Thursday 30 January 2014

Semua Lelaki Sama

Assalamualaikum readers ..




Korang pernah dengar ungkapan "Semua Lelaki Sama" tak? Mesti pernah kan? Biasanya kalau ade kengkawan yang frust lepas kena tinggal and then kecewa mesti ade laa segelintir yang cakap macam tu kan.. Ataupun korang sendiri yang pernah cakap macam tuu. Biasalah, ni kan ayat standard kaum-kaum Hawa yang sedang berada dalam situasi 'putus cinta'. Seluar koyak boleh jahit. Handphone rosak boleh beli baru. Tapi kalau hati yang hancur, siapa nak ganti? 7Eleven pun tak dapat nak bantu tau. Actually aku belum pernah lagi ada pengalaman macam ni. Tapi aku just nak kongsikan pandangan aku tentang ni.. 

Well, bila korang terjumpa spesis yang suka anggap semua lelaki sama apa yang korang akan cakap pada mereka? Sesetengah suka melayan dan mengiyakan je ape yang orang tu cakap... tapi ada beberapa benda yang korang boleh point kat dia sebenarnya. Nasihat secara bijak supaya dia tak terlalu terasa hati or salah faham.

First, korang bleh tanya kat dia, adakah semua lelaki sama atau dia yang cari lelaki yang sama?? Contohnya, kalau dia sendiri yang cari lelaki yang jenis bad boy atau crocodile land (buaya darat), so dia kena laa live with it. Dia tak boleh laa suka pada bad boy tapi nak orang tu jadi baik at the same time.. kan? (Cehh.. Gaya aku menulis macam aku ada pengalaman je kan? Aku suka menilai something dengan pandangan yg jauh. Hahaha)

Maybe kalau ada lelaki yang dengar statemant macam ni daripada perempuan mesti dia akan cakap, "bukan semua lelaki sama.." Ya, memang betul. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Bukan semua lelaki sama wahai kaum Hawa. Bukan semua lelaki di luar sana tu hanya pandai mempermainkan perasaan perempuan atau hanya pandai menabur kata-kata manis.. Masih ada lagi lelaki di luar sana yg baik akhlaknya, masih ada lagi lelaki yg pandai menjaga hati dan perasaan perempuan. Aku bukan nak back up kaum Adam, tapi sememangnya kita semua tak sempurna. Tak semua lelaki tu jahat dan tak semua perempuan tu baik. Buktinya?? Buktinya ayah kita, pandai tak ayah kita jaga hati ibu kita?

Sebab tu wahai kaum Hawa, kadang-kadang Allah menemukan kita dengan orang yang salah dulu. Sebab apa??


1. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.


2. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.


3. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.




So clonclusionnya, jangan cepat kita putuskan statemant yang semua lelaki tu sama. Sebab walau apapun, kita tetap akan jumpa dengan lelaki yang berbeza juga. Iaitu suami kita.. InsyaAllah.

Buat Muslimah,
Tak perlu buat senarai nak future husband macam mana. Semua nak suami yang boleh bimbing isteri. Latih diri jadi solehah dulu. InsyaAllah, Dia sentiasa menginginkan yang terbaik untuk hambaNya yang bertaqwa.

p/s: saya budak umur 18tahun. Kalau salah tolong tegur-tegur ye.. hehehe


Wednesday 29 January 2014

Couple itu haram?

Assalamualaikum ..

Its all about couple. Betul ke couple itu haram? Ramai yang kata couple itu haram berdasarkan sebab-sebab tertentu seperti pegang tangan, keluar berdua-duaan dan sebagainya. Dan, secara tak langsung, itu membuatkan semua couple-couple adalah haram dengan serta merta. Well, adakah ianya benar?

Actually, ramai orang kata yang couple tu tidak dinyatakan dalam Quran dan Hadis. Tapi adakah bila sesuatu perkata tidak dinyatakan dalam Hadis dan Quran, ianya adalah haram dengan serta merta? Atau adakah ianya memang benar-benar halal? (Ke makruh ni....)

Couple ni umpama nasi. Adakah nasi itu haram? Tak. Nasi tak haram. Tapi, jika dalam nasi tu, di campurkan dengan sedikit lemak babi. Adakah ianya haram? Ya. Dengan itu, adakah korang membuat conclusion dengan berkata setiap nasi adalah haram? Tak. Nasi atau makanan adalah haram bila ia dicampurkan dengan makanan yang haram. Begitu jugalah dengan couple. Ianya benda yang tak ada apa-apa pun. Dan ianya menjadi haram jika perilaku orangnya yang membuat benda-benda haram.


Sama seperti berkawan. Sebagai contoh, apabila seorang kawan melakukan hubungan seks dengan kawannya adakah itu menjadikan berkawan itu haram? Tidak bukan.
 

TETAPI ..

Hadis Rasullullah telah memperincikan tentang jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.” 


Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahagian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja, menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku.

Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina.

Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina.

Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Allah tidak larang hambanya bercouple tetapi Allah melarang hambanya untuk mendekati zina. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM. 


Jadi, boleh jamin ke korang tak akan menghampiri zina jika korang bercouple? Renung-renungkanlah dan sentiasa muhasabah diri..





p/s: Saling ingat mengingati kan bagus?? :) Semoga kita tersedar dari 'buaian mimpi yang indah' itu.