Penulis : Amira Affendi
Tarikh post : 7 February 2015
“Aku cakap
aku boleh, tapi tak bermaksud yang aku nak…” Raisya menggigit bibir.
Zulkifli
mula tidak senang duduk. Hatinya yang sudah tidak beberapa tenang semakin
kacau.
‘Hish, apa
ke susahnya perempuan ni nak fahamkan apa yang aku cakap? Tak sedar ke yang dia
pun ada masalah yang sama macam aku sekarang ni? Harulah minah sorang ni!’ bebel Zulkifli
sendiri.
“Habis tu,
kau nak kahwin dengan si Fuaz tu?”
Raisya terus
mencebik apabila nama mamat poyo sedunia itu disebut. Dia sangat tidak berpuas
hati apabila mengingatkan keputusan daddy yang mahu menjodohkan dia dengan
Tengku Fuaz yang memang sangat meloyakan tekaknya itu. Kalau bagi free pun,
belum tentu dia nak!
“Hah, sama
lah dengan aku!” desis Zulkifli bila melihatkan reaksi Raisya.
Raisya
tiba-tiba tersedak. Mujur tak tersembur air lemon tea yang baru diteguknya
tadi, kalau tak mahu biru muka mamat ni nanti.
“What?! Papa
kau pun suruh kau kahwin dengan Fuaz ke?” soal Raisya terkejut.
“Main-main
lah kau ni!”
Terburai
tawa Raisya melihat muka Zulkifli merah menahan marah. ‘Sensitiflah pulak mamat
ni.’
“Raisy, aku
betul-betul ni. Aku taknak lah kahwin dengan si Nina gedik tu. Tengok dia jalan
pun, aku dah seksa mata tau apatah lagi dengar dia bercakap. Seksa telinga aku
ni tau tak. Cuba kau bayangkan kalau aku betul-betul kena kahwin dengan dia..
Haru hidup aku nak menghadap dia seumur hidup..”
“Dah tu, kau
nak kita buat apa?” Tanya Raisya lagi sambil terus menghirup airnya.
“Macam yang
aku cakap tadi, kita kahwin…” jawab Zulkifli selamba. Sabar dia menunggu reaksi
Raisya seterusnya namun Raisya tidak mudah melatah seperti yang diharap.
“Kalau dah
kahwin nanti, kita nak buat apa pulak lepas tu?” dengan penuh cool, Raisya
bertanya lagi. Nak kahwin? Bukan benda main-main tu.. Kena fikir betul-betul
dulu.
“Let’s just
take one step at a time..”
“Erm..”
Raisya terus bermain-main dengan straw. Sekali sekala dia menyedut air di dalam
gelasnya.Bermacam macam benda yang bermain di benak fikirannya sekarang, cuba
memikirkan baik dan buruk jika dia bersetuju dengan idea Zulkifli itu.
“Okeylah,
let’s us talk about the pros and cons of this idea..” seakan membaca fikiran
Raisya, Zulkifli memberi usul.
“Okay, the
pros first!”
Zulkifli
sudah bersiap sedia dengan hujah hujahnya. “Okey, advantage yang pertama kalau
kita kahwin..” Zulkifli mengangkat jari telunjuknya.
“Aku dengan
kau dah lama kenal, five years for that fact and we are BFF, so we know each
other insinde and out.” Terangguk-angguk Raisya mendengar kata-kata Zulkifli
itu. Memang betul mereka berdua sudah kenal lama dan kalau nak dikira,
Zulkiflli sorang ni ajelah kawan lelakinya yang paling boleh dipercayai. Okey,
hujah diterima di situ.
“Sebab yang
kedua, aku handsome. So tak rugi lah kau dapat aku..” Zulkifli senyum nakal.
Membulat
mata Raisya mendengarkan kenyataan perasan tambah poyo daripada Zulkifli itu.
“And kau pun
okey jugaklah.. Normal.. tak cacat, so kira aku tak rugi sangatlah kalau kahwin
dengan kau..”
Raisya
mengetap bibir. Ya Allah… sabar ajelah!
“And parents
kita pun masing-masing dah kenal kan, so.. ”
“Hah, itu
problem!” Raisya tiba-tiba memotong sambil tangannya menepuk meja.
“Kau ingat
parents kita nak percaya ke kalau tiba-tiba cakap yang kita nak kahwin? Dia
orang tahulah kita dua ni macam mana. Mestilah dia orang syak something nanti..
Hish, tak boleh!
Tak boleh! Mati kita kalau dia orang tahu yang kita nak kahwin
semata-mata nak elakkan jodoh yang dia orang tetapkan…”
Zulkifli
tidak berkutik dari tempat duduknya. “Alah, apa susahnya? Kalau kita cakap kita
nak kahwin, dia orang boleh buat apa? Biarlah dia orang nak syak ke apa. And
kalau kita berjaya yakinkan dia orang, tak mungkin dia orang akan tahu sebab
sebenar kita nak kahwin. Lagipun, it is possible kan kalau kita betul-betul nak
kahwin?”
Raisya
menjungkit kening. “Meaning?”
Zulkifli
mengangkat kedua belah tangannya sambil menjongketkan bahu. “Just saying…”
“Okey then,
how about the cons?”
“I can’t
even think one, dear..”
Raisya
tergelak kecil. “Am I that good, huh?”
“Well, you can
say that. At least kau tak tergedik or miang keladi macam si Nina tu..”
Terasa
bangga sekejap dalam hati. Sengaja nak berbasa basi! Ceh! Susah sangat ke kalau
nak puji aku sekali-sekala?
“Okey, I’m
on then. Kita kahwin. By the way in my opinion, kau pun okey jugak.” Raisya
sudah sebulat suara. Baik kahwin dengan orang yang kita kenal hati budinya dari
kahwin dengan orang yang tak tentu hala macam si Fuaz tu. Sekurang-kurangnya,
dia boleh juga bergantung harap dengan Zulkifli nanti. A friend with benefits.
Dia tidak akan rugi apa-apa. Hopefully.
“Oh yeah? Am
I that good, huh?” Zulkifli sengaja menggunakan ayat Raisya tadi.
“Whatever!”
Raisya malas melayan. Makin dilayan, makin menjadi tahap perasannya nanti.
“Okey, it’s
a deal then. Kita kahwin.”
“Kita kahwin..”
Raisya mengulang kata-kata Zulkifli sambil mengangguk-angguk. Rasa macam tak
percaya pulak nak kahwin dengan bestfriend sendiri.
“Tapi, this
is not a marriage contract ke apa. Promise that we’ll try to make this marriage
works no matter what it takes. Such as.. Nikah kita bercinta or else…”
Raisya
memandang Zulkifli pelik. Biar betul?
“But.. If
only dah tak boleh nak serasi sangat, baru kita bawa haluan masing-masing,
okay?” sambung Zulkifli lagi.
“I couldn’t
promise that.. But, let see..” diam sekejap antara mereka.
“Friends
with benefits. That’s us after this.” Ujar Zulkifli kemudiannya memecahkan sepi
yang tiba-tiba menyelubungi mereka.
“Hey, aku
pun terfikir macam tu jugak!”
“Haha..
Maybe we are meant for each other after all…” tutur Zulkifli lagi menyebabkan
mereka berdua terus terdiam.
Zulkifli
tiba-tiba mengeluarkan not RM50 dari dompetnya dan diletakkan di atas meja. Dia
mencapai telefon dan kunci keretanya.
“Come, we
got a marriage to plan!”
Raisya terus
terjelir lidah, spontan. “Erk, so cliché lah Encik Megat Zulkifli. Geli aku
sekejap. Cakap macam kau dalam movie aje.. Poyo gila!” sengaja dia mengata
Zulkifli sambil dia mencapai beg tangannya dan melangkah seiringan dengan
Zulkifli.
“Jealous lah
tu!”
“Pardon me?
Jealous? Oh please… tak kuasa, okey!”
“Whatever!”
Raisya
menggeleng kepala melihat Zulkifli. Hish, entah macam manalah dia boleh
bersetuju dengan idea kurang sihat si Zul ni. Boleh ke dia nak duduk sebumbung
dengan lelaki itu?
Sebilik dengan lelaki itu? Dan berkongsi segalanya dengan lelaki
itu? Erk!
‘Tapi
Raisya, boleh ke nak back out sekarang? Tapi kalau back out, nanti daddy suruh
kahwin dengan Fuaz, erk! Itu lagi teruk! Taknak aku! Okay, Raisya.. Calm down..
Zul is better.. Zul is better. Zul pun Zul lah. Hentam aje!’
________________
“See, tak
susah kan kita kahwin..” gemersik bisikan Zulkifli menyapa pendengaran Raisya.
“Ada aku
cakap susah?!” balas Raisya sambil mengetap bibir. Geram kerana tangan Zulkifli
sewenang-wenangnya menjalar liar di pinggangnya. Puas dia menjeling namun
Zulkifli terus berlagak selamba, buat tak tahu aje.
Raisya mula
hilang sabar. Memang si Zul ni nak kena!
Perlahan-lahan
Raisya merapatkan tubuhnya pada Zulkifli. Kini dia betul-betul berdiri di
hadapan suaminya itu dan tanpa mempedulikan tetamu yang masih belum habis
meninggalkan dewan repsesi majlis perkahwinan mereka, Raisya memijak kaki
Zulkifli dengan tumit kasutnya.
“Aduh!” Muka
Zulkifli berkerut merah menahan sakit namun dia terpaksa cepat-cepat memaniskan
muka apabila sahabat papanya, Dato’ Hisyam datang mengucapkan tahniah kepada
dia dan juga Raisya.
Raisya
tersenyum puas. “Itulah, tak menyabar lagi… Tangan tu tak senonoh!”
Zulkifli
serta merta tersengih. “Oh, maknanya Puan Raisya Rania, kau tak marah lah aku
pegang kau, cuma kau marah aku tak menyabar aje ye.. gitu ek? Maknanya, lepas ni bolehlah aku
pegang kat mana-mana and bila-bila masa saja ek?”
Raisya
menggamit rasa. Geram melihat senyuman nakal suaminya itu. ‘Pandai aje mamat ni
duk pusing apa yang aku cakap. Takpe, nak main-main kan? Okey, kita main jugak!
Dia melihat kiri dan kanan, memastikan tidak banyak mata yang memerhati.
Terus dia
memalingkan tubuhnya supaya menghadap Zulkifli. Dia meletakkan tangannya di
leher lelaki itu dan dapat dirasakan yang Zulkifli tiba-tiba kaku, mengeras
dengan sentuhannya, diam tidak berkata apa. Muka lelaki tu tak payah nak cerita
lah. Memang terkejut habis! Raisya tergelak jahat dalam hati.
Perlahan dia
merapatkan wajahnya dengan wajah Zulkifli dan dengan lembut dia menyapu
rinik-rinik peluh di dahi lelaki itu dengan jarinya yang runcing. Sengaja dia
menggulum senyuman menggoda sebelum dia mula menjarakkan dirinya semula.
Sekilas dia melihat wajah Zulkifli di sebelahnya.
Zulkifli
menarik nafas panjang sambil merasa sendiri degupan jantungnya yang menggila laju sebentar tadi.
Dia melonggarkan bow tie dilehernya sambil berdehem untuk membetulkan kembali
kelajuan jantungnya yang memang macam baru lepas berlari 10km tanpa henti.
‘Gosh! Aren’t she is so good at stirring man’s heart?’ soalnya pada diri
sendiri.
Raisya
tergelak kecil melihatkan telinga dan wajah lelaki itu yang mula memerah.
Dengan riak wajah yang penuh lagak, Raisya berkata, “Itu baru sikit…”
Zulkifli
memandang wajah isterinya yang menggoda. Dia tersenyum senget. “So I can expect
more than this then?” balasnya nakal.
Raisya pula
yang terkaku.
“Well, I’m
sure I am one of the lucky guy.. Memang tak rugi kahwin dengan kau, kan?”
Zulkifli mula tersenyum nakal. Kata-katanya tadi penuh dengan makna yang
tersirat. They are friends with benefits after all, right?
Raisya diam,
malas mahu melayan. Bertekak dengan seorang peguam ni memamng susah! Pandai aje
dia membelit nanti. Baik diam aje..
Tiba-tiba
muncul Fuaz di hadapan mereka berdua. Spontan tangan Zulkifli terus menarik
pinggang isterinya rapat pada tubuhnya. Jelingan tajam Raisya tidak
dipedulikan.
“Err.. I nak
ucap tahniah pada you, Raisya.” Ujar Fuaz perlahan. Sakit matanya melihatkan
tangan Zulkifli yang erat memeluk pinggang wanita kesayangannya itu. Tak sangka
dia yang Zulkifli yang menjadi pilihan Raisya. Bukan ke mereka ni kawan baik
je?
“Well, thank
you.” Balas Raisya dengan senyuman.
“Okey then,
I have to go.” Ujar Fuaz lagi sambil menatap wajah Raisya sedalamnya. Zulkifli
yang melihatnya merasa tidak selesa.
“Okey, thank
you for coming.” Sengaja Raisya berbasa basi dengan si Fuaz ni. Tetamu harus
dilayan baik.
Fuaz
mengangguk sebelum pergi meninngalkan mereka berdua. Pandangan Raisya kembali
pada wajah Zulkifli. Bibirnya diketap.
“Can you put
your hand down?!”
Zulkifli
yang tersedar tangannya masih memaut pinggang Raisya mula tersengih. “Opps..
sorry..”
Raisya
memandang suaminya tajam. Zulkifli hanya buat selamba. ‘Emergency hug
actually..’ ujarnya dalam hati.
___________________
“Sayang,
cepatlah!” Zulkifli mengetuk-ngetuk pintu bilik air itu untuk entah ke berapa
kali. Lama betul isterinya itu di dalam. Bertapa ke apa?
“Tak payah
nak sayang sayang sangat lah… Geli aku dengar!” omel Raisya sendirian sambil
membelek mukanya di cermin. Sekejap-sekejap dia menekan perutnya yang memulas
semacam. Senggugut. Mujur juga dia memakai alas tadi. Kalau tak, naya je baju
pengantin putihnya yang dipakai sebentar tadi tiba-tiba bertompok merah. Haru
nanti!
Paluan
Zulkifli yang semakin kuat membuatkan Raisya mula bengang. “Hish! Kacaulah!”
Dia membuka pintu dan membiarkan Zulkifli masuk. Tanpa mempedulikan lelaki itu
dia segera mecapai berus gigi dan dioles sedikit ubat gigi di atasnya. Terus
dia memberus gigi sambil melihat lagi wajahnya di cermin.
Zulkifli
tidak habis-habis tersenyum apabila Raisya membenarkan dia masuk sekali. Kini
mereka berdua berada di dalam bilik air bersama. Terasa intim begitu. Laju
sahaja tangannya mencapai berus giginya dan mengikut perbuatan isterinya.
Sama-sama dia melihat bayang mereka di cermin.
Raisya sudah
siap memberus dan berkumur namun Zulkifli di sebelahnya masih kaku berdiri
tetapi tidak bergerak pula berus di giginya itu.
“Oit!”
Raisya mencucuk pinggang suaminya.
“God!
Pendeknya kau!”
Raisya
membulatkan matanya. ‘Erk, apakah?’ “Apa hal pulak tiba-tiba cakap aku pendek
ni?!
Sengaja kan nak kutuk aku. Tahulah kau tu tinggi.” Raisya menjeling.
Memang Zulkifli sengaja nak cari pasal. Tinggi aku okey apa?! Bebel Raisya
dalam hati.
“Tinggi kau
berapa sebenarnya? Tadi waktu majlis, tak nampak kau pendek sangat tapi
sekarang..” Zulkifli bertanya lagi selepas dia juga sudah siap berkumur.
Sengaja nak membakar hati Raisya.
“Seratus
enam puluh, standardlah tu. Kau tu yang terlebih tinggi!”
“Pergh!
Kalau gitu, kita beza sepuluh lebihlah. Wah, memang kau pendek! See, I can see
right pass you. Luas pemandangan gitu.” Zulkifli menggawang-gawangkan
tanggannya melepasi kepala Raisya.
“Pape lah
kau! Malas nak layan!” Raisya menolak dada Zulkifli dan mula melangkah keluar
dengan hati yang sebal. Zulkifli tergelak kecil. Kemudian dia juga turut keluar
dari bilik air.
Raisya sudah
berada di atas katil sambil membetulkan bantalnya. Dia terus membaringkan
kepalanya tanpa mempedulikan pandangan suaminya itu. Kononnya merajuk!
“Sayang…”
panggil Zulkifli sambil berjalan menghampiri katil. Tiada sahutan daripada
isterinya. Dia juga mula merebahkan tubuhnya di sebelah Raisya yang sedang
baring membelakanginya. Merajuk la tu..
“Raisy, kau
marah ke?” soal Zulkifli pula.
Raisya yang
membelakanginya mencebik.
Tangan
Zulkifli tiba-tiba memeluk Raisya dari belakang. Raisya keras, terkejut yang
amat. Terasa tubuh Zulkifli berada dekat dengannya. Jantung Raisya terus
berdegup kencang tetapi dia tidak berani untuk bersuara apatah lagi cuba untuk
berpaling ke belakang.
Zulkifli
menopang kepalanya dengan tangan kirinya. Dia melihat Raisya yang masih tidak
membeli reaksi walaupun dia sesuka hati memeluk pinggang istrinya itu. ‘Takkan
dah tidur kot..’ “Tak baik tau membelakangkan suami macam ni..” ujarnya lagi.
Raisya
mengetap bibir. ‘Melampau. Memang mamat ni melampau. Nak kena pelempang
laju-laju ke?’
Raisya mula
menepis tangan Zulkifli yang berada dipinggangnya.
“So sorry
but I’m so tired now. You should take a rest too. Good night and sleep well.”
Ujar Raisya tanpa memalingkan wajahnya menghadap Zulkifli.
Zulkifli tersenyum
senget. “But I’m not planning to sleep tonight..”
“Then, pergi
main jauh-jauh, jangan kacau orang nak tidur.”
Zulkifli
tersenyum lagi. Dirasakan seolah-olah kata-kata isterinya itu bagaikan menggoda
dirinya. Tanggannya sekali lagi melingkari pinggang Raisya.
Raisya yang
geram dengan tindakan suaminya itu mula mengetap bibir. “Zul…”
Belum sempat
Raisya menuturkan ayatnya, Zulkifli mencelah. “Shhhh… Just sleep well..” bisik
Zulkifli lembut. Raisya yang mendengarnya bagaikan terbuai. Dia mula membiarkan
tangan suaminya itu yang makin mengeratkan pelukan. Raisya memejamkan matanya.
Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyuman. Terasa selamat di dalam pelukan
lelaki itu. Lelaki yang dulu adalah sahabat baiknya, dan kini sudah bergelar
suaminya. Tapi persoalannya, boleh ke kami bercinta selepas nikah ni?
_________________
“Megat
Zulkifli!!”
“Eh ye?!
Kenapa? What happened?!” Zulkifli melompat bangun dari tidur apabila mendengar
jeritan Raisya.
“Dah pukul sembilan
setengah ni! Flight kita pukul sebelas! Macam mana ni?!”
“Lah,
ingatkan apalah tadi. Biarlah terlepas flight pun. Kita honeymoon dalam bilik
aje.” Balas Zulkifli lemah sambil menarik Raisya untuk baring semula. Raisya
cuba untuk bangun namun pergerakannya terkunci gara-gara pelukan Zulkifli pada
dirinya. Ish, rimasnya!
“Zul!
Janganlah macam ni! Daddy dah sponsor honeymoon kita tu, takkan kita nak
biarkan macam tu aje? Membazir tau tak. Bangunlah cepat…” rengek Raisya sambil
menolak-nolak lengan Zulkifli.
“Okey..”
jawab Zulkifli lambat-lambat. “Aku bangun tapi aku nak upah dulu..”
“Upah? Upah
apa pulak ni?” Tanya Raisya lagi sambil cuba mengalihkan tangan Zulkifli yang
masih memeluk erat pinggangnya, sekaligus memaku dirinya di atas katil itu.
Namun, apalah sangat dayanya kalau nak dibandingkan dengan kudrat Zulkifli. Tak
terlawan! Dia akhirnya mengalah, membiarkan sahaja selagi tangan suaminya itu
tidak meliar ke tempat lain.
“Give me a
good morning kiss first, here..” pinta Zulkifli lagi dengan jari dihalakan kea
rah pipinya.
Raisya
mengetap bibir menahan rasa bengang dengan sikap Zulkifli yang terlebih manja
tu. Dia perasan yang Zulkifli berubah sikap sebaik sahaja lelaki itu sah
menjadi suaminya dua hari yang lalu.
Manja dan.. romantik, mungkin? So, ini lah maksud dia with ‘try to make this
marriage works no matter what it takes’? Tak terlalu cepat ke untuk makes this
work Encik Zulkifli? soal Raisya sendiri.
“But, just a
kiss on my cheek didn’t give you any harm, right Miss Raisya Rania?” Zulkifli
mengusik lagi.
“Mengada lah
kau ni!” marah Raisya sambil menolak wajah Zulkifli yang makin dekat dengan
wajahnya.
“Cepatlah,
sayang..” Zulkifli makin galak mengusik.
Raisya yang
makin geram dengan tindakan Zulkifli itu terus menggigit tangan Zulkifli
membuatkan lelaki itu mengaduh sekaligus melepaskan pelukannya. Tanpa membuang
masa, Raisya terus bangun dari pembaringannya dan berlari masuk ke dalam bilik
air. Dalam hatinya sudah tergelak besar.
“Your wage,
my dear!” ujar Raisya dari dalam bilik air sambil tergelak lagi.
Zulkifli
yang masih di atas katil menggosok-gosok tangannya yang digigit Raisya tadi.
Boleh tahan kasar juga isterinya itu. Tiba-tiba bibirnya menggulum senyuman
sebelum dia turut tergelak kecil.
“Raisya..
Raisya.. susah betul nak pikat hati kau..” Zulkifli bermonolog sendirian. Banyak
usaha dan kerjasama yang diperlukan demi membolehkan dia beristerikan Raisya,
wanita yang dicintainya dari dulu lagi. Kalaulah Raisya tahu akan semua hal
itu... memang habis!
______________
“Zul, kenapa
kau belok kanan? Bukan laluan ke airport ikut kiri ke?” soal Raisya pelik.
Zulkifli
memandang isterinya sekilas sebelum kembali fokus pada pemanduannya. Soalan
Raisya dibiarkan sepi.
“Zul, aku
tanya ni..” Raisya mula tidak senang duduk. Entah ke mana lah suaminya itu nak
membawa dia. Takkan nak culik dia kot. Err.. mungkin perkataan culik itu tidak
sesuai digunakan memandangkan Zulkifli itu adalah suaminya sendiri. Tapi, dia
benar-benar nak tahu ke mana mereka akan pergi sekarang ni.
“Boleh tak
kau panggil aku elok-elok sikit..” keluh Zulkifli.
Raisya mengerutkan
dahi. Setahu dia memang dia dah panggil suaminya itu elok-elok. Tang mana tak
eloknya?
“Cuba lah
belajar panggil aku ni abang ke, darling ke, sayang ke, hubby ke.. Ni tak.
Hormat sikit lah..” luah Zulkifli.
“Bukan ke
dah janji nak love after marriage and makes this marriage works.. Nikah kita
bercinta, kan?” sambung dia lagi.
Raisya
tergelak mendengarkan kata-kata suaminya itu.
“Friends with benefits, okay. Jangan lupa kau pernah cakap macam tu
sebelum ni.”
“Yeah, but
still.. kita kan suami isteri. Panggilan antara suami isteri tu amat penting
tau untuk menjalinkan hubungan mesra antara kita. Belum cuba belum tahu. Mana
lah tahu lepas ni, we will love each other more than a friend? This is not a
marriage contract, okay. Remembered that too.”
Raisya
mencebik. Huh, kalau dah peguam tu.. tetap dengan hujahnya! Memang susah nak
menang!
“Ye lah..
abangku sayang.. Puas?” Raisya akhirnya mengalah. Panggil abang aje pun. Tak
luak apa lah.
Zulkifli di
sebelah sudah tersenyum. Okay lah tu, ada sedikit kemajuan. Walaupun memang tak
nampak ikhlasnya tu.
“But, mana
ka.. opps, sorry. Mana abang nak bawa Raisya ni?”
Zulkifli
senyum senget sambil keningnya diangkat-angkat. “Adalah...”
_________________
“Kenapa
Cameron highlands?” soal Raisya sebaik sahaja dia melabuhkan duduknya di atas
kerusi di dalam sebuah restoren yang agak mewah di Cameron Highlads ini. Nampak
sangat romantik!
“Sebab abang
rasa kat sini tempat yang romantik..” Zulkifli senyum lagi. Menampakkan lesung
pipit kirinya yang memang menawan. Raisya hanya mengangguk.
“Raisya…”
suasana menjadi sepi sekejap.
“I have
something to tell you right now.. To be honest with you…” suara Zulkifli yang
perlahan menambahkan lagi suasana romantik antara mereka berdua. Raisya yang
merasakan sesuatu yang pelik, tiba tiba mencelah.
“Sekejap!”
potong Raisya. Zulkifli memandang isterinya.
“But..
kenapa kita berdua aje yang ada dalam restoren ni? You know.. like.. restoren
ni tak laku eh? Makanan dia tak sedap ke? We shouldn’t comes here then..” bisik
Raisya perlahan. Takut kata-katanya didengari oleh pekerja-pekerja di dalam
restoren ini.
Zulkifli
yang terdengar sudah tergelak besar dengan soalan Raisya yang kedengaran agak lucu itu.
“Memanglah
kita berdua je yang ada, because I booked the whole place for us tonight!”
“You…
what?!” Raisya sudah separuh menjerit.
“Tapi kenapa
kau nak buat macam tu pulak?” Tanya Raisya lagi. Akibat terkejut, habis hilang
panggilan abang untuk suaminya.
“Kau?” duga
Zulkifli pula.
“Sorry, I
mean.. abang.”
“Okay...
Like I told you just know. I have something to tell you..”
Raisya
semakin ingin tahu. Apa sebenarnya yang dirancangkan oleh Zulkifli ni?
Zulkifli
mengambil tangan Raisya di atas meja dan menggenggamnya erat. Raisya yang pada
mulanya agak terkejut, hanya membiarkan perlakuan suaminya itu.
“Tahu tak..
bila abang dapat tahu yang awak nak dijodohkan dengan Fuaz, abang panik gila..”
“Well, saya
pun panik…” celah Raisya lagi. Siapa lah yang sanggup nak dikahwinkan dengan
Fuaz tu? Seram.
“I’m
serious. Abang tak boleh tidur, tak lalu nak makan and langsung tak senang
duduk..”
Raisya kini diam.
Tak tahu nak kata apa. Tapi sebenarnya dia pelik. Kenapa Zulkifli perlu rasa
semua tu? After all, we just a BFF.
“Then...
baru abang tahu, yang abang sebenarnya.. abang sukakan Raisya... No..” Zulkifli
menggelengkan kepala. “…actually, I’m in love with you..”
Raisya
terpaku mendengarkan luahan yang tampak ikhlas itu. Zulkifli mencintai dia?
Sounds like a nonsense! Biar betul?
“So I did
something..” ujar Zulkifli lagi. Raisya hanya merenung lelaki di hadapannya itu
tanpa berniat untuk bersuara.
“I planned
the whole thing…”
“Abang buat
cerita yang kononnya papa nak kahwinkan abang dengan Nina yang actually… papa
dengan mama pun tak berkenan pada Nina tu..” Zulkifli kemudiannya tergelak
kecil. Melihatkan Raisya yang hanya diam membuat Zulkifli sedikit resah. Marah
ke isterinya itu?
“I made up
the story and I told you that day… and I came up with the idea of us to get
married untuk elakkan kononnya ‘that silly arranged mariage’.”
“But the
fact was, abang dah suruh mama merisik Raisya awal-awal lagi. Dan sebenarnya
persiapan pun semuanya dah siap.”
Raisya
tercengang. Patutlah semuanya berjalan lancar je. Patutlah parents mereka tidak
membantah dan mempersoalkan perkahwinan mereka..
“Tapi..
kenapa perlu ada-adakan cerita? Kenapa perlu berahsia? Kenapa awak tak terus
terang saja?” Raisya mula bersuara. Matanya merenung tajam wajah Zulkifli.
Geram pun ada.
“Sebab…
abang fikir.. abang bertepuk sebelah tangan.. so, I.. I just planned all of it
and I think I can make you fall in love with me after married..” tergagap-gagap suara Zulkifli menerus kata.
Takut kata-katanya bakal menggores hati isterinya itu.
“What?!”
suara Raisya mula meninggi.
“Tapi kenapa
perlu ada penipuan dalam bercinta? Don’t you think about my feelings? You owe
me a proposal, you owe me an engagement and all of it seperti mana setiap wanita
dalam dunia ni inginkan..” Raisya mula beremosi.
“Tapi
disebabkan untuk elak daripada saya berkahwin dengan Fuaz, saya relakan
segalanya. Awak dah buat saya rasa diperbodohkan..” Raisya mula sebak. Sedih
dengan segala yang berlaku. Bukan kerana menyesal, tapi kerana ditipu.
Tangannya pada pegangan Zulkifli juga ditarik kasar.
Zulkifli
yang agak terkejut dengan tindakan Raisya bingkas bangun. Dia merapati isterinya
itu dan memeluknya dari belakang. Erat! Ya, dalam soal ini memang dia yang
bersalah!
“That’s why
abang bawa sayang ke sini malam ni..” lembut bisikan Zulkifli bagaikan memujuk.
Zulkifli
tiba-tiba melutut di hadapan Raisya. “Raisya Rania Bt Dato’ Norman, abang minta
maaf kalau selama ni abang tak adil dengan sayang, tak fikirkan perasaan sayang.
Abang minta maaf kalau selama ni abang dah selfish. Abang tipu sayang
semata-mata nak kahwin dengan sayang.. I’m so sorry about that. Tapi abang nak
sayang tahu sesuatu.. I’m in love with you. Maybe it might sound a little bit
poyo but yes, I’m deeply in love with my only bestfriend forever. And I want to always be with you. Forever and ever as your husband.. Puan Raisya Rania.. will you be my
wife.. and makes our love after married comes true?” ujar Zulkifli tulus sambil
menghulurkan sebentuk cincin pada Raisya.
Raisya
melihat cincin yang dihulurkan Zulkifli. Ya, dia terharu. Sangat terharu.
Mungkin dia belum mencintai suaminya ini, tapi dia yakin dia boleh mencintai
Zulkifli. Perlahan wajah suaminya diusap. “After all, you are my husband. There
is no reason why I have to reject you to becomes my husband now..” kata-kata
Raisya membuatkan Zulkifli tersenyum. Zulkifli menggapai jari isterinya dan
menyarungkan cincin itu di jari manis Raisya. Kemudian isterinya itu dipeluk
erat.
“I love you,
sayang. I did. I still do.” Tutur Zulkifli lembut.
“I will love
you too.. abang.” Raisya tersenyum. Nikah kita bercinta.. ternyata lebih indah
kerana segalanya sudah halal disisiNya. Terima kasih ya Allah, atas segalanya.
__________________
Terlopong
mulut Raisya apabila membuka pintu hotel bilik mereka.
“Bila abang
buat semua ni?” soal Raisya sambil matanya melihat segenap bilik mereka yang
dipenuhi bunga ros. How romantic it is!
Zulkifli
hanya mengangkat bahunya. Raisya pula sudah merebahkan tubuhnya di atas katil.
Zulkifli juga turut merebahkan dirinya di sebelah Raisya. Tubuh Raisya dipeluk
erat.
“No naughty,
okay. Red flag, remembered?” Raisya mengingatkan suaminya itu.
“Still.. I
can hug you right?” pelukan makin dieratkan. Raisya tersenyum.
“Tomorrow
we’ll go to the airport..”
Raisya
memandang Zulkifli pelik. “I thought ini tempat honeymoon kita?”
“Kata daddy
dah sponsor honeymoon kita, takkan nak miss pulak?”
Dahi Raisya
berkerut lagi. “Bukan ke dah…”
“Abang dah
tukar our flying date sebab abang nak bawa sayang ke sini dulu..” potong
Zulkifli.
“Hish..
pandai ye, rancang senyap-senyap macam tu!” Raisya mencubit lembut pipi
Zulkifli. Suaminya hanya tersenyum.
“Abang…”
panggil Raisya lembut.
“Hmm…”
“Thank you
sebab awal-awal perkahwinan kita lagi abang dah bongkarkan segala perasaan
abang pada Raisya..”
Zulkifli
mengelus lembut wajah isterinya. “I told you before. Abang nak bila kita nikah,
baru kita bercinta. So I did it. And thank you sebab Raisya terima abang
seadanya..”
“Gila tak
terima? Handsome tu..” Raisya tergelak kecil. Zulkifli juga turut tergelak.
“Am I that
good, huh?” soalan yang sama yang pernah dilontarnya dulu, sekali lagi
disoalnya.
“Of course!
You are my husband now!” ujar Raisya pula. Tak salahkan puji suami?
“Sebab ni lah
abang cintakan sayang..” pelukan dikemaskan.
“No, abang.
Don’t fall in sleep. Solat isya’ dulu please…”
“Just a
minute..”
Raisya
tersenyum manis didalam pelukan suaminya. Siapa sangka, bercinta selepas kahwin
itu adalah perkara paling manis yang dia pernah rasa. Apatah lagi, bercinta
dengan kawan baiknya sendiri. I love you, Mr. Zulkifli! I will love you..
bestt >.<
ReplyDeletebestt >.<
ReplyDeleteI like it . It special cerpen that I have met. I really like it
ReplyDeleteI like it . It special cerpen that I have met. I really like it
ReplyDeleteMmmmmm x minat tul baca novel la...mmmm romantik tapi nak lg romantik...haha
ReplyDeleteMmmmmm x minat tul baca novel la...mmmm romantik tapi nak lg romantik...haha
ReplyDeleteHeheheeee
ReplyDeleteHeheheeee
ReplyDeleteterimakasih
ReplyDeletebagus ceritanya
auchhh..sooo sweet..like it!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete