Tuesday 22 August 2017

Cerpen : Apek, I Love You!

Tajuk : Apek I Love You!
Penulis : Mira Afendy
Tarikh post : 23 August 2017





“What?! You gila ke apa?” hampir tersedak aku dibuatnya.

“I tak tipu.. I swear to God, mana ada tipu..” aku lihat muka poyo Damien.

“Sudahlah apek.. sampai mati pun I don’t believe it..” aku mencebik tidak percaya.

“Okay, okay amoi, you wait and see aaa.. This is Damien Yong lah. Tak ada cakap main main punya..”

Glupp.. Liur aku telan. Terngiang-ngiang lagi kata-kata Damien masa makan tengah hari di pejabat tadi. Ada ke patut dia kata dia rasa dia suka kat aku. Alasannya, sejak jumpa aku, dia tengok amoi-amoi sebangsa dia tak menarik langsung. Tak masuk dek akal betul. Gila ke apa si apek tu.

Tapi dia kata dia suka aku sejak dia mula jumpa aku.. kiranya dalam 3 tahun lepas lah. Masa tu aku baru saja mula bekerja. Marketing Executive. Waktu itu dia memegang jawatan Senior Marketing Executive. Jadi, aku yang muka baru memang diletakkan dibawah Encik Damien Yong. Kira Damien ni dah jadi macam mentor akulah kononnya. Disebabkan aku dan dia boleh masuk walaupun berbeza bangsa, kitorang jadi kamcing. Kamcing gila.

Damien lah orang pertama yang sudi menemani aku waktu makan tengahari semasa aku mula mula bekerja dulu. Seorang yang berbudi pekerti atau omputih kata gentleman. Gentleman sangat sampai dia layan aku lebih daripada seorang senior kepada juniornya. Lepas tu mula  lah bising mulut mulut murai di pejabat aku tu kononnya ada gossip yang mengatakan aku dan Damien bercinta. Choii!

“Kau ni, akak tengok selalu sangat keluar dengan Encik Damien tu, macam bercinta pulak. Ke korang ada apa apa ni?” Kak Sarah menegur aku suatu ketika dulu.

Emm.. betul ke aku nampak macam orang bercinta. Tak adalah, ni semua andaian tak masuk akal saja. Aku cuba yakinkan diri. Dan aku juga pasti yang Damien sebenarnya keliru. Keliru tentang perasaan sukanya pada aku sebagai seorang sahabat atau lebih daripada itu. Aku yakin yang Damien juga sukakan aku tak lebih daripada seorang sahabat. Dan begitu juga aku. Ya, betul tu!

____________________________

“Intan, pukul 12 nanti as usual ya.” Intercom dari Damien.

“OK boss.”

Tepat jam 12 tengahari Damien sudah terpacak depan meja aku. Semenjak jadi Marketing Manager ni, nampak semakin segak si apek ni. Dalam diam, aku memang menyenangi keterampilan Damien. Segak dan kemas. Memang ada ciri-ciri lelaki kegilaan wanita betul. Tapi, tak termasuk aku, okay!

Cepat-cepat aku mengemas meja yang sedikit berselerak sebelum aku mengikut jejak Damien di hadapan. Kami terus meluru ke lift. Damien menekan butang lift, seperti biasa dia dahulukan aku untuk masuk ke dalam perut lift. Biasalah, apek ni memang suka mempraktikkan istilah ‘ladies first’.

“You nak makan apa, Intan, I order.” tanya Damien.

“Perut I tak sedap hari ni, I nak makan sup sayur saja la. Dan air limau suam. Thanks apek!” aku senyum panjang. Macam selalu. Memang Damien yang akan order. Jadi macam manalah orang tak salah sangka tentang kami.

“Ok, wait a second.” Selesai memesan lunch, Damien duduk dihadapan aku.

“Kenapa perut sakit? Pagi tadi you tak ada breakfast ke? Sudah makan ubat?” soal Damien laju. Jelas riak risau di wajahnya.

“Tak ada apalah, bukan sakit perut, cuma rasa tak sedap saja perut ni. Tekak pun rasa pahit je. Pagi tadi memang tak sempat breakfast.” Terang aku.

“You ni, buat I risau la.”

Aku senyum saja. Entah kenapa, semenjak sesi luahan hati Damien tempoh hari yang kononnya dia sudah mula sukakan aku, aku merasa sedikit kekok bila berhadapan dengan Damien. Apatah lagi bila Damien memandang wajah aku dengan pandangan redupnya itu. Oh jantung, tolonglah berhenti mengepam!

“Ok, jom makan.” Nasib baik makanan dah sampai, kalau tidak, jenuh aku nak menghadap muka Damien.

Selesai makan, kami menaiki kereta untuk balik ke pejabat. Tekak aku macam nak mengeluarkan sesuatu, kepala macam nak berpusing, aku pejamkan mata. Harap-harap cepatlah sampai office. Tiba-tiba aku perasan kereta tak menuju ke pejabat.

Nak ke mana pulak apek ni? Omelku sendiri. Hendak bertanya, tapi tak terkeluar perkataan memandangkan tekak aku rasa macam tersekat. Damien memberhentikan kereta.

“Ni deng wo.” Damien menyuruh aku tunggu sekejap. Aku anggukkan kepala.

“Ini ubat. Makan sekarang. Nah ini air.” Aku menurut saja apa yang apek ni suruh. Lagipun aku tau, kalau aku taknak, kena paksa juga. Daripada kena bebel, baik aku telan terus.

“I think you need a good rest, I don’t want you to work. I send you home.”

“Eh apa you ni, kerja I tak habis lagi la. Mr. Chan nak tengok quotation tu esok la. I okay, tak sakit mana pun.”

“Really? Muka you sudah tak ada darah liao.. I tengok pucat semacam saja.” katanya sambil memandu.

“Iya ke pucat? Mana ada, I okay la. Apek, kita balik office ye?” ujarku sambil perlahan lahan mula memejamkan mata. Mengantuk pula rasanya. Mungkin kesan daripada ubat yang aku makan tadi. Sementar saja, pandangan aku mulai gelap.

“Intan.. Intan..” kejut Damien perlahan. Aku buka mata. Tak semena mataku terbeliak besar.
“Damien!! Kenapa you hantar I balik? You ni.. I taknak balik la. Tak kira, I nak ikut you balik office jugak!”

“Aiya.. amoi! Tak mau jerit-jerit, nanti throat sakit liao.. Dah, you jangan nak banyak bising. I’ll see you tonight.” Damien sudah bukakan pintu kereta, terpaksalah aku keluar dari kereta dia. Muka aku masam saja. Geram betul!

“Lai, kunci kereta.” Nak tak nak, terpaksalah aku berikan kunci kereta aku. Kalau tak, kereta aku bakal bermalam di pejabat la jawabnya. Sian dia.

Kenapalah si apek ni. Aku bukannya sakit teruk pun. Perut tak sedap je. Tekak pahit je. Masih kuat untuk bekerja. Tak faham betullah dia ni. Silap haribulan, mesti aku kena bambu dengan Mr Chan esok. Matilah aku..

_____________________________


Malam itu, seperti yang aku jangkakan, Damien menghantar keretaku.

“Hello.. Intan? I ada depan rumah you. Open your gate.” Suara Damien kedengaran dihujung talian. Aku berlari keluar dan membuka pintu pagar. Damien keluar setelah memakir kereta. Tetap segak walaupun dengan baju lengan pendek berwarna coklat yang dipadankan dengan seluar panjang berwarna blueblack.

“Thanks a lot, Damien. Susahkan you aje.”

“Don’t mention it” katanya dengan senyuman. Aduh kenapa aku rasa berdebar pula ni? Macam lah Damien tak pernah senyum macam tu sebelum ni. Intan behave yourself.

“You ada demam ke?”  soal Damien sambil jari telunjuknya menghalakan pada dahi aku.

“Oh tak ada la. I okay je. Dahi I tak panas pun.” Damien mengangguk.

“Intan, jom. Let’s go for supper.” Aku mengerutkan dahi.

“Nak pergi mana?”

“Candle light dinner. I tahu you mesti lapar punye.” Seloroh Damien.

Tahu tahu sajalah si apek ni. Candle light dinner konon. Entah kedai mamak mana la yang dia nak bawak aku kali ni. Eh, jangan ingat orang cina tak suka lepak kedai mamak okay. Siapa lagi yang ajar Damien Yong ni lepak kedai mamak kalau bukan aku. Hihihi

“Cool! I memang tengah lapar. Wait aaa..” Terus aku masuk untuk tukar baju. Baju t-shirt putih lengan panjang, skirt hitam dan juga tudung bawal. Done! Setelah siap, aku terus ke depan.

Mana apek ni? Takkan dah balik kot. Aku berjalan keluar. Mataku menangkap sekujur tubuh yang membelakangiku. Perghh.. handsome juga apek ni dari belakang. Eh.. jap! Aku ketuk kepala sendiri. Apa aku fikir ni? Gila. Tu Damien lah! Kawan baik kau Intan! Mana boleh jatuh cinta pada kawan baik. Tambah lagi berlainan bangsa dan juga agama. Jangan cari pasal Intan!

“Apek! I dah siap.” aku mengejutkan Damien yang sedang berangan tengok bintang.

“Ok dear, let’s go” aku mengekor Damien menuju ke kereta.

“Wa mau roti kosong dua, teh tarik dua.” Damien memberi pesanan tanpa bertanya kepada aku. Inilah menu supper kami kebiasaannya.

“Aiya! Bro.. sorry, cancel air. Teh tarik satu, teh O satu” pesan Damien pula.

Aik, sejak bila pula Damien minum teh O ni? Bukan teh Tarik tu minuman kegemaran dia ke?

“Sejak bila you tukar taste ni, apek?”

“Bukan untuk I, tapi untuk you. Perut tak okay, tak boleh minum susu. ” katanya sambil menganggukkan kepala kepada pelayan tanda selesai memberi pesanan.

“What?! Teruklah you. I baru nak meleleh air liur teringat teh tarik tau” aku menjeling tak puas hati.
Damien gelak. “Mana boleh liao.. next time haa..” Geram betul aku dengan si apek ni. Suka hati dia je.

“Nanti you balik macam mana?” tanyaku.

“Oh wait, I call Ah Wee.” Damien berbual dalam bahasa cina. Aku yang tak faham hanya melihat dan mendengar. Cute je muka Damien ber chong cheng chong cheng dengan Ah Wee, housemate dia. Eh sejak bila pulak aku pandai menilik muka si Damien ni?

“Okay, nanti Ah Wee datang.” Aku Cuma mengangguk.

“You nak tahu tak, tadi kan, I tidur lama sebab bosan tinggal seorang kat rumah tau. You punya pasallah ni. Sekarang I risau sempat ke I siapkan quotation untuk Mr Chan esok. Dia suruh I pergi ofis dia pukul 10 pagi pulak tu. Quotation tu I baru siapkan dalam 30% aje. Macam mana ni you? I ada dalam 1 hour saja nak siapkan. Macam mana kalau tak sempat? Matilah I nanti.. Ish..”

Damien aku lihat tersenyum mendengar kata kata aku. “ Haa apasal tersenyum-senyum? Ooo you sengaja nak tengok I kena tadah telinga dengan Mr Chan esok eh?”

“Bukan maa.. I suka lihat you cakap tak berhenti-henti” Skema betul ayat apek ni. Aku menjeling Damien. Ada ke patut cakap macam tu. Tengok dia tersenyum-senyum buat aku tambah menyirap. Risau aku Mr Chan tu punya fiil. Datang tsunami dia, naya aku.

“Hey amoi, janganlah marah. I suka lihat you saja maa.. Ok ok.. I’m sorry.. okay?” Damien buat muka comel. Aku menjeling.

“Aiya.. don’t be angry. I senyum saja. Quotation itu, I sudah prepare untuk you.” Bulat mata aku mendengar statement yang memberangsangkan dari Damien tu.

“Haa are you serious?” Damien mengangguk.

“Waaa, thank you, Damien! So I tak perlu risau lagi la.. you laa kawan I yang paling baik.” Gila tak happy? Nak saja aku kiss si apek ni. Tapi aku bukan suka sangat buat kerja gila macam tu. Hahaha.

“Kawan saja ke?” Damien buat muka kelat.

“Laa iye la. Dah tu? Uncle? Haha..” aku gelak.

“Walaowehh.. I muda lagi maa.. sudahlah, makan. Boleh cepat balik.” Sambung Damien, masih dengan muka kelatnya.

“Aiyaa apek jangan marah maa.. I gurau-gurau je..” kataku sambil tersenyum. Damien balas dengan senyuman. Emm.. dah okay la tu.

_______________________________

“Intan, come inside” kedengaran suara Damien memanggil aku masuk.

“Ya, ada apa?”

“Sekarang kita pergi MT company, mau jumpa Encik Aliff. You prepare related files yang patut kita bawa bersama. I mau pergi toilet,nanti kita pergi sama-sama.” Aku menggangguk. Damien bila bekerja, memang serius.

“Tapi bukan ke kita selalu discuss dengan Encik Taufiq? Kenapa dah tukar orang?” tanyaku musykil.

“Encik Aliff adalah anak kepada Encik Taufiq. Encik Taufiq mau kita refer kepada Encik Aliff bermula sekarang.”

“Ooo.. Encik Aliff tu baru kerja ke? Tak pernah tau pun pasal dia sebelum ni?” soal aku lagi.

“Yup, I heard itu Encik Aliff baru masuk company bapanya.” Berkerut muka Damien menjawab soalan aku.

“I see.. Encik Aliff tu baru habis belajar ke?” aku soal lagi.

“Aiyaaa you ni Intan!! Wa mau pergi toilet maaa. Later baru sambung.” terus Damien pergi tinggalkan aku yang dah terburai ketawa sendiri. Whahaha.. patutlah berkerut-kerut. Sorrylah apek, aku lupa yang kau nak pergi toilet tadi huahuahua.

______________________


“Hello, we are here for an appointment with Encik Aliff.” Tutur Damien dengan sopan.

“Oh, Mr Yong ya? Sila. Itu bilik Encik Aliff. Dia sedang menunggu.” Sopan juga dibalas oleh gadis itu. Aku hanya jadi pemerhati.

Pintu diketuk. Kami masuk setelah dijemput.

“Excuse me, Encik Aliff.” sapa Damien kepada Encik Aliff yang sedang membongkok. Entah apa yang mamat ni cari agaknya. Bebelku dalam hati.

“Yes..” Encik Aliff mengangkat muka.

“Oh ya.. hello Mr. Damien. Come.. come.. sila duduk.” Jemput Encik Aliff.

“Eh Intan? Apa awak buat kat sini?” soalan Encik Aliff membuatkan mataku meluas.

“Aliff?” Tak semena fail yang aku pegang terjatuh ke bawah. Allah! Malu sungguh.

“Sorry..” aku tunduk ingin mengutip kembali fail tersebut. Laju sahaja Damien dan Aliff menghulurkan bantuan. Aku sekadar senyum tipis.

“Thanks.” Ujar aku bila Aliff menghulurkan helaian kertas kepada aku. Wajah Aliff tidak aku pandang. Tak sangka! Tak sangka aku jumpa boyfriend tak jadi aku masa belajar dulu. Tak sangka jugak ayahnya mempunyai syarikat besar sebegini. Ahh, ada aku kisah.

“Erm, Mr. Damien, Encik Aliff ni kawan I masa study dulu. Kami satu course.” terang aku kepada Damien. Sekadar berbasa basi.  Damien menganggukkan kepala.

“Awak makin cantik, Intan.” Puji Encik Aliff.

Aku sekadar tersenyum. Wajah Damien aku lihat berubah sedikit. Ah, dia mesti pelik punya lah.

Setelah itu kami meneruskan perbincangan. Dengan mudah Encik Aliff setuju sahaja dengan harga yang kami tawarkan. Kalau Encik Taufiq, jangan haraplah semudah ini.

_________________________


Telefon berbunyi. Nama Damien terpapar di screen. Punat hijau aku tekan.

“Asslamualaikum, amoi, jom teman I dinner?”aku tergamam seketika. Assalamualaikum? Screen telefon aku lihat kembali. Eh betul lah ni nombor apek. Sejak bila pula apek pandai beri salam ni? Persoalan itu aku biarkan saja. Tak salah kan orang cina bagi salam?

“Intan.” Panggilan dari Damien membuat aku tersedar dari lamunan.

“Waalaikumsalam. Erm, sorry apek, I ada janji dengan Encik Aliff nak makan sama. Ermm.. apa kata you join sekali? Nak? Jom lah.” Lama Damien diam.

“Bu yao laa.. Tak apa. I go with Ah Wee.” Balas Damien.

“Betul ni you tak nak join?” soal aku lagi. Sebenarnya aku serba salah menolak ajakan Damien. Sebelum sebelum ini juga mana pernah aku menolak ajakannya. Tapi disebabkan Aliff sudah mengajak aku terlebih dahulu dan aku senidri sudah setuju, jadi terpaksalah aku menolak ajakan Damien.

“Its okay. Have fun.” Talian dimatikan. Dahi aku berkerut. Belum pernah lagi Damien memutuskan talian aku begitu saja. Tiba-tiba hati aku hampa. Sedih. Sudah lah aku belum sempat meminta maaf lagi sebab terpaksa menolak ajakannya. Aiyoo apek, jangan merajuk maa.. waa tak pandai pujuk.

“Intan.. kawan kau sampai.” Kak Sarah selaku housemate aku sendiri sudah memanggil manggil. Kak Sarah ni kalau bab menjerit, tarzan pun kalah. Cepat-cepat aku meluru ke pintu.

Wajah Aliff yang sudah tersenyum aku pandang. “Cantik awak pakai tudung macam ni.” Pujian Aliff aku biarkan sepi. Ye lah, dulu masa zaman kolej mana aku pernah bertudung.

Kami mengambil tempat di bawah pokok. Aku suka kedai makan macam ni. Pokok besar yang terletak bersebelahan dengan warung itu dihias dengan lampu lip lap lip lap. Cantik! Aku dengan Damien selalu juga ke sini. Dia selalu pesan nasi ayam, aku pula nasi goreng kampung kaw kaw. Selalu juga Damien tolong habiskan nasi goreng aku. Membazir tak habis, katanya. Tapi lepas makan, mesti mata berair. Terpaksalah order lagi satu gelas air. Tak tahan pedas, tapi tetap mahu makan.

“Intan.. Intan..” panggilan Aliff membuatkan lamunan aku hilang.

“Hurm, ya?” soal aku blur.

Aliff tergelak kecil. “Saya tanya awak nak makan apa?”

Aku termalu sendiri. “Err nasi goreng kampung dengan limau ais.”

Kenapa dengan aku ni? Tak pernah pernah mengelamun. Kali ni berangan lebih pula. Ah, ni semua salah Damien. Siapa suruh dia merajuk dengan aku. Damien juga aku persalahkan. Hahaha..

Kami makan sambil berbual-bual. Rupanya Aliff sambung belajar di UK selepas tamat belajar di universiti tempatan dulu. Patutlah tak pernah dengar khabar dari dia. Dia kata lepas aku tolak cinta dia, dia terus putuskan untuk sambung belajar di UK. Kasihan dia. Tapi nak buat macam mana, hati aku ni tak ada rasa untuk dia. Lagipun dia ini playboy Malaya. Mungkin sebab tu aku susah untuk terima dia. Walaupun dia kata yang dia sudah berubah. Tapi boleh percaya ke?

“Intan, awak rasa saya ada peluang lagi tak?”

Soalan Aliff buat aku tersentak. “Peluang apa?” buat-buat tanya pulak aku ni.

“Untuk melamar awak?” Terbeliak mata aku. Gila ke?

“Awak masih ada perasaan pada saya lagi?” soal aku. Aliff angguk. Serius ini gila.

“Tapi kenapa? Dah empat tahun kita tak jumpa. Awak sepatutnya dah lupakan saya.” Aku jadi serba salah.

“Kenapa awak tak boleh terima saya dari dulu lagi, Intan?” soalan Aliff aku balas dengan keluhan.

“Aliff, saya tak tau nak cakap apa. Pada saya, jodoh ditangan tuhan. Kalau ada jodoh kita, adalah. Tapi, buat masa sekarang, saya tak ada perasaan tu untuk awak. Saya memang anggap awak kawan baik saya dari dulu lagi.” Luah aku. Aliff sekadar mengganguk perlahan.

“Tak apa, saya faham. Saya pun taknak rosakkan hubungan kita sekarang ni. At all, we are still friends, right. So, friends?” Aliff menghulurkan tangannya pada aku.

Aku sekadar senyum. “Friends.” Aku menganggkat ibu jariku tanda setuju.

Aliff menarik balik tangannya. Kemudian kami sama sama tergelak.

___________________________


Kenapa aku tak boleh terima Aliff? Tanya pada diri sendiri. Aku bergolek ke kanan ke kiri di atas katil. Tak mahu lelap pula mata aku ni. Aliff memang baik. Tak ada kurangnya. Kaya. Dan kacak pulak tu. Tapi kenapa hati aku berkata ‘taknak’ pada Aliff? Walaupun dia sudah berubah. Kalau dibandingkan dengan Damien, Aliff lagi handsome. Damien handsome juga, putih melepak cuma matanya sepet. Aliff walaupun gelap sedikit, tapi lagi handsome dari Damien.

“Ish apa aku ni. Tiba-tiba bandingkan dua orang mamat tu buat apa? Intan! Berangan lagi!”

Aku ketawa sendiri. Sudah gila agaknya. Tak pasal-pasal syok sendiri.

“Emm.. apa Damien buat sekarang ya? Dah tidur tak agaknya. Dah pukul 12 ni. Esok tak kerja. Agaknya dia dah tidur ke belum ni? Nak kacau dia lah.” Pantas tanganku mencapai handphone.

“Emm hello, Intan. Ada apa?”

“Hai Damien. You dah tidur ke ni?”

“Emm baru saja..” Senyap.

“Ye ke..  Sorry kacau you tidur, I saja je call tengok you dah tidur ke belum.”

“Kenapa liao? Happy sangat mehh keluar dengan Aliff tadi? Sampai tak boleh tidur?” tebak Damien.

“Eee mana ada. I call sebab teringat kat you je.”Opss! Apa aku cakap ni?

“Ye mehh?? Haha, okaylah I mau tidur liao. Good night!” lagi sekali panggilan aku dimatikan.

Dahi au berkerut. Kenapa lah dengan apek ni? Suka sangat dia putuskan call aku macam tu je. Taknak call lagi! bentakku perlahan. Ah.. suka hati kau la apek!

_________________________

Masuk hari ini, dah tiga hari aku tak nampak Damien. Lina, kerani human resource, kata Damien ambil emergency leave. Risau aku. Call pun tak dapat.

Telefon di hujung meja kucapai.

“Lina, aku cuti hari ni ya. Thanks.” Aku nekad, aku mesti cari Damien.

_________________________


Kereta ada. Kasut ada. Pintu pagar tak berkunci. Aku mengetuk pintu berkali-kali. Menunggu seketika.

“Emm tak ada kat rumah lah ni. Keluar tak tahu kunci pagar mamat ni. Tak takut orang masuk rumah agaknya.”

Aku berpusing. Putuskan untuk balik ke rumah.

“Intan..” panggilan seseorang membuatkan niat aku terbantut.

“Damien! Are you okay?” terkejut aku bila pintu terkuak tiba-tiba. Muka Damien kelihatan merah macam udang kena bakar. Aku mendekati pintu.

“Ya.. okay.” katanya sambil masuk ke dalam. Aku mengekori Damien dari belakang.

Tanpa dipelawa aku duduk. Macam biasa, kalau rumah Damien aku buat macam rumah sendiri. Haha. Tapi Ah Wee mana ya? Biasanya kalau aku datang ke rumah Damien, Ah Wee mesti akan ada.
 Aku tengok meja berselerak dengan mug, piring, surat khabar, plastik berisi sampah makanan ringan, ubat pun ada. Aku tolong kemaskan sambil menunggu Damien.

Mana apek ni? Takkan nak buat air kot tengah sakit-sakit ni? Risau menerjah ke hati aku. Aku pergi menjengah Damien di dapur. Tiba-tiba Damien turun dengan kain pelekat. Aik, sejak bila pula Damien berkain pelekat ni?

“Damien, you okay tak ni?” wajah Damien kelihatan sedikit segar. Mungkin dia baru selesai mandi..
“I okay. Sorry buat you tunggu.” Damien lantas baring di atas sofa. Aku hanya memerhati. Wajahnya kelihatan kemerahan. Matanya dikatup.

“Damien.. Damien..” kejut aku perlahan. Amboi, orang datang rumah dia, sedap pulak dia mahu tidur. Aku menggoncangkan lengan Damien yang berlapik dengan t-shirt lengan panjangnya perlahan lahan. Eh? Panas.

“Damien, you demam ni. Jom, I bawa you pergi hospital ya?”

“Tak perlu. Sikit saja..” ujar Damien. Matanya masih lagi ditutup.

“Damien, janganlah degil. Pergi dengan I ya?” aku cuba memujuk.

“No, I don’t want to go anywhere..” sahutnya perlahan.

“Marilah, I bawa..”

“No!” tak sempat aku habiskan ayat, dia sudah bagi jawapan. Perlahan tetapi kedengaran keras. Muktamad.

“You balik lah, Intan. Ah Wee tak ada. Tak elok you duduk dalam rumah lelaki. Berdua duaan.” Ujar Damien lagi.

“No. I takkan balik. I takkan tinggal kan you macam ni.” Aku berkeras. Damien pula sudah senyap. Terus aku bangun ke dapur untuk mengambil air dan ke bilik untuk mencari tuala. Biasalah, kan aku dah kata, memang aku buat macam rumah sendiri punyalah.

Aku masuk ke dalam bilik Damien. Kali pertama aku masuk ke sini. Rumah Damien agak besar. Kerana ini rumahnya sendiri. Dan disebabkan bosan hidup sendiri, Ah Wee lah yang menjadi temannya. Itu lah orang suruh kahwin tak mahu maa..

Aku meneliti seluruh bilik Damien. Luas dan bersih. Pembersih juga apek ni ya. Tiba-tiba mataku jatuh kepada bingkai gambar di atas meja tulis Damien.  Terkejut aku melihat beberapa keping gambar aku dan Damien. Aku ingat lagi, itu gambar semasa kami satu company bercuti di Port Dickson. Damien memang tak lekang dengan camera. Aku tersenyum.

Kemudian cepat-cepat aku mengambil tuala dan kembali ke sofa bila teringatkan Damien.

“Tadi you ada ambil ubat tak?” Damien menggeleng perlahan sambil matanya masih lagi pejam.
Aku letakkan tuala basah di atas dahinya. Ke dapur menjerang air. Hanya terdapat milo saja kat rumah orang bujang ni. Aku kembali ke depan dengan milo dan roti. Tuala yang tadinya di dahi sudah menutup keseluruhan muka.

“Damien, ni ada roti, mesti you tak breakfast lagi kan? You makan ya, lepas tu makan ubat.” Geleng. Ish apek ni.

“Okay, paling tak pun, you mesti minum milo ni, perut kosong makan ubat, nanti sakit lain pulak.” Kemudian barulah Damien bersetuju. Emm nasib baik angguk! Apek.. apek.. Damien membuka mata sedikit. Semakin sepet jadinya.

Aku membantu Damien duduk. Terasa hembusan nafas yang panas. Sedikit milo dijamah. Ubat terus ditelan. Geleng kepala aku dibuatnya. Setelah Damien baring semula, aku lantas bangun. Terasa tangan aku dipaut kuat. Panas.

“I ke depan sekejap. Ambil first aid ya.” Angguk. Alahai apek.. macam budak kecil.

Termometer aku keluarkan dari first aid. Mak aii.. 38.9 degree. Mana taknya panas yang amat.
“You, kita pergi hospital okay?” pujuk ku lagi. Damien geleng perlahan.

“You panas sangat ni. Risaulah I.. Kita pergi ya?” Geleng lagi.

“Degil betullah you ni.” Kataku perlahan. Tak tahulah dia dengar ke tidak. Aku bangun ingin menuju ke dapur. Lagi sekali tangan aku ditarik. “I tukar air ni sekejap. You rehat la.” Amboi apek ni, sedap sedap saja dia pegang lengan aku. Nasib baik berlapik. Dan nasib baik juga dia tengah sakit. Kalau tak mahunya kena buku lima aku ni.

Habis basah sofa Damien. Mana tidaknya, terkena tuala basah aku gunakan untuk mengelap Damien. Panasnya.. cepatlah kebah. Doaku dalam hati. Niat untuk aku bangun menukar air terbantut lagi apabila tangan ditarik oleh Damien. Kejap. Kuat. Mungkin menahan sakit. Matanya terpejam persis orang tidur.

“Intan..” katanya perlahan. “stay.. please..” tangan aku ditarik ke dada. Mak aii.. aku yang panas. Ada lepas ni aku pulak yang demam.

Aku mengangguk walaupun tahu dia tak nampak. Hanya perlahan duduk ditepi sofa sambil memikirkan bagaimana cara untuk aku lepaskan tangan. Hati aku sayu melihat wajah yang begitu lesu. Merah menyala. Tidurlah sayang, Intan tunggu..

_____________________

Aku terlelap rupanya. Tanganku masih digenggam Damien, tetapi tidak sekuat tadi. Perlahan-lahan aku bangun menuju ke pintu yang masih terbuka luas. Nasib baik tidak ada pencuri. Macam manalah aku boleh terlelap tadi. Aku kembali ke Damien. Letakkan belakang tapak tangan ke dahi dan lehernya. “Emm nasib dah kebah sikit”. Damien masih nyenyak.

Aku menuju ke bilik. Duduk di meja yang terdapat gambar-gambar kami.Cuma gambar-gambar kami.

‘Wo ai ni.’ Perlahan aku membaca perkataan yang ditulis di atas salah satu gambar. Wo ai ni? Bukan maksudnya saya cintakan awak? Biar betul apek ni.. Maknanya apa yang dia cakap sebelum ni memang bukan main-main.. Aku tersenyum. Entah mengapa, hati ini terasa sangat gembira..

___________________________


“Intan, come inside please.”

“Ok boss”

“You macam mana hari ni? Dah okay?” tanya aku sambil menarik kerusi untuk duduk. Baru hari ini Damien muncul di pejabat.

“Emm.. okay. Tinggal batuk sedikit saja.” Jawab Damien.

“You ni memang degil tau. Kenapa takut pergi jumpa doktor?”

“Because.. I already have one.” katanya sambil mengangkat kening.

“Siapa? Kenapa masa tu tak beritahu I?”  Dia senyum. Senyum ada makna.

“You la.. hehe.. xie xie.” Katanya. Cettt, apek ni permainkan aku pula. Aku mencebik. Damien pula tergelak kecil.

 “Lepas lunch, I mau jumpa Encik Aliff. You ikut sekali, okay?” ajak Damien.

“Okay, I ikut.” Aku senyum sambil melangkah ke pintu untuk kembali ke meja sambil berkira-kira dokumen apa yang perlu dibawa nanti.

“Wait wait wait.. Kenapa you nampak very happy bila mau jumpa itu orang?” soal Damien dengan wajahnya yang berkerut.

“Haaa? Apa you cakap ni apek? I biasa je.” Aku buat muka selamba. Damien mencebik.
“Why?” tanyaku hairan.

“Nothing, just go”

Hurm, apa apa sajalah apek!

________________________


Aliff sudah tersenyum dari jauh.

“Hi beautiful. Sihat?” katanya selepas berjabat tangan dengan Damien. Aku perasan muka Damien yang kelat semacam.

“Can we proceed? We have another appointment after this.” Celah Damien. Serius.

“Okay sure. Sila masuk.”

Usai perbincangan, kami beredar. Damien senyap sehinggalah kereta yang dipandunya berhenti dihadapan taman rekreasi. Dia turun. Aku ikut saja. Kami menuju ke bangku yang disediakan berdekatan dengan tasik. Tidak ramai orang, mungkin kerana waktu kerja.

“Damien, kita buat apa kat sini?”

Senyap. Tiada jawapan dari Damien.

“Damien, kenapa ni? You senyap je dari tadi. You ada masalah ke? Atau you demam lagi?” Tanya aku lagi, perlahan. Aku tahu, Damien bukannya ada appointment apa-apa pun hari ni. Damien tunduk. Kulitnya kemerahan. Mungkin dek panahan matahari. Maklumlah, orang kulit putih melepak.
“Damien?” lagi sekali aku memanggilnya.

“Intan, I tak boleh.. I tak boleh lihat you dengan Aliff.”

Aku mengerutkan dahi. “Kenapa pula? Kitakan kena selalu jumpa dia? Dia client kita kan?”

“But I can see.. he likes you. Mungkin ada history between both of you? I don’t know and I never want to know!” balasnya sambil menoleh memandang aku. Aku terdiam. Wajah Damien yang sedikit kusut itu aku pandang.

“Yes, I admit it. Aliff memang ada hati dekat I dari dulu lagi..” balasku. Diam sementar. Sengaja aku hendak menduga Damien.

 “You like him too, right? I saw you! Terlalu happy makan together. He stared at you so deeply. I lelaki, I tahu, the way he treat you, he love you, Intan.” Sayu pula suara apek aku dengar. Alahai, hati aku pula jadi tak keruan.

“What’s wrong with you?” soal aku ingin tahu. Kenapa Damien terlalu peduli perasaan Aliff terhadap aku? Walau apapun yang Aliff rasa pada aku, aku tak ada perasaan yang sama seperti Aliff.

 “I’m sorry, Intan. Like I told you, I tak boleh lihat you dengan Aliff. Bila lihat kamu berdua, here.. inside here.. it’s burning..” katanya sambil memegang dada. Suaranya semakin mengendur. Aku tersedar sesuatu.

“You cemburu ya?” Damien menoleh perlahan. Dia mengangguk. Entah kenapa, nak saja aku peluk Damien dan cakap aku gembira melihat dia cemburu.

“Damien, I’m sorry. Tapi, apapun, I memang tak ada apa-apa dengan Aliff. You kena percaya I.” kataku. Eh, kenapa aku cakap macam ni? Apek ni bukan pakwe aku. Gila ke apa kau ni Intan!
Damien kemudian bangun berdiri menghadap aku. Kemudian dia berlutut di hadapan aku. Aku terbungkam. Terkejut punya pasal.

“Intan... I dah kenal you lama. And for the first time I saw you, I tak tahu kenapa I mula tertarik pada you. Sikap you, layanan you, buatkan I tak lena tidur. I rasa I betul-betul suka kan you, Intan.” Aku terdiam. Hanya mendegar.

“Intan.. sudi tak.. you kahwin dengan I?” Aku tergamam. Terkedu. Terdiam. Dan segala jenis ‘Ter’ lah! Pertanyaan Damien betul-betul buat aku terdiam. Damien sudah gila ke? Ye, memang aku juga mempunyai perasaan suka terhadap Damien. Tapi ada sesuatu yang menyebabkan kami tidak boleh berkahwin!

“You gila ke? Kita mana boleh kahwin. Agama kita berbeza.” Laju saja aku berdiri. Damien juga turut beridiir. Wajahnya tenang saja.

“Siapa cakap kita tak boleh kahwin?” soalnya dengan senyuman. Seperti biasa, senyum ada makna.

“Damien, I Islam, you Christian. Agama kita melarang kita untuk berkahwin. Tolonglah, faham.” Aku sudah mula ingin melangkah. Mengenagkan hal di mana aku dan Damien tidak akan pernah boleh disatukan sampai bila-bila membuatkan hati aku sebak.

“Intan, wait.” Panggilan Damien membuatkan aku berhenti melangkah.

“I seorang mualaf.”  Damien berdiri menghadap aku. Senyuman nipisnya masih dibibir.

“I sudah convert. I sudah masuk Islam beberapa bulan yang lepas. Dan nama Islam I, Muhammad Hilman Yong.” Tambahnya lagi. Aku pula, terkedu!

“Damien, you jangan main-main la. Semua ni bukan benda main-main tahu.” Marahku. Geram betul. Dia ingat ni semua pekara yang boleh dibuat main ke?

Damien kemudian mengucap dua kalimah syahadah. Merdu dan lancar sekali. Hampir saja aku pengsan mendengarnya. Entah kenapa, air mataku jatuh. Damien benar-benar sudah memeluk Islam?

“Tapi sejak bila? Kenapa you tak pernah bagitahu I?” soalku. Sampai hati Damien.

“Sebab I rasa benda ni tak perlu dihebohkan. Sebab I masuk Islam kerana I terpesona dengan keindahan Islam itu sendiri. Bukan kerana you, atau sesiapapun. Tapi kerana diri I sendiri yang tertarik. Dan yang paling penting, I masuk Islam, kerana Allah. Kerana I betul-betul nak mendalami Islam.“

Tiba tiba aku menangis semahunya. Aku benar benar tersentuh. Padanlah semenjak dua menjak ini Damien begitu menghormati aku sebagai seorang gadis yang bertudung. Allah.. sesungguhnya hidayah itu benar benar milikMu. Alhamdulillah..

“Intan, are you okay dear?” soal Damien cemas. Risau agaknya melihat aku menangis sebegini.
Aku mengelap air mataku. “I’m so happy to hear that, Damien.” Ujarku dengan senyuman.

Damien tersenyum. Syukur panjang diucapnya. “Dan sekarang I bersedia maa mau melamar you.. Sudah lama woo I tunggu..” aku tergelak mendengar slang cina Damien.

Damien memandang aku. “Intan, sudi tak awak kahwin dengan saya?” lagi sekali aku tergelak mendengarkan ayat Bahasa melayu Damien.Kelakar bunyinya.

“Kenapa you gelak?” wajah Damien berkerut.

“Tak ada apa.” Aku tahan gelak. “So, Mr. Hilman Yong, mana cincin untuk I?”sengaja aku bergurau. Damien menepuk dahi.

“Aiya amoi, I tertinggal cincin dalam laci office maa..” Aku tergelak lagi. Damien pula sudah tersengih.

“So, sudi tak?” soalnya ingin kepastian.

“Of course lah I sudi, apek!” balas ku gembira. Lagi sekali Damien mengucap kata syukur. Senang pula aku mendengar seorang mualaf mengungkap kata-kata suci seperti itu.
“Mau saja waa peluk sama lu.” Ujar apek gembira.

“No no no. We are not married yet!” kemudian aku berlari meninggalkan Damien di belakang. Damien pula mula mengejar. Sengaja kami buat babak Hindustan di sini. Bukannya ada orang pun. Haha.


Hurm, akhirnya hanya Damien yang menjadi pilihan hati. Tak sangka. Aku betul-betul tak sangka. Semoga hubungan kami selepas ini diredhai olehNya. Dan semoga Damien ikhlas dalam segala keputusan yang sudah dia putuskan. Alhamdulillah. Apek, I love you! I love you so much!