Thursday, 13 February 2014

Jom, raih cintaNya

Kita ini menuju ke mana?
Jika bukan ke syurga, ke mana lagi?
Jadi mengapa berlama-lama dalam dosa,
yang menghalang kita ke syurga Allah?

Neraka,
sanggupkah kita ke sana?
Kita cuma hamba Allah yang lemah,
tiada daya,
hanya pada Dia kita berharap.


Kita memang pendosa tanpa noktah, 
tapi kita kena juga tahu bahawa Allah itu pengampun dosa kita tanpa jemu.
Tak pernah terlewat untuk berubah, pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas. 
Abaikan cemuhan orang, andai Syurga jadi buruan.

Ayuh, kembali pada Dia.
Raih cinta Dia.
Raih syurgaNya.

Semoga kita ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 



p/s: Seburuk mana pun kita dahulu, perangai teruk mana sekalipun kita dahulu. Jika Allah izinkan, anytime boleh berubah. Kalau bukan percaya pada Allah, pada siapa lagi? ;)


 

No comments:

Post a Comment