Penulis : Amira Affendi
Tarikh post : 4 October 2015
Kampung Girl, ya dia aku mahu! |
“Happy
anniversary, sayang.” Ucap Tengku Airish riang lalu memaut tubuh Yuhanis ke
dalam dakapannya. Pipi isterinya dikucup lembut.
“Sayang
cantik sangat,” bisik Tengku Airish. Yuhanis tersenyum malu. Suka apabila
dipuji sebegitu oleh suaminya sendiri.
“Abang pun
nampak handsome sangat malam ni.” Yuhanis mula memuji. Memang suaminya itu
nampak bergaya pun dengan baju kemeja berwarna merah pemberiannya itu. Kini giliran
Tengku Airish pula tersenyum.
“Malam ni
je?” soalnya manja membuatkan Yuhanis tergelak kecil.
“Abang
nampak handsome di mata Anis hari-hari! Abang lelaki paling handsome bagi Anis…
walaupun dulu abang sombong!” Yuhanis gelak lagi. Melihatkan wajah masam
suaminya membuatkan gelaknya makin kuat.
“Ye lah..
abang tahu dulu abang sombong. Tapi lelaki sombong ni jugaklah yang Anis suka
kan?” Tengku Airish mengusik isterinya. Yuhanis tersenyum bahagia. Dia bertuah,
kerana lelaki sebaik suaminya itu adalah seorang lelaki yang terbaik yang
dikirimkan Allah untuknya. Meskipun masa silam Tengku Airish bukanlah daripada sejarah
yang baik-baik, tetapi Yuhanis tetap bersyukur kerana dia yang dipilih menjadi
suri dihati Tengku Airish.
“Abang…”
Yuhanis memegang kedua belah tangan suaminya lalu dikucup lembut. Matanya
bertemu dengan anak mata milik Tengku Airish. Melihat Tengku Airish seperti
menantikan kata-katanya, Yuhanis tersenyum.
“Terima
kasih sebab pilih perempuan kampong macam Anis. Terima kasih sebab terima
segala kekurangan Anis. Anis bersyukur sangat sebab Tuhan mempertemukan kita.” luah Yuhanis jujur.
Tengku Airish mengusap lembut pipi isterinya. “Abang yang patut berterima kasih pada
sayang sebab sayang sudi jadi isteri abang. Terima kasih jugak pada Anis sebab
sudi jadi kampong girl abang. Kalau bukan sebab Anis, memang lelaki macam abang
ni takkan pernah rasa macam mana kena gigit pacat!” kata-kata Tengku Airish
mengundang tawa daripada Yuhanis. Tengku Airish juga turut tergelak.
Pertemuan
kali pertama dengan Tengku Airish yang tidak dirancang menjadi satu sejarah
yang melucukan baginya. Yuhanis tersenyum. Fikirannya kembali memutarkan
kejadian yang tidak dapat dilupakan itu.
____________________
Yuhanis
mengangkat beg pakaiannya yang berat entah berapa kilo. Pertama kali kakinya
menyentuh tanah bandaraya metropolitan ini. Dia membetulkan tudung dan cermin
mata bulatnya yang agak senget. Bibirnya mengukir senyuman. Tangannya perlahan-lahan
mula didepa.
“Kuala
Lumpur… aku datang!!” jeritnya kuat. Tidak semena mena semua mata memandang ke
arahnya membuatkan wajahnya mula memerah. Yuhanis sekadar tersenyum malu.
Alamak, lupa pulak sekarang ni dia dekat tengah tengah bandar. Kalau dekat
kampong, menjeritlah sekuat mana pun, memang cuma sawah padi je lah yang dengar
memandangkan rumah kampungnya jauh dengan rumah-rumah yang lain.
“Cik nak
kemana?” tanya seorang lelaki yang sudah berumur.
“Saya nak ke
rumah pakcik saya. Boleh tolong hantarkan?” Yuhanis menghulurkan kertas kecil
yang mengandungi alamat rumah itu kepada pakcik yang bertanya tadi.
Tengku
Shah Hirin Mansur,
No
10 lot banglo,
Jalan
Damansara Utama.
Lelaki tadi tiba-tiba
memandang kearah Yuhanis atas bawah membuatkan Yuhanis berasa agak tidak
selesa. Yuhanis mengerutkan dahi. Kenapa pulak pakcik ni pandang aku lain macam
je ni? Ada yang tak kena ke? Dia rasa penampilannya tak ada lah teruk sangat.
Baju kurung dan tudung. Biasa saje. Apa yang tak kenanya?
“Kenapa ye
pakcik?” soal Yuhanis ingin tahu.
“Betul ke ni
alamatnya? Tak salah?” soal lelaki itu lagi inginkan kepastian.
“Ye pakcik.
Saya yakin memang itu alamat yang pakcik saya bagi.” Lelaki itu mengangguk
lantas mula mengangkat beg pakaian Yuhanis ke dalam bonet keretanya. Yuhanis
tersenyum gembira. Tak sabar nak jumpa auntie Raihah dan Uncle Shah!
__________________
Sampai saja
di banglo mewah 3 tingkat milik Tengku Shah Hirin kawan baik arwah ayahnya,
Yuhanis tergamam. Sekali lagi dia membetulkan cermin mata bulatnya. Liur mula
ditelan. Mak aih.. ni rumah ke istana?
Yuhanis mula
memberi salam namun tak ada sesiapa pun yang menjawab. Puas dia memberi salam
tapi tetap hambar. Harap rumah saja besar…
“Panasnya…” rungutnya.
Tiba-tiba
sebuah kereta BMW series berwarna hitam berhenti betul-betul di
hadapannya. Yuhanis mengukir senyuman. Mungkin tuan rumah kot. Tangannya mula
dilambai lambaikan kea rah pemandu yang berada di dalam kereta tersebut. Namun
senyumannya mati apabila kereta itu hanya membunyikan hon memintanya ketepi. Yuhanis
mencebik. Mahu tak mahu, dia tetap bergerak ke tepi. Kemudian pintu pagar
bewarna emas yang tingginya dua kali ganda daripadanya terus terbuka.
Tengku
Airish memakirkan kereta kesayangan di bahagian tempat letak kereta yang memang
di khaskan untuk dirinya. Setelah keluar dari kereta, dia memandang perempuan
yang tadinya melambaikan tangan ke arahnya. Huh.. peminta sedekah!
“Kau nak
apa?” soalnya kasar. Terkulat-kulat Yuhanis dibuatnya.
“Hmm.. saya
nak..” belum sempat Yuhanis menghabiskan ayatnya, Tengku Airish kembali
memotong.
“Nah.. kau
boleh blah sekarang!” ujar Tengku Airish sambil menghulurkan dua keping not
Rm50 kepada Yuhanis. Yuhanis terkedu. Huluran itu tidak disambutnya. Hish,
biadapnya lelaki ni! Dia mengetap bibir.
“Anis?”
tiba-tiba satu suara menegur dari belakang.
Datin Raihah
menghampiri anaknya dan gadis yang diapanggil Anis tadi dengan senyuman.
“Yuhanis kan?” pertanyaan Datin Raihah membuatkan Yuhanis tersenyum riang. Laju
saja dia mengangguk.
“Mummy kenal
perempuan ni?” soalan Tengku Airish mematikan senyuman Yuhanis. Datin Raihah
memandang anaknya. Tangan anaknya yang seperti menghulurkan duit kepada Yuhanis
membuatkan Datin Raihah pelik.
“Mestilah
mummy kenal. Yuhanis ni anak kawan papa..” ujar Datin Raihah sambil memeluk
lembut bahu Yuhanis. Yuhanis hanya tersengih.
“Yang Aish
pegang duit tu nak bagi dekat siapa?” soal Datin Raihah pula.
Tengku
Airish senyum mengejek. “Ingatkan peminta sedekah!” Ujarnya sebelum melangkah
pergi meninggalkan mereka berdua.
“Bertuah
punya budak! Hish.. Yuhanis jangan amik hati ya sayang. Aish tu memang macam
tu. Dia bergurau je tu..”
Yuhanis
mengukir senyuman. “Tak apa, Auntie, Anis faham..”
“Hmm.. jom
masuk. Lama auntie tak jumpa Anis. Rindu sangat pada Anis!” Datin Raihah
menarik tangan Yuhanis untuk masuk ke dalam rumah agam miliknya. Yuhanis hanya
mengekori. Bertuah dia kerana Datin Raihah baik melayannya walaupun dia agak
malang tadi sebab berjumpa dengan lelaki sombong macam anak Datin Raihah tu.
Harap muka saja handsome, tapi sombong!
________________________
“Aish.. hari
ni Aish bawak Anis jalan-jalan ye.” Datin Raihah mula mengeluarkan arahan.
Membulat mata Yuhanis dibuatnya. Jalan-jalan? Macam seronok je. Tapi dengan
lelaki ni ke? Tak nak lah!
“Alaaa
mummy.. Aish balik lambat la malam ni. Tak boleh nak bawa dia..” Tengku Airish
memberi alasan. Nak bawa perempuan spek mata bulat ni jalan-jalan? Memang tak
lah! Jatuh maruah aku nanti!
“Aish, ikut
cakap mummy tu, lagipun papa tengok Anis ni, sejak datang sini tak berjalan ke
mana pun…” Tengku Shah pula mula bersuara. Tengku Airish merengus. Bila papa dah mula bersuara, nak tak nak, memang kena ikut lah jawabnya. Pandangannya
tajam memandang Yuhanis. Menyusahkan betul!
“Jom ah…”
ajaknya acuh tak acuh.
Yuhanis
hanya mengikut. Dia kemudiannya menyalami tangan Datin Raihah sebelum berlalu
membuntuti belakang Tengku Airish. Sampai saja di tempat letak kereta,
tiba-tiba sahaja Tengku Airish berpusing membuatkan Yuhanis hampir saja
melanggarnya. Hish.. nak brek tak agak-agak betul la mamat ni! Yuhanis
melangkah undur setapak ke belakang bila melihat renungan tajam daripada Tengku
Airish.
“Kau tak ada
baju lain ke nak pakai? Spek tu.. kau memang betul-betul rabun ke?” soalan
Tengku Airish membuatkan Yuhanis mengetap bibir geram.
“Memang saya
tak ada baju lain dah nak pakai. Dan kalau saya memang betul-betul rabun
kenapa? Ada kaitan dengan Tengku ke?” balas Yuhanis geram. Selama 5 hari dia
berada di rumah Uncle Shah ni, selama 5 hari itu juga lah dia dan Tengku Airish
bertekak setiap kali bertemu mata. Lelaki ni juga yang memaksa dia untuk
memanggilnya dengan panggilan Tengku. Tengku konon, tengkujuh ada lah!
"Kau ni memang suka menjawab kan?" sindir Tengku Airish sambil bercekak pinggang.
"Haah, memang saya suka menjawab pun!" bidas Yuhanis kembali. Dia juga turut meniru gaya Tengku Airish. Sengaja cari pasal.
"Hmm.. perempuan kampung memang suka menjawab rupanya. No wonder.." ujar Tengku
Airish sebelum menghilangkan diri ke dalam kereta Mini Cooper hijau
miliknya.
Yuhanis pula mencebik. Kalau aku kampung, kau tu bandar! Ciss.. bebelnya dalam hati,
"Hey, kampung girl, cepatlah masuk! Takkan nak suruh aku bukakkan pintu dulu baru nak masuk." sekali lagi Tengku Airish menyindir.
Yuhanis mengecil matanya. Hish, besar kecik je mamat ni aku tengok! "Ye lah, nak masuk lah ni!"
_________________
Sepanjang
perjalanan, hanya suara Yuhanis yang bertanya itu ini yang memecahkan kesunyian
antara mereka berdua. Tengku Airish ada juga bersuara tapi hanya dengan
membalas semua persoalan yang diajukan Yuhanis dengan ‘hmm’ atau ‘tak’ sahaja.
Tiba tiba hatinya tertarik untuk mempermainkan Yuhanis. Kereta dipandu laju sehingga
tiba di depan Goldstar Club, sebuah club disco yang menjadi tempat dia dan
kawan-kawannya lepak bila ada masa lapang. Dan yang pasti, dia nak Yuhanis
serik mengikutinya.
“Jom…” ajak
Tengku Airish bila melihat Yuhanis sperti ragu-ragu untuk masuk. Nak tergelak
juga dibuatnya melihat wajah Yuhanis yang jelas berkerut tu.
“Boleh masuk
ke, tempat yang macam ni, Tengku?” tanya Yuhanis polos. Bukan tempat ni tempat yang tak
elok ke? Ada juga dia pernah tengok dalam drama-drama melayu tentang
tempat-tempat macam ni. Tak elok baginya, seorang wanita bertudung, masuk ke
tempat yang macam ni.
“Kalau tak
boleh masuk, aku tak ajak kau masuk! Menyusahkan betul lah. Cepatlah masuk!”
Tengku Airish mula membebel. Pada mulanya Yuhanis enggan untuk turut sama
dengan Tengku Airish tapi setelah dipaksa oleh Tengku Airish berkali-kali,
tangannya ditarik masuk ke dalam.
Yuhanis
memandang sesekeliling tempat itu. Kali pertama kakinya menjejak ke tempat
seperti ini. Tempat yang penuh dengan orang ramai dengan asap rokok yang
banyak. MasyaAllah.. Hatinya mula beristigfar.
“Hai, Aish.
Siapa belakang you tu?” soal salah seorang wanita yang berpakaian seksi. Tengku
Airish hanya membalas pertanyaan itu dengan senyuman. Dia kemudiannya mengambil
tempat disebelah wanita itu dan mula menepuk-nepuk sofa disebelahnya sambil
matanya memberi isyarat pada Yuhanis untuk duduk disitu. Yuhanis sekali lagi
hanya menurut.
Yuhanis
memandang satu persatu kawan-kawan Tengku Airish yang sibuk bersembang antara
satu sama lain. Ada juga beberapa sahabat Tengku AIrish yang leka memerhatikan
dirinya membuatkan dia berasa tidak selesa. Apabila terpandangkan beberapa
botol arak di atas meja dihadapannya membuatkan Yuhanis beristigfar lagi.
Janganlah tengku Airish juga turut meminum minuman haram tu.
Tiba-tiba
telefon bimbit milik Tengku Airish berbunyi. Dia meminta diri untuk keluar
sebentar tetapi dihalang Yuhanis.
“Tengku,
Anis ikut...” Yuhanis sudah berdiri.
“Ala… kau
tunggu la kat sini.. sekejap je.. duduk sini dan jangan pergi mana-mana!” pesan
Tengku Airish sebelum berlalu keluar untuk menjawab panggilan telefon daripada
mummynya itu.
Yuhanis
kembali duduk. Jantungnya mula berdegup laju bila ditinggalkan sebegitu. Zack
yang dari tadi memerhatikan setiap perilaku Yuhanis mula datang mendekat.
“Hey.. I
kawan Airish. You girlfriend dia ke? I perhatikan you, you nampak macam tak selesa
je. Tak pernah datang sini ke?” Zack mula bermanis kata. Dalam fikirannya dia
sudah merancangkan sesuatu.
“Ya.. ni
first time saya datang sini. Hm.. boleh tak awak hantar saya pada Tengku
Airish?” pertanyaan Yuhanis dibalas dengan senyuman.
Yuhanis dibawa
mengikut jalan belakang dan mereka mula masuk ke dalam sebuah bilik VIP di club
itu. Mata Yuhanis melilau mencari kelibat Tengku Airish tetapi tidak ada. Mana
pulak mamat ni pergi?
“Mana Tengku
Airi…” kata-kata Yuhanis terhenti apabila dia melihat Zack mula mengunci pintu
dan tersenyum penuh makna ke arahnya. Perlahan, Zack melangkah setapak demi
setapak mendekati Yuhanis menyebabkan gadis itu mengundur ke belakang.
“Stop! Apa
awak nak buat ni?!” Yuhanis mula gelabah. Zack masih lagi melangkah dengan senyumannya.
“Tak ada
siapa dekat sini. Hanya kita berdua je..” Tiba tiba Zack dengan kasar mula
memegang lengan Yuhanis.
“Kau tahu
kenapa aku bawak kau ke sini?” soalnya kasar. Yuhanis tidak menjawab. Tangannya
ligat menepis pegangan kuat daripada Zack.
“Sebab aku
nak balas dendam pada Airish!” Zack mula menengking. Dendam dendamnya pada
Tengku Airish membuatkan dia rasa sakit hati! Melihat Yuhanis bersama Tengku
Airish tadi, Zack pasti yang Yuhanis adalah seorang perempuan yang penting bagi
Tengku Airish. Sebab Yuhanis bukanlah seperti perempuan-perempuan yang selalu
Tengku Airish bawa selalu. Perempuan ini bertudung. Dan tentu saja masih suci.
Air mata
Yuhanis mula mengalir. Ketakutan itu membuatkan dia hampir pitam. Kudratnya
tidak lah sekuat mana untuk melawan tenaga seorang lelaki seperti Zack.
“Kau ni
cantik sebenarnya.. tapi kau tutup dengan benda ni.” Tudung Yuhanis dipegang
dan dicampak ke tepi. Yuhanis sekali lagi menepis. Wajahnya sudah sembab dengan
air mata.
“Tengku..”
lirih Yuhanis perlahan.
“Mana
perempuan tadi?” soal Tengku Airish bingung. Terkejut dia melihat ketiadaan
Yuhanis di situ. Hish.. mana pulak perempuan ni pergi?
“Tadi.. aku
nampak dia ikut Zack pergi bilik belakang.” Beritahu Anuar jujur.
“Shit!”
sepantas kilat Tengku Airish berlari ke arah yang ditunjukkan oleh Anuar.
Hatinya berdoa agar Yuhanis tidak diapa-apakan. ‘Setan kau Zack!’
Sampai saja
didepan bilik itu, pintu dirempuh dengan kuat menyebabkan pintu yang terkunci
itu terkuak luas.
“Zack!”
Tengku AIrish mendapatkan Zack yang jelas sedang melakukan sesuatu yang tidak
baik terhadap Yuhanis. Satu tumbukan
ditujukan pada muka Zack. Kolar baju Zack dicengkam kuat sebelum beberapa lagi tumbukan
kena tepat pada muka lelaki itu.
“Kau memang
setan!” jerit Tengku Airish pada Zack yang sudah terkulai lemah. Zack yang masih
lagi tergelak sinis membuatkan kemarahan Tengku Airish bertambah. Belum sempat
dia menghadiahkan lagi satu tumbukan pada Zack, Yuhanis mula menghalang.
“Tengku!”suara
Yuhanis yang sudah serak basah menjerit memanggil nama Tengku Airish. Dia sudah
letih melihat Tengku Airish bertumbuk sebegitu. Nasib baiklah Tengku Airish
sempat sampai.. kalau tidak dia sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi
padanya.
Tengku
Airish yang melihat Yuhanis masih duduk sambil memeluk lututnya, mula mendekati
gadis itu. Rasa bersalah terdetik dalam diri Tengku Airish. Tengku Airish mula
duduk menghadap Yuhanis yang jelas kelihatan air mata di wajahnya. Rambut
Yuhanis yang sudah terbuka dan baju kurung yang dipakainya terkoyak sedikit dibahagian
lengan membuatkan rasa bersalahnya makin bertambah.
“Maafkan
aku..” ujarnya ikhlas. Dia mengambil tudung milik Yuhanis lalu disarungkan
kembali menutup rambut gadis itu. Pertama kali dia melihat rambut Yuhanis, seakan ada perasaan lain yang muncul dalam dirinya.
Tengku
Airish menarik tangan Yuhanis lembut. Jelas terasa getar dan kesejukan di
tangan itu. Hati Tengku Airish sekali lagi dilanda rasa bersalah yang amat
sangat… apa yang membuatkan dia rasa lebih bersalah apabila Yuhanis bertindak
mendiamkan diri dan hanya menangis.
Tengku
Airish membawa Yuhanis pulang. Sepanjang perjalanan gadis itu hanya mendiamkan
diri sambil membelakanginya. Sampai saja di rumah, Yuhanis terus masuk ke dalam
biliknya. Nasib baik saja mummy dan papa dah lama tidur. Kalau tak, memang
habislah dia.
________________________
Sejak
peristiwa malam itu, Yuhanis langsung tidak menegurnya. Pertanyaannya juga
tidak diendahkan. Gadis itu seperti melarikan diri daripadanya. Tapi Tengku
Airish bersyukur kerana hal itu tidak pernah Yuhanis ceritakan kepada
keluarganya. Yuhanis berlagak biasa saja dihadapan keluarganya seakan-akan perkara
itu tak pernah terjadi.
“Mummy,
nampak Yuhanis tak?” tanya Tengku AIrish bila susuk tubuh Yuhanis tidak
kelihatan semenjak dia pulang dari pejabat.
“Laa… kamu
ni Aish.. mimpi ke apa? Kan Anis dah balik kampong pagi tadi.” Kata-kata Datin
Raihah membuatkan Tengku Airish terkejut. Yuhanis dah balik kampong? Kenapa dia
tak tahu?
________________________
“Tengku buat
apa kat sini?” terkejut bukan kepalang Yuhanis dibuatnya bila melihat Tengku
Airish berada di rumahnya.
Tengku
Airish masih tunduk menjamu selera tanpa menjawab pertanyaan daripada Yuhanis.
Perutnya lapar gila. Mana taknya, lepas saja tahu yang Yuhanis sudah pulang ke
kampong, petang itu juga dia meminta izin mummy untuk pergi ke Kedah. Pada
mulanya memang mummy pelik, tapi setelah dia berjanji untuk menceritakan
segalanya pada mummy nanti, mummy hanya bersetuju.
Kali pertama
dia menjejakkan kaki ke kampong. Mula-mula dia sendiri tak percaya dengan apa
yang dia lakukan tapi apa yang dia pasti, dia rindukan Yuhanis. Ya, dia rindukan kampung girl ini!
Yuhanis yang
hanya berkain batik dan tudung yang tidak pernah lekang daripada kepalanya
membuatkan Tengku Airish tersenyum dalam hati. Tapi Yuhanis dah tak lagi
memakai spek mata bulatnya. Mana pulak pergi speknya tu? Bukan dia rabun ke? Tapi..
cantik jugak minah ni eh..
“Hishh Anis,
Airish datang nak lawat kita lah. Tak baik kamu sergah tetamu macam ni.. dah
dah lah tu tengok Airish macam nak telan je. Mari duduk makan.” Tegur Mak Siti.
Yuhanis mencebik. Tidak puas hati kerana soalannya masih tidak dijawab. Tengku AIrish
pula tersenyum menang.
______________________
“Tengku nak
buat apa ikut saya ni?” tanya Yuhanis tak puas hati. Dari tadi Tengku Airish
duk mengekor saja dari belakangnya. Rimaslah!
“Nak kau
lah..” balas Tengku Airish selamba. Kepala yang tidak gatal digarunya. Yuhanis
mencebik. Banyak lah dia punya nak!
Yuhanis mula
duduk di tepi tali air, niat untuk memancing diteruskan walaupun dia tidak
selesa diekori Tengku AIrish. Yuhanis tahu, inilah kali pertama Tengku AIrish
masuk ke sawah ni. Nampak sangat yang Tengku Airish memang tak selesa duduk di
situ. Dasar orang bandar!
Tiba-tiba
Tengku Airish rasa ada yang tak kena di betisnya. Seluar track hitam yang
dipakai ditarik hingga ke lutut.
“AhhhhhhH!!”
tidak semena mena jeritan Tengku Airish bergema membuatkan Yuhanis sedikit
terkejut.
“Tengku ni
kenapa tiba-tiba nak jerit macam tu?” marah Yuhanis. Ada pula jerit tiba-tiba
tengah-tengah sawah macam ni? Buang tabiat ke apa?
“Anis, apa
ni?!” soal Tengku Airish cemas sambil menunjukkan sesuatu yang bergerak gerak
di betisnya.
“Apa?”
“Ni ha… yang
bergerak-gerak ni. Apa ni?!”
“Laa.. ni
pacat la Tengku!” Yuhanis tergelak. Kelakar melihat wajah Tengku Airish
yang jelas ketakutan.
“Pacat?
Pacat tu apa?! Buang cepat!” Berkerut wajah Tengku Airish melihat binatang
putih itu. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia melihat binatang yang segeli
itu. Nak pengsan pun ada.
“Pacat pun
tak tahu? Budak darjah satu pun tahu la pacat tu apa.” Yuhanis gelak lagi. Tapi
kali ini makin kuat gelaknya. Seronok mainkan Tengku Airish.
“Pacat ni akan hisap darah Tengku sampai habis. Sampailah kaki Tengku dah takde darah!”
Yuhanis mula serius. Tengku Airish yang mendengar menelan liur.
“Aa.. anis..
tolong buang pacat ni cepat!!” jeritTengku Airish. Yuhanis senyum nakal.
“Tak nak!”
ujarnya sebelum bangun berlari meninggalkan Tengku Airish berseorangan. Alah,
pacat aje pun. Takkan mati punyalah mamat tu.
“Yuhanis!!”
pekik Tengku Airish berkali-kali tetapi tetap tidak mendapat perhatian daripada
Yuhanis. Tengku Airish menelan liurnya. Matanya mula berpinar melihat betisnya berdarah. Tiba-tiba pandangannya berubah gelap.
______________________
Tengku Airish membuka matanya. Orang pertama yang muncul di depannya adalah Yuhanis.
"Tengku..." panggil Yuhanis perlahan.
Tengku Airish memegang kepalanya. Cuba mengingati kembali apa yang dah terjadi. Bila teringat kejadian di sawah petang tadi, Tengku Airish terus bangun. Track hitamnya ditarik sehingga ke paras lutut.
"Mana pacat tadi?!" soalnya cemas.
Yuhanis bercekak pinggang. "Tengku ni.. dengan pacat pun boleh pengsan ke? Tak gentleman langsung!"
"Kau apa tahu? Habis darah aku kena hisap tadi tau!"
Yuhanis gelak sinis. "Saya tipu je lah tadi. Tak habisnya darah Tengku yang banyak tu! Dah bangun, solat! Dah nak magrib tahu tak. Pengsan bukan main lama.." bebel Yuhanis sambil berjalan keluar meninggalkan Tengku Airish sendirian.
Tengku Airish mencebik. Memang suka membebel betul lah kampung girl sorang ni. Tengku Airish memeriksa semula kakinya. Kemudian dia tergelak. Macam mana dia boleh pengsan ni? Memalukan betul lah!
_______________________
Yuhanis
termenung di atas sebuah bangku. Matanya jauh merenung sawah padi dihadapannya.
Permintaan maknya tadi membuatkan dia rasa serba salah. Tapi takkan dia nak
menolak?
“Anis!”
sergahan Tengku Airish membuatkan Yuhanis terkejut. Tengku Airish tergelak
sambil mengambil tempat di sebelah Yuhanis. Hari ini sudah genap 2 hari dia
tinggal di kampong. Percaya atau tidak, dia memang selesa duduk disini.
“Tengku ni,
terkejut saya tau.”
Tengku
Airish tersengih. “Tu la.. termenung jauh sangat. Sampai nak tembus sawah padi
tu kau tengok.” Sekali lagi Tengku Airish tersengih. Hubungannya dengan Yuhanis
semakin hari semakin rapat. Entah kenapa, rasa bersalahnya pada Yuhanis tempoh
hari membuatkan dia rasa ingin mengenali gadis ini dengan lebih jauh lagi.
“Saya sebenarnya.. tengah pening ni Tengku.”
“Kenapa
pulak? Nak aku picitkan kepala tak?” gurau Tengku Airish lagi dengan sengihan.
Yuhanis menjelingnya. Ke situ pulak?
“Mak ni
haa..” Yuhanis mula berkira-kira samada masalahnya itu perlu dikongsikan atau
tidak dengan Tengku Airish. Lagipun Tengku Airish ni bukannya siapa-siapa bagi
dia. Sekadar anak kepada kawan ayahnya saja. Jadi tak ada masalah kan?
“Kenapa
dengan mak siti?”
Yuhanis
mengeluh sebelum bersuara. “Tengku rasa, saya dah layak kahwin ke belum?”
pertanyaan Yuhanis serta merta membuatkan Tengku Airish membetulkan
kedudukannya. Wajah Yuhanis dipandang.
“Kau dah nak
kahwin ke?” soalnya.
“Mak suruh
saya kawin…” jawab Yuhanis perlahan.
“Dengan siapa?”
pertanyaan Tengku Airish dijawab dengan bahunya dijongket sedikit tanda tidak
tahu. Tengku Airish mengerutkan dahi.
“Takkan kau
nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal?” pertanyaan Tengku Airish kali ini
dijawab pula dengan anggukan. Tengku Airish gelisah. Kalau Yuhanis kahwin,
macam mana pula dengan dia? Eh Airish, takkan kau yang nak kahwin dengan
perempuan ni pulak?
“Daripada
kau kahwin dengan orang yang kau tak kenal, lebih baik kau kahwin dengan aku.”
Kata-kata itu secara tidak sengaja meluncur laju dari bibirnya. Yuhanis
memandang Tengku Airish tidak percaya. Beberapa minit kemudiannya dia tergelak.
“Merepek la
Tengku ni!” Yuhanis tergelak lagi.
_______________________
Merepek tak
merepek, akhirnya memang dia yang menjadi isteri kepada Tengku Airish bin
Tengku Shah Hirin ni. Nak tahu macam mana dia boleh kahwin dengan Tengku
Airish? Ini semua Tengku Airish punya pasal la. Si Encik sombong ni
rupa-rupanya memang serius dengan kata-katanya. Hari itu jugalah, didepan
Yuhanis sendiri, Tengku Airish menelefon Datin Raihah untuk masuk meminang
Yuhanis sebelum Yuhanis menerima lamaran lelaki lain.
Terkejut bukan kepalang Yuhanis masa tu.
Tapi bak
kata orang putih, ‘Love is Gamble’ right? Nak tak nak, Yuhanis tetap menerima
Tengku Airish dalam hidup dia setelah melihat Tengku Airish betul-betul ikhlas
ingin memperistrikan dia. Dia pun tidak tahu, macam mana Tengku Airish boleh
sukakannya walhal lelaki itu sebelum ini sangat membencinya. Bila ditanya,
Tengku Airish cuma cakap biarlah rahsia. Ceettt... Apa dia ingat dia siti Nurhaliza ke?
“Sayang..
taknak tidur lagi ke? Abang dah mengantuk ni,” tanya Tengku Airish sambil
menghampiri isterinya. Yuhanis tersenyum.
“Buku apa
tu?” soal tengku Airish pula apabila melihat Yuhanis memegang sebuah buku yang
berwarna merah jambu itu.
“Ni album
perkahwinan kita dulu..”
Yuhanis
memberikan album itu kepada Tengku Airish. Tengku Airish mengukir senyum
panjang. Nak tergelak pun ada bila melihat gambar mereka berdua dulu. Tapi apa
yang membuatkan dia memang betul-betul nak tergelak bila teringatkan wajah
Yuhanis yang jelas-jelas terkejut bila dia menelefon mummynya untuk terus masuk
meminang Yuhanis dulu. Mummy apa lagi, menjeritlah soal itu ini. Buat dia rasa
sesak pula!
Kenapa dia
tiba-tiba nak kahwin dengan Yuhanis? Hmm.. mula-mula dia sendiri pun tak tahu
apa jawapannya. Tapi yang pasti, dia tak menyesal langsung dengan keputusan
mendadaknya itu sebab mungkin.. dia dah mula jatuh cinta dengan kampong girl
ini.
“Abang fikir
apa?” soal Yuhanis bila melihat tengku Airish tersenyum-senyum melihat gambar
mereka berdua.
“Nothing!
Dah jom tidur..” Tengku Airish menutup kembali album itu dan mula menarik
tangan Yuhanis. Yuhanis hanya menurut. Tengku Airish tersenyum panjang. Sikap
Yuhanis yang sentiasa menurut setiap kemahuannya itulah yang membuatkan dia dah jatuh cinta dengan gadis ni. My kampong girl.. I love you so much!
excellent ^_^
ReplyDeleteexcellent ^_^
ReplyDeleteTq awak ^^
DeleteAwk.. xreti la nak main benda ni. Kahkahkah
ReplyDeleteHahahaha.. insyaAllah nanti kita jumpa saya ajar awak. kahkah
Deleteperfect... :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBest
ReplyDelete
ReplyDeleteYuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.
PROMO TERBARU KHARISMA POKER:
* Bonus Referral 20% Seumur Hidup
* Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya
KEUNGGULAN KHARISMA POKER:
* SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
* NO ROBOT & ADMIN
* 100% Fair Play Member Vs Member
* Proses Withdraw & Deposit Tercepat
* Customer Service yang baik, ramah dan cantik.
MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
* BCA
* BNI
* BRI
* MANDIRI
* DANAMON
Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!
PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register
SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA
LIVE CHAT ; DISINI
Telp :+85587983703
BBM ; khpk02
WA : +85587983703
LINE ; khpk02
Link Alternatif Kharismapoker :
http://wwwkharismacash.com
Casino Player Reviews - Join 353 Casino
ReplyDeleteThe casino website is easy to navigate, you can 태평양 먹튀 easily make the most out of your time with this top-rated site, and it offers 벳 365 가상 축구 a 888스포츠 casino, 슬롯 가입 머니 poker games, 룰렛사이트