Wednesday, 2 December 2015

Cerpen : Iman Firdaus

Tajuk : Iman Firdaus
Penulis : Mira Afendy
Tarikh post : 2 Disember 2015


Kau, aku dan kita tetap selamanya


Firdaus melihat jam ditangannya. Lagi sekali keluhan dilepaskan. Aduh, lambat betul lah minah ni. Dah namanya perempuan tu, kasar macam mana pun, mesti lambat jugak bersiap! Janji pukul 1. Ni dah pukul 1.30. Batang hidung pun belum nampak lagi. Apa kes? Bebel Firdaus dalam hati.

“Aus! Sorry sorry aku lambat!” Iman Nahlia melabuhkan punggungnya di hadapan Firdaus. Tersengih dia melihat wajah mencuka Firdaus. Tahu yang Firdaus marah padanya. Tapi apa boleh buat. Bukan dia sengaja pun datang lambat.

“Apsal lambat?” soal Firdaus bengang.

“Mak aku mintak tolong jaga kedai. Kak Sofea lambat lah hari ni. Bas pun lambat.” Adu Iman bersungguh.

“Kak Sofea?”

“Haah, Kak Sofea pekerja baru mak aku tu.” Jawab Iman. Wajah Firdaus berubah ceria. Apehal pulak mamat ni?

“Weh, Kak Sofea tu cun tak?” soal Firdaus nakal. Laju saja tangan Iman mengetuk topi yang dipakai Firdaus. Ha gatal sangat kan? Amik kau!

“Sakitlah Iman!” adu Firdaus sambil membetulkan topinya. Iman buat muka.

“Gurau sikit pun nak marah..” bebel Firdaus pula.

“Banyak lah kau punya gurau. Cepatlah, tadi kata lambat lah ape lah. Sekarang banyak songeh pulak kau.” Giliran Iman pula membebel. Benci betul dia bila Firdaus mula menggatal. Tahu la muka tu handsome, tapi tak payah la fefeeling nak jadi playboy pulak. Semua perempuan dia nak!

“Okay jom! Kita tengok wayang, nak?” Ajak Firdaus dengan senyuman.

“Cerita apa?”

“High school musical.” Jawapan Firdaus yang selamba membuatkan kening Iman terangkat.

“Kau biar betul weh!”

Firdaus tergelak. “Aku main main je lah.. Kita tengok Polis Evo, nak?”

“Aku on je..”

“Jom.” Firdaus mula menarik tangan Iman tapi laju saja tangan Iman membidasnya.

“Sakitlah Iman!” lagi sekali Firdaus mengadu.

“Dah tu yang kau menggatal pegang tangan aku ni apehal?”

“Aku gurau je lah. Tu pun kau nak marah. Kalau kau kasar macam ni, takde lelaki yang berani dekat dengan kau tau tak?” balas Firdaus sambil menghulurkan helmet pada Iman.

“Habis tu kau tu bukan lelaki?”

“Aku ni lain, man. Aku dah kenal kau lama. Maksud aku bakal suami kau nanti. Tapi kalau kau nak jadi bakal isteri aku pun no hal. Aku ada empat kuata.” Firdaus tergelak. Iman mengetap bibir.

“Dah ah. Malas layan kau.” Iman buat muka. Geram dengan Firdaus. Mamat ni suka sangat kacau dia. Nasib baik bestfriend, kalau tak, memang dia cepuk dah kepala si Aus ni dengan helmet. Firdaus pula tergelak lagi. Suka dapat kacau Iman. Satu kosong!

______________________  

“Pergi mana tadi?” soal Puan Roziah setelah Iman pulang ke rumah. Iman melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Roziah. Tangan Puan Roziah dicium.

“Jalan dengan kawan, mak.” Jawab Iman dengan sengihan.

“Dengan kawan ke.. dengan buah hati?” Puan Roziah mula menduga. Bukan dia tidak tahu apa yang ada dalam hati anak perempuan kesayangannya itu. Iman ni nampak je kasar, tapi sebenarnya jiwang juga.

“Hish ke situ pulak mak ni. Iman keluar dengan kawan je lah mak.”

“Dengan budak Aus tu kan?” sekali lagi Puan Roziah menduga. Iman sengih. Macam mana mak tahu ni?

“Mak tengok kamu bukan main rapat lagi dengan Aus. Semenjak habis stpm ni dah berapa kali kamu keluar dengan dia. Iman kena ingat yang Iman tu perempuan, dia tu lelaki. Batas tu kena jaga juga. Kadang-kadang perempuan dengan lelaki ni tak boleh jadi kawan tahu.” Nasihat Puan Roziah pula.

“Kenapa pulak mak cakap perempuan dengan lelaki tak boleh jadi kawan?” soal Iman pelik. Mana tak peliknya. Dia perempuan, Aus tu pulak lelaki. Elok je jadi kawan. Bestfriend pulak tu.

“Sebab.. kebiasanya salah seorang akan jatuh suka.” Jawab Puan Roziah sambil mencuit hidung anaknya. Muka Iman mula memerah.

“Eh mak ni, mana ada! Takkan lah Iman nak suka dekat Aus tu pulak!” nafi Iman. Mak ni ada ada je lah!

Puan Roziah tersenyum.”Mak tak cakap Iman pun.”

Balasan Puan Roziah membuat pipi putih milik Iman makin kemerahan. Malu!

“Hish mak ni, selalu usik Iman tau! Sama je macam Aus tu! Tak habis-habis usik Iman!” Iman mula merajuk.

Puan Roziah memeluk bahu anaknya. “Mak tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran anak mak ni. Iman tak boleh nak sorokkan apa-apa dari mak tahu. Firasat seorang ibu terhadap anaknya kuat tau!”

Iman mengetap bibir. Sebelum macam-macam lagi yang keluar dari mulut mak, lebih baik aku cabut lari dulu. “Hmm mak. Iman naik dulu lah. Nak mandi.” Iman kemudiannya bangun dan beredar. Puan Roziah hanya menggelengkan kepala. Tahu yang Iman sengaja melarikan diri darinya. Iman.. Iman..
_____________________

Bunyi handphone Samsung milik Firdaus berdering minta diangkat. Pantas Firdaus mencapai handphonenya. Nama Iman tertera di skrin. Firdaus tersenyum.
“Hello sayang..” ujar Firdaus manja.

“Kau gila ke?” balas Iman pula dengan soalan. Firdaus tergelak. Suka dengar suara Iman marah.

“Ha, ada ape kau call aku malam malam ni? Jangan cakap kau rindu aku pulak.” Firdaus gelak lagi.

“Aus, kau jangan main-main boleh tak?” suara Iman mula serius. Firdaus berhenti ketawa.
“Ye lah. Ye lah. Ha, ada apa?”

“Aku cuma nak bagitahu kau yang Reen nak celebrate birthday dia. Dia suruh aku jemput kau sekali. Sabtu ni. Kat hotel perdana, 8 malam.”

Terkejut Firdaus dibuatnya mendengarkan nama itu. “Reen? Riana tu ke? Yang lawa gila tu?” soal Firdaus teruja. Bukan apa, baru minggu lepas dia usya perempuan tu dan sekarang dia dijemput ke majlis hari jadi pula? Nampak gayanya dia tidak bertepuk sebelah tangan.

“Hoi, hoi. Kau ni apehal?” Iman mula pelik. Kenapa suara Firdaus kedengaran ceria bila nama Reen disebut? Hatinya mula rasa sesuatu.

“Tapi, kenapa dia tak jemput aku sendiri?” soal Firdaus pelik.

“Mana la aku tahu..” jawab Iman selamba.

“Kau pergi tak?” soal Firdaus lagi.

“Mesti lah pergi dah orang ajak.”

“Ohh.. okay man, jumpa kau sabtu ni.” Balas Firdaus pula. Beberapa minit kemudian panggilan dimatikan. Firdaus tersenyum lebar. Wajah ayu Reen terlayar di fikirannya.
_______________________

Iman memerhatikan pintu masuk dewan. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Mana Aus ni? Memang la janji pukul 8.30 malam, tapi datang la awal sikit.. Hish mamat ni!

“Iman, Aus belum datang ke?” tegur Reen.

“Entahlah.. dia sesat kot..”

“Takkan la. Bukannya susah nak cari hotel ni. Hmm takpe la. Kalau Aus dah datang, bagitau I okay. I ada benda nak cakap dengan Aus.” Ujar Reen dengan senyuman sebelum berlalu melayan tetamu yang hadir. Iman mula gelisah. Apa yang Reen nak bagitahu Aus? Apa hubungan Aus dengan Reen? Aus tak bagitahu aku pun.. sampai hati! Pelbagai persoalan mula bermain di fikiran Iman.

“Sorry. Kau dah lama datang ke?” Firdaus menepuk bahu Iman. Pantas Iman menoleh. Betapa terkejutnya Iman melihat penampilan Aus yang kemas bertaksedo hitam malam ni. Segaknya!

“Ehm.. Iman? Hello?” Firdaus memetik jarinya beberapa kali dihadapan Iman. Iman tersedar dari lamunanya. Aduh Iman, jangan lah nampak sangat yang kau terkejut tengok mamat ni.. pesan Iman pada diri sendiri.

 “Hmm..apa kau tanya tadi?” soal Iman menutup rasa getar dalam dirinya.

“Aku tanya, kau dah lama sampai ke?”

“Ehm.. tak la. Majlis pun baru je nak mula ni.” Iman mengalihkan pandangannya. Tiba-tiba saja dia rasa sesuatu bila melihat senyuman Firdaus. Biasanya tak pun. Hati.. apa sudah jadi ni?

“Iman, tolong betulkan reben ni man. Aku nak cepat tadi, tak sempat nak betulkan.” Pinta Firdaus dengan sengihan. Mahu tak mahu, terpaksa juga Iman membetulkan reben Firdaus membuatkan wajah mereka berdua semakin dekat. Firdaus hanya memerhatikan wajah Iman. Kenapa Iman diam je malam ni? Biasanya banyak cakap.

“Aus!” panggilan daripada Reen membuatkan Firdaus cepat-cepat menjatuhkan tangan Iman. Iman menjelingnya. Tadi suruh sangat betulkan reben!

“Boleh you ikut I sekejap?” soal Reen sambil memegang lengan Firdaus. Firdaus memandang kea rah Iman. Iman menjungkit bahu. Panas hatinya melihat tindak tanduk Reen itu. Siap pegang-pegang Aus lagi.

Firdaus dibawa naik ke atas pentas. Reen mula mencapai microfon. Semua mata tertumpu kea rah Firdaus dan juga Reen. “Hmm perhatian semua.. pada malam ni, saya nak memperkenalkan seseorang yang istimewa pada semua tetamu yang sudi hadir ke majlis hari jadi saya. Perkenalkan Aiman Firdaus, lelaki yang dah berjaya mencuri hati saya.” Reen memandang wajah Firdaus yang kelihatan seperti terpinga-pinga. Kemudian dia tersenyum.

“Aiman Firdaus.. Ya, saya sudi jadi girlfriend awak!”

Terbeliak mata Iman mendengarkan penyataan itu. Girlfriend? Iman memandang Firdaus. Firdaus masih lagi begitu. Hanya diam. Tapi Iman nampak, mata Firdaus tidak lepas dari memandang wajah Reen. Aus suka pada Reen?

“Firdaus meminta saya memberikan jawapan. Dan pada malam ini saya nak bagitau awak, sejujurnya saya memang dari dulu lagi menaruh hati pada awak, Firdaus. Tak sangka awak pun ada perasaan yang sama..” Sekali lagi kata-kata itu menyentak perasaan Iman. Lebih sakit lagi bila dia melihat senyuman di wajah Firdaus. Kenapa Aus tak pernah bagitahu aku tentang perasaan dia pada Reen?

Air matanya yang tidak dapat ditahan lagi meluncur keluar. Hatinya pedih, sakit. Betul kata mak, lelaki dan perempuan memang tak boleh jadi kawan baik… sebab salah seorang pasti akan jatuh suka. Dan orangnya adalah aku! Iman Nahlia!

Iman berlari anak keluar dari dewan hotel itu. Hatinya sakit. Dia terasa seperti dipermainkan. Fikirnya Firdaus juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. Tapi ternyata dia salah! Firdaus.. sukakan perempuan lain.
_________________________

Semenjak malam tu, dah hampir sebulan Iman tidak berhubung dengan Firdaus. Firdaus ada juga cuba menghubunginya tapi satu panggilan pun tidak dilayan oleh Iman. Bila Firdaus datang ke rumah Iman, Puan Roziah beritahu yang Iman sudah tinggal di rumah pakciknya buat sementara waktu. Padahal tidak. Itu cuma alasan saja. Memang sengaja Iman menjauhkan diri dari Firdaus. Eleh, dia nak bagitahu yang dia bahagia dengan Reen la tu.. jangan harap la Iman nak dengar semua tu.

Kedengaran pintu bilik Iman diketuk.

“Iman! Iman dah check ke result masuk U tu? Tadi Mak Long kamu telefon. Dia cakap Balqis anak dia dapat Upm. Result dah keluar, Iman tak nak check ke?” kalut Puan Roziah memberitahu Iman.

Iman menepuk dahi. Lupa pulak result keluar hari ni. Tu la, asyik fikir pasal Aus je.. Cepat-cepat Iman memasang laptopnya.

“Mak!! Iman dapat masuk Uitm! Degree sains pentadbiran!”

Teruja Puan Roziah mendengarnya. “Alhamdulilah!”

“Tapi mak…” suara Iman berubah perlahan.

“Kenapa?”

“Jauh la mak. Dekat sabah!”

Puan Roziah tersenyum. Ingatkan apa lah tadi. “Takpe lah. Nak Berjaya, mesti ada pengorbanan. Mak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk satu-satunya anak kesayangan mak ni.” Iman memeluk maknya. Walaupun dia membesar tanpa seorang ayah, dia tetap bersyukur dikurniakan seorang ibu seperti Puan Roziah. Kasih sayang yang dicurahkan Puan Roziah buatnya sudah memadai.

“Terima kasih, mak.”
_____________________________

Firdaus mengeluh panjang. Teringin rasa hatinya berjumpa dengan Iman. Apa khabar Iman sekarang ni?

Telefon yang berdering menghentikan lamunan Firdaus. Dia mencapai handphonenya. Nama yang terpapar di skrin handphonenya membuatkan dia mengeluh lagi. Sudah hampir sebulan dia menjadi kekasih kepada Riana, tapi dia tetap merasa tidak bahagia. Malah kadang-kadang dia rasa rimas dengan sikap kebudak budakan Reen. Reen berbeza dengan Iman. Reen kalau merajuk, pujuklah sepuluh kali pun belum tentu rajuknya baik. Tapi Iman lain.. Iman kalau merajuk, tak perlu dipujuk pun rajuknya akan baik juga. Ahhh.. rindunya pada Iman!

“Hello, Reen..” jawab Firdaus malas.

“Sayang, why I call lambat angkat?” Reen mula membebel.

“Kenapa you call?”

“Sejak bila pulak I tak boleh nak call you? Sayang, hari ni kan result keluar. Takkan you tak nak tanya I, I dapat ke tak masuk U..” rengek Reen.

“Yes Reen, just say it. Tak payah tunggu I tanya..” Firdaus mula rimas. Kalau lah Iman ada, mesti dia akan rasa terhibur. Berita bahagia ini sepatutnya dia kongsikan dengan Iman. Satu satunya sahabat baik yang pernah dia ada. Tapi Iman..

“You ni kenapa? Emo semacam..”

“Reen, I’m not in the mood.”

“You fikir I ada mood sangatlah?” Reen masih berdegil. Tidak suka dengan layanan Firdaus terhadapnya.

“Reen, I busy. You call lain kali la.” Panggilan terus dimatikan. Surat kemasukan Universiti yang berada di tangannya ditatap sekali lagi. Patut ke aku pergi?
_________________________

Iman memandang ke luar tingkap biliknya. Wah! Cantiknya pemandangan di negeri Sabah ni. Memang tak rugi dia datang sini.

“Lia, aku nak pergi café, kau nak pesan apa-apa tak?” soal Ika, rakan sebiliknya. Iman berpaling. Kemudian dia tersenyum. Memang sahabat-sahabat barunya disini memanggilnya dengan panggilan Lia. Nama akhirnya. Iman Nahlia. Nak tahu sebab apa? Sebabnya.. dia rasa dia perlu berubah. Menjadi Iman yang lebih feminin, mungkin.

“Takpe la. Nanti aku pergi sendiri..” balas Iman.

“Okay, aku pergi dulu.”

Ika berlalu meninggalkan Iman di dalam bilik. Iman kembali termenung. Sudah 2 bulan dia disini. Tapi dia tetap rasa kesunyian. Mungkin dulu dia sudah biasa ditemani Firdaus ke sana ke sini. Jadi pemergian Firdaus dalam hidupnya sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam dirinya. Apalah Firdaus tengah buat sekarang? Dengar cerita Reen dapat Unisel. Mungkin diorang sama-sama belajar kat sana kot. Maklumlah, sweet couple lah katakan.

“Nahlia!” panggilan Ika sekali lagi membuatkan Iman berpaling. Ape hal pulak ni? Tadi kata nak pergi café?

“Lia, I think this is yours..” Ika masuk kembali dan menyerahkan sekeping kertas kepada Iman. Kertas itu menyatakan bahawa ada barang pos milik Iman yang perlu dituntut di unit kolej.

“Mana dapat ni?”

“Kat papan kenyataan tadi. Okaylah, aku pergi dulu ek.. Zai dengan Nurul dah tunggu tu..”

“Okay, thanks Ika!” Ika kembali pergi. Iman sekali lagi membaca tulisan yang tertera di kertas itu. Kiriman siapa pulak ni?
__________________

Iman melabuhkan punggungnya di kerusi rehat dihadapan unit kolej. Dari tadi dia memerhati bungkusan yang diterimanya itu. Siapa yang bagi ni? Kalau mak yang bagi, kenapa mak tak kata apa apa pun? Perlahan Iman membuka balutan bungkusan itu. Terkejut dia dibuatnya bila melihat sebuah photo album yang cantik kulitnya. Dihiasi dengan reben berwarna merah hati dan ditambah dengan manik halus dipermukaan kulit album yang berwarna krim. Ni kerja tangan ni. Takkan la kat kedai ada buat macam ni. Apatah lagi apabila Iman perasan yang namanya tertera di sebelah kiri bawah kulit photo album itu.

Iman Nahlia.’

Dibawah namanya pula ditulis sepotong ayat yang membuatkan dahi Iman berkerut. Kau, aku, kita?

Iman membelek muka surat pertama. Tertera gambarnya semasa sekolah menengah. Gambar semasa hari sukan, gambar di kantin sekolah, gambar semasa program sekolah dan banyak lagi. Semuanya gambar Iman yang diambil secara candid. Siapa yang ambil semua gambar ni? Iman membuka helaian yang terakhir. Matanya mula berkaca. Ini gambar dia bersama dengan…

“Iman!” satu suara yang memanggil namanya membuatkan dia terkedu. Dia kenal suara tu. Perlahan Iman berpaling. Firdaus? Macam tak percaya Firdaus yang sedang berdiri di hadapannya sekarang ni.

“Aus…” Iman mati kata. Tak tahu apa yang perlu diperkatakan.

“Cantikkan gambar ni.Gambar candid kita. Masa ni kau happy gila sebab aku belikan ais krim untuk kau..” Firdaus mula duduk di sebelah Iman. Iman masih lagi memandang wajah Firdaus tidak percaya. Kemudian pandangan mata mereka bersatu.

“Kau pehal pandang aku macam tu, doh.” Ujar Firdaus sambil menolak lembut bahu Iman. Kemudian dia tergelak.

“Macam mana kau boleh ada kat sini? Reen mana?” soal Iman. Bukan sedikit terkejut dia, tapi banyak! Mana taknya, Firdaus tiba tiba je boleh ada dekat sini. Sabah pulak tu!

“Aku sambung study dekat sini.” Jawab Firdaus ringkas. Terjongket kening Iman. Kebetulan pula! Kenapa dia tak pernah terserempak dengan Firdaus sebelum ni.

“Reen?” nama itu sekali lagi meluncur keluar dari mulut Iman.

Firdaus menjongket bahu. “Entah.. Kitorang putus selepas sebulan bersama. Nampak gaya macam aku dengan dia takde chemistry.”

Iman tunduk. Entah kenapa, jawapan Firdaus buat hatinya berbunga. Tapi bila fikir yang belum tentu Firdaus mempunyai perasaan terhadapnya, Iman kembali ke alam nyata. Mungkin dia dan Firdaus ditakdirkan hanya sebagai seorang kawan.

“Lagipun… aku baru tahu perasaan aku yang sebenarnya.” Kata-kata Firdaus membuatkan Iman mengangkat muka. Perasaan dia yang sebenarnya? Apa maksudnya?

“Iman..” Firdaus memandang Iman.

“Semenjak kau pergi dari hidup aku, aku rasa kosong. Aku rasa sunyi. Aku rasa sebahagian hidup aku pun pergi. Semua yang aku buat, semuanya tak kena. Tapi aku pelik, semenjak malam tu, kenapa tiba-tiba kau hilang? Kenapa tiba-tiba kau menjauhkan diri dari aku? Dan sekarang.. aku dah tahu kenapa..” Firdaus memandang Iman dengan senyuman nakal.

“Kenapa?” soal Iman.

“Sebab... sebab kau suka aku kan!” ujar Firdaus sambil tergelak besar. Tanpa membuang masa dia berlari menjauhkan diri dari Iman. Tahu yang dirinya bakal dicepuk. Bukan dia tak kenal dengan Iman, pantang diusik mula lah nak pukul orang. Tapi.. Firdaus suka.

Iman mengetap bibir. “Aus, sini kau! Bila masa aku suka kau?” Iman mula mengejar Firdaus.

“Alah, Iman. Mengaku je lah yang kau cemburu tengok aku dengan Reen. Sebab kau suka aku kan?” Firdaus tergelak lagi. Tiba-tiba Iman berhenti mengejar. Dia terduduk sambil tangannya ditekup ke muka.

“Memang! Memang aku suka kau. Memang aku suka kau sejak sekolah rendah lagi. Tapi aku tahu semuanya sia-sia sebab kau tak pernah nak pandang aku. Aku tahu aku tak secantik Reen. Aku tahu aku tak secantik perempuan-perempuan yang minat kau selama ni. Tapi apa aku boleh buat kalau hati dah suka. Aku tak boleh paksa diri aku untuk tak sukakan kau.” Habis saja dia selesai meluahkan segalanya, Iman terus menangis. 

Tergamam Firdaus dibuatnya. Perlahan Firdaus mendekati Iman.

“Iman.. Kau nangis ke?” soal Firdaus. Iman masih lagi menangis. Banyak mata-mata yang memandang ke arah mereka membuatkan Firdaus agak malu.

“Eh Iman, dah la. Malu lah orang tengok. Nanti diorang ingat aku buat benda tak elok dekat kau pulak.” Firdaus masih lagi memujuk. Sejak bila Iman jadi budak cengeng ni? Tapi dia tetap suka, Iman nampak comel bila menangis.

“Iman…” Firdaus mengalihkan tangan Iman daripada mukanya. Hidung dan mata Iman yang kelihatan merah membuatkan Firdaus tergelak kecil.

“Siapa cakap Aus tak suka Iman?” pertanyaan Firdaus membuatkan Iman berhenti menangis. Perlahan, Firdaus menarik Iman bangun.

“Sejak Iman tinggalkan Aus, Aus baru tahu, siapa sebenarnya yang Aus perlukan.” Firdaus meneruskan kata-katanya.

“Iman… sudi tak Iman jadi sebahagian daripada hidup Aus? Lengkapkan separuh lagi hati Aus? Sebab Aus.. perlukan Iman.” Firdaus memandang ke dalam anak mata milik Iman. Iman mengetap bibir. Tak semena lengan Firdaus dipukul kuat.

“Sakitlah Iman!” adu Firdaus sambil menggosok lengannya. Tak padan dengan perempuan minah ni.

“Kau la. Aus, aus. Geli tau tak!” marah Iman. Mulut kata geli tapi sebenarnya hati kata suka. Saja jual mahal.

“Hish kau ni, kacau mood romantik aku je la.” Firdaus bengang. Iman pula tersengih.

“Okay lah, okay lah. Abang Aus sakit ye. Meh adik Iman tolong gosokkan.” Gurau Iman pula membuatkan Firdaus tersenyum lebar. Tapi sekali lagi lengan Firdaus dipukul. Tanpa melengahkan masa, Iman berlari meninggalkan Firdaus dengan gelak tawa yang besar. Tu lah, tadi kenakan aku. Padan muka!

“Iman!” panggil Firdaus. Matanya memandang Iman yang berlari menjauhinya. Kemudian dia tersenyum. Dalam hatinya dia bersyukur. Bersyukur kerana Allah mempertemukannya kembali dengan separuh jiwanya. Kini baru dia sedar, Iman dan Firdaus tidak boleh dipisahkan. Hanya Iman lah yang boleh buat Firdaus rasa selesa. Sebab kau satu-satunya perempuan yang sentiasa ada disisi aku, Iman. Ya, kau, aku dan kita akan tetap selamanya.

“Iman! Sini kau!” Firdaus mula mengejar.



1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete