Penulis : Mira Afendy
Tarikh post : 24 March 2016
“Qisya!” Aku menoleh bila
mendengarkan namaku dipanggil. Melihat gerangan yang memanggil, makin laju
langkah kakiku. Dia buat apa dekat sini? Menyemak aje!
“Qisya Irdina!” Kali ni nama
panjang aku pula disebutnya. Aku tetap buat tidak peduli.
“Qisya Irdina binti Sufian!”
Haa, amik kau Qisya. Dengan nama papa sekali dia sebut. Tidak semena langkah
aku terhenti. Dengan wajah bengang yang memang nak makan orang, aku berpaling
memandangnya.
“Kau nak apa?” soalku kasar.
“Hai, Sya. Long time no see.
How are you, my dear?” sapa Hakimi dengan senyuman gatalnya. Dia ni kalau tak
mintak penampar aku, mesti dia mintak penendang aku. Dear, dear.. Kau fikir aku
rusa?
“Kalau ye pun rindu dekat saya, jangan lah
tatap wajah handsome saya ni lama-lama. Segan lah..” lagi sekali ayat Hakimi
buat aku rasa nak muntah. Baru saja aku nak melangkah meninggalkan dia, sekali
lagi nama aku dipanggil.
“Kau nak apa ni? Kalau
sekadar nak tanya khabar, baik tak payah. Sebab seperti yang kau nampak, aku
sihat walafiat!” sedas peluru aku tembak. Biar padan muka dia. Senang aku
tengok muka dia yang terkesima macam tu. Apa kau ingat perempuan yang bernama
Qisya Irdina ni lemah lembut yang senang-senang kau nak mengayat? Silap orang
lah..
“Awak ni makin marah.. makin
comel pulak saya tengok..” ujar Hakimi dengan sengihan. Ya Allah, sahlah mamat
ni gila. Aku tengah marah ni sempat lagi dia duk puji puji aku. Ni memang
kasanova kelas pertama ni. Ayat sweet mengalahkan coklat kitkat.
“Hmm.. saya nak ajak awak
keluar hujung minggu ni. Awak free tak?” sekarang barulah Hakimi luahkan tujuan
dia yang sebenarnya. Oh nak ajak keluar rupanya. Kenapalah dia tanya soalan
yang dia sendiri tahu jawapannya? Jawapan aku mestilah.. tidak!
“Aku sibuk hujung minggu ni. Assignment Dr.
Keith tak siap lagi.”
Aku mula meneruskan langkahku. Tapi kali ni
perlahan je sebab aku pasti si Hakimi ni mesti akan pujuk rayu aku untuk keluar
dengan dia. Bukan aku tak kenal perangai si Hakimi ni. Tak habis-habis
menyusahkan hidup aku. Semenjak dia luahkan rasa sukanya pada aku 2 minggu
lalu, semenjak itu jugalah hidup aku dibayangi oleh dia. Kemana saja aku pergi,
mesti ada dia. Hantu betul!
“Jomlah. Temankan saya tengok
movie. Cerita Munafik. Saya belanja awak,” rayu Hakimi. Haa, kan aku dah kata.
Dia mesti rayu aku punyalah.
“Aku sibuklah, Kimi. Kau ni
tak faham bahasa ke?” soalku sedikit kasar. Sebenarnya aku tak suka Hakimi ikut
aku macam ni. Banyak mata yang memandang. Sudah tentulah bukan aku yang
dipandang tetapi Hakimi! Siapa yang tak kenal mamat handsome sebelah aku ni.
Kasanova tersohor di kolej ni. Jadi sebab tulah, aku susah untuk menerima
Hakimi.
“Kalau tak nak dahlah. Tak
payah nak tinggikan suara. Susahlah nak cakap dengan awak ni!” Aku tengok
Hakimi mula bengang sebab dia terus pergi meninggalkan aku. Err.. Tinggi sangat
ke suara aku tadi? Tapi dia punya pasallah. Tak habis-habis nak kacau aku.
Macam lah tak ada perempuan lain yang dia nak ajak keluar.
“Kenapa tu?” soal Fahim yang entah dari mana
datangnya. Matanya hanya memerhati langkah Hakimi.
“Kawan kau tu lah.. Tak
habis-habis nak menyusahkan aku. Lepas tu bila aku menolak, dia jugak yang
bengang.” Aku mula membebel. Lantaklah kalau si Hakimi tu nak marah aku ke, nak
benci aku ke, sekurang-kurangnya lepas ni dah tak ada lagi gangguan dari mamat
kasanova tu.
“Dia marah kat kau ke?” soal Fahim lagi.
Alahai, mamat ni pun satu! Kalau dah si Hakimi tu blah, dan aku kat sini
membebel-bebel, confirm lah kitorang baru je selesai bergaduh.
Soalan Fahim aku biarkan
sepi. Langkahku diikuti Fahim. Aku tak tahu kenapa, tapi dua orang sahabat baik
ni suka sangat ‘kacau’ aku. Hakimi si ‘kasanova’ dan Fahim si ‘killer smile’.
Dua-dua jejaka rebutan gadis dalam kolej ni. Jadi, ramai yang cemburu dengan
aku. Wei, korang ingat aku suka sangatlah jadi perhatian dua jejaka hot setaf
dalam kolej ni? Serabut ada lah!
“Assignment yang Dr. Keith bagi dah siap?”
Fahim cuba untuk ubah topik. Ni yang aku suka tentang Fahim. Tak suka mendesak.
Jadi, berbanding Hakimi, aku lebih suka berkawan rapat dengan Fahim.
“Belum lagi. Aku dah tengok
dah soalan yang dia bagi tu. Boleh tahan susahlah.”
“Kita buat sama-sama nak
tak?” Fahim bagi idea. Aku diam. Buat sama-sama? Hmm.. bunyinya macam seronok
je. Fahim pun boleh tahan pandainya. Tapi kalau buat bersama nanti, mesti
Hakimi akan join sekali. Mamat tu memang pantang tengok aku rapat sikit dengan
Fahim.
“Tak sudi ke buat dengan
aku?” Ni yang aku lemah ni bila Fahim dah mula buat muka handsome dia. Tapi
bila dengan Fahim, senang aje aku rasa nak menerima ajakannya. Mungkin sebab
aku lebih selesa bersama Fahim berbanding dengan Hakimi.
“Kita nak buat bila?” soalan
aku membuatkan Fahim mengukir senyuman. Alahai, dia senyum boleh buat hati yang
panas jadi cair lah.. Padanlah kawan-kawan aku selalu kata yang Fahim ni ada killer
smile. Betul-betul membunuh ni.
“Sabtu ni. Kita lepak kat Mc
Donald.” Putus Fahim. Aku hanya mengangguk setuju.
“Okey.” Hai.. ni kalau Hakimi
dapat tahu, mesti dia kata aku ni tak adil. Sebab pilih kasih. Tak pun dia akan
tuduh aku ada perasaan pada Fahim. Tapi kalau dia tuduh aku ada perasaan pada
Fahim pun apa salahnya. Biar dia tahu, yang aku dah tak sukakan dia.
________________________
“Hakimi kirim salam sayang
kat kau,” beritahu Fahim sebaik sahaja aku selamat duduk dihadapan dia. Tak
semena aku memandang sekeliling. Kot ye lah Hakimi tu ada dekat sini.
“Dia takde kat sini.” ujar
Fahim yang sedar dengan kelakuan aku. Aik? Macam tahu-tahu je yang aku tengah
cari Hakimi.
“Dia tahu aku jumpa kau?”
soalan aku Fahim jawab dengan anggukan. Lepas tu aku dah tak tanya lebih-lebih.
Siapa lagi yang beritahu Hakimi kalau bukan Fahim? Kalau tak macam mana Fahim
nak sampaikan salam Hakimi pada aku.
“Jawablah salam dia tu.”
“Er..Waalaikumsalam.”
Hakimi kirim salam sayang?
Hmm. Tak pelik lah sebab aku sendiri pun tak faham dengan perangai Hakimi tu.
Sekejap okey, sekejap macam ribut taufan. Dulu-dulu pernah lah aku tersuka
dekat Hakimi tu. Ye lah, orang yang ada rupa sesiapa pun akan mudah jatuh
cinta. Tapi bila tahu sikap sebenar Hakimi, aku mula luputkan angan-angan aku
untuk jatuh cinta pada Hakimi. Lagipun kata-kata kawan-kawan perempuan aku
menguatkan lagi untuk aku lebih sedar diri yang aku memang tak layak untuk
Hakimi. Sehinggalah Hakimi sendiri yang meluahkan rasa suka dia pada aku. Tapi
masa tu, aku memang dah tak ada perasaan langsung pada dia. Sorry dude, you’re
late!
“Qisya,” panggilan daripada Fahim membuatkan
bayangan Hakimi hilang. Alamak! Kantoi berangan depan Fahim pulak.
“Beranganlah tu.”
Aku tersengih. Nak buat apa
lagi? Takkanlah aku nak menafikan lagi? Dah terang lagi bersuluh, memang aku
berangan.
“Kau dah buat belum velocity
diagram? Aku nak tengok boleh?”
Aku pantas menyelak beberapa
helai kertas di hadapanku dan menyerahkan pada Fahim.
“Kau tolong tengokkan.
Manalah tahu, ada garisan aku yang tersenget ke.”
“Okey.”
Aku menilik wajah Fahim yang
khusyuk meniliti kertas yang aku berikan tadi. Kalau diikutkan perangai Hakimi
dan Fahim memang sangat berbeza, macam langit dengan bumi. Setakat ni, aku
belum pernah nampak Fahim keluar berdua dengan mana-mana perempuan kecuali aku.
Tapi, aku keluar dengan dia sebab nak study dengan dia. Bukannya keluar dating.
Niat tak menghalalkan cara Qisya Irdina. Tiba-tiba suara hati suci aku
mencelah. Tapi, susah nak tolak pelawaan Fahim. Fahim ni memang seorang lelaki
yang sangat baik dan caring. Kalau aku dapat jadi bini dia, confirm aku boleh
goyang kaki hari-hari.
Apa yang kau merapu ni, Qisha
Irdina? Focus pada study kau tu. Tak payahlah nak bandingkan Hakimi dengan
Fahim. Bukannya untung pun. Dua-dua tak nak kat kau. Aku kembali menyelak buku
rujukan dynamics dan mula untuk focus.
_________________
“Qisya!” baru saja aku nak
mulakan suapan aku yang pertama, suara yang amat aku kenali memanggil namaku.
Aku mengangkat muka. Wajah bengang Hakimi aku pandang.
“Awak beritahu saya nak buat
assignment Dr. Keith. Kenapa awak keluar dengan Fahim?” marah Hakimi.
Aku menelan air liur.
Terkejut sebenarnya kena sergah dengan Hakimi pagi-pagi macam ni. Dahlah tu,
depan kawan-kawan aku pulak. Sengaja nak menjatuhkan air muka aku. Keji betul Hakimi
ni. Kenapa aku keluar dengan Fahim? Bukan dia dah tahu ke sebabnya, kenapa nak
tanya pulak?
“Aku keluar dengan Fahim
untuk buat assignment Dr. Keithlah. Yang kau nak mengamuk tak tentu pasal ni,
kenapa?” soal aku pula. Saja nak tunjuk bengang aku. Dia ingat dia sorang je
yang bengang. Tapi nada suaraku masih lagi aku jaga. Takut juga kalau-kalau
publisiti murahan antara aku dengan Hakimi hari ni diketahui orang. Walaupun
pergaduhan kami sudah didengari oleh empat kawan sekelas aku ni. Huh, malu
betul!
“Oh! Sebab awak nak
berdua-duan dengan Fahim lah, awak tak nak tengok wayang dengan saya?” soalan
Hakimi buat aku ketap bibir. Aku mula berdiri.
“Come on la, Kimi. Aku buat
kerja dengan Fahim. Bukannya berpeleseran tak tentu hala. Tak payahlah nak
besar-besarkan hal ni,” geram jugak aku dengan Hakimi. Apa masalahnya kalau aku
buat kerja dengan Fahim pun. Aku bukannya girlfriend dia. Isteri jauh sekali.
Hakimi gelak sinis. “Kenapa
awak boleh senang-senang terima ajakan Fahim, tapi bila saya yang ajak, macam
macam alasan awak bagi? Apa kurangnya saya kalau nak dibandingkan dengan
Fahim?” kali ni aku nampak muka Hakimi makin serius. Apa kurangnya dia
dibandingkan dengan Fahim? Banyak! Banyak sangat!
“Sebab awak playboy!” balas
aku tak agak-agak. Mata-mata yang dah memandang kea rah kami sudah tak aku
pedulikan. Hakimi aku lihat mula bercekak pinggang.
“Then apa kurangnya awak?
Keluar dengan lelaki ni, keluar dengan lelaki tu. Bukan playgirl namanya? Or.. should
I call you bitch!”
Aku bulatkan mata aku besar
besar sebab tak percaya. Pertama kali Hakimi biadap macam ni pada aku. Keluar
dengan lelaki lain? Setahu aku, aku hanya keluar dengan Fahim seorang je. Oh
ya, hari tu pun aku ada keluar dengan Haiqal senior aku. Tapi aku keluar itupun
sebab hal study. Bukan dating! Aku mula rasa nak menangis. Dituduh perempuan
murahan.. perempuan mana yang tak sentap?
“Kimi, Qisya, apehal ni?”
termengah-mengah Fahim bertanya. Aku memandang Fahim yang baru saja datang.
“Kau tanyalah kawan baik kau ni, apa dia tak
puas hati sangat dengan aku.” Aku pantas meninggalkan kawasan kafeteria. Tanpa
disedari, air mataku menitis laju. Gilalah kau, Hakimi. Sampai hati kau marah
aku dan jatuhkan air muka aku depan orang ramai. Kau ingat aku tak de perasaan
ke?
Pagi ini memang meninggalkan
sejarah dalam hidup aku. Aku terus mohon pertukaran ke Universiti lain untuk semesta
seterusnya. Aku tak beritahu Hakimi. Fahim pun tak. Hubungan aku dengan Hakimi
memang dah hancur. Tapi bukan ke itu yang kau mahukan, Qisya?
Aku tak tahu kenapa, tapi aku
rasa sedih sangat. Mungkin sebab semuanya berakhir macam tu aje. Fahim pun
macam nak jauhkan diri je dari aku. Mestilah dia backup best friend dia.
Kenapalah dua-dua lelaki tu kena hadir dalam hidup aku? Buat aku bingung yang
mana harus aku pilih. Ah Qisya.. kau tak perlu memilih. Sebab yang pasti kalau
kau pilih Fahim, belum tentu dia sukakan kau. Dan kalau kau pilih Hakimi, belum
tentu kau boleh suka pada dia kembali. Jadi, menjauhkan diri dari kedua-duanya
adalah keputusan yang sangat tepat.
________________________
2 tahun kemudian….
“Irdina, this is Encik Fahim
Izzul. Dia akan memantau kerja-kerja awak dalam sebulan ni,” beritahu Encik Zikri
pada aku. Bila aku memandang sahaja wajah empunya nama, mulut aku automatic terbuka
90 darjah. Terkejut punya pasal. Fahim juga aku nampak terkejut sama. Tak
sangka kami bertemu kembali. Fahim aku lihat makin tambah kacaknya. Makin kemas
dan rapi. Hai, Qisya.. sempat pulak kau tilik Fahim ye? Dia dah jadi supervisor
kau dah sekarang.
“Qisya Irdina. You can call
me…”
“Qisya..” belum sempat aku
habiskan kata-kata aku Fahim mencelah. Haih, tahu lah kenal. Tapi tak perlu la
tunjuk pada Encik Zikri ni yang kau sangat ‘kenal’ aku.
“Saya Fahim,” sambung Fahim
pula. Hilang sudah panggilan aku kau dulu. Aduh, canggungnya rasa bila bercakap
dengan Fahim. Dah tak sama macam dulu.
“Fahim, saya serahkan Qisya
Irdina di bawah tanggungjawab awak,” Encik Zikri memaklumkan kepada Fahim
sebelum dia meninggalkan aku dengan Fahim. Haih, macam serahkan anak perempuan
pada si suami pulak dengarnya.
“Lama tak jumpa…” ujar Fahim
pendek. Dia pun nampak canggung.
“Hmm..” balas aku lagi pendek.
Aku memandang lantai. Tak sanggup aku pandang wajahnya. Tapi kenapa aku rasa
yang Fahim dari tadi lagi memandang aku ye?
“Awak makin cantik..” pujian
Fahim aku biarkan sepi. Awak pun makin handsome. Balas aku. Tapi dalam hati.
Nak mati ke kalau cakap depan-depan. Mahunya aku ni dicop rindukan dia pulak.
Tapi memang pun..
“Mana awak menghilang? Pergi macam tu je.”
Mana aku menghilang? Soalan
Fahim mengingatkan aku pada Hakimi. Hampir saja aku terlupakan si Hakimi.
Lelaki yang membuatkan aku lari jauh daripada semua orang. Aku mengangkat muka
memandang Fahim. Ni semua bestfriend kau punya pasal lah. Sampai hati dia
lukakan hati aku depan semua orang. Sebab dia lah aku lari jauh.
“Ada je. Saya tak kemana pun..”
Lain yang aku fikir, lain pula yang keluar dari mulut aku. Ah, aku saja malas
mahu ungkit kembali kisah lama.
“Bukan sebab Hakimi?” Fahim
soal aku lagi. Lagi sekali aku mengalihkan pandangan. Dah tahu cendana pula..
“Saya malu. Ada ke patut dia
serang saya macam tu. Dia tak boleh cakap baik-baik ke dengan saya? Dan yang
paling buat saya bengang bila dia tuduh yang saya ni…” aku mendecit. Malas aku
nak ulang kembali tuduhan yang dilemparkan Hakimi kepada aku.
“Qisya, ni semua salah saya.”
Aku mengngkat muka mendengarkan keluhan daripada Fahim. Kenapa salah dia pula?
“Seperti yang awak tahu,
Hakimi betul-betul suka awak. Saya saja nak uji dia sebab tu saya ajak awak
keluar bersama. Dia rasa tercabar bila saya keluar dengan awak dan awak terima ajakan
saya tapi tolak pelawaan dia. Mula-mula saya ingatkan awak suka kan saya..”
Fahim tergelak kecil sebeum menyambung ayatnya. Aku hanya jadi pendengar.
“Tapi sebenarnya tak. Saya
tahu awak pun ada perasaan pada Hakimi cuma awak ego, kan?”
Aku sukakan Hakimi?
Pandai-pandai pulak si Fahim ni nak teka perasaan aku.
“Sebab masa awak dengan saya,
fikiran awak tak lain tak bukan mesti awak fikirkan Hakimi. Buktinya saya
ternampak awak tulis nama Hakimi pada buku teks masa kita tengah study bersama.”
Eh, dia perasan ke? Tapi masa
tu aku tulis ‘Hakimi si playboy. Aku benci kau.’ Bukannya aku tulis aku sukakan
Hakimi.
“Lepas tu saya nampak awak
curi-curi pandang Hakimi bila dia dengan perempuan lain. Tu bermakna awak
kisahkan Hakimi.”
Aku curi curi pandang Hakimi?
Tu sebab aku nak kutuk dia. Ye lah, kata sukakan aku. Tapi boleh lagi bergelak
ketawa dengan perempuan lain. Hampeh!
“Saya nak tanya awak satu
soalan. Kenapa awak selalu cakap yang awak tak sukakan Kimi?”
Soalan Fahim membuatkan aku
terfikir sejenak. Kenapa aku selalu cakap yang aku tak suka kan Hakimi ye? Sebab
Hakimi tu romantik, sweet talker, caring, nakal, dan playboy! Sebab semuanya
lah. Tapi aku rasa.. ada satu sebab yang kukuh kenapa susah buat aku untuk terima
Hakimi. Bukan sebab dia playboy, tapi sebab… aku dah mula sukakan orang lain.
Orang yang lebih penyayang, lebih memahami, lebih baik hati walaupun dia tak
sesweet Hakimi. Aku tak tahu bila perasaan ni hadir tapi aku rasa aku
betul-betul sukakan dia.
Aku diam. Tak tahu nak jawab
apa. Takkan aku nak jawab, saya tak sukakan Kimi sebab saya sukakan awak. Mahu
pengsan Fahim sebulan.
“Hakimi macam mana sekarang
ni?” soal aku tanpa menjawab soalan Fahim.
Fahim menarik nafas dan
menghembusnya perlahan. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Wajah aku
dipandang lagi.
“Hakimi ada kat Johor. Nanti saya bawak awak jumpa dia. Mesti
dia happy kalau tahu awak datang nak jenguk dia.”
Aku diam lagi. Angguk tidak,
geleng pun tidak. Bersedia ke aku untuk berhadapan dengan Hakimi?
_________________________
Sekejap aje rasanya masa
sebulan berlalu. Maksudnya tempoh percubaan aku selama sebulan dah pun
berakhir. Fahim banyak bagi tunjuk ajar kat aku selok belok dunia seorang
jurutera mekanikal ni. Encik Zikrii pun nampaknya sangat berpuas hati dengan
pencapaian aku. Rasanya peluang aku untuk bekerja tetap kat sini ada dalam 70%.
Dan yang paling menyenangkan aku, aku dan Fahim sudah kembali rapat macam dulu.
Sudah tidak ada rasa kekok macam pertama kali kami jumpa. Fahmi juga tak pernah
berubah. Masih lagi seorang lelaki yang charming dan juga si killer smile. Senyumannya
tak pernah berubah. Buat aku tambah cair saja lah.
“Qisya, hujung minggu ni, awak
ikut saya balik Johor nak?”
“Balik Johor?”
“Haah. Saya nak bawak awak
jumpa Kimi.”
Nak tak nak aku hanya setuju
saja. Sampai bila aku harus mengelak untuk berhadapan dengan Hakimi. Hakimi
juga harus tahu perasaan aku yang sebenarnya. Aku tak nak bagi dia harapan lagi.
Atau.. mungkin dia sudah move on? Entah-entah sudah kahwin. Tapi kenapa Fahim
tak ada cerita pun tentang itu?
_________________________
“Hakimi dah hampir setahun dekat sini, Qisya,”
beritahu Fahim perlahan. Wajahnya tenang saja.
Aku terkedu seketika. Apa
maksud Fahim? Ni bukan ke kawasan perkuburan? Jangan cakap yang Hakimi dah…
“Hakimi dah setahun meninggal
kerana accident,” Fahim merungkaikan segala yang berselirat dalam otak aku.
Seperti biasa, senang saja Fahim menebak apa yang sedang aku fikirkan.
“Kenapa awak tak beritahu saya
awal-awal lagi, Fahim?” soalku. Air mataku sudah mula tumpah. Tipulah kalau aku
tak sedih dengan pemergian Hakimi. Walaupun aku tiada perasaan cinta sebagaiman
perasaan dia untuk aku, tapi sebagai seorang sahabat, aku sebenarnya amat
sayangkan dia.
“Saya tak tahu nak cakap
macam mana. Saya tahu, awak pun suka kat dia. Maafkan saya, Qisya. Saya tak
berniat nak tipu awak.” Fahim kelihatan bersalah.
Aku melutut di pusara Hakimi.
Ya Allah pedihnya perasaan ni. Baru aku tahu betapa aku sayangkan Hakimi. Tak
patut aku duga dia macam ni. Sepatutnya awal-awal lagi aku sudah beritahu dia
yang aku betul-betul tak boleh terima dia. Aku sukakan Fahim. Dan perasaan tu
susah untuk aku ungkapkan kenapa. Tapi yang pasti, sebelum Hakimi mengungkapkan
rasa sukanya pada aku, aku dah mula sukakan Fahim. Ya Allah apa yang patut aku
buat?
“Qisya, sebelum Hakimi pergi,
dia ada tinggalkan surat ni untuk awak,” ujar Fahim. Dia menyerahkan sampul
surat bewarna putih kepadaku.
“Fahim, hantar saya balik KL
semula,” pintaku. Hatiku pedih mengetahui kebenaran ini. Tak sempat aku memohon
keampunan pada Hakimi. Hakimi.. saya minta maaf.
______________________
Buat Qisya
Irdina…
Qisya, saya
harap awak dapat baca isi hati saya hingga ke akhirnya walaupun awak masih
menyimpan perasaan benci terhadap saya.
Maafkan saya
di atas kekasaran saya di kafeteria dulu. Masa tu, kemarahan menguasai diri saya,
Qisya. Tak patut saya malukan awak depan orang ramai pagi tu. Saya tak sengaja.
Betul-betul tak sengaja.
Tak
pernah terniat dalam hati saya untuk lukakan hati orang yang saya sayang. Saya
betul-betul minta maaf. Bila dengar yang awak keluar dengan Fahim, hati saya
sakit. Sakit sangat-sangat. Dan hati saya bertambah sakit bila dapat tahu yang
awak pun ada perasaan suka pada Fahim. Apa kurangnya saya Qisya? Sebab saya
playboy? Sebab saya lelaki kasanova? Percayalah.. Lepas saya kenal awak, saya
betul-betul tekad tinggalkan dunia playboy saya. Tapi kenapa? Kenapa susah
sangat saya nak pikat hati awak? Saya fikir awak mudah didekati. Sama macam
perempuan-perempuan yang lain tapi saya salah. Penolakan awak, buat saya rasa tercabar.
Dan makin hari, perasaan suka saya pada awak semakin bertambah.
Tapi
semua tu dah terlambatkan Qisya. Kata-kata saya dah buat awak pergi lebih jauh
dari saya. Susah untuk saya terima yang awak lebih sukakan kawan baik saya
sendiri.Tapi sekarang saya sedar. Dalam soal cinta.. cinta memang tak boleh
dipaksa. Fahim lelaki yang baik. Yang lebih caring daripada saya. Yang mungkin
akan lebih cintakan awak daripada saya. Dan saya yakin, Fahim akan jaga awak
lebih baik daripada saya.
Qisya..
masa awak baca surat ni. Saya mungkin dah tak ada. Saya tak tahu lagi kat mana
saya kena cari awak. Awak pergi tanpa kabar berita. Jadi, pada Fahim lah saya
sandarkan harapan. Mencari seorang Qisya Irdina yang saya sayangi. Dan apa yang
boleh buat saya tersenyum adalah bila mengetahui yang Fahim juga sayangkan awak
sebagaimana saya sayangkan awak. Saya boleh pergi dengan tenang sebab saya
tahu, saya tinggalkan awak dengan seorang lelaki yang tepat. Yang lebih layak
untuk awak.. Saya doakan awak bahagia Qisya Irdina..
Yang
sentiasa menyayangimu,
Hakimi
Jumaat,
25 March 2014
Aku melipat kemas surat dari
Hakimi. Air mata yang mengalir aku sapu perlahan. Aku dah maafkan kau, Hakimi. Terima
kasih sebab dah menyayagi aku dengan ikhlas. Aku janji, aku takkan pernah
lupakan lelaki seperti kau sepanjang hidup aku. Aku janji.
_______________________
“Ni kenapa termenung
sorang-sorang ni?” soal Fahim dengan senyuman. Haih.. senyuman yang buat aku rasa
rindu selalu.
Aku turut tersenyum.
“Habislah baby.. Nanti baby
pun terikut macam mama dia, asyik berangan je,” bebel Fahim pula. Perutku yang
sudah mula membesar diusap lembut.
Hish, mana ada aku berangan. Aku cuma teringat
cerita-cerita zaman silam dulu-dulu je.
“Ha lebih baik baby ikut mama daripada
ikut papa. Papa ni suka sangat sakat mama.” Balas aku pula. Fahim tersengih.
“Haih la baby.. mama ni kuat
merajuk la. Dah la papa tak pandai nak pujuk..” sekali lagi Fahim membalas.
“Mana ada Qisya kuat merajuk.”
Nafi aku. Tangan aku silangkan. Wajah aku masamkan. Haih Qisya, bukan merajuk
ke ni namanya. Kelakuanku mengundang tawa Fahim. Fahim memeluk aku dari
belakang. Nak pujuk la tu..
“Sayang janganlah merajuk. Abang
bukannya pandai memujuk. I’m not a sweet talker. But I’m a killer smile. Kalau
abang pujuk dengan senyuman abang boleh?” Fahim bergurau.
Kata-katanya buat aku
tergelak. Memanglah dia bukan sweet talker, sebab perangai itu hanya ada pada
Hakimi. Tapi aku tidak kisah, sebab walaupun Fahim bukan seorang yang sweet
talker, bagi aku Fahim tetap sempurna.
Betul kata Hakimi, Fahim
memang seorang lelaki yang prihatin. Macam aku berangan dulu-dulu, kalau aku
jadi isteri Fahim, kerja aku mesti goyang kaki punyalah. Dan ternyata kata-kata
aku itu dah pun jadi kenyataan. Macam sekarang ni, Fahim dah ambil alih semua
tugas aku. Memasak, membasuh, mengemas rumah, semuanya diurus oleh Fahim. Dia
kata aku berehat je, jaga kesihatan aku dengan baby. Alahai encik suami, macam
mana lah hati ni tak tambah sayang?
Dan Hakimi.. aku sentiasa
doakan kau sentiasa tenang disana. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih
juga sebab pernah hadir dalam hidup aku. I promise, I will always remember you.
Always.. Aku tersenyum panjang.