Penulis : Amira Affendi
Tarikh post : 22 July 2015
Cinta itu aneh.. Mulut kata benci. Tapi hati rasa sayang. |
Suasana di Tutti Frutti begitu mendamaikan.
Kelazatan frozen yogurt perisa Vanilla bersama topping marshmallow dan gummy
bears membuatkan aku leka sebentar. Peristiwa setahun yang lalu tiba-tiba
datang menjengah difikiran.
Setahun yang lalu…
Aku tersenyum ceria. Gembira yang tidak terkata
kerana sebentar saja lagi pengantin lelaki akan tiba. Berdebar-debar bila
memikirkan yang aku akan menjadi isteri kepada lelaki yang amat aku cintai.
Aku sudah pun siap disolek dan didandan oleh Humaira,
sahabat aku sendiri. Dia memang berbakat dalam bab solekan dan mengandam
pengantin ni. Sebab tu lah dia dah Berjaya bukak bisnes sendiri. Ada butik
muslimah sendiri dan Humaira merupakan mak andam yang boleh dikatakan agak
popular juga di sekitar Kuala Lumpur ni. Jadi, disebabkan dia ni sahabat aku,
boleh la aku minta diskaun sikit. Jimat pun jimat. Hehehe..
Saudara mara sudah mula membanjiri kediaman
kami. Aku jadi semakin tak tentu arah. Dah hampir 20 minit berlalu namun
bayangan pihak pengantin lelaki masih tak kunjung tiba. Aku tengok jam di dinding. Majlis dah nak mula, mana pulak
Farhan ni? Pukul berapa baru nak sampai? Takkan jalan sesak kut?
“Mai, mana Farhan ni? Aku rasa tak sedap hati
lah..” luah aku sebaik saja aku cuba menelefon Farhan tetapi panggilanku masih
tidak dijawab.
“Relaks! Kejap lagi sampailah tu.. Kau ni kut
ya pun sabarlah.. Tahulah dah nak jadi isteri orang!” Humaira gelak sendiri
dengan kata-katanya . Aku mula cemberut. Main-main betul la minah ni. Kita
punya la risau.
Tiba-tiba terdengar suara orang beri salam dari
luar rumah. Aku tersenyum lega. Alhamdulillah, Farhan dah sampai. Jantung aku
semakin berdegup kencang, tangan pula dah sejuk macam ais. Relaks Putri.. Tarik
nafas.. selawat banyak-banyak.. ingat Allah!
Humaira membetul-betulkan veil dan crown di
kepala aku. “Cantik sangat kau, Putri. Insecure pulak aku. Rasa macam nak naik
pelamin lagi sekali je!” ujarnya selamba. Amboi, tak sayang mulut sungguh.
Dengar dek cik abang dia, naya je ada sesi pujuk memujuk nanti.
“Kau ni.. nak naik pelamin lagi sekali konon.
Habis tu Mr double M kau nak letak kat mana?” soal aku pula mengenakan dia.
“Siapa kata aku nak naik pelamin dengan lelaki
lain? Of course la naik pelamin dengan encik husband aku tu.” Kata-kata Humaira
membuatkan kami tergelak besar. Ada-ada je lah si Humaira ni.
Beberapa saat kemudian mama, papa dan kedua-dua
bakal mertua aku masuk ke bilik dengan wajah yang sedikit suram. Aku jadi
pelik. Kenapa ni?
“Mama, kenapa? Auntie.. Uncle.. Papa.. Ada apa
ni? Kenapa semua masam je ni?” aku pandang mereka berempat silih ganti. Bibir
cuba mengukir senyum tapi ternyata aku betul-betul tak mampu. Perasaan aku
semakin berdebar-debar. Hal buruk terjadi pada Farhan ke?
Ibu Farhan tiba-tiba saja menangis
tersesak-esak membuatkan aku jadi semakin panik. “Auntie, kenapa ni? Mana
Farhan?!” soalku cemas. Tangan wanita itu aku genggam erat.
“Putri sayang.. maafkan auntie. Tapi.. Farhan
tiba-tiba buat hal. Pagi tadi auntie masuk bilik dia. Tengok-tengok dia dah tak
ada. Yang ada cuma ni..” Puan Ain menghulurkan sekeping kertas yang dipegangnya
sejak tadi kepada aku.
Apa benda ni? Aku membuka lipatan kertas itu. Perlahan, aku mula membaca
sebaris demi sebaris ayat yang ditulis di dalam kertas itu.
‘Ma, abah.. Maafkan Aan. Aan tak boleh kahwin
dengan Putri. Aan baru sedar yang Aan masih belum bersedia untuk semua ni.
Please forgive me.. Buat sementara ni Aan perlu jauhkan diri dari semua orang,
terutamanya Putri. Aan tak berniat nak malukan semua orang, tapi Aan rasa ini
jalan terbaik untuk Aan dan juga Putri. Beritahu Putri yang Aan pohon seribu
kemaafan darinya. Maafkan Aan. Sekian, wasalam. ‘
Setitik demi setitik air mataku mula berguguran
di pipi. Kerisauan yang aku rasai sejak tadi ternyata memberi makna yang amat
menyakitkan untuk aku lalui. Ya Allah, dugaan apakah ini? Kenapa Farhan sanggup
buat Putri macam ni? Apa salah Putri? Kenapa Farhan tinggalkan Putri macam tu
je di hari perkahwinan kita? Di hari bahagia kita berdua… Gara-gara tak dapat
mengimbangkan lagi badan aku, aku hamper terjelopok jatuh tetapi sempat
disambut oleh Humaira disebelah.
“Putri…” panggilnya perlahan. Mungkin tidak
menyangka yang nasib tidak menyebelahi aku. Mama datang menghampiri aku dan
memeluk aku erat.
“Sabar sayang.. semua ni ada hikmahnya.” Ujar Mama
perlahan. Puan Ain juga menangis lagi. Papa dan Uncle Fariz cuma melepaskan
keluhan berat. Aku pula? Tak dapat menahan rasa sakit itu. Aku menangis di
dalam pelukan mama semahu-mahunya.
“Oi, Putri!” sapaan Alia membuatkan bayangan
peristiwa menyedihkan itu pergi begitu saja. Aku menggosok dada. Kus semangat!
“Apa oi, oi. Bagi la salam dulu!” marahku
sambil cepat-cepat menyapu air mata yang tiba-tiba jatuh.
“Sorry.. Putri kau okay tak ni?” soal Alia
prihatin sambil melabuhkan duduk berhadapan dengan aku.
“Aku okay. Cuma teringat peristiwa tu..” terang
aku jujur.
Alia mengeluh. Memang Alia sudah tahu apa yang
berlaku pada aku setahun yang lepas. “Tak payahlah fikir lagi pasal jantan tak
guna tu. Ikan banyak lagi di lautan!” balas Alia pula.
Aku tersenyum nipis. Ikan memanglah banyak.
Tapi nak cari yang terbaik tu susah!
“Entahlah, Lia. Aku malas nak fikir lagi pasal
ikan ke, kumbang ke, kambing ke.. Yang pasti sekarang ni, aku cuma nak rehatkan
diri aku dari dunia cinta aje. Malas nak fikir. Kalau ada jodoh aku dengan
sesiapa, adalah tu nanti Mr. Right untuk aku.” Ujarku sambil tersenyum kea rah
Alia.
Alia mengangguk setuju. “Yup! You’re right. You
deserve better. Si Farhan tu tak layak untuk kau. Akan ada someone better untuk
kau nanti. Yang penting, jangan berhenti berdoa!” nasihat Alia lagi. Aku
tersenyum. Ya, Alia betul. Doa adalah senjata orang mukmin. Jadi untuk dapatkan
yang terbaik dalam hidup kita, jangan pernah berhenti berdoa!
__________________________
Aahhh! Penat gila! Dari pagi sampai ke malam
tak habis-habis lagi kerja memunggah barang. Rasa macam nak patah je tulang
belakang badan aku ni! Aku tengok sekeliling rumah baru yang baru saja kami
rasmikan pagi semalam. Banglo 2 tingkat setengah! Apa agaknya yang buat papa
berkenan sangat nak beli rumah macam ni? Besar tak ingat! Kalau duduk
sorang-sorang kat rumah ni, mau mati berdiri juga aku dibuatnya!
Macam tak percaya je yang kami dah tinggalkan
KL. Sekarang dah jadi orang Shah Alam pulak. Papa berkenan benar dengan kawasan
perumahan Laman Sanur ni. Tapi bagi aku tak ada bezanya. KL dan Shah Alam sama
saja! Tak lari dari traffic jammed! Tapi, bagus juga kalau lari dari KL. Sebab
kat KL tu banyak sangat kenangan aku dengan Farhan. Sekurang-kurangnya kalau
duduk Shah Alam, boleh juga aku cipta kenangan baru kat sini.
Perlahan aku sandarkan badanku pada sofa. Cuba
merehatkan diri yang keletihan.
“Putri!”
Mata aku yang semakin layu tadi automatik segar
semula bila terdengar mama melaung dari tingkat atas. Cepat-cepat aku bnagun
dan berlari naik ke bilik mama.
“Ada apa, ma?” soal aku spontan. Aku berdiri di
muka pintu master bedroom mama dan papa.
Mama sedang tersenyum sambil membelek gambar di
dalam album lama keluarga kami. Lusuh dan sedikit berdebu. Dah dua hari
album-album tu dikurung dalam kotak sementara nak tunggu dipunggah ke sini.
Baru sekarang mama ada masa untuk keluarkan semuanya.
“Mama ada benda nak tunjuk kat Putri ni. Meh
sini cepat!” Excited sungguh mama. Matanya masih lagi tertumpu pada album yang
berwarna biru gelap itu.
Aku mendekati mama dan duduk di birai katilnya.
“Apa dia, mama?”
Mama hulur album itu ke tangan aku. Kemudian
mama tunjuk salah satu gambar di dalamnya. “Cuba tengok gambar ni. Putri ingat
tak siapa kat dalam ni?” tanya mama pula.
Laju saja mata aku melirik ke arah gambar yang
ditunjuk mama. Gambar lama! Aku cuba amati dua wajah itu. Sepasang budak kecil
yang mukanya comot dengan lumpur. Yang perempuan sedang tergelak riang.
Yang
lelaki pula mukanya masam mencuka. Aku tersengih. Budak perempuan ni aku
kenallah! Ini aku! Tapi, yang sebelah aku ni siapa pulak? Apa-apa pun gambar ni
memang kelakar! Masa ni aku kecik lagi. Baru 7 tahun! Cepat betul masa berlalu,
dah 18 tahun pun. Aku dah tua!
“Siapa budak lelaki ni, mama?”
Mama ketawa. “Takkan Putri tak kenal? Ni kan
cucu angkat nenek! Abang Nazrin. Yang tua setahun dari Putri tu.”
Gulp! Baru aku teringat. Ni lah bapak singa
yang dulu marah gila bila aku panggil dia abang. “Bapak singa ni?!” aku
mengangkat kening tidak percaya.
Mama mencubit peha aku membuatkan aku mengaduh
kecil. “Tak baik panggil abang Nazrin macam tu!” mama menegur. Aku pula
mencebik. Eleh, dah memang dia bapak singa. Aku ingat lagi bila mula-mula dia mendapat
gelaran bapak singa dari aku. Sewaktu pertama kali nenek membawa aku berjumpa
dengan dia. Masa tu muka dia masam gila! Senyum pun tidak!
“Apa ceritalah agaknya Nazrin sekarang? Dengar
kata sambung belajar di London!”
Aku juih bibir. “Baguslah kalau bapak singa tu
sambung belajar di London. Tak payah lah Putri jumpa dia lagi.” Selamba aku
menutur kata.
“Putri! Jaga sikit mulut kamu!” mama dah mula
jengilkan matanya.
“Ala mama, betul apa? Bukannya mama tak tahu
macam mana dia layan Putri masa kecik dulu. Dia yang benci Putri! Selalu
marah-marah Putri!” Sakit hati setiap kali teringatkan perangai abang Nazrin
masa kecik. Betul-betul macam bapak singa!
“Bukan dia benci Putri. Putri kena lah faham.
Dia dah tak ada keluarga sejak kecil lagi. Sebab tu la masa tu dia susah nak rapat
dengan orang. Mama yakin sekarang dia mesti suka Putri.” Mama memujuk. Aku pula
mencebik.
“Jangan benci-benci sangat! Nanti bertukar
cinta!” Mama menggosok-gosok kepala aku. Cinta? Dengan bapak singa? Bagi free
pun belum tentu aku terima lah!
“Dah lama tak jumpa dia. Kali terakhir kita
jumpa dia masa dia darjah enam. Dah 14tahun tak jumpa! Agak-agaknya dia ingat
kita lagi ke tak?” sambung mama lagi, masih lagi membelek gambar-gambar abang Nazrin.
Ya aku ingat lagi. Kali terakhir aku jumpa dia
masa aku darjah 5. Selepas tu, aku dah tak tahu khabar dia lagi. Dengar cerita
masa tu dia dah diambil oleh makcik kandung dia. Nenek pula, nak tak nak kena
lepaskan abang Nazrin.
Tiba-tiba telefon bimbit mama berbunyi. Aku
pula keluarkan lagi dua buah album dari dalam kotak. Aku tatap setiap gambar
didalamnya. Serta merta senyuman terukir di bibir. Oh, I miss my childhood!
“Waalaikumsalam, mak.. Zan kat rumah ni, dengan
Putri. Tengah kemas-kemas lagi. Kenapa mak?”
Oh nenek rupanya yang telefon! Panjang umur!
Aku tersenyum. Rindunya pada nenek!
“Balik kampong? InsyaAllah, lepas selesai
kerja-kerja memunggah barang ni kami balik. Nanti Zan cakap dengan Abang Man.”
Aku hanya mendengar saja perbicaraan mama.
Balik kampong? Seronoknya!
“Oh ye ke mak? Dia ada kat sana? Kirim
salamlah! Seronoknya kalau dapat berkumpul ramai-ramai. Nantilah, Zan cuba
balik secepat mungkin ya, mak? Kirim salam semua. Assalamualaikum!” mama
tersenyum-senyum sebaik saja talian dimatikan.
“Siapa ada kat sana, mama?” soalku ingin tahu.
“Nazrin!”
Gulp! Liur aku telan. Biar betul mama ni.
Takkan baru disebut-sebut tup tup dah ada kat kampong.
“Dia baru balik dari London. Dia menginap di
rumah nenek sepanjang dia berada kat Malaysia ni. Rindu pada kita agaknya!”
cerita mama gembira. What the? Aku melopong. Aduh! Bala.. Bapak singa is coming
home!
____________________
“Abang.. abang... kau siapa nak panggil aku
abang?!” soal budak lelaki itu kasar.
Aku mengetap bibir. “Sebab awak lagi tua dari
kita la kita panggil awak abang! Lagipun nenek suruh kita panggil awak abang!”
tempelakku.
“Kau bukan adik aku.” Balasnya lagi.
Hampir menangis aku dibuatnya. “Awak pun bukan
abang kita lah! Kita pun tak ingin nak panggil awak abang!” muka ku sudah
memerah. Sekejap saja lagi, mesti aku menangis punya lah!
“Dah tu pergi balik! Jangan ikut aku masuk
sawah ni! Kau tu kecik lagi.” Bidasnya.
“Eleh, abang Nazrin tu pun kecik lagi. Baru 9
tahun. Mana boleh masuk sawah ni sorang-sorang!”
Dia mencebik. “Suka hati aku lah! Aku lelaki.
Kau tu perempuan.” Aku merengus geram. Sakitnya hati! Baru saja aku berniat
ingin mengambil lumpur untuk dibaling pada abang Nazrin dihadapan, tiba-tiba
kaki ku tersadung batu.
“Auchhh!” adu ku. Abang Nazrin berpaling. Dia
menghampiriku yang sudah terduduk di atas tanah.
“Kau okay tak ni?” soalnya agak cemas. Aku
sudah pun menangis. Mana taknya, lutut aku dah berdarah! Sakit sangat.
“Kan aku dah kata. Jangan ikut aku. Kau degil!
Menyusahkan orang betul lah!” marahnya pula. Aku sudah tak mampu menjawab.
Hanya tangisan yang keluar dari bibirku.
“Sini, aku gendong kau!” abang Nazrin
memusingkan badannya dan menyuruh aku naik ke atas belakang badannya yang kecil
tu. Tanpa menjawab, aku menuruti arahannya. Mujurlah badan aku ni kurus dan
tidak berat. Kalau tak, mahu patah juga badan abang Nazrin ni. Aku memeluk erat
lehernya sambil menahan tangis.
“Lain kali jangan ikut aku. Aku tak suka kau.
Dah lah manja, menyusahkan orang pula tu!” ujarnya kasar. Aku menangis lagi.
Selepas itu dia hanya diam sepanjang perjalanan kami pulang ke rumah nenek.
_______________________
Macam tak percaya yang aku sekeluarga dah pun
sampai di rumah nenek. Dah lama tak jejakkan kaki ke negeri Pahang ni! Tak
dinafikan aku agak teruja sebab tak sabar nak lepaskan rindu pada nenek. Tapi ada
sesuatu yang menyebabkan perasaan teruja aku tu sedikit terganggu. Abang
Nazrin! Cucu angkat kesayangan nenek! Aku yang cucu kandung nenek pun tak dapat
rasa kasih sayang nenek sepenuhnya. Tak aci betul!
“Haa.. Orang jauh dah sampai!” Mak Timah selaku
orang gaji nenek yang paling lama berkhidmat dengan nenek sudah pun berdiri di
muka pintu. Mak Timah sudah kami anggap seperti keluarga sendiri.
“Mak Timah! Rindunya Putri dengan Mak Timah!”
aku menyalami dan memeluk Mak Timah.
“Aih, Mak Timah je ke dirindunya? Nenek ni tak
rindu?” tiba-tiba nenek muncul. Aku tersenyum.
“Mestilah rindu! Putri rindu gila-gila pada
nenek kesayangan Putri ni.” Aku menyalami nenek dan mencium kedua belah
pipinya. Mama, papa dan mak Timah yang melihatnya tergelak dengan gelagatku.
“Mana Mikael? Tak datang sekali ke?” soal nenek
pula mencari abang sulungku.
“Biasalah mak.. orang dah berkeluarga. Susah
sikit. Banyak kerja katanya. Lagipun anak dia semuanya sekolah. Jadi tak boleh
balik sekali.” Terang papa sambil menyalami nenek. Nenek mengangguk faham.
“Kalau macam tu jom kita masuk. Nazrin pun ada
tu..” celah Mak Timah.
Langkahku yang tadinya laju kini kembali
perlahan. Sama macam mood aku. Tadi happy, sekarang double unhappy! Nyaris lupa
pasal bapak singa tu.
Tiba-tiba seorang lelaki keluar dari sebuah
bilik. Dia berjalan menghampiri kami yang sudah pun berada di ruang tamu rumah
agam nenek ni. Aku memadang lelaki itu tak percaya! Ni ke bapak singa tu?!
“Maklong.. paklong..” ujarnya dengan senyuman.
Dia menghampiri mama dan papa lalu menyalami mereka berdua. Aku apa lagi.
Tergamam la! Bapak singa ni memang… bapak handsome!
“Ya Allah Nazrin. Dah besar kamu sekarang.
Makin handsome, makin tinggi!” puji mama melambung. Dia aku lihat hanya
tersenyum kecil. Seronok la tu orang puji.
“Tu la Zan. Mak pun masa jumpa dia hari tu
terkejut sangat. Makin handsome cucu nenek yang sorang ni.” Tambah nenek pula.
Ha, puji lagi. Puji lagi si bapak singa tu. Aku ni? Terkontang kanting
sorang-sorang kat sini. Eleh, handsome sikit je pun.
“Ha, Nazrin. Ni Putri. Teman sepermainan Nazrin
masa kecil dulu.” Gulp! Nama aku disebut nenek. Teman sepermainan? Teman gaduh
ada lah! Abang Nazrin memandang aku, kemudian dia senyum. Entah ikhlas entah
tidak senyumnya tu. Tapi aku juga senyum pada dia. Dan sudah tentulah senyuman
aku ni tidak ikhlas! Hahaha..
Lepas tu nenek menyuruh Mak Timah menyiapkan
hidangan makan malam kami sementara mereka berbual-bual di ruang tamu itu. Sudah
tentulah si bapak singa tu yang menjadi topic perbualan utama mereka petang itu.
Sesekali, ada lah jugak bapak singa tu menyindir aku. Memang tak suka tengok
aku senang agaknya dia ni. Huh, tak guna betul!
_____________________________
Meriah sungguh malam ni. Makan malam kami
dijamu dengan pelbagai jenis makanan. Mak lang, mak ngah, dan pak su semuanya
datang dengan anak-anak mereka. Nenek buat reunion! Seronoklah juga aku dapat
jumpa sepupu-sepupu tercinta! Walaupun memang tiada yang sebaya aku sebab mama
anak sulung dalam keluarga ni. Yang paling dekat pun baru berumur 20 tahun.
Sebab tu dulu, masa nenek bawa abang Nazrin ke rumah, aku yang paling rapat
dengan dia sebab umur kami hampir sebaya.
“Putri, nak tambah nasi lagi tak?” tanya nenek.
Aku menggeleng laju. Kalau tengok pada lauk
memang rugilah kalau aku tak tambah nasi! Pari bakar cicah air asam, ikan keli
masak lemak, ikan bawal masak sweet and sour, ayam merah kesukaan aku! Terbaik
smeuanya. Tapi, selera aku mati sebab bapak singa ni duduk di sebelah aku. Ini
nenek punya pasal lah! Siapa suruh bapak singa ni duduk disebelah aku.
“Mana dia nak tambah nasi, nek! Tengoklah badan
dia, dah macam belon! Ni mesti maklong masak sedap-sedap hari-hari kan?” terdengar suara bapak singa tu tergelak
disebelah. Amboi.. sedapnya mulut dia cakap aku belon. Hati aku bertambah sakit
bila semua orang gelakkan aku. Mesti diorang ingat si Nazrin tengah buat lawak.
Padahal dia menyindir aku! Jaga kau, ada ubi ada batas!
“Abang Nazrin pun apa kurangnya. Badan aje
keding tapi makan macam gajah!” ujarku sambil tersenyum simpul. Menyindir tapi
dengan senyuman. Aku tiru gaya dia la ni.
Dia pula hanya sengih. Mesti dalam hati dah
panas. Ha, siapa suruh cari pasal dengan aku!
“Gembira nenek tengok kamu berdua ni. Tak macam
dulu lagi. Kalau dulu, pantang berjumpa, ada je yang tak kena.” Ujar nenek
dengan senyuman. Yang lain sudah tergelak. Aku dengan abang Nazrin pula
terpaksa mengiyakannya. Tak macam dulu la sangat!
Selesai makan, aku berjalan menuju ke tingkat
atas. Saudara mara aku yang lain semuanya sudah pulang ke rumah masing-masing.
Tinggal keluarga aku saja, kerana kami memang berniat nak menginap di rumah nenek
untuk beberapa hari. Ini ibu punya idea la ni. Nasib baik aku ni bekerja di
syarikat papa. Jadi, tak susah la kalau nak ambil cuti. Hehehe..
Belum sempat aku ingin masuk ke dalam bilik
yang memang disediakan khas untuk aku, satu suara menegur aku dari arah
belakang.
“Dah lama tak jumpa kau kan..” tegurnya. Aku
berpaling. Hmm.. dah agak dah. Bapak singa tetap bapak singa. Bahasa abang
Nazrin ni memang takkan pernah berubah. Yang peliknya, dia suka cari pasal
dengan aku je. Dari dulu lagi. Dengan orang lain okay pulak dia!
Aku menyilangkan tangan sambil memandang dia.
“Hmm.. Kenapa? Abang Nazrin rindu Putri ke?” soalku sengaja. Dia gelak
menyindir.
“Tak ada masanya aku nak rindu kau. Aku kan tak
suka kau!” bidasnya. Aku mengetap bibir.
“Ya, Putri tahu abang tak suka Putri. Jadi,
abang ingat Putri suka abang sangatlah?!” balasku pula. Dia tergelak lagi.
Sakitnya hati dengar dia ketawa!
“Aku dengar.. Dulu, kau tak jadi kahwin.” Gulp!
Kata-kata abang Nazrin membuatkan aku terkedu. Mana dia tahu ni? Nenek! Mesti
nenek yang cerita!
“None of your business!” marahku. Sakit bila
soal itu dibangkitkan. Baru saja aku ingin melupakannya, bapak singa ni telah
mengungkit kembali.
“Nasib baik jugak kau tak kahwin. Kalau tak,
kesian suami kau nanti sebab dapat isteri yang manja macam kau. Dan satu lagi…
menyusahkan!” kata-kata abang Nazrin betul-betul buat aku sentap. Kenapa dia
selalu kata aku ni menyusahkan? Sedangkan sudah 14 tahun aku tak berjumpa
dengan dia. Selama 14 tahun ni, ada ke aku menyusahkan dia?! Aku mula sebak.
“Kenapa abang Nazrin selalu sakitkan hati
Putri? Apa salah Putri pada abang?” soalku geram tapi masih lagi dalam mengawal
suaraku. Takut juga kalau papa, mama, nenek atau Mak Timah dengar nanti.
“Sebab aku tak suka kau!”
Aku mengetap bibir. “Kalau tak suka, jangan
tegur Putri lagi!” bentakku lalu meluru masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu
bilik dari dalam. Bencinya aku pada dia! Abang Nazrin sama saja macam Farhan!
Dua-dua menyakitkan hati!
____________________________
Nenek macam sengaja nak buli aku. Awal-awal
pagi lagi dia suruh aku teman abang Nazrin untuk ke pasar. Cari ikan, sayur,
ayam dan lain-lain! Sebenarnya aku tak beberapa kisah pasal pergi ke pasar tu,
yang aku kisah, kenapa bapak singa tu mesti ikut? Kalau ye pun budak London nak
masuk pasar, tak payah lah suruh budak KL yang temankan. Macam la aku dengan
pasar ni sahabat baik. Tak boleh ke Mak Timah yang temankan abang Nazrin ke
pasar?
“Nenek nak Putri dengan Nazrin ni jadi budak
kampong sikit hari ni. Masuk pasar, beli barang dapur. Bila lagi nak practice
jadi suami atau isteri yang boleh ke pasar kan?” ujar nenek penuh makna.
Banyaklah nenek punya practice.
“Ala nek. Putri tak biasa lah ke pasar. Lagipun
abang Nazrin pun tak biasa ke pasar. Dekat London kan takde pasar. Kalau
kitorang sesat dalam pasar tu macam mana nek?” aku merengek manja. Mak Timah,
mama dan papa sudah tergelak kecil. Hanya abang Nazrin saja yang berlagak
selamba. Memang taka da perasaan betul la.
“Putri, mama pun setuju dengan nenek. Kalau kat
KL tu, jangan harap lah kamu nak pergi pasar. Jadi alang-alang duduk kampong
ni, belajar-belajar la pergi pasar. Lagipun kamu kan dah 25tahun, dah layak
jadi mak orang dah.” Mama pula mula berleter. Aku mencebik. Abang Nazrin
kelihatan tergelak kecil. Tak guna punya bapak singa, bukannya nak tolong aku
pujuk nenek untuk tak ke pasar. Ni boleh pulak dia gelakkan aku.
Pujuk pun tak ada guna sebab akhirnya aku
dengan abang Nazrin memang sudah berada dalam pasar yang memang penuh dengan
manusia. Ada yang menjerit la, bercakap la, tawar menawar la. Haih, ni yang aku
tak berapa suka ke pasar ni.
Abang Nazrin hanya membuntuti aku dari
belakang. Aku pula melihat senarai barang yang perlu kami beli. Separuh sudah
dibeli. Jadi sekarang.. kami perlu beli.. sayur! Alamak! Sayur apa pulak ni?
Mana lah aku kenal rupa sayur ni sebab aku memang anti sayur. Tak suka sayur!
Aku berjalan sambil memerhati kedai-kedai yang
menjual sayur. Macam mana ye rupa bayam? Nama macam pernah dengar, tapi rupa
tak tahu lah pulak macam mana.
Tiba-tiba kertas kecil di peganganku diambil
oleh abang Nazrin. Dia melihat kertas itu dan kemudian berjalan meninggalkan
aku terkebil-kebil. Aku membuntuti langkahnya.
“Akak, bagi sayur bayam dan kangkung ni ye
kak.” Ujar abang Nazrin pada kakak yang menjual sayur itu. Aku cuma melihat.
“Kalau sayur pun tak kenal, macam mana nak jadi
isteri.” Sindir abang Nazrin. Erk? Aku mengecilkan mata. Geramnya!
“Abang Nazrin pun sama je! Bukannya semua
barang dekat pasar ni abang tahu.” Balasku pula.
“Aku tahu la. Jangan ingat dekat London tak ada
pasar, okay. Aku bukan macam kau. Manja. Semua kerja rumah harapkan bibik je.
Memang tak ada ciri-ciri jadi isteri la jawabnya.” Bidasnya lagi sambil
menghulurkan duit kepada penjual sayur itu.
Eh? Dekat London pun ada pasar ke? Ye la tu. Abang Nazrin ni bukannya boleh
dipercayai sangat. Kemudian kami berjalan untuk membeli barangan yang
seterusnya. Sekarang, abang Nazrin yang mengambil alih tugasku untuk membeli
barang. Aku pula jadi tukang bawa barang. Naik sakit juga tangan aku. Abnag
Nazrin ni bukannya ada hati nak tolong!
Selesai kami membeli barang dapur yang dipesan
nenek, sampai masanya untuk pulang ke rumah. Seluruh tangan aku ni rasa macam
dah nak tercabut dah. Lenguh yang amat! Mana taknya, semua barang aku yang kena
pegang. Kan senang kalau kat pasar ni ada troli. Tak payah susah-susah nak
pegang sendiri.
Tiba-tiba abang Nazrin mengambil kesemua plastik
di tangan kiri dan kanan ku. Aku tersentak.
“Eh, biar Putri bawak sikit.” Pintaku.
Memanglah aku nak dia tolong aku, tapi tak ada lah aku suruh dia angkut
semuanya sampai tangan aku jadi kosong.
“Tak apa lah. Aku kan lelaki..” ujarnya
perlahan sambil melangkah laju ke depan. Aku tersenyum lucu. Dalam singanya,
ada juga gentleman abang Nazrin ye. Teringat kembali masa dia terpaksa menggendong
aku pulang ke rumah gara-gara lutut aku sudah berdarah masa kecik-kecik dulu.
Tak habis-habis abang Nazrin membebel, tapi dia tetap gendong aku sampai rumah.
Kadang-kadang aku pun pelik dengan abang Nazrin ni. Kadang-kadang dia marah aku
gila-gila tapi bila aku dalam kesusahan, dia tetap tolong aku walaupun dia tak
suka. Tapi sebenarnya, kenapa abang Nazrin benci sangat pada aku ye?
_________________________
Aku duduk bersantai di atas buaian sambil
menghirup udara malam di kampong. Rasa segar sangat. Sebab ni lah kut ramai
yang suka tinggal di kampong. Sebab udaranya memang segar. Tak macam KL. Bising
24 jam!
“Nah!” tiba-tiba satu tin air tea ice lemon
betul-betul berada di hadapan wajahku. Aku mendongak. Abang Nazrin sedang
menghulurkan air minuman itu tanpa melihat muka aku. Patut la air ni
betul-betul nak kena hidung mancung aku ni. Nak bagi tak agak-agak betul la!
Malas-malas aku menyambut jugak hulurannya itu.
“Boleh aku duduk?” soalnya. Aku kebingungan.
Dia nak duduk? Nak duduk kat mana? Takkan sebelah aku kot.
“Abang nak duduk kat sini ke?” soalku pelik.
Pelik la sebab abang Nazrin ni mana pernah nak duduk dekat-dekat dengan aku.
Abang Nazrin mengangguk perlahan kemudian duduk
di sebelah aku tanpa tunggu kebenaran daripada aku. Cett.. baik tak payah
tanya. Aku hanya membiarkannya. Buaian aku rasa seperti diayun perlahan. Aku
cuma mengikut saja rentak buaian itu diayun tanpa berniat ingin bersuara.
“Aku nak minta maaf dekat kau.” Suara abang
Nazrin memecah kesunyian di antara kami. Ha? Apa dia? Minta maaf? Aku salah
dengar ke apa ni.
Aku cuba berlagak selamba. “Abang Nazrin nak
minta maaf sebab apa?”
Dia meneguk air kepunyaannya. Kemudian mengeluh
perlahan. “Sebab dah buat kau menangis pada hari pertama kau datang sini.”
Ujarnya. Aku hanya diam. Sedar pun dia yang salah. Habis tu, takkan nak minta
maaf sebab tu je. Sebab sebab yang lain tak nak minta maaf ke?
“Maafkan tak?” soalnya lagi. Abang Nazrin ni
dah kenapa pelik sangat malam ni? Bapak singa dah bertukar jadi burung melati
pulak ke?
“Putri boleh maafkan abang Nazrin tapi dengan
satu syarat.” Ujar aku. Ambik kau. Bukan senang nak minta maaf dengan Putri
Ameera binti Dato’ Effendy ni tau. Aku memandang abang Nazrin yang sudah
mengangkat kening di sebelah.
“Syaratnya, abang Nazrin kena jawab soalan
Putri dengan jujur.”
Dia terdiam sekejap sebelum mengangguk
perlahan. Aku sudah tergelak dalam hati. Bukan senang nak bercakap macam ni
dengan bapak singa ni. Malam ni aku tak tahu kenapa dia pelik sangat dan aku
rasa dia mesti ada sebab tersendiri kenapa dia tiba-tiba minta maaf dengan aku
walhal selama ni jangankan ucapan maaf, terima kasih pun belum pernah terucap
dari bibir dia. Jadi, aku ambil kesempatan ni untuk tanya dia tentang hal itu.
“Kenapa abang benci sangat pada Putri selama
ni?” soalku polos. Mungkin soalan ni nampak biasa. Tapi aku betul-betul nak
tahu. Dia boleh bergelak ketawa dengan orang lain tapi kalau dengan aku, mula
lah keluar perangai bapak singa dia tu. Dan malam ni, aku nak kan jawapan jujur
dari dia.
“Betul Putri nak tahu?” dia pula kembali
menyoal aku. Gulp! Aku menelan liur. Pertama kali dia menyebut nama aku. Seram
sejuk aku rasakan sekarang ni. Tapi, aku masih cuba berlagak biasa.
“Kalau Putri tak nak tahu, Putri takkan tanya!”
Dia kembali diam sebelum mula bersuara. “Putri
pernah dengar tak benci tandanya sayang?” soalnya pula.
Aku mengangguk perlahan. “Pernah.. So?”
“Tu lah jawapan aku.” Ujarnya perlahan sebelum
bangun dan meninggalkan aku terkapai-kapai sendirian. Tu jawapan dia? Benci
tandanya sayang? Apa maksudnya tu?
Tiba tiba aku menekup mulut. Takkan lah selama
ini… Ya Allah, takkanlah abang Nazrin sebenarnya sayang kan aku? Sayang sebagai
adik atau lebih dari tu? Tiba-tiba jantung aku berdetak laju memikirkan
pelbagai kemungkinan. Hish, abang Nazrin ni pun satu. Blah macam tu aje? Aku
ada banyak lagi soalan nak tanya ni!
________________________
Mak Timah memandang aku. “Nazrin kata.. dia takkan lepaskan Putri kepada lelaki tak guna macam Farhan tu dan…” Mak Timah kembali diam.
Dah 4 hari aku sekeluarga bercuti di Pahang.
Papa kata lagi 2 hari dah nak balik ke Shah Alam semula jadinya hari ni papa
izinkan aku keluar jalan-jalan ke pekan walaupun aku taknak. Sebenarnya memang
aku nak. Perempuan mana yang tak suka shopping kan? Tapi bila papa suruh abang
Nazrin yang temankan.. aku mula rasa tak ada mood. Abang Nazrin pula okay je
bila papa suruh temankan aku. Walaupun hubungan aku dan abang Nazrin semakin baik
semenjak malam itu, aku tetap rasa janggal bila bersamanya. Macam ada sesuatu
yang menyebabkan dia berubah. Tapi bila
ditanya, dia hanya senyum dan melarikan diri dari aku. Huh, tak guna betul..
“Ada nak beli apa-apa lagi tak?” soal abang
Nazrin sambil pandang tepat pada wajah aku yang jelas keletihan. Mana taknya,
satu Megamall ni aku dah pusing. Macam-macam pulak tu aku beli. Hadiah untuk
mama, papa, nenek dan juga Mak Timah pun aku dah beli. Untuk aku tak usah nak cerita
la. Berbeg-beg aku beli! Sampaikan dah menyusahkan abang Nazrin pulak tolong
bawakan barang aku ni. Tapi, memang dia yang tawarkan diri untuk menolong. Oh ya, ada satu yang aku lupa..
“Ada. Ada satu lagi yang Putri lupa nak beli.
Jom.” Aku mengorak langkah terlebih dahulu. Pertama kali seumur hidup aku,
abang Nazrin tidak kata aku menyusahkan dia walhal aku tahu, lelaki mana suka
shopping. Jadi, aku nak belikan dia sesuatu.
“Abang Nazrin pilihlah, Putri belanja.” Ujarku
dengan senyuman sambil memerhati jam-jam berjenama di dalam bekas kaca itu.
Abang Nazrin memandang aku pelik. Kemudian dia menarik aku keluar daripada
kedai jam itu.
“Kenapa?” soalku setelah dia melepaskan
pegangannya pada lengan aku. Nasib baik berlapik. Kalau tak naya je dia ni kena
flying kick aku!
“Tak payah la nak membazirkan duit belanja aku
benda-benda mahal macam tu.” Luahnya. Oh, tu ke sebabnya.
“Ala, abang Nazrin dah temankan Putri shopping,
so sebagai tanda terima kasih, wajarlahkan kalau Putri belikan hadiah untuk
abang Nazrin.”
“Aku tak nak hadiah daripada kau.” Ujar abang
Nazrin perlahan. Aku mengerutkan dahi.
“Habis tu abang Nazrin nak apa?” soalku pula.
“Kau.”
Terbeliak mata aku mendengarkan jawapan abang
Nazrin tu. Aku? Dia nak aku?! “What?!”
“Yang kau terkejut ni apesal?” soalnya selamba.
Abang Nazrin ni gila ke apa? Dia cakap dia nakkan aku, jadi memang patut la kan
aku tunjuk muka terkejut pada dia.
“A.. abang.. abang nak Putri?” soalku gagap.
“Ye lah. Aku nak kau. Aku nak kau temankan aku
makan. Aku lapar. Dari tadi aku je yang temankan kau pergi sana sini, so
sekarang giliran kau pulak teman aku makan. Jom.” Ujarnya sambil mula melangkah.
Dapat aku tangkap gelak kecil abang Nazrin dihadapan. Aku terlopong sendirian. Bengong
punya abang Nazrin. Dia main-main kan aku? Huh, sakitnya hati aku!
___________________________
Lepas Asar, aku keluar ke kedai yang berada di
hujung kampong untuk membeli barang pesanan Mak Timah. Nak masak kari ikan
katanya. Mak Timah kalau bab-bab memasak memang power! Dengar saja sudah kecur
liur dibuatnya. Setelah barang selesai dibeli, aku memandu pulang ke rumah.
Sampai di rumah nenek, aku memakirkan kereta di
dalam garaj. Sebelum aku ingin melangkah masuk ke dalam rumah, aku bertembung
dengan abang Nazrin secara tidak sengaja.
“Kunci kereta.” Pintanya dengan wajah tegang.
Matanya langsung tak pandang wajah aku. Pelik!
“Abang Nazrin nak pergi mana?”soalku pula.
“Bukan urusan kau.” Balasnya serius.
“Abang Nazrin ada masalah ke?” soal aku lagi.
Risau sebenarnya. Muka abang Nazrin kelihatan tertekan.
“Kau boleh diam tak?! Bagi kunci kereta tu pada
aku sebelum aku…” belum sempat abang Nazrin menutur kata, aku terlebih dulu
memotong.
“Sebelum abang apa? Abang Nazrin nak marah
Putri? Nak pukul Putri? Lepas tu apa pula? Herdik Putri? Abang kata abang
sayangkan Putri!” aku mula sebak. Aku tak sukakan abang Nazrin yang ni. Mana
abang Nazrin yang selalu tersenyum macam 2 hari lepas? Kenapa abang Nazrin
kembali berubah dingin?
Abang Nazrin meraup wajahnya. Dia benar-benar
kelihatan tertekan. Apa sebenarnya yang dah terjadi?
Abang Nazrin kemudiannya kembali menatap wajah
aku dengan pandangan yang tak dapat aku tafsirkan. Dia mula memegang perlahan
kedua belah bahuku. Aku hanya mendiamkan diri.
“Kenapa kau tak bagitahu aku? Kenapa kau tak
bagitahu aku yang sebenarnya kau dah kembali pada dia? Kenapa Putri? Kenapa aku
perlu jatuh cinta pada perempuan yang menyusahkan macam kau ni? Kenapa?!” Habis
saja abang Nazrin menutur kata, kunci kereta ditanganku dirampasnya. Kemudian
dia pergi meninggalkan kediaman milik nenek. Aku tergamam. Abang Nazrin.. apa
maksud abang… Putri tak faham.
____________________
Aku menjeling jam di tangan. Dah pukul 3
petang. Kami sekeluarga dah pun dalam perjalanan pulang ke Shah Alam. Terkilan
sangat. Malam tadi bila aku tunggu abang Nazrin pulang untuk berterus-terang
kepadanya dan menceritakan hal yang sebenar, nenek kata abang Nazrin beritahu
yang dia pergi ke rumah makcik kandungnya kerana ada hal penting yang dia perlu
uruskan. Tapi aku tahu abang Nazrin bohong. Dia sebenarnya lari dari aku. Abang
Nazrin sebenarnya… suka pada aku. Fikiran aku mula teringatkan cerita papa pada
malam tadi.
“Apa?”
terkejut bukan kepalang aku dibuatnya bila tiba-tiba nama Farhan muncul kembali
di bibir papa.
“Papa pun tak sangka yang dia datang rumah
nenek petang tu. Dia kata saja datang nak melawat nenek dan keluarga kita
memandangkan dia tahu yang Putri ada disini. Lepas tu dia nak minta maaf pada
Putri sebab tinggalkan Putri macam tu aje dulu.” Cerita papa.
“Minta maaf? Selepas setahun, kenapa baru
sekarang dia muncul, papa? Lebih baik dia pergi je dari hidup Putri selamanya!”
bentak aku geram. Benci bila nama itu muncul kembali.
“Sabar sayang.. mungkin dia betul-betul ikhlas
nak minta maaf.” Pujuk mama. Aku mencebik. Lelaki macam tu tahu ke erti ikhlas?
Tapi, tunggu sekejap.. Adakah Farhan.. yang menjadi sebab kemarahan abang
Nazrin pada aku petang tadi? Kata-kata abang Nazrin kembali berlegar di dalam
fikiran aku.
“Kenapa kau tak bagitahu aku? Kenapa kau tak
bagitahu aku yang sebenarnya kau dah kembali pada dia? Kenapa Putri? Kenapa aku
perlu jatuh cinta pada perempuan yang menyusahkan macam kau ni? Kenapa?!”
“Papa, abang Nazrin ada jumpa Farhan tak petang
tadi?” soal aku cemas.
“Kenapa pula Nazrin perlu jumpa Farhan?” papa
kembali menyoal.
“Papa.. jawab soalan Putri. Abang Nazrin ada
jumpa Farhan tak?” soalku lagi.
“Ada Putri.” Tiba-tiba suara Mak Timah mencelah
dari arah dapur. Mak Timah datang menghampiriku.
“Petang tadi, masa Farhan minta diri untuk
pulang, Mak Timah ternampak dia bertembung dengan Nazrin. Mak Timah juga terdengar
perbualan di antara mereka berdua.” Cerita Mak Timah pula. Jantung aku mula
berdegup laju.
“Apa yang diorang bualkan Mak Timah?” soalku
perlahan.
“Farhan kata, kamu dan dia sudah kembali
bersama macam dulu lagi. Dia kata, dia nampak kamu berdua semalam di Megamall,
jadi…” Mak Timah menarik nafas panjang sebelum menyambung kembali kata-katanya
yang terhenti tadi.
“Farhan bagi amaran pada Nazrin supaya jangan
dekat dengan kamu lagi.” Cerita Mak Timah.
Aku terkejut. Aku rasa bukan aku seorang saja yang
terkejut malah semua orang juga turut terkejut. Jantan tak guna! Apa motif dia?
Berani dia buat fitnah terhadap aku! Dia ingat aku apa? Habis madu sepah
dibuang? Lepas tu bila dia perlukan aku, dia kutip aku balik? Macam tu ke?1
“Lepas tu.. apa kata abang Nazrin, Mak Timah?”
soalku lagi ingin tahu.
Mak Timah memandang aku. “Nazrin kata.. dia takkan lepaskan Putri kepada lelaki tak guna macam Farhan tu dan…” Mak Timah kembali diam.
“Dan apa mak Timah?”
“Dan dia akan pastikan yang kamu akan jadi
milik dia.”
“Putri…” panggilan mama menyentakkan aku yang
sedang mengelamun panjang di dalam kereta.
“Ye, ma..” jawabku lemah.
“Jangan fikir lagi pasal semua ni. Mama tak nak
Putri kecewa lagi disebabkan Farhan.” Ujar mama lembut. Aku hanya diam.
Pandanganku halakan keluar tingkap.
Abang Nazrin.. Nama itu tanpa disengajakan
meniti lembut di bibirku.
______________________
Sudah 2
hari aku tidak mendengarkan khabar abang Nazrin di kampong. Marah lagi ke dia
pada aku? Tapi bukan salah aku pun! Abang Nazrin tu yang salah faham. Tapi..
aku tetap kena ceritakan hal yang sebenar pada abang Nazrin. Aku dengan Farhan,
memang dah tak ada apa-apa lagi sejak lelaki itu meninggalkan aku sendirian di
majlis perkahwinan kami. Lelaki tak guna!
Aku mundar mandir di dalam bilik. Telefon
bimbit kesayangan aku pegang kemas. Tengah berkira-kira sama ada aku perlu
menelefon abang Nazrin atau tidak.
Aku pun tak tahu apa yang menghasut aku supaya
terangkan hal sebenar pada abang Nazrin. Sedangkan aku dan dia bukannya ada
apa-apa hubungan yang istimewa. Jauh sekali kekasih hati. Atau.. aku mula
sukakan abang Nazrin? Impossible!
Walaupun hati menidakkan, tangan aku ligat
mendail nombor abang Nazrin. Ya, walau apa pun yang aku rasakan sekarang kepada
abang Nazrin sudah tidak aku pedulikan. Yang penting, abang Nazrin kena tahu
hal yang sebenar. Aku dekatkan Iphone milikku ke telinga sebaik saja aku
menekan punat hijau. Jantung pula tak usah cakaplah. Berdegup laju! Akhirnya
panggilan aku berjawab. Aku tersenyum lega.
“Hello..”
Aku mengerut dahi. Suara perempuan?
“Err, hello… Boleh saya cakap dengan abang
Nazrin?” teragak-agak aku bertanya. Aku yakin tu bukan nenek! Tapi siapa?
“Abang Nazrin? You ni siapa?” soal dia pula
tanpa menjawab soalan aku.
“Saya.. sepupu dia.”
“Oh.. his cousin. Nazrin pergi toilet sekejap.”
Ujarnya.
“Ohh.. Hmm.. Boleh saya tahu dengan siapa saya
bercakap ni?”
“I’m Fazura. His girlfriend..” laju saja gadis
itu menjawab.
Jantung aku bagaikan berhenti berdegup. Teasa
begitu sukar untuk aku bernafas. Girlfriend abang Nazrin?
“Oh okay. Maaf sebab ganggu.. Assalamualaikum.”
Ucapku kemudian cepat-cepat aku matikan panggilan.
Abang Nazrin dah ada girlfriend? Apa semua ni..
abang kata abang suka kan Putri.. Tiba-tiba bayangan Farhan terlintas di
fikiran aku. Farhan.. dulu dia juga mengatakan yang dia cintakan aku tapi apa,
dia tinggalkan aku macam tu aje. Adakah abang Nazrin juga akan lakukan hal yang
sama?
__________________________
Meriah sungguh majlis resepsi yang berlangsung
di Hotel J.W Marriot, Putrajaya hari ni. Macam tak percaya yang Alia , sahabat
baikku itu sudah pun bergelar isteri kepada Wan Mohd Adam. Kedua dua mempelai
tampak begitu sempurna. Lebih-lebih lagi pengantin perempuan. Siapa lagi mak
andam yang memang boleh diharap melainkan Humaira.Dia lah yang merubah Alia
menjadi begitu cantik pada hari ini. Aku tersenyum nipis.
Tiba-tiba seseorang melabuhkan duduknya
disebelah aku. Aku berpaling. Tak semena mataku membesar.
“Abang Nazrin?” soalku tidak percaya. Dia
kelihatan tersenyum melihatku.
“Macam mana abang Nazrin boleh ada kat sini?”
soalku pelik.
Abang Nazrin tersenyum. “Sebab Adam. The groom
is my bestfriend.”
Aku mengangguk perlahan. Kecilnya dunia! Tak
sangka suami kepada Alia itu kawan baik abang Nazrin.
“Dah lama tak jumpa Putri..” tutur Abang Nazrin
perlahan. Ucapan yang pernah dituturnya dulu sewaktu kali pertama aku berjumpa
dengan dia setelah 14 tahun menyepi. Cuma sekarang.. dia memanggil nama aku..
Putri.
“Hmm.. abang Nazrin sihat?” akward! Itulah yang
aku rasakan sekarang ni. Sudah hamper 3 minggu sejak peristiwa abang Nazrin
memarahi aku dulu gara-gara Farhan. Sekarang, abang Nazrin datang dengan sikap
yang baharu. Bibirnya dari tadi mengukir senyum. Atau.. dia memang sedang
berbahagia? Kerana Fazura ke?
“Sihat. Tapi abang tengok, Putri yang tak
beberapa sihat. Putri sakit ke?” soal abang Nazrin lembut. Aku memandangnya tidak
percaya. Abang Nazrin bahasakan dirinya abang?
“Putri sihat je lah. Makin ‘sihat’ adalah!”
kata-kata ku membuatkan abang Nazrin tergelak kecil.
“Hmm.. abang Nazrin.. Putri nak minta maaf bagi
apa yang dah terjadi. Dan.. apa yang dah buat abang Nazrin marah hari tu.” Aku
tunduk. Sebak rasanya. Sampai sekarang aku masih tidak menceritakan lagi hal
sebenar tentang salah faham itu. Semuanya gara-gara Fazura, aku jadi kecewa!
“Tak perlu minta maaf. Abang dah tahu semuanya.
Nenek dan Mak Timah dah jelaskan hal sebenar pada abang. Abang yang patut minta
maaf pada Putri sebab abang dah marah Putri tak tentu hala.” Ujar abang Nazrin
perlahan. Aku memandang wajah abang Nazrin.
“Tapi.. apa yang abang luahkan pada Putri hari
tu.. abang betul-betul maksudkannya.” Jelas abang Nazrin lagi. Luahkan? Luahan
abang Nazrin yang mana satu ya? Kata-kata abang Nazrin dulu sekali lagi
terngiang ngiang difikiranku.
“Kenapa kau tak bagitahu aku? Kenapa kau tak
bagitahu aku yang sebenarnya kau dah kembali pada dia? Kenapa Putri? Kenapa aku
perlu jatuh cinta pada perempuan yang menyusahkan macam kau ni? Kenapa?!”
Gulp! Aku menelan liur. “Mana boleh! Abang dah
ada Fazura. Abang tak boleh duakan dia!” bentakku sedikit keras. Geram punya
pasal. Lelaki semua sama!
“Fazura?” soalnya dengan kerutan di dahi.
“Ya, Fazura! Girlfriend abang!”
“Girlfriend? Apa Putri merepek ni? Macam mana
Putri kenal Fazura?” abang Nazrin mula serius. Aku pula yang kecut perut.
“3 minggu lepas Putri ada call abang. Tapi
perempuan yang jawab. Dia kata dia girlfriend abang Nazrin. Nama dia Fazura.
Dia tak beritahu abang ke yang putri call?” soal aku pula.
Abang Nazrin terdiam sejenak. Dahinya berkerut.
Seperti memikirkan sesuatu. Kemudian dia tertawa kecil. Aku memandangnya pelik.
“Habis tu, kenapa Putri tak try call abang
lagi?” soalnya dengan senyuman sinis. Kenapa aku tak try call dia lagi?
“Hmm.. sebab.. sebab Putri taknak ganggu abang
Nazrin dengan girlfriend abang tu.” Sengaja aku tekankan perkataan girlfriend
tu supaya dia tahu yang dia dah ada girlfriend! Abang Nazrin gelak. Kali
pertama aku dengar dia gelak macam tu. Hm.. betul lah abang Nazrin nampak
bahagia. Mesti sebab Fazura. Sampai hati abang mainkan perasaan Putri.
“Kenapa abang dengar macam ada orang cemburu je
ni?” ujarnya dengan sisa gelak yang masih kedengaran. Muka aku mula memerah.
“Mana ada orang cemburu. Buat apa orang nak
cemburu, orang kan tak suka abang Nazrin.” Aku buat-buat gelak. Abang Nazrin
pula sudah berhenti ketawa.
“Fazura tu bukan girlfriend abang.” Ujarnya
perlahan. Aku memandangnya tidak percaya.
“Betul. Dia kawan abang masa kat London. Kami
balik Malaysia bersama dan sampai di Malaysia, dia luahkan perasaan dia pada
abang. Dia kata dia suka abang.” Cerita abang Nazrin. Aku terkedu. Tapi
langsung tak ada niat ingin bersuara. Tapi dalam masa yang sama, aku ingin tahu
apa jawapan abang Nazrin. Dia terima Fazura ke?
“Tapi abang tak boleh terima dia..” jawapan
abang Nazrin membuatkan bibir aku sedikit tersenyum.
“Sebab dalam hati abang dah ada orang lain.” Ujarnya
bersungguh membuatkan aku terkedu. Jadi betul lah abang Nazrin nampak bahagia
sebab dia dah jatuh cinta. Kalau bukan dengan Fazura, dengan siapa? Tiba-tiba
aku rasa sedih.
“Siapa?” soalku perlahan. Entah kenapa, soalan
itu terpacul juga di bibirku.
Abang Nazrin memandang aku.”Abang dah jatuh
cinta pada dia semenjak pertama kali abang jumpa dia. Masa tu dia baru 7 tahun. Muka comot dia buatkan
abang rasa suka. Tapi, masa tu abang pun kecil lagi. Tak kenal erti cinta lagi.
Cuma.. abang betul-betul rasa suka dia.” Cerita abang Nazrin dengan senyuman di
bibir.
Abang Nazrin suka pada perempuan tu dari kecil
lagi? Siapa? Setahu aku, teman bergaduh abang Nazrin masa kecil, aku lah. Tapi
abang Nazrin bukannya suka aku pun dulu. Benci ada lah!
“Abang… dah jatuh cinta pada satu-satunya anak
perempuan Dato’ Effendy!”
Dan aku… rasa nak pengsan mendengarnya!
__________________________
Alhamdulillah! Dah selamat sampai di Pulau
Pangkor. Untuk 8 hari yang berikutnya aku dan abang Nazrin akan menghabiskan
masa berbulan madu di sini. Terkejut? Jangan terkejut, dah hampir 2 minggu kami
bergelar suami isteri setelah abang Nazrin melamar aku di majlis perkahwinan
Alia 3 bulan yang lepas. Bila diingatkan kembali, nak tergelak pun ada. Abang
Nazrin ni nak melamar tak agak-agak. Siap buat announcement lagi pada tetamu
yang ada disitu. Malu bukan kepalang aku masa tu. Rupa-rupanya dia dah berpakat
dengan Adam. Patutlah Alia nampak biasa saja sewaktu abang Nazrin melamar aku
didepan khalayak orang ramai. Kata abang Nazrin, ini semua idea Adam dan juga
Alia. Cett.. apa punya kawan la.
Tapi, malu malu pun aku tetap terima lamaran
dia. Entah apa la yang menghasut aku hari tu untuk menjawab ‘Yes!’ Jadinya, aku
bertambah-tambah malu. Sikap abang Nazrin pula makin hari makin buat aku tambah
bahagia. Sudah tak ada lagi Bahasa ‘aku kau’ yang sering digunakan dulu. Bila
aku tanya kenapa dia benci aku dulu, jawapannya tetap sama. Benci tandanya
sayang. Hish clichΓ© betul lah jawapan abang Nazrin tu.
“Sayang..” panggilan abang Nazrin membuatkan
aku berpaling. Aku tersenyum melihatnya. Dia menghampiri aku yang sedang berada
di balkoni. Pinggangku dipeluk dari belakang.
“Buat apa kat sini?” soalnya lembut.
“Tengok pemandangan. Cantik sangat tempat ni.
Putri suka!” ujarku gembira. Dia senyum.
“Abang…” panggilku meleret.
“Hmm…” sahutnya. Dagunya sudah terletak elok di
bahuku.
“Putri nak tanya sikit boleh?”
“Apa dia?”
“Hmm.. kenapa dulu, abang selalu cakap Putri ni
menyusahkan? Putri ni betul-betul menyusahkan abang ke?” soalku polos. Sering
kali soalan ini terlintas difikiranku tapi aku belum sempat tanya pada abang
Nazrin. Kalau betul abang Nazrin suka aku dari kecil, kenapa dia cakap yang aku
ni selalu menyusahkan dia?
Abang Nazrin menarik nafas dalam sebelum
melepaskannya. Pelukannya semakin dieeratkan.
“Haah, Putri memang menyusahkan
abang dari dulu lagi..”
“Putri susahkan abang bila Putri jatuh dalam
sawah masa kecik dulu. Abang panik gila. Abang taknak Putri ikut abang sebab
abang tahu tempat tu agak merbahaya untuk budak perempuan macam Putri. Tapi Putri
degil. Putri tetap ikut abang..” ujarnya sambil menarik lembut hidungku. Aku
tergelak kecil.
“Putri susahkan abang sebab Putri mula bercinta
dengan Farhan. Putri betul-betul menyusahkan abang! Masa abang tahu Putri nak
berkahwin dengan Farhan, abang jadi tak tentu hala. Tak lalu makan, dan tak
rasa nak buat apa-apa pun. Masa tu hanya satu je abang fikir. Pulang ke
Malaysia dan halang perkahwinan Putri. Tapi lama-lama abang sedar, walau apapun
yang abang buat, kalau dah tertulis Putri bukan untuk abang, kita memang tak
akan ada jodoh..” sambungnya lagi.
“Dan setiap hari, walaupun Putri tak ada depan
mata abang, Putri tetap menyusahkan abang. Sebab Putri buat abang makin sayang
pada Putri.. Sebab tu la abang selalu kata, yang Putri ni menyusahkan abang.” Ujarnya
sambil memusingkan aku agar memandang wajahnya. Aku pula sudah menangis
mendengar cerita dia. Aku susahkan dia sebab buat dia sayang pada aku?
“Sayang… kenapa menangis ni?” soalnya sambil
menyapu lembut pipi aku. Aku memandangnya geram.
“Ini abang punya pasal la ni! Kalau abang
berterus terang je pada Putri dulu, Putri takkan pernah benci pada abang!” aku
menangis lagi. Apa la abang Nazrin ni. Kalau suka cakap sajalah suka, ini
tidak. Buat aku bengang ada lah!
Abang Nazrin tergelak. “Kalau bukan sebab Putri
benci abang, Putri takkan sayang abang macam sekarang ni.” Ujarnya sambil
memeluk aku. Abang Nazrin ni memang lah! Tak habis-habis dengan kata-katanya
benci tandanya sayang. Tapi.. betul jugak. Sebab dulu aku memang benci
gila-gila pada dia. Tapi sekarang, pantang tak nampak dia, aku mula rindu.
Cettt, Putri..Putri..
“So sayang abang tak ni?” soalnya dengan nada
gurauan. Aku hanya mengangguk. Mestilah sayang!
“Kalau sayang.. jom teman abang makan. Abang
lapar gila ni!” ujarnya dengan tawa. Aku memukul lembut dadanya. Apa lah dia
ni. Rosakkan mood romantik saja. Tapi
akhirnya aku tergelak juga. Finally, Allah anugerahkan aku seorang suami yang
selayaknya menjadi teman sehidup dan semati aku. Ahmad Nazrin B. Ahmad Saiful..
Encik Perfect 10 buat aku!
“Jom makan!” ujarku riang. Dan kami saling
tersenyum.
Bak kata Boboiboy ...terbaik!!! Kipidap!! Dongibab!!
ReplyDeleteTq awak :*
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletebest nyer πππππππππππππ
ReplyDeletebest nyer πππππππππππππ
ReplyDelete
ReplyDeleteYuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.
PROMO TERBARU KHARISMA POKER:
* Bonus Referral 20% Seumur Hidup
* Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya
KEUNGGULAN KHARISMA POKER:
* SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
* NO ROBOT & ADMIN
* 100% Fair Play Member Vs Member
* Proses Withdraw & Deposit Tercepat
* Customer Service yang baik, ramah dan cantik.
MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
* BCA
* BNI
* BRI
* MANDIRI
* DANAMON
Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!
PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register
SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA
LIVE CHAT ; DISINI
Telp :+85587983703
BBM ; khpk02
WA : +85587983703
LINE ; khpk02
Link Alternatif Kharismapoker :
http://wwwkharismacash.com