruh si penyangak ni tumpang motor aku. Nur.. kalau dapat membebel memang habis semua dimarahnya.

“Cepatlah Nur!”

“Nantilah! Kau ni tak reti sabar ke? Tapi takkan lah kau nak balik dengan aku, tengok dek orang nanti macam mana?” lelaki naik motor dengan aku memanglah sangat tidak sesuai..

“Orang lain semua dah balik, kau tengok sekeliling Cuma tinggal kita berdua je. Hari minggu macam ni mana ada ramai budak-budak turun.”

“Habis tu takkan aku nak bawak kau pulak? Kau bawak aku lah.. tepi sikit aku nak turun.” Badan Noah ditolak sikit.

“Tak payah. Kau aje lah yang bawak. Takkan aku nak bawak motor pink ni. Sangatlah tak sesuai dengan aku yang macho ni. Lagipun kalau jadi apa-apa nanti tak payah aku nak ganti,” Noah senyum senget. Nur geram lagi. Amboi, sesedap asam boi dia aje. Siap puji diri pulak tu. Siapa entah yang macho?

“Taknak lah. Senang cerita kau tunggulah abang chaq. Kejap aje lagi tu..” Nur cuba memujuk.

“Nur… tolonglah.. aku merayu sangat ni. Perut aku pun dah masuk angin ni.. kalau tunggu abang chaq kau tu, lusa nanti baru aku sampai rumah tau.” Noah buat muka kesian.

“Kenapa pulak lusa?”

“Satu hari duduk wad.. gastrik!” Noah sengih.

“Perut apa kau ni, tak ganas langsung!” Nur malas nak melayan Noah, kalau tidak sampai kesudah tak sampai rumah.

“yelah.. yelah.. kau duduk diam-diam, jangan mengada nak pegang-pegang, aku karate nanti!” Nur beri amaran. Yelah, Noah ni boleh tahan juga mengada dia. Jadi jangan pelik kalau satu hari nanti Noah betul-betul duduk wad sebab karate aku ni.

“Baik sayang…” ujar Noah sambil sengih. Yes! Berjaya jugak. Nur ni nampak aje kasar tapi dia cepat lembut. Sebab tu Noah paling suka sakat Nur.

“Sayang sayang terbang melayang…” balas Nur pula geram.
__________________

“Sampai dah rumah kau, turunlah!”

“Yelah.. yelah.. nak turunlah ni, cakap orang tak sabar pandai!” Noah membebel. Nur menjelir lidah. Menyampah! Bukannya nak ucap terima kasih ke apa. Membebel ada lah!

“Noah dah balik? Tumpang Nur ke?”

Nur menanggalkan helmet, senyum dan turun dari motor bersalam dengan mom Noah, auntie Natrah. Auntie Natrah ni cantik orangnya. Tak pelik lah sebab dia kacukan belanda. Sebab tu Noah handsome ikut muka mom dia. Amboi Nur, tadi marah, sekarang sempat pula memuji. Noah handsome? Tarik balik kata-kata tu Nur.. tarik balik…

“Abang chaq balik lambat auntie, Noah ni dah masuk angin keluar asap, lapar sangat takut kena gastrik. Tu yang tumpang Nur..”  sopan Nur bercerita. Nur dan Noah memang rapat. Tapi rapat mereka bukan macam kawan baik, macam musuh ketat ada lah. Jadi mom Noah juga sudah sangat mengenali Nur meskipun Nur jarang lepak di rumah Noah. Sebab biasanya Noah yang suka lepak di rumahnya. Buat apa lagi? Main game dengan abang chaq la! Tak padan dengan tua!

“Amboi.. lembutnya bercakap dengan mom aku.”

Nur jeling. “Suka hati oranglah!”

“Suka hati oranglah!” ajuk Noah dengan suara mengejek.

“Noah.. tak baik buat Nur macam tu. Tumpang tadi dah cakap terima kasih?”

Noah garu belakang kepalanya sambil tersengih.

“Kebetulan Nur dah datang ni, jom lah masuk makan sekali.” Pelawa auntie Natrah.

“Hah? Tak apa lah auntie, Nur nak balik dah ni.”

“Susah-susah hantar Noah tadi, marilah.. Noah ajak Nur masuk ya, auntie masuk dalam dulu sediakan makanan.” Autie Natrah menuju ke ruang dalam. Noah memandang Nur sambil beri isyarat suruh Nur masuk.

Nur menggeleng.

“Jom lah!”

“Kejap! Motor aku kat luar lagi tu. Kalau kena rembat alamatnya balik jalan kaki lah aku nanti.”

“Kau masuk dulu, biar aku sorongkan motor kau masuk dalam..” beg kanvas yang berselimpang dibahu dihulurkan pada Nur. “ni.. tolong bawakan..” Noah kemudiannya menyorong perlahan motor Nur ke dalam dan diparking sebelah motornya.

“Ni, darling kau elok aje ni kenapa tak bawak?” soal Nur bila melihat motor Noah.

“Abang chaq kau cakap lepas meeting nak belanja aku makan… last-last apa pun tak dak.”

“Itulah.. yang kau pergi percaya Muhammad Asyraf tu siapa suruh? Nanti balik aku report kat mama.”

“Tak payahlah Nur.. bukan dia sengaja pun.. yang kau ni tadi aku suruh masuk kan? Nak jadi guard pulak ke kat sini?”

“Seganlah nak masuk..” Nur sengih. Sekasar-kasar dia pun tahu segan kat rumah orang.

“Segan konon.. macam tak biasa. Ke kau takut mom aku berkenan?” usik Noah. Nur jelir lidah.

“Mana lah tahu kau kena kahwin dengan aku..” Noah ketawa.

“Kahwin? Dengan kau? Memang tak ah.. apa barang, bukan hensem pun.. Si Rihana tu aje yang buta.”

“Tak hensem kau kata, stok mat saleh ni..”

“Mat saleh konon.. mat salah ada lah!” Nur gelak. Noah buat muka bengang.

“Dah ah. Banyak cekadak pulak kau. Jom lah masuk, mom aku dah tunggu tu.” Langkah diatur ke dalam. Nur mengekor dari belakang.

“Ni nak letak mana?” soal Nur tentang beg kanvas milik Noah yang dipegangnya sedari tadi.

“Dalam bilik aku.” Noah sengih. Sengaja dia biarkan Nur bawakkan beg dia macam bawak briefcase suami. Gaya tu dah ada.

“Bilik kau? Malam sikit… ambil letak sendiri!”  kan dah cakap. Noah punya mengada bukan sikit, tapi banyak!

“Ini apa bising-bising ni? Noah ajaklah Nur makan. Kamu dah solat?” kedua-duanya mengangguk. Autie Natrah menarik kerusi untuk Nur.

“Eh, tak apa lah, auntie. Susah-susah aje.”

“kau tak nak duduk, biar aku duduk.” Auntie Natrah menggeleng. Dah macam budak-budak. Selalu sangat menyakat Nur. Noah.. Noah..

“Kamu berdua makan dulu ya, auntie ke dapur ambilkan air.”

Nur duduk disebelah Noah. “Nur.. sendukkan aku nasi.”

“Kau ni, aku kan tetamu sepatutnya kau yang sendukkan aku nasi.”

“Sama aje, lagipun kau dekat dengan bekas nasi tu.”

Nur merengus. Pinggan Noah diambilnya. “Cukup?”

“Tambah lagi setengah.” Pinggan dihulur kembali setelah permintaan Noah dituruti.

“Terima kasih.” Ujar Noah lalu mula membaca doa makan.

“Sikitnya kau makan Nur, jangan nak malu malu sangat lah.. ambil ni,” peha ayam goreng diletakkan dalam pinggan Nur.

“Besar sangatlah, kau ambil ini aku nak ini,” peha ayam bertukar pinggan. Kepak ayam dari pinggan Noah diambil.

“Aku dah makanlah.”

“Kau cubit sikit aje kan,”

“Nur, nak tu..” sambal udang ditunjuk dengan isyarat mulut. Seekor udang dimasukkan dalam pinggan Noah.

“Satu aje? Aku nak banyaklah…”

“Mengadalah kau ni. Macam mana tak gastrik..” bebel Nur. Noah ni, ada-ada je!

“Kau jugak kata perut aku tak ganas. Ni tengah nak mengganas lah ni.. buangkan kulit dia sekali ya, aku tak suka buang kulit udang.” Arah Noah lagi.

“Tak suka ke tak reti?”

“Selalu mom aku yang buangkan..”

“Manja!” Noah gelak.

“Nur.. kau nak sayur ni tak?” Nur angguk. Sayur buncis disudu dan dimasukkan dalam pinggan Nur. Udang-udang yang sudah selamat dibuang kulitnya diletak dalam pinggan Noah.

Natrah yang dari tadi hanya memandang dari ruang dapur sesekali menggeleng kepala meilhat telatah budakk berdua ni yang selalu bergaduh, bertekak, tapi boleh pulak duduk makan semeja. Tersenyum dia mendengar Nur ketawa bila berjaya memaksa Noah makan sayur buncis. Noah dengan sayur memang tak akan jadi kawan.


Hari ni, Noah lepak di rumah Nur. Kononnya nak study dengan Nur. Study Noah boleh percaya ke? Memang tak lah. Baru je buka buku sekejap, dia dah mula bersuara.

“Nur.. kita pergi berenang nak?” Noah menutup buku didepannya.

“Aku mana tahu berenang… tak naklah!”

“Abang chaq tahu berenang, takkan kau tak tahu kot?”

“Abang chaq, abang chaq lah. Aku, aku!”

Noah sengih. “Okay, kau tak nak berenang, kau duduk tepi aje lah, lagipun kawan-kawan kelas kita tu buat campaign tak kan kau tak ikut kot? Jom lah..”

Nur senyum senget. “ patutlah ajak aku, Rihana ikut sekali rupanya..” Noah pula sengih.

“Yang kau takut sangat pada Rihana tu kenapa? Kalau dah tak suka, kau reject ajelah.. nak lari-lari bagai.. saje nak buat dia terkejar-kejarkan kau kan?”

“Mana ada..” Noah jawab ringkas. Bila masuk bab Rihana ni.. dia jadi malas.

“Mana ada.. mana ada.. kau dengan Abang chaq tu sama aje tau!”

“Memanglah sama.. kitorangkan lelaki..”

“Lelaki ke?” uji Nur menyakat Noah.

“Tak pecaya? Nak try?”

“Banyaklah kau punya try.. kau nampak tapak kaki aku ni.. belum pernah miss pijak perut orang tahu..”

Noah gelak. “Ganas kemain.. kaki kecik aje.”

“Apa kau cakap? Kau nak try? Mari ah sini…” Noah mula bangun bila Nur mula mengejarnya.

“Ya Allah budak berdua ni... Nur, kenapa kejar Noah?” tegur Norsiah ibu kepada Nur.

“Noah ni mama.. cabar Nur. Ada ke patut dia kata kaki Nur kecik.” Adu Nur sambil buat aksi nak tumbuk Noah. Noah pula sudah tergelak-gelak melihat wajah Nur yang jelas-jelas bengang.

“Nur.. Nur tu perempuan, cubalah bersopan sikit.” Norsiah menggeleng-gelengkan kepalanya kemudian berlalu masuk ke dapur kembali.

“Perempuan ke?” bisik Noah tiba-tiba. Nur geram. Dipijaknya kaki Noah sekuat hati. Mengaduh mamat itu dibuatnya.

“Sakitlah Nur! Kasar gila kau ni! Auuwhh..” aduh Noah. Nur jelir lidah. Yes! Padan muka!
__________________

Lepas puas Noah pujuk Nur untuk ikut serta acara perkhemahan yang dibuat oleh senior bahagian engineering ni, Nur akhirnya bersetuju. Masalah nya sekarang ni, Noah nampak macam tak happy saje. Dah kenapa? Nur mendekati Noah yang duduk bersendirian di bawah pokok besar. Ralit dia melihat budak-budak lain mandi manda di sungai.

“Asal kau tak join diorang?” soal Nur. Noah menggeleng.

“Rihana mana? Dari tadi menepek aje dengan kau.”

“Jeles ke?”

Nur buat-buat ketawa. “Jeles? Tak ada maknanya..” Nur berlalu pergi duduk di atas batu besar. Noah mengekori Nur.

“Kenapa ikut aku ni?”

Noah hanya sengih. Kenapa dia ikut Nur? Entah, dia pun tak tahu kenapa  dia suka ikut Nur.. tapi memang dia lebih suka kalau Nur ada disisi.. daripada si Rihana tu. Buat pening kepala saja. Kalau Nur, Nur marah lagi dia suka.

“Orang nak cari ketenangan lah.. pergi jauh-jauh sikit. Tu, Rihana panggil kau tu.. pergilah..” badan Noah ditolak-tolak.

Noah menoleh ke belakang. Rihana tersenyum sambil melambai ke arahnya. Noah mengeluh. Dia sendiri tak pasti sama ada dia suka Rihana atau tidak. Betul juga kata Nur. Kalau tak suka, reject sajalah. Tapi sampai sekarang, dia masih tak reject-reject. Pernah lah juga dia melayan si Rihana tu tapi ya Allah.. bosan gila budak tu. Pemalu sangat atau sengaja nak control ayu, dia pun tak tahu. Bila ditanya sepatah, sepatah juga dijawabnya. Tanya lima enam patah, sepatah juga dia jawab. Mana tak bosan. Lainlah dnegan Nur…

“Hoi.. yang kau termenung tu kenapa? Pergilah kat Rihana tu.. jangan kacau aku..”

Perlahan, Noah bangun meninggalkan Nur. Nak suruh dia pergi pada Rihana? Memang tak lah. Dia sedang tidak ada mood hendak melayan Rihana sekarang ni. Sempat Noah menoleh melihat Nur yang sedang menguis-nguis sesuatu dalam pasir dengan kakinya. Nur kata dia nak cari ketenangan? Macam ada masalah je.. tapi apa?
________________

“Abang chaq!” panggil Nur bila melihat abang chaqnya yang tengah layan bola depan tv.

“Apa dia?”

“Noah dah lama tak datang sini..” ujar Nur sambil duduk sebelah Asyraf.

“Kenapa? Rindu ke?”

“Banyak lah rindu, orang Tanya ajelah. Abang chaq gaduh dengan dia ke?”

“Kenapa pulak abang chaq nak gaduh dengan dia. Dia kan kawan Nur.”

“Alah mana lah tahu. Petang-petang kan abang chaq selalu dengan dia..”

“Abang tengok dia okay je. Ha, jadi tak pergi rumah Cik Nah?”

“Jadi. Malam nanti Nur pergilah.. kan dah janji dengan dia.” Jawab Nur endah tak endah. Kepalanya masih ligat memikirkan Noah. Biasanya hari minggu macam ni Noah selalu lepak dirumah dia. Ni dah dua hari tak datang. Apa kes?

“Cuti seminggu ni, seronoklah Nur kat sana.”

Seronok? Entahlah belalang… “Tapi mungkin Nur dua hari je kot kat sana. Abang chaq kan nanti ada game, Nur nak datang tengok.”

“Tengok abang chaq ke tengok Noah?”

“Eleh, apa kes promosi Noah kat Nur ni.. Benci lah abang chaq ni!” Asyraf tergelak. Nur melangkah masuk ke biliknya. Nak packing baju. Alah.. dua hari je pon. Cik Nah.. here I come!
______________

“Apa yang kau terjengah-jengah tu? Nur tak ada lah..” ujar Asyraf bila melihat Noah tejengah-jengah ke dalam rumah. Noah dan Asyraf boleh dikatakan rapat juga lah. Sebab tu Noah terbiasa bahasakan aku dan kau saja bila bercakap dengan Asyraf. Meskipun Asyraf lebih tua daripadanya.

“Pergi mana?”

“Rumah mak cik aku. Kau orang ni sama je. Kalau taka da, sibuk tanya kemana? Buat apa? Tapi kalau dah jumpa tu asyik nak bertekak aje kerjanya. Mama aku kata kalau boleh dah lama dia pinang kau, kahwinkan aje kau dengan Nur tu habis cerita!” Noah buat muka kelat.

“Adik kau tu ganas tahap tujuh kepalang tahu.. tak ada cover-cover. Dia tak suka, dia cakap direct yang dia tak suka.”

“Yalah.. mana standing dengan Rihana mersing kau tu.. sopan santun, lemah gemalai.. eh.. jom lah cepat. Lepas latihan ni nanti aku belanja kau ya.”

Noah gelak. “Harap belanja kau sampai tahun depanlah jawabnya, itu pun belum tentu lagi.” Asyraf ketawa. Lalu mereka berdua bangun dan berlalu bersama.
______________

“Kau ni kenapa?”

“Nur balik bila? Kata dua hari?” soal Noah pada Asyraf.

“Kenapa? Dah tangkap rindu pulak ke dengan adik aku yang ganas tahap ketujuh tu?”

Noah gelak. “Tak de ah. Aku Cuma bosanlah kalau tak gaduh dan sakat adik kau tu. Mulut aku ni macam gatal-gatal aje..”

“Gatal-gatal tu nak minta kena cium tu..” Asyraf melawak.

Noah gelak lagi. “Minta cium? Dengan Nur? Gila! Tak sanggup aku kena flying kick dia tu.”

Asyraf pula ketawa. Gila nak suruh si Noah ni cium Nur? Langkah mayat dia dulu lah.

“Noah..”

“Emm…”

“Tu..”

Noah berpaling. Aduhai.. bala.. apa dia buat kat sini? “Dengan Rihana tak gatal mulut ke?” 
Asyraf mengusik lagi.

“Mulut tak.. kaki ya.. aku rasa nak cabut lari aje ni..”

“Awek kau tu.. layan aje lah. Dua minggu lepas bukan main lagi bertata-tata depan aku. Ni nak hai-hai, bye-bye pulak. Apa kes?”

“Kau tak faham… Rihana tu macam tak serasi dengan jiwa aku lah..”

“Habis tu, siapa yang serasi dengan jiwa kau tu?”

Noah sengih nakal. “Abang chaq, kau sporting kan?” Asyraf mencebik. Adalah tu nak bodek..
_____________

“Abang chaq mana?” Nur mencari-cari kelibat Asyraf. Game dah habis tak nak balik ke? Tahulah dia menang tadi.

“Dia ada hal sikit.. dia suruh kau balik dulu.” Ujar Noah sambil senyum. Mana taknya, seronok dapat lihat muka Nur selepas beberapa hari tak jumpa. Gila kalah orang bercinta kot!

Nur mengerut dahi. Balik? Hish, abang chaq ni. Semua orang dah melingkup balik dia boleh pula nak duduk sini dulu. Ada hal konon.

“Kau nak pergi mana?”

“Cari abang chaq la. Aku tadi naik dengan dia, kalau lama lagi aku jalan kaki la jawabnya.”

“Lama lagi tu. Nah, ambil ni.” Noah melemparkan helmet pink pada Nur. Nasib Nur sempat sambut, kalau tak… annoying betul la Noah ni!

“Mana dapat ni?”

“Abang chaq bagi.”

Nur tercengang. Abang chaq bagi helmet ni pada Noah? Aduhai, abang chaq ni..

“Kau cakap betul-betul Noah. Abang chaq pergi meeting ke dating? Nak kena report ni.” Nur tunjuk muka garang.

“Kau ni tak habis-habis nak buat report macam polis pencen lah pulak.. betul lah, Encik Rahman nak jumpa dia.”

“Kalau macam tu.. aku jalan dulu lah.” Belum sempat Nur melangkah, Noah terlebih dulu menahan Nur dengan mendepakan tangan kanannya yang memegang helmet.

“Mengada.. sini..”

Nur menapak kembali kea rah Noah. “Helmet ni untuk dipakai.” Helmet diambil dari tangan Nur. Perlahan, helmet itu disarungkan di kepala Nur. Dada dia tak usah nak cerita lah, tak tahu kenapa, dia rasa berdebar lain macam pulak.

“Pakai je lepas tu jalan kaki? Kau ingat aku alien ke?”

Noah gelak kecil. “Kau ni kan.. nak membantah aje kerjanya!” helmet Nur ditepuk sedikit.

“Dah jangan banyak bunyi. Jom naik. Biar abang Noah yang hantar adik Nur balik.” Ujar Noah dengan senyuman nakal. Nur pula sudah buat reaksi hendak muntah. Abang konon. Pigidah!

“Naik motor dengan kau?”

“Yalah.. dah motor aku, naik dengan aku lah!”

“Tak naklah.. aku nak jalan kaki.”

“Jalan kaki? Sekarang dah pukul 5.30 petang. Kalau kau jalan kaki, agak-agaknya pukul berapa boleh sampai eh?” Noah senyum sinis. Jalan kaki konon. Ingat rumah dia dengan kolej ni macam bilik tidur dia dengan dapur ke?

“Hish.. lecehlah kau ni!” Nak tak nak, Nur naik juga membonceng dibelakang Noah.

“Ha.. macam tu lah.” Noah senyum. “Kau nak pegang bahu ke pinggang ke boleh je Nur.. berlapik ni..” Noah mula menyakat.

Bahu Noah ditampar oleh Nur. “Mengada! Kau jangan main brek-brek ya, Noah! Nanti aku break tulang kau karang..”

Noah hanya gelak saja.
______________

“Assalamualaikum.. ya Rin? Ada apa call saya malam-malam ni?” soal Noah pelik. Tak pernah-pernah pun Rihana call dia malam-malam macam ni. Biasanya kalau ada apa-apa hal, dia akan mencari Noah di dalam kelas. Noah mula curiga.

“Waalaikumsalam Noah.. I ada benda nak Tanya you. That’s why I call you.” Ujar Rihana lembut.

“Tak boleh tunggu esok?”

“Esok kan hari minggu, Noah. Esok I tak boleh jumpa you.”

Dahi Noah berkerut. Pelik pula dia dengar suara Rihana malam ni. Macam.. sedih je. “Oh.. haah, esok cuti. So, you nak tanya apa?”

“Apa.. apa perasaan you pada I? Siapa Adrieana buat you?”  soal Rihana sedikit gugup. Ye lah, bila dengan Noah, dia mestilah jadi wanita melayu terakhir. Baru Noah jatuh suka. Bukan macam Adrieana tu, kasar macam lelaki. Tapi, kenapa Noah selalu dengan Adrieana? Itu yang Rihana pelik.

“Adrieana? Oh, maksud you, Nur?”

Rihana mencebik. Benci pula bila Noah menyebut nama Adrieana, Nur. Macam mesra saja. Rihana mula cemburu.

“Kenapa tiba-tiba you Tanya?” soal Noah lagi.

“I nampak you dengan dia petang tadi. Mesra je. Siap you bonceng dia pulak.”

Noah senyum sinis. Sejak bila pulak Rihana pandai cemburu ni? Ke memang selama ni Rihana cemburu, cuma dia tidak berani bagitahu? Tapi kenapa dia perlu cemburu pula aku dengan Nur? Noah menepuk dahi. Aduh Noah, sebab dia suka kau la, apa lagi?

“Rin, saya dengan Nur kawan baik. Cuma saya berkawan dengan Nur sejak sekolah menengah lagi. That’s why saya rapat dengan dia. Dan status hubungan kita, masih lagi kawan. Saya tak nak awak mengharap lebih, Rin.” Noah memberi kata putus. Ya, dia tidak cinta Rihana. Jadi kenapa tak reject saja?

“Noah.. can you please give me a chance to be together with you?” Rihana mula sebak dan… sakit hati! Sampai hati Noah! Tak nampak ke selama ini dia memang gilakan Noah?

“Rin, better you sleep now. It’s too late. I pun dah mengantuk ni.. Kita discuss pasal ni, nantilah ya. Goodnight Rin.” Noah menutup telefonnya. Malas dia fikir soal perasaan Rihana. Bukan dia kejam ke apa. Tapi cinta mana boleh dipaksa!

Tiba-tiba Noah teringatkan Nur. Esok hari minggu. Apa kata dia ajak Nur keluar. Alang-alang boleh juga tengok muka Nur esok. Aduh Noah, ni kalau Nur tahu kau macam ni, mahu dia gelak setahun. Noah pun tak pasti apa yang dia rasa pada Nur. Tapi bila dekat dengan Nur, dia rasa gembira. Bahagia. Dia.. dah jatuh cinta ke?

Noah mula mencari nombor Nur. Punat hijau ditekan. Selang beberapa saat, panggilannya diangkat. Noah senyum.

“Hello, ada apa kau call aku malam-malam ni?” soal Nur terus.

“Waalaikumsalam..” Noah menyindir Nur. Apalah Nur ni..

“Erkk.. Assalamualaikum.. ha, ada apa?”

“Nur.. kau sibuk tak esok?”

“Tak kot. Kenapa?”

“Aku nak kau teman aku pergi beli barang boleh?”

“Kenapa aku pula yang kena teman kau?”

“Aku nak beli hadiah dekat someone. Tapi aku tak tahu nak beli apa. Kalau kau ikut, alang-alang boleh tolong aku pilih..” 

“Emm..” Nur mula berkira-kira. Bukan apa, dia sebenarnya memang malas nak keluar. Ye lah, apa guna cuti kalau tak dapat nak penuhi masa cuti dengan tidur dan lepak di rumah.

“Bolehlah Nur…” Noah mula merayu.

“Ha.. yelah, yelah.” Nur akhirnya bersetuju saja.

“Cantikk.. esok aku ambil kau pukul 9 pagi. Thanks Nur.. ni yang buat aku makin sayang pada kau ni.”

“Sayang sayang terbang melayang..”

Noah gelak. Talian pun sudah diputuskan. Gembira bukan main. Habislah Noah.. mana pergi ikatan musuh ketat kau dengan Nur dulu, Noah? Dia juga tidak tahu sejak bila hadirnya rasa suka ini pada Nur. Tapi yang dia pasti, dia sangat sukakan rasa ni!
__________________

“Kau nak cari barang apa ni?”

“Adalah.. tapi tadi mom pun ada pesan suruh beli barang tapi aku lupalah.. kita pusing-pusing dulu nak?”

Dalam terpaksa, langkah Noah tetap diikuti. Tapi Nur mula rasa segan. Mana taknya, dua tiga orang yang berselisih dengannya tersenyum-senyum kea rah dia dan juga Noah. Ni semua Noah punya pasal lah!

“Noah! Apasal kau pakai baju sama dengan aku ni?”

“Mana ada sama. Kau pakai blous, aku pulak pakai t-shirt lengan panjang. Tang mana samanya Cik Nur oi..”

“But pink!” sebab Noah juga pakai baju warna pink lah, mungkin ramai yang menganggap kami ni pasangan bercinta. Kononnya so sweet pakai baju kaler sama.

“So what kalau pink?”

“Orang-orang ingat kia ni couple tahu tak!” Nur sedikit membisik.

“Biarlah diorang ingat kita couple ke, suami isteri ke, apa masalahnya? Mulut orang kita tak boleh nak tutup.”

Nur merengus. Malas layan Noah. Sudah lah dia malu berinci inci ni. Noah pun tak agak-agak nak pakai baju warna pink. Dia ingat dia comel?

Noah senyum puas. Sengaja dia pakai baju warna pink. Biar sedondon dengan Nur. Nur kalau tak pakai pink memang tak sah!

“Selalu kalau keluar lepak kat mana? MPH?” soal Noah.

Nur geleng.

“Popular?”

Geleng lagi.

“Kedai buku Murugan?”

Nur ketawa. “Buat apa aku pergi situ?”

“Kau tak suka baca novel ke?”

“Takk kuasa aku.. asyik cerita kahwin paksa. Bosan!”

Noah mula duduk dibangku besi. Aiskrim dibeli tadi sudah dihabiskan. Nur punya dah tinggal separuh. Nur memang suka gila ais-krim strawberry. Okay Noah, save dalam kepala.”Kenapa pulak kau tak suka plot cerita macam tu? Cinta cinta ni.. biasanya perempuan suka.”

“Aku bukannya tak suka.. tapi macam tak logic la. cuba kau fikir.. mula-mula tak suka, I hate you, you hate me.. bergaduh bertekak alih-alih boleh pulak rindu-rinduan loving-loving macam couple.. I miss you lahh.. you miss me lah.. eei, tak kuasa! Lepas berperang sana sini, boleh pulak tu jatuh-jatuh cinta. Entah bila masa nak jatuh cinta pun aku tak tahu. Macam tu kau fikir logic ke?”

“Aku rasa logik apa..” bantah Noah. Mana tak logic nya.. benda tu memang menimpa diri dia sekarang ni.

“Alasan?”

“Cinta tu kan anugerah Allah. Perasaan tu mana boleh dipaksa-paksa. Bila cinta dah datang, mana boleh nak tolak dah. Tu namanya kita tak bersyukur dengan anugerah Allah.. sebab tu la orang kata jangan terlalu membenci, nanti lama-lama cinta. Macam kita..”

“Macam kita?”

Noah mengangguk. “Yalah.. kita.. bergaduh, bertekak tak ingat dunia tapi masih boleh makan sama, jalan sama, naik motor sama.. masih nak jumpa antara satu sama lain.. kalau tak jumpa mesti rindu.”

Nur kerut dahi. Tak faham maksud Noah. “Ini.. apa yang kau melalut ni? Kau rindu siapa pulak.. Rihana?”

“Aku dengan Rihana taka da apa apa lah. Dan takkan pernah ada apa apa.” Tegas Noah.

“Kenapa pulak? Aku ingat korang couple..”

“Aku rasa kitorang tak ada chemistry kot.. sesuai jadi kawan aje.. ha, kau pergi umah Cik Nah sampai empat hari hari tu, tak rindu aku ke?”

“Rindu lah jugak.. mulut aku dah gatal-gatal aje tak ada kawan nak ajak aduh.. eh, kejap, habis tu semalam kau cakap nak bagi hadiah dekat someone tu, bukan dekat Rihana ke? Dekat siapa? Awek baru?”

“Taklah.. dah lama.. Cuma tak perasan je..”

“Amboi, kau sorok-sorok dengan aku ya..:” Nur senyum tipis. Tak tahu kenapa, dia rasa sedih. Noah dah ada kekasih rupa-rupanya. Bukan dengan Rihana, tapi dengan siapa? Kalau Noah dah ada girlfriend baru, maknanya jarang-jaranglah dia boleh jumpa Noah.. tak sukanya!

Noah senyum. Perasan bila muka kelat Nur melarikan pandangan dan hanya diam. Nampak gaya macam ada peluang saja. “Ha, jom. Beli present untuk girl aku tu..” Noah menarik lengan Nur agar mengikuti langkahnya.

Kedai Cenderahati Purple Gift dimasuki. Noah melihat-lihat barangan di dalamnya. Nur juga membelek-belek kemudian meletakkannya kembali.

“Kau nak beli apa?” soal Nur setelah dia penat membelek-belek barang yang ada di dalam kedai ini.

“Aku ingat nak belikan bikini.. tapi dia tak tahu berenanglah pulak.. so, ikut kaulah nak apa.”
“Bengong! Ada pulak nak beli bikini. Tak malu betul! Lagipun girl kau tu orang putih ke sampai nak belikan bikini ni?”

Noah sengih.  “Bukan orang putih tapi kulit dia.. putih jugak lah.” Nur perasan, telinga Noah mula merah. Typical Noah. Kalau nervous atau malu, mesti telinga dia akan merah. Apa lah Noah ni, macam girl dia ada kat sini pulak.. takkan amoi ni kot girl dia? Yalah kata tadi putih.. budak kaunter pakai mini skirt tu putih apa?

“Noah..”

“Hemm..”

“Girl kau ada kat sini ya?”

Gulpp!

Noah telan liur. Alamak! Nur perasan ke? Tulah Noah… sape suruh kau bagi klu tak pandai berenang tadi.. jangan Nur kejar aku satu komplek ni sudah.. mati aku nanti!

“Kau kenal dia ke?” berhati-hati Noah bertanya.

“Yalah kot.. tapi macam tak sesuai la pulak.”

“Kenapa pulak tak sesuai? Alasan?” Noah mula rasa sedih. Belum apa-apa lagi Nur sudah kata mereka tidak serasi. Habis tu, awal-awal tadi tanda-tanda jeles tu apa?

“Anak cina tu.. lecehlah nanti. Kau pun jalan tak betul kau nak angkut dia sekali. Buat aniaya anak orang aje..” ujar Nur sambil jarinya tunjuk kea rah amoi yang sedang menjaga kaunter itu. 

Noah menepuk dahi. Aduhai Nur… kau buat aku hilang semangat aje lah..

“Kenapa? Bukan eh?” Nur tersengih. Kalau betul lah tekaan dia tadi, mahu meraung dia kat rumah. Amoi seksi tu.. Hemm, siapa girl Noah ni nanti-nantilah fikir.. kalau rahsia sangat boleh korek dengan Abang chaq. Penyimpan rahsia terbesar Noah tu..

Noah tiba-tiba mengambil gelang ditangan Nur. “Dari tadi kau duk belek benda ni, berkenan ke?” Nur angguk dan sengih.

“Haah.. macam lawa kan?”

“Sini.. tangan kau.”

“Nak buat apa?”

“Try nilah.. tak kan nak gigit..”

“Mana tahu.. kau tu bukan betul sangat pun.”

Noah memakaikan Nur gelang. Dibelek-beleknya tangan Nur. “Kulit kau putih, pakai apa pun sesuai.. ambil inilah. Tunggu sini aku pergi bayar kejap.”

“Eh, apesal pulak kau nak bayar.. mengada-ngada! Sini aku bayar sendiri.. janganlah nak menyusahkan diri.”

“Ala.. anggap ajelah upah kau teman aku hari ni.. lagipun aku tak pernah bagi kau gelang kan?” Nur terbayang-bayang hadiah birthday dari Noah sejak kenal sampai tahun ni, ada enam ekor anak beruang yang serupa. Dah macam kembar enam dah. Tahun depan, confirm dapat bear ketujuh dari Noah.

“Dah bayar.. jom baliklah. Dah petang ni.”

“Bagi sini..”

“Natilah, biar aku bawakan..”

Nur tercengang. Dia melihat Noah mmbawa beg kertas berwarna purple pink itu. Di dalamnya sudah semestinya ada gelang yang Nur inginkan tu. Siap berbalut bagai. Takkan Noah nak bagi pada girl dia kot? Tu gelang aku.. kalau nak bagi girl kau pun belilah yang lain.. sampai hati Noah! Nur mula terasa.
______________

Nur bergolek-golek di atas katil pink nya. Enam bearnya dicuit hidung satu-satu.. senyum sendiri.. comel macam Noah.. eh? Apa ni Nur? Tak boleh! Jangan fikir. Nur geleng kepala. Alamak! Gelang tadi dekat Noah lupa nak minta. Noah pun main blah aje. Tak sabar nak jumpa girl dia la tu.. jangan cakap gelang tu memang untuk girl Noah. Kalau betul untuk girl Noah macam mana?

“Hish… tak sukanya!” Nur menekup mukanya di bantal.

“Apa yang tak sukanya?”

Nur tersentak. “Hish abang chaq ni. Lain kali ketuk lah dulu!”

Asyraf gelak. “Ni ha. Abang chaq nak bagi hadiah ni.”

“Hadiah?” Nur mula bangun dan bersila di atas katil. Asyraf pula duduk berhadapan dengan Nur. Ceria wajah Nur bila melihat beg kertas purple pink di tangan Asyraf. Nur cuba mendapatkan beg kertas itu tapi dengan pantas Asyraf melarikannya.

“Opss.. nanti dulu. Story dengan abang chaq dulu, apa benda ni?”

Nur mencebik. Abang chaq ni. Spoiled lah! “Nur jalan dengan Noah la tadi. Ni dia yang belikan.”

“Pergi dating ya?”

“Dating amenda? Dia dah ada girl lain lah!”

“Apesal nada kecewa aje ni?” Asyraf mengusik.

“Bergaduhlah tu..” tebak Asyraf lagi.

“Mana ada. Tak gaduh pun.. tapi..” Nur berdecit. “Ala.. entahlah! Malas nak fikir, bak sini beg kertas tu.. bagilah! Abang chaq!” Nur rasa muka dia dah merah.nak menagis pun ada!

“Sejak bila adik abang jiwang-jiwang ni? Siap nak nangis lagi..” beg kertas dihulurkan. Nur menjeling.

“Noah pesan tadi.. buka kotak tu pelan-pelan.. jangan koyak terus.”

“Yalah tahu.. sibuk.”

“Tak cakap terima kasih pun..”

“Terima kasih wahai abang chaq ku sayang.. good night. Assalamualaikum..” Asyraf sengih sambil berlalu keluar. Tugas pertama dah selesai. Tugas sekarang cuma tinggal nak bagitahu Noah saja yang Nur dah dapat hadiah tu. Alahai.. bakal adik ipar.. kau memang kena belanja aku makan la ni jawabnya. Asyraf menekan nombor Noah.

“Hello, Noah. Aku dah bagi dah hadiah tu dekat Nur. Kau boleh lah call dia sekarang..”

Noah senyum. “Thanks, abang ipar!”

Asyraf mencebik. Talian diputuskan. Macam budak-budak lah diorang ni. Bercinta, tapi mengharap kan orang tengah. Apa daa..

Nur membuka balutan itu dengan berhati-hati. Kalau ikutkan hatinya, memang dah koyak rabak dikerjakan. Tapi keapa Noah pesan macam tu pulak ya? Pembalut diletakkan di tepi. Kotak gelang dibuka. Cantik. Betullah kata Noah. . kulit putih memang sesuai.. eh cop-cop. Kulit putih? tak pandai berenang? Kawan dah lama? Tak kanlah girl Noah tu… eh no no no. tak mungkinlah.

Tiba-tiba Nur terpandangkan kertas balutan tadi. Seperti ada sesuau yang ditulis di atasnya. Coretan Noah dibaca, entah bila Noah menulis pun Nur tak perasan.
  
Nur,

Saya tak tahu bila anugerah ni datang..

Tapi mungkin saya orang terpilih untuk merasai semua ni.

Saya hargai saat-saat kita bersama, saya gembira bila awak ada..

Mungkin kita ada chemistry. Nur..

Saya tak paksa awak untuk terima cinta saya..

Tapi ini adalah perasaan sebenar saya pada awak.

I hate you.. but I love you.. For me, you are my everthing.

Nur.. would you be my girl?

-Noah Ryzal

Habis saja Nur membaca coretan itu, telefonnya bordering. Cepat-cepat dia mengambil telefonnya. Panggilan dari Noah! Hatinya tiba-tiba berdebar. Perlahan, punat hijau ditekan.

“Hello.. Noah?”

“Nur.. lagu ni, saya nyanyikan untuk awak. Hear me okay.” Bersungguh-sungguh Noah menekan loudspeaker. Tangannya mula memetik gitar. Nur hampir saja menitiskan air mata. Dia benar-benar… tersentuh!

“The loneliness of nights alone
The search for strength to carry on
My every hope has seemed to die
My eyes has no more tears to cry
Then like the sun shining up above
You surrounded me with your endless love
Coz all the things I couldn't see
Are now so clear to me

You are my everything
Nothing your love wont bring
My life is yours alone
The only love I've ever known
Your spirit pulls me through
When nothing else will do
Every night I pray
On bended knees
That you will always
Be my everything

You're the breath of life in me
The only one that sets me free
And you have made my soul complete
For all time
For all time

You are my everything
Nothing your love wont bring
My life is yours alone
The only love I've ever known
Your spirit pulls me through
When nothing else will do
Every night I pray
Down On bended knees
That you will always
Be my everything
Oh my everything.

Saranghae Nur..” Noah menyudahkan lagunya dengan ungkapan ‘I love you’ dalam bahasa korea. Nur pula sudah tidak tahu nak kata apa. Noah.. sangat-sanagt romantik!

“Nur.. will you? Be my girl?” Noah tahu Nur sudah menangis. Tapi Noah tetap mengharap yang Nur akan terima Noah dalam hidup Nur. Bukan sebagai kawan, tetapi sebagai kekasih. Kalau boleh Noah nak sebagai isteri!

“Noah..”

“Ya..”

“Bodoh..” ujar Nur dengan gelak kecil. Noah menunggu Nur habiskan kata-katanya. Noah tak kisah lah Nur nak cakap dia apa pun. Tapi Noah kisah, kalau Nur tolak Noah.

“Kenapa kau tak terus terang je dengan aku dari dulu?”

“Aku takut kau tak boleh terima aku. Kita kan musuh..” Nur tergelak. Noah juga.

“So, Nur.. will you accept me to be by yourside.. forever?”

Nur senyum. Senyum bahagia. “I do..”
___________________

“Macam mana?”

“Awak.. saya.. hemm.. sangat tak sesuai!”

Noah gelak. “Habis tu?”

“Tak tahu.. tak boleh fikir.. kalau reject boleh tak?” sakat Nur.

“Nak reject aku? Pulang balik gelang aku bagi.”

“Eleh.. gelang RM15 pun nak tuntut balik… orang boleh beli 10 lah.”

“Nur!!” Noah bengang. Nur gelak. Gembira!

“Jangan harap aku nak pulangkan.. 10 memanglah boleh beli tapi yang ni special sikit.. kat tempat lain taka da..”

“Apa yang specialnya?”

“Special lah.. sebab gelang ni.. boyfriend aku yang bagi.. kau ada?”

Noah tak jadi marah. Dia tersenyum panjang. Mengaku jugak aku ni boyfriend dia.

“Siapalah yang malang jadi boyfriend kau ni, Nur?”

“Entah.. mamat poyo mana lah kan..” Noah dijeling kemudian Nur tersenyum. Noah disebelah mengenyit mata. “Kau jangan nak buat aksi miang kau kat sini ya.. jom belanja aku makan..”

“Asyik aku aje belanja.. kau tak teringin ke belanja aku pulak?”

“Yalah aku belanja.. tapi minuman keras, nak?”

Noah menolak bahu Nur dengan bahunya. Kalau setakat air batu kosong baik tak payah..

“Kita balik rumah aku lah, jom. Masak maggi.” Nur beri cadangan.

“Kau ni pandai masak maggi aje.. masaklah benda lain. Kesian suami kau nanti.. hari hari makan maggi!”

“Okaylah tu, daripada aku tak tahu masak langsung..” Nur sengih.

“Aku tak kira, kau kena belanja aku pizza jugak!”

“Amboi.. banyak cantik! Tak de.. makan maggi jugak..” dan kedua-duanya bertekak hingga sampai ke kereta Noah.
_______________

“Abang tengok apa?”

Noah geleng. Tersenyum dia melihat isterinya sedang membetulkan tudung di cermin. “Sayang abang ni cantik-cantik buat apa? Pergi kerja aje kan?”

Nur senyum. “Imej kenalah jaga, abang. Nanti kalau orang tanya eh, eh, lawanya.. siapa punya buah hati la tu.. siapa lagi, Noah Ryzal lah..”

Noah gelak. “Sayang… tolong betulkan tali leher abang ni..” Noah sengaja nak bermanja.

Nur senyum nakal. Balas dendam time! Tadi gelakkan sayang ya, nanti abang..  Nur mendekati Noah, walaupun sudah hampir setahun berkahwin, perasaan berdebar sentiada ada. Dan sekarang Nur sudah pun mengandung 5 bulan.

Nur mula membetulkan tali leher milik Noah. Noah rasa tak sedap hati. Sebab makin lama, dia rasa macam sesak nafas..

“Sayang.. tolong.. tak bernafas abang ni..”

Nur gelak besar. Tali eher suaminya dilonggarkan kembali. “Usik Nur lagi..”

“Sayang ni.. gurau pun tak boleh ke? Baby tengok mummy ni, daddy gurau pun tak boleh dah..” Noah mengusap perlahan perut Nur yang sudah membesar itu.

“Abang ni.. kalau Nur mummy, abang puppy lah…” Nur gelak lagi.

Noah bengang. Apa ni? Asyik dia aje yang kena? “Nur nak kena cium ke?”

Nur geleng laju. “Eleh.. cakap orang.. abang tu, usik sikit pun dah sentap.” Nur menjeling.

“sayang.. sayang.. nasib baiklah sayang ni mengandung.. kalau tidak, ada yang ponteng kerja hari ni..”

“Malaslah layan abang.. dah, turun sarapan.” Briefcase Noah diambil dari meja kerja dibawa turun. Noah tersenyum. Teringat dulu Nur pernah bawakkan beg galasnya lepas habis kelas. Noah juga teringat yang dulu sudah dua kali dia melamar Nur, pertama kali sebelum dia berangkat ke Ireland untuk menyambung degree di sana, tapi Nur meolak. Lepas bertekak siap merajuk-rajuk lagi, Nur tetap buat tak layan. Dan kali kedua bila dia jejakkan kaki di bumi Malaysia.. orang pertama yang Noah cari adalah Nur.. sebab memang Nur yang datang menjemputnya di lapangan terbang. Jumpa saja Nur, terus Noah melutut di depan orang ramai. Mom, dad, mama dan papa Nur juga Noah tak hiraukan.. akhirnya Nur terima juga.

Sikap kasar dan ganas tetap ada tapi sikit-sikit je. Nur bukannya ganas sebenarnya, ganas apa kalau obsess gila pada warna pink. Macam dalam hati ada taman gitu.. Nur seorang isteri yang sempurna di mata Noah. Nur is my girl. Noah tersenyum.. sebelum dia melangkah keluar daripada bilik, sempat dia melayangkan flying kiss pada 10 bear hadiah hari lahir Nur yang sama setiap tahun daripadanya.. sama melambangkan hati dan perasaannya pada Nur selama ini tak akan berubah sampai bila-bila.. see you mr bear!

“Abang sayang intan payung… cepatlah!” Nur sudah memanggil manggil. Buat apa lah kat atas sana tu. Hai lah encik suami… Nur mengeluh.

“Yalah sayang… baby, tuan puteri.. I’m coming..”

Nur senyum bahagia. There you are.. my mr. husband!

7 comments:

  1. Ada post dekat penulisan2u kn?? Nice story ... Sweet tahap potong kaki ...kahakhak

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Kenapa watak sama dgn citer isteri bukan untuk disewa

    ReplyDelete

  4. Yuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.

    PROMO TERBARU KHARISMA POKER:

    * Bonus Referral 20% Seumur Hidup
    * Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya

    KEUNGGULAN KHARISMA POKER:

    * SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
    * NO ROBOT & ADMIN
    * 100% Fair Play Member Vs Member
    * Proses Withdraw & Deposit Tercepat
    * Customer Service yang baik, ramah dan cantik.

    MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :

    * BCA
    * BNI
    * BRI
    * MANDIRI
    * DANAMON

    Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!

    PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register

    SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA

    LIVE CHAT ; DISINI
    Telp :+85587983703
    BBM ; khpk02
    WA : +85587983703
    LINE ; khpk02

    Link Alternatif Kharismapoker :
    http://wwwkharismacash.com

    ReplyDelete