Thursday 30 January 2014

Semua Lelaki Sama

Assalamualaikum readers ..




Korang pernah dengar ungkapan "Semua Lelaki Sama" tak? Mesti pernah kan? Biasanya kalau ade kengkawan yang frust lepas kena tinggal and then kecewa mesti ade laa segelintir yang cakap macam tu kan.. Ataupun korang sendiri yang pernah cakap macam tuu. Biasalah, ni kan ayat standard kaum-kaum Hawa yang sedang berada dalam situasi 'putus cinta'. Seluar koyak boleh jahit. Handphone rosak boleh beli baru. Tapi kalau hati yang hancur, siapa nak ganti? 7Eleven pun tak dapat nak bantu tau. Actually aku belum pernah lagi ada pengalaman macam ni. Tapi aku just nak kongsikan pandangan aku tentang ni.. 

Well, bila korang terjumpa spesis yang suka anggap semua lelaki sama apa yang korang akan cakap pada mereka? Sesetengah suka melayan dan mengiyakan je ape yang orang tu cakap... tapi ada beberapa benda yang korang boleh point kat dia sebenarnya. Nasihat secara bijak supaya dia tak terlalu terasa hati or salah faham.

First, korang bleh tanya kat dia, adakah semua lelaki sama atau dia yang cari lelaki yang sama?? Contohnya, kalau dia sendiri yang cari lelaki yang jenis bad boy atau crocodile land (buaya darat), so dia kena laa live with it. Dia tak boleh laa suka pada bad boy tapi nak orang tu jadi baik at the same time.. kan? (Cehh.. Gaya aku menulis macam aku ada pengalaman je kan? Aku suka menilai something dengan pandangan yg jauh. Hahaha)

Maybe kalau ada lelaki yang dengar statemant macam ni daripada perempuan mesti dia akan cakap, "bukan semua lelaki sama.." Ya, memang betul. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Bukan semua lelaki sama wahai kaum Hawa. Bukan semua lelaki di luar sana tu hanya pandai mempermainkan perasaan perempuan atau hanya pandai menabur kata-kata manis.. Masih ada lagi lelaki di luar sana yg baik akhlaknya, masih ada lagi lelaki yg pandai menjaga hati dan perasaan perempuan. Aku bukan nak back up kaum Adam, tapi sememangnya kita semua tak sempurna. Tak semua lelaki tu jahat dan tak semua perempuan tu baik. Buktinya?? Buktinya ayah kita, pandai tak ayah kita jaga hati ibu kita?

Sebab tu wahai kaum Hawa, kadang-kadang Allah menemukan kita dengan orang yang salah dulu. Sebab apa??


1. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.


2. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.


3. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.




So clonclusionnya, jangan cepat kita putuskan statemant yang semua lelaki tu sama. Sebab walau apapun, kita tetap akan jumpa dengan lelaki yang berbeza juga. Iaitu suami kita.. InsyaAllah.

Buat Muslimah,
Tak perlu buat senarai nak future husband macam mana. Semua nak suami yang boleh bimbing isteri. Latih diri jadi solehah dulu. InsyaAllah, Dia sentiasa menginginkan yang terbaik untuk hambaNya yang bertaqwa.

p/s: saya budak umur 18tahun. Kalau salah tolong tegur-tegur ye.. hehehe


3 comments: