Penulis : Mira Afendy
Tarikh post : 23 August 2017
“What?! You
gila ke apa?” hampir tersedak aku dibuatnya.
“I tak
tipu.. I swear to God, mana ada tipu..” aku lihat muka poyo Damien.
“Sudahlah
apek.. sampai mati pun I don’t believe it..” aku mencebik tidak percaya.
“Okay, okay
amoi, you wait and see aaa.. This is Damien Yong lah. Tak ada cakap main main
punya..”
Glupp.. Liur
aku telan. Terngiang-ngiang lagi kata-kata Damien masa makan tengah hari di
pejabat tadi. Ada ke patut dia kata dia rasa dia suka kat aku. Alasannya, sejak
jumpa aku, dia tengok amoi-amoi sebangsa dia tak menarik langsung. Tak masuk
dek akal betul. Gila ke apa si apek tu.
Tapi dia
kata dia suka aku sejak dia mula jumpa aku.. kiranya dalam 3 tahun lepas lah.
Masa tu aku baru saja mula bekerja. Marketing Executive. Waktu itu dia memegang
jawatan Senior Marketing Executive. Jadi, aku yang muka baru memang diletakkan
dibawah Encik Damien Yong. Kira Damien ni dah jadi macam mentor akulah
kononnya. Disebabkan aku dan dia boleh masuk walaupun berbeza bangsa, kitorang
jadi kamcing. Kamcing gila.
Damien lah
orang pertama yang sudi menemani aku waktu makan tengahari semasa aku mula mula
bekerja dulu. Seorang yang berbudi pekerti atau omputih kata gentleman.
Gentleman sangat sampai dia layan aku lebih daripada seorang senior kepada
juniornya. Lepas tu mula lah bising
mulut mulut murai di pejabat aku tu kononnya ada gossip yang mengatakan aku dan
Damien bercinta. Choii!
“Kau ni,
akak tengok selalu sangat keluar dengan Encik Damien tu, macam bercinta pulak.
Ke korang ada apa apa ni?” Kak Sarah menegur aku suatu ketika dulu.
Emm.. betul
ke aku nampak macam orang bercinta. Tak adalah, ni semua andaian tak masuk akal
saja. Aku cuba yakinkan diri. Dan aku juga pasti yang Damien sebenarnya keliru.
Keliru tentang perasaan sukanya pada aku sebagai seorang sahabat atau lebih
daripada itu. Aku yakin yang Damien juga sukakan aku tak lebih daripada seorang
sahabat. Dan begitu juga aku. Ya, betul tu!
____________________________
“Intan,
pukul 12 nanti as usual ya.” Intercom dari Damien.
“OK boss.”
Tepat jam 12
tengahari Damien sudah terpacak depan meja aku. Semenjak jadi Marketing Manager
ni, nampak semakin segak si apek ni. Dalam diam, aku memang menyenangi
keterampilan Damien. Segak dan kemas. Memang ada ciri-ciri lelaki kegilaan
wanita betul. Tapi, tak termasuk aku, okay!
Cepat-cepat
aku mengemas meja yang sedikit berselerak sebelum aku mengikut jejak Damien di
hadapan. Kami terus meluru ke lift. Damien menekan butang lift, seperti biasa
dia dahulukan aku untuk masuk ke dalam perut lift. Biasalah, apek ni memang
suka mempraktikkan istilah ‘ladies first’.
“You nak
makan apa, Intan, I order.” tanya Damien.
“Perut I tak
sedap hari ni, I nak makan sup sayur saja la. Dan air limau suam. Thanks apek!”
aku senyum panjang. Macam selalu. Memang Damien yang akan order. Jadi macam manalah
orang tak salah sangka tentang kami.
“Ok, wait a
second.” Selesai memesan lunch, Damien duduk dihadapan aku.
“Kenapa
perut sakit? Pagi tadi you tak ada breakfast ke? Sudah makan ubat?” soal Damien
laju. Jelas riak risau di wajahnya.
“Tak ada
apalah, bukan sakit perut, cuma rasa tak sedap saja perut ni. Tekak pun rasa
pahit je. Pagi tadi memang tak sempat breakfast.” Terang aku.
“You ni,
buat I risau la.”
Aku senyum
saja. Entah kenapa, semenjak sesi luahan hati Damien tempoh hari yang kononnya
dia sudah mula sukakan aku, aku merasa sedikit kekok bila berhadapan dengan
Damien. Apatah lagi bila Damien memandang wajah aku dengan pandangan redupnya
itu. Oh jantung, tolonglah berhenti mengepam!
“Ok, jom
makan.” Nasib baik makanan dah sampai, kalau tidak, jenuh aku nak menghadap
muka Damien.
Selesai
makan, kami menaiki kereta untuk balik ke pejabat. Tekak aku macam nak
mengeluarkan sesuatu, kepala macam nak berpusing, aku pejamkan mata.
Harap-harap cepatlah sampai office. Tiba-tiba aku perasan kereta tak menuju ke
pejabat.
Nak ke mana
pulak apek ni? Omelku sendiri. Hendak bertanya, tapi tak terkeluar perkataan
memandangkan tekak aku rasa macam tersekat. Damien memberhentikan kereta.
“Ni deng wo.”
Damien menyuruh aku tunggu sekejap. Aku anggukkan kepala.
“Ini ubat.
Makan sekarang. Nah ini air.” Aku menurut saja apa yang apek ni suruh. Lagipun
aku tau, kalau aku taknak, kena paksa juga. Daripada kena bebel, baik aku telan
terus.
“I think you
need a good rest, I don’t want you to work. I send you home.”
“Eh apa you
ni, kerja I tak habis lagi la. Mr. Chan nak tengok quotation tu esok la. I okay,
tak sakit mana pun.”
“Really?
Muka you sudah tak ada darah liao.. I tengok pucat semacam saja.” katanya
sambil memandu.
“Iya ke
pucat? Mana ada, I okay la. Apek, kita balik office ye?” ujarku sambil perlahan
lahan mula memejamkan mata. Mengantuk pula rasanya. Mungkin kesan daripada ubat
yang aku makan tadi. Sementar saja, pandangan aku mulai gelap.
“Intan..
Intan..” kejut Damien perlahan. Aku buka mata. Tak semena mataku terbeliak
besar.
“Damien!!
Kenapa you hantar I balik? You ni.. I taknak balik la. Tak kira, I nak ikut you
balik office jugak!”
“Aiya.. amoi!
Tak mau jerit-jerit, nanti throat sakit liao.. Dah, you jangan nak banyak
bising. I’ll see you tonight.” Damien sudah bukakan pintu kereta, terpaksalah
aku keluar dari kereta dia. Muka aku masam saja. Geram betul!
“Lai, kunci
kereta.” Nak tak nak, terpaksalah aku berikan kunci kereta aku. Kalau tak,
kereta aku bakal bermalam di pejabat la jawabnya. Sian dia.
Kenapalah si
apek ni. Aku bukannya sakit teruk pun. Perut tak sedap je. Tekak pahit je.
Masih kuat untuk bekerja. Tak faham betullah dia ni. Silap haribulan, mesti aku
kena bambu dengan Mr Chan esok. Matilah aku..
_____________________________
Malam itu,
seperti yang aku jangkakan, Damien menghantar keretaku.
“Hello.. Intan?
I ada depan rumah you. Open your gate.” Suara Damien kedengaran dihujung
talian. Aku berlari keluar dan membuka pintu pagar. Damien keluar setelah
memakir kereta. Tetap segak walaupun dengan baju lengan pendek berwarna coklat
yang dipadankan dengan seluar panjang berwarna blueblack.
“Thanks a
lot, Damien. Susahkan you aje.”
“Don’t
mention it” katanya dengan senyuman. Aduh kenapa aku rasa berdebar pula ni? Macam
lah Damien tak pernah senyum macam tu sebelum ni. Intan behave yourself.
“You ada
demam ke?” soal Damien sambil jari
telunjuknya menghalakan pada dahi aku.
“Oh tak ada
la. I okay je. Dahi I tak panas pun.” Damien mengangguk.
“Intan, jom.
Let’s go for supper.” Aku mengerutkan dahi.
“Nak pergi
mana?”
“Candle
light dinner. I tahu you mesti lapar punye.” Seloroh Damien.
Tahu tahu
sajalah si apek ni. Candle light dinner konon. Entah kedai mamak mana la yang
dia nak bawak aku kali ni. Eh, jangan ingat orang cina tak suka lepak kedai
mamak okay. Siapa lagi yang ajar Damien Yong ni lepak kedai mamak kalau bukan
aku. Hihihi
“Cool! I
memang tengah lapar. Wait aaa..” Terus aku masuk untuk tukar baju. Baju t-shirt
putih lengan panjang, skirt hitam dan juga tudung bawal. Done! Setelah siap,
aku terus ke depan.
Mana apek
ni? Takkan dah balik kot. Aku berjalan keluar. Mataku menangkap sekujur tubuh
yang membelakangiku. Perghh.. handsome juga apek ni dari belakang. Eh.. jap!
Aku ketuk kepala sendiri. Apa aku fikir ni? Gila. Tu Damien lah! Kawan baik kau
Intan! Mana boleh jatuh cinta pada kawan baik. Tambah lagi berlainan bangsa dan
juga agama. Jangan cari pasal Intan!
“Apek! I dah
siap.” aku mengejutkan Damien yang sedang berangan tengok bintang.
“Ok dear,
let’s go” aku mengekor Damien menuju ke kereta.
“Wa mau roti
kosong dua, teh tarik dua.” Damien memberi pesanan tanpa bertanya kepada aku.
Inilah menu supper kami kebiasaannya.
“Aiya! Bro..
sorry, cancel air. Teh tarik satu, teh O satu” pesan Damien pula.
Aik, sejak
bila pula Damien minum teh O ni? Bukan teh Tarik tu minuman kegemaran dia ke?
“Sejak bila
you tukar taste ni, apek?”
“Bukan untuk
I, tapi untuk you. Perut tak okay, tak boleh minum susu. ” katanya sambil
menganggukkan kepala kepada pelayan tanda selesai memberi pesanan.
“What?! Teruklah
you. I baru nak meleleh air liur teringat teh tarik tau” aku menjeling tak puas
hati.
Damien
gelak. “Mana boleh liao.. next time haa..” Geram betul aku dengan si apek ni.
Suka hati dia je.
“Nanti you
balik macam mana?” tanyaku.
“Oh wait, I
call Ah Wee.” Damien berbual dalam bahasa cina. Aku yang tak faham hanya
melihat dan mendengar. Cute je muka Damien ber chong cheng chong cheng dengan
Ah Wee, housemate dia. Eh sejak bila pulak aku pandai menilik muka si Damien
ni?
“Okay, nanti
Ah Wee datang.” Aku Cuma mengangguk.
“You nak
tahu tak, tadi kan, I tidur lama sebab bosan tinggal seorang kat rumah tau. You
punya pasallah ni. Sekarang I risau sempat ke I siapkan quotation untuk Mr Chan
esok. Dia suruh I pergi ofis dia pukul 10 pagi pulak tu. Quotation tu I baru
siapkan dalam 30% aje. Macam mana ni you? I ada dalam 1 hour saja nak siapkan.
Macam mana kalau tak sempat? Matilah I nanti.. Ish..”
Damien aku
lihat tersenyum mendengar kata kata aku. “ Haa apasal tersenyum-senyum? Ooo you
sengaja nak tengok I kena tadah telinga dengan Mr Chan esok eh?”
“Bukan maa..
I suka lihat you cakap tak berhenti-henti” Skema betul ayat apek ni. Aku
menjeling Damien. Ada ke patut cakap macam tu. Tengok dia tersenyum-senyum buat
aku tambah menyirap. Risau aku Mr Chan tu punya fiil. Datang tsunami dia, naya
aku.
“Hey amoi,
janganlah marah. I suka lihat you saja maa.. Ok ok.. I’m sorry.. okay?” Damien buat
muka comel. Aku menjeling.
“Aiya.. don’t
be angry. I senyum saja. Quotation itu, I sudah prepare untuk you.” Bulat mata
aku mendengar statement yang memberangsangkan dari Damien tu.
“Haa are you
serious?” Damien mengangguk.
“Waaa, thank
you, Damien! So I tak perlu risau lagi la.. you laa kawan I yang paling baik.”
Gila tak happy? Nak saja aku kiss si apek ni. Tapi aku bukan suka sangat buat kerja
gila macam tu. Hahaha.
“Kawan saja
ke?” Damien buat muka kelat.
“Laa iye la.
Dah tu? Uncle? Haha..” aku gelak.
“Walaowehh..
I muda lagi maa.. sudahlah, makan. Boleh cepat balik.” Sambung Damien, masih
dengan muka kelatnya.
“Aiyaa apek
jangan marah maa.. I gurau-gurau je..” kataku sambil tersenyum. Damien balas
dengan senyuman. Emm.. dah okay la tu.
_______________________________
“Intan, come
inside” kedengaran suara Damien memanggil aku masuk.
“Ya, ada
apa?”
“Sekarang
kita pergi MT company, mau jumpa Encik Aliff. You prepare related files yang
patut kita bawa bersama. I mau pergi toilet,nanti kita pergi sama-sama.” Aku
menggangguk. Damien bila bekerja, memang serius.
“Tapi bukan
ke kita selalu discuss dengan Encik Taufiq? Kenapa dah tukar orang?” tanyaku
musykil.
“Encik Aliff
adalah anak kepada Encik Taufiq. Encik Taufiq mau kita refer kepada Encik Aliff
bermula sekarang.”
“Ooo.. Encik
Aliff tu baru kerja ke? Tak pernah tau pun pasal dia sebelum ni?” soal aku
lagi.
“Yup, I
heard itu Encik Aliff baru masuk company bapanya.” Berkerut muka Damien
menjawab soalan aku.
“I see..
Encik Aliff tu baru habis belajar ke?” aku soal lagi.
“Aiyaaa you ni
Intan!! Wa mau pergi toilet maaa. Later baru sambung.” terus Damien pergi
tinggalkan aku yang dah terburai ketawa sendiri. Whahaha.. patutlah
berkerut-kerut. Sorrylah apek, aku lupa yang kau nak pergi toilet tadi
huahuahua.
______________________
“Hello, we
are here for an appointment with Encik Aliff.” Tutur Damien dengan sopan.
“Oh, Mr Yong
ya? Sila. Itu bilik Encik Aliff. Dia sedang menunggu.” Sopan juga dibalas oleh
gadis itu. Aku hanya jadi pemerhati.
Pintu
diketuk. Kami masuk setelah dijemput.
“Excuse me,
Encik Aliff.” sapa Damien kepada Encik Aliff yang sedang membongkok. Entah apa
yang mamat ni cari agaknya. Bebelku dalam hati.
“Yes..”
Encik Aliff mengangkat muka.
“Oh ya..
hello Mr. Damien. Come.. come.. sila duduk.” Jemput Encik Aliff.
“Eh Intan?
Apa awak buat kat sini?” soalan Encik Aliff membuatkan mataku meluas.
“Aliff?” Tak
semena fail yang aku pegang terjatuh ke bawah. Allah! Malu sungguh.
“Sorry..”
aku tunduk ingin mengutip kembali fail tersebut. Laju sahaja Damien dan Aliff
menghulurkan bantuan. Aku sekadar senyum tipis.
“Thanks.”
Ujar aku bila Aliff menghulurkan helaian kertas kepada aku. Wajah Aliff tidak
aku pandang. Tak sangka! Tak sangka aku jumpa boyfriend tak jadi aku masa
belajar dulu. Tak sangka jugak ayahnya mempunyai syarikat besar sebegini. Ahh,
ada aku kisah.
“Erm, Mr. Damien,
Encik Aliff ni kawan I masa study dulu. Kami satu course.” terang aku kepada Damien.
Sekadar berbasa basi. Damien
menganggukkan kepala.
“Awak makin
cantik, Intan.” Puji Encik Aliff.
Aku sekadar
tersenyum. Wajah Damien aku lihat berubah sedikit. Ah, dia mesti pelik punya
lah.
Setelah itu
kami meneruskan perbincangan. Dengan mudah Encik Aliff setuju sahaja dengan
harga yang kami tawarkan. Kalau Encik Taufiq, jangan haraplah semudah ini.
_________________________
Telefon
berbunyi. Nama Damien terpapar di screen. Punat hijau aku tekan.
“Asslamualaikum,
amoi, jom teman I dinner?”aku tergamam seketika. Assalamualaikum? Screen
telefon aku lihat kembali. Eh betul lah ni nombor apek. Sejak bila pula apek
pandai beri salam ni? Persoalan itu aku biarkan saja. Tak salah kan orang cina
bagi salam?
“Intan.” Panggilan
dari Damien membuat aku tersedar dari lamunan.
“Waalaikumsalam.
Erm, sorry apek, I ada janji dengan Encik Aliff nak makan sama. Ermm.. apa kata
you join sekali? Nak? Jom lah.” Lama Damien diam.
“Bu yao
laa.. Tak apa. I go with Ah Wee.” Balas Damien.
“Betul ni
you tak nak join?” soal aku lagi. Sebenarnya aku serba salah menolak ajakan
Damien. Sebelum sebelum ini juga mana pernah aku menolak ajakannya. Tapi
disebabkan Aliff sudah mengajak aku terlebih dahulu dan aku senidri sudah setuju,
jadi terpaksalah aku menolak ajakan Damien.
“Its okay.
Have fun.” Talian dimatikan. Dahi aku berkerut. Belum pernah lagi Damien
memutuskan talian aku begitu saja. Tiba-tiba hati aku hampa. Sedih. Sudah lah
aku belum sempat meminta maaf lagi sebab terpaksa menolak ajakannya. Aiyoo
apek, jangan merajuk maa.. waa tak pandai pujuk.
“Intan..
kawan kau sampai.” Kak Sarah selaku housemate aku sendiri sudah memanggil
manggil. Kak Sarah ni kalau bab menjerit, tarzan pun kalah. Cepat-cepat aku
meluru ke pintu.
Wajah Aliff
yang sudah tersenyum aku pandang. “Cantik awak pakai tudung macam ni.” Pujian
Aliff aku biarkan sepi. Ye lah, dulu masa zaman kolej mana aku pernah
bertudung.
Kami
mengambil tempat di bawah pokok. Aku suka kedai makan macam ni. Pokok besar
yang terletak bersebelahan dengan warung itu dihias dengan lampu lip lap lip
lap. Cantik! Aku dengan Damien selalu juga ke sini. Dia selalu pesan nasi ayam,
aku pula nasi goreng kampung kaw kaw. Selalu juga Damien tolong habiskan nasi
goreng aku. Membazir tak habis, katanya. Tapi lepas makan, mesti mata berair.
Terpaksalah order lagi satu gelas air. Tak tahan pedas, tapi tetap mahu makan.
“Intan..
Intan..” panggilan Aliff membuatkan lamunan aku hilang.
“Hurm, ya?”
soal aku blur.
Aliff
tergelak kecil. “Saya tanya awak nak makan apa?”
Aku termalu
sendiri. “Err nasi goreng kampung dengan limau ais.”
Kenapa
dengan aku ni? Tak pernah pernah mengelamun. Kali ni berangan lebih pula. Ah,
ni semua salah Damien. Siapa suruh dia merajuk dengan aku. Damien juga aku
persalahkan. Hahaha..
Kami makan
sambil berbual-bual. Rupanya Aliff sambung belajar di UK selepas tamat belajar
di universiti tempatan dulu. Patutlah tak pernah dengar khabar dari dia. Dia
kata lepas aku tolak cinta dia, dia terus putuskan untuk sambung belajar di UK.
Kasihan dia. Tapi nak buat macam mana, hati aku ni tak ada rasa untuk dia.
Lagipun dia ini playboy Malaya. Mungkin sebab tu aku susah untuk terima dia.
Walaupun dia kata yang dia sudah berubah. Tapi boleh percaya ke?
“Intan, awak
rasa saya ada peluang lagi tak?”
Soalan Aliff
buat aku tersentak. “Peluang apa?” buat-buat tanya pulak aku ni.
“Untuk
melamar awak?” Terbeliak mata aku. Gila ke?
“Awak masih
ada perasaan pada saya lagi?” soal aku. Aliff angguk. Serius ini gila.
“Tapi
kenapa? Dah empat tahun kita tak jumpa. Awak sepatutnya dah lupakan saya.” Aku jadi
serba salah.
“Kenapa awak
tak boleh terima saya dari dulu lagi, Intan?” soalan Aliff aku balas dengan
keluhan.
“Aliff, saya
tak tau nak cakap apa. Pada saya, jodoh ditangan tuhan. Kalau ada jodoh kita,
adalah. Tapi, buat masa sekarang, saya tak ada perasaan tu untuk awak. Saya
memang anggap awak kawan baik saya dari dulu lagi.” Luah aku. Aliff sekadar
mengganguk perlahan.
“Tak apa,
saya faham. Saya pun taknak rosakkan hubungan kita sekarang ni. At all, we are
still friends, right. So, friends?” Aliff menghulurkan tangannya pada aku.
Aku sekadar
senyum. “Friends.” Aku menganggkat ibu jariku tanda setuju.
Aliff
menarik balik tangannya. Kemudian kami sama sama tergelak.
___________________________
Kenapa aku tak
boleh terima Aliff? Tanya pada diri sendiri. Aku bergolek ke kanan ke kiri di
atas katil. Tak mahu lelap pula mata aku ni. Aliff memang baik. Tak ada
kurangnya. Kaya. Dan kacak pulak tu. Tapi kenapa hati aku berkata ‘taknak’ pada
Aliff? Walaupun dia sudah berubah. Kalau dibandingkan dengan Damien, Aliff lagi
handsome. Damien handsome juga, putih melepak cuma matanya sepet. Aliff
walaupun gelap sedikit, tapi lagi handsome dari Damien.
“Ish apa aku
ni. Tiba-tiba bandingkan dua orang mamat tu buat apa? Intan! Berangan lagi!”
Aku ketawa
sendiri. Sudah gila agaknya. Tak pasal-pasal syok sendiri.
“Emm.. apa
Damien buat sekarang ya? Dah tidur tak agaknya. Dah pukul 12 ni. Esok tak
kerja. Agaknya dia dah tidur ke belum ni? Nak kacau dia lah.” Pantas tanganku mencapai
handphone.
“Emm hello,
Intan. Ada apa?”
“Hai Damien.
You dah tidur ke ni?”
“Emm baru
saja..” Senyap.
“Ye
ke.. Sorry kacau you tidur, I saja je
call tengok you dah tidur ke belum.”
“Kenapa
liao? Happy sangat mehh keluar dengan Aliff tadi? Sampai tak boleh tidur?”
tebak Damien.
“Eee mana
ada. I call sebab teringat kat you je.”Opss! Apa aku cakap ni?
“Ye mehh?? Haha,
okaylah I mau tidur liao. Good night!” lagi sekali panggilan aku dimatikan.
Dahi au
berkerut. Kenapa lah dengan apek ni? Suka sangat dia putuskan call aku macam tu
je. Taknak call lagi! bentakku perlahan. Ah.. suka hati kau la apek!
_________________________
Masuk hari
ini, dah tiga hari aku tak nampak Damien. Lina, kerani human resource, kata
Damien ambil emergency leave. Risau aku. Call pun tak dapat.
Telefon di
hujung meja kucapai.
“Lina, aku
cuti hari ni ya. Thanks.” Aku nekad, aku mesti cari Damien.
_________________________
Kereta ada.
Kasut ada. Pintu pagar tak berkunci. Aku mengetuk pintu berkali-kali. Menunggu
seketika.
“Emm tak ada
kat rumah lah ni. Keluar tak tahu kunci pagar mamat ni. Tak takut orang masuk
rumah agaknya.”
Aku berpusing.
Putuskan untuk balik ke rumah.
“Intan..”
panggilan seseorang membuatkan niat aku terbantut.
“Damien! Are
you okay?” terkejut aku bila pintu terkuak tiba-tiba. Muka Damien kelihatan
merah macam udang kena bakar. Aku mendekati pintu.
“Ya.. okay.”
katanya sambil masuk ke dalam. Aku mengekori Damien dari belakang.
Tanpa
dipelawa aku duduk. Macam biasa, kalau rumah Damien aku buat macam rumah sendiri.
Haha. Tapi Ah Wee mana ya? Biasanya kalau aku datang ke rumah Damien, Ah Wee
mesti akan ada.
Aku tengok meja berselerak dengan mug, piring,
surat khabar, plastik berisi sampah makanan ringan, ubat pun ada. Aku tolong
kemaskan sambil menunggu Damien.
Mana apek
ni? Takkan nak buat air kot tengah sakit-sakit ni? Risau menerjah ke hati aku.
Aku pergi menjengah Damien di dapur. Tiba-tiba Damien turun dengan kain
pelekat. Aik, sejak bila pula Damien berkain pelekat ni?
“Damien, you
okay tak ni?” wajah Damien kelihatan sedikit segar. Mungkin dia baru selesai
mandi..
“I okay.
Sorry buat you tunggu.” Damien lantas baring di atas sofa. Aku hanya memerhati.
Wajahnya kelihatan kemerahan. Matanya dikatup.
“Damien..
Damien..” kejut aku perlahan. Amboi, orang datang rumah dia, sedap pulak dia
mahu tidur. Aku menggoncangkan lengan Damien yang berlapik dengan t-shirt
lengan panjangnya perlahan lahan. Eh? Panas.
“Damien, you
demam ni. Jom, I bawa you pergi hospital ya?”
“Tak perlu.
Sikit saja..” ujar Damien. Matanya masih lagi ditutup.
“Damien,
janganlah degil. Pergi dengan I ya?” aku cuba memujuk.
“No, I don’t
want to go anywhere..” sahutnya perlahan.
“Marilah, I
bawa..”
“No!” tak
sempat aku habiskan ayat, dia sudah bagi jawapan. Perlahan tetapi kedengaran
keras. Muktamad.
“You balik
lah, Intan. Ah Wee tak ada. Tak elok you duduk dalam rumah lelaki. Berdua
duaan.” Ujar Damien lagi.
“No. I
takkan balik. I takkan tinggal kan you macam ni.” Aku berkeras. Damien pula
sudah senyap. Terus aku bangun ke dapur untuk mengambil air dan ke bilik untuk
mencari tuala. Biasalah, kan aku dah kata, memang aku buat macam rumah sendiri
punyalah.
Aku masuk ke
dalam bilik Damien. Kali pertama aku masuk ke sini. Rumah Damien agak besar.
Kerana ini rumahnya sendiri. Dan disebabkan bosan hidup sendiri, Ah Wee lah
yang menjadi temannya. Itu lah orang suruh kahwin tak mahu maa..
Aku meneliti
seluruh bilik Damien. Luas dan bersih. Pembersih juga apek ni ya. Tiba-tiba
mataku jatuh kepada bingkai gambar di atas meja tulis Damien. Terkejut aku melihat beberapa keping gambar
aku dan Damien. Aku ingat lagi, itu gambar semasa kami satu company bercuti di
Port Dickson. Damien memang tak lekang dengan camera. Aku tersenyum.
Kemudian cepat-cepat
aku mengambil tuala dan kembali ke sofa bila teringatkan Damien.
“Tadi you
ada ambil ubat tak?” Damien menggeleng perlahan sambil matanya masih lagi
pejam.
Aku letakkan
tuala basah di atas dahinya. Ke dapur menjerang air. Hanya terdapat milo saja
kat rumah orang bujang ni. Aku kembali ke depan dengan milo dan roti. Tuala
yang tadinya di dahi sudah menutup keseluruhan muka.
“Damien, ni
ada roti, mesti you tak breakfast lagi kan? You makan ya, lepas tu makan ubat.”
Geleng. Ish apek ni.
“Okay,
paling tak pun, you mesti minum milo ni, perut kosong makan ubat, nanti sakit
lain pulak.” Kemudian barulah Damien bersetuju. Emm nasib baik angguk! Apek..
apek.. Damien membuka mata sedikit. Semakin sepet jadinya.
Aku membantu
Damien duduk. Terasa hembusan nafas yang panas. Sedikit milo dijamah. Ubat
terus ditelan. Geleng kepala aku dibuatnya. Setelah Damien baring semula, aku
lantas bangun. Terasa tangan aku dipaut kuat. Panas.
“I ke depan
sekejap. Ambil first aid ya.” Angguk. Alahai apek.. macam budak kecil.
Termometer
aku keluarkan dari first aid. Mak aii.. 38.9 degree. Mana taknya panas yang
amat.
“You, kita
pergi hospital okay?” pujuk ku lagi. Damien geleng perlahan.
“You panas
sangat ni. Risaulah I.. Kita pergi ya?” Geleng lagi.
“Degil
betullah you ni.” Kataku perlahan. Tak tahulah dia dengar ke tidak. Aku bangun
ingin menuju ke dapur. Lagi sekali tangan aku ditarik. “I tukar air ni sekejap.
You rehat la.” Amboi apek ni, sedap sedap saja dia pegang lengan aku. Nasib
baik berlapik. Dan nasib baik juga dia tengah sakit. Kalau tak mahunya kena
buku lima aku ni.
Habis basah
sofa Damien. Mana tidaknya, terkena tuala basah aku gunakan untuk mengelap
Damien. Panasnya.. cepatlah kebah. Doaku dalam hati. Niat untuk aku bangun
menukar air terbantut lagi apabila tangan ditarik oleh Damien. Kejap. Kuat.
Mungkin menahan sakit. Matanya terpejam persis orang tidur.
“Intan..”
katanya perlahan. “stay.. please..” tangan aku ditarik ke dada. Mak aii.. aku
yang panas. Ada lepas ni aku pulak yang demam.
Aku
mengangguk walaupun tahu dia tak nampak. Hanya perlahan duduk ditepi sofa
sambil memikirkan bagaimana cara untuk aku lepaskan tangan. Hati aku sayu
melihat wajah yang begitu lesu. Merah menyala. Tidurlah sayang, Intan tunggu..
_____________________
Aku terlelap
rupanya. Tanganku masih digenggam Damien, tetapi tidak sekuat tadi.
Perlahan-lahan aku bangun menuju ke pintu yang masih terbuka luas. Nasib baik
tidak ada pencuri. Macam manalah aku boleh terlelap tadi. Aku kembali ke
Damien. Letakkan belakang tapak tangan ke dahi dan lehernya. “Emm nasib dah
kebah sikit”. Damien masih nyenyak.
Aku menuju
ke bilik. Duduk di meja yang terdapat gambar-gambar kami.Cuma gambar-gambar
kami.
‘Wo ai ni.’
Perlahan aku membaca perkataan yang ditulis di atas salah satu gambar. Wo ai
ni? Bukan maksudnya saya cintakan awak? Biar betul apek ni.. Maknanya apa yang
dia cakap sebelum ni memang bukan main-main.. Aku tersenyum. Entah mengapa,
hati ini terasa sangat gembira..
___________________________
“Intan, come
inside please.”
“Ok boss”
“You macam
mana hari ni? Dah okay?” tanya aku sambil menarik kerusi untuk duduk. Baru hari
ini Damien muncul di pejabat.
“Emm.. okay.
Tinggal batuk sedikit saja.” Jawab Damien.
“You ni
memang degil tau. Kenapa takut pergi jumpa doktor?”
“Because.. I
already have one.” katanya sambil mengangkat kening.
“Siapa?
Kenapa masa tu tak beritahu I?” Dia
senyum. Senyum ada makna.
“You la..
hehe.. xie xie.” Katanya. Cettt, apek ni permainkan aku pula. Aku mencebik.
Damien pula tergelak kecil.
“Lepas lunch, I mau jumpa Encik Aliff. You
ikut sekali, okay?” ajak Damien.
“Okay, I
ikut.” Aku senyum sambil melangkah ke pintu untuk kembali ke meja sambil
berkira-kira dokumen apa yang perlu dibawa nanti.
“Wait wait
wait.. Kenapa you nampak very happy bila mau jumpa itu orang?” soal Damien
dengan wajahnya yang berkerut.
“Haaa? Apa
you cakap ni apek? I biasa je.” Aku buat muka selamba. Damien mencebik.
“Why?”
tanyaku hairan.
“Nothing,
just go”
Hurm, apa
apa sajalah apek!
________________________
Aliff sudah
tersenyum dari jauh.
“Hi
beautiful. Sihat?” katanya selepas berjabat tangan dengan Damien. Aku perasan
muka Damien yang kelat semacam.
“Can we
proceed? We have another appointment after this.” Celah Damien. Serius.
“Okay sure.
Sila masuk.”
Usai
perbincangan, kami beredar. Damien senyap sehinggalah kereta yang dipandunya
berhenti dihadapan taman rekreasi. Dia turun. Aku ikut saja. Kami menuju ke
bangku yang disediakan berdekatan dengan tasik. Tidak ramai orang, mungkin
kerana waktu kerja.
“Damien,
kita buat apa kat sini?”
Senyap.
Tiada jawapan dari Damien.
“Damien,
kenapa ni? You senyap je dari tadi. You ada masalah ke? Atau you demam lagi?”
Tanya aku lagi, perlahan. Aku tahu, Damien bukannya ada appointment apa-apa pun
hari ni. Damien tunduk. Kulitnya kemerahan. Mungkin dek panahan matahari.
Maklumlah, orang kulit putih melepak.
“Damien?” lagi
sekali aku memanggilnya.
“Intan, I
tak boleh.. I tak boleh lihat you dengan Aliff.”
Aku
mengerutkan dahi. “Kenapa pula? Kitakan kena selalu jumpa dia? Dia client kita
kan?”
“But I can
see.. he likes you. Mungkin ada history between both of you? I don’t know and I
never want to know!” balasnya sambil menoleh memandang aku. Aku terdiam. Wajah
Damien yang sedikit kusut itu aku pandang.
“Yes, I
admit it. Aliff memang ada hati dekat I dari dulu lagi..” balasku. Diam
sementar. Sengaja aku hendak menduga Damien.
“You like him too, right? I saw you! Terlalu
happy makan together. He stared at you so deeply. I lelaki, I tahu, the way he
treat you, he love you, Intan.” Sayu pula suara apek aku dengar. Alahai, hati
aku pula jadi tak keruan.
“What’s
wrong with you?” soal aku ingin tahu. Kenapa Damien terlalu peduli perasaan
Aliff terhadap aku? Walau apapun yang Aliff rasa pada aku, aku tak ada perasaan
yang sama seperti Aliff.
“I’m sorry, Intan. Like I told you, I tak
boleh lihat you dengan Aliff. Bila lihat kamu berdua, here.. inside here.. it’s
burning..” katanya sambil memegang dada. Suaranya semakin mengendur. Aku
tersedar sesuatu.
“You cemburu
ya?” Damien menoleh perlahan. Dia mengangguk. Entah kenapa, nak saja aku peluk
Damien dan cakap aku gembira melihat dia cemburu.
“Damien, I’m
sorry. Tapi, apapun, I memang tak ada apa-apa dengan Aliff. You kena percaya
I.” kataku. Eh, kenapa aku cakap macam ni? Apek ni bukan pakwe aku. Gila ke apa
kau ni Intan!
Damien
kemudian bangun berdiri menghadap aku. Kemudian dia berlutut di hadapan aku.
Aku terbungkam. Terkejut punya pasal.
“Intan... I
dah kenal you lama. And for the first time I saw you, I tak tahu kenapa I mula
tertarik pada you. Sikap you, layanan you, buatkan I tak lena tidur. I rasa I
betul-betul suka kan you, Intan.” Aku terdiam. Hanya mendegar.
“Intan.. sudi
tak.. you kahwin dengan I?” Aku tergamam. Terkedu. Terdiam. Dan segala jenis
‘Ter’ lah! Pertanyaan Damien betul-betul buat aku terdiam. Damien sudah gila
ke? Ye, memang aku juga mempunyai perasaan suka terhadap Damien. Tapi ada
sesuatu yang menyebabkan kami tidak boleh berkahwin!
“You gila
ke? Kita mana boleh kahwin. Agama kita berbeza.” Laju saja aku berdiri. Damien
juga turut beridiir. Wajahnya tenang saja.
“Siapa cakap
kita tak boleh kahwin?” soalnya dengan senyuman. Seperti biasa, senyum ada
makna.
“Damien, I
Islam, you Christian. Agama kita melarang kita untuk berkahwin. Tolonglah,
faham.” Aku sudah mula ingin melangkah. Mengenagkan hal di mana aku dan Damien
tidak akan pernah boleh disatukan sampai bila-bila membuatkan hati aku sebak.
“Intan,
wait.” Panggilan Damien membuatkan aku berhenti melangkah.
“I seorang
mualaf.” Damien berdiri menghadap aku.
Senyuman nipisnya masih dibibir.
“I sudah
convert. I sudah masuk Islam beberapa bulan yang lepas. Dan nama Islam I,
Muhammad Hilman Yong.” Tambahnya lagi. Aku pula, terkedu!
“Damien, you
jangan main-main la. Semua ni bukan benda main-main tahu.” Marahku. Geram
betul. Dia ingat ni semua pekara yang boleh dibuat main ke?
Damien
kemudian mengucap dua kalimah syahadah. Merdu dan lancar sekali. Hampir saja
aku pengsan mendengarnya. Entah kenapa, air mataku jatuh. Damien benar-benar
sudah memeluk Islam?
“Tapi sejak
bila? Kenapa you tak pernah bagitahu I?” soalku. Sampai hati Damien.
“Sebab I
rasa benda ni tak perlu dihebohkan. Sebab I masuk Islam kerana I terpesona
dengan keindahan Islam itu sendiri. Bukan kerana you, atau sesiapapun. Tapi
kerana diri I sendiri yang tertarik. Dan yang paling penting, I masuk Islam,
kerana Allah. Kerana I betul-betul nak mendalami Islam.“
Tiba tiba
aku menangis semahunya. Aku benar benar tersentuh. Padanlah semenjak dua menjak
ini Damien begitu menghormati aku sebagai seorang gadis yang bertudung. Allah..
sesungguhnya hidayah itu benar benar milikMu. Alhamdulillah..
“Intan, are
you okay dear?” soal Damien cemas. Risau agaknya melihat aku menangis sebegini.
Aku mengelap
air mataku. “I’m so happy to hear that, Damien.” Ujarku dengan senyuman.
Damien
tersenyum. Syukur panjang diucapnya. “Dan sekarang I bersedia maa mau melamar
you.. Sudah lama woo I tunggu..” aku tergelak mendengar slang cina Damien.
Damien
memandang aku. “Intan, sudi tak awak kahwin dengan saya?” lagi sekali aku
tergelak mendengarkan ayat Bahasa melayu Damien.Kelakar bunyinya.
“Kenapa you
gelak?” wajah Damien berkerut.
“Tak ada
apa.” Aku tahan gelak. “So, Mr. Hilman Yong, mana cincin untuk I?”sengaja aku
bergurau. Damien menepuk dahi.
“Aiya amoi,
I tertinggal cincin dalam laci office maa..” Aku tergelak lagi. Damien pula
sudah tersengih.
“So, sudi
tak?” soalnya ingin kepastian.
“Of course
lah I sudi, apek!” balas ku gembira. Lagi sekali Damien mengucap kata syukur.
Senang pula aku mendengar seorang mualaf mengungkap kata-kata suci seperti itu.
“Mau saja
waa peluk sama lu.” Ujar apek gembira.
“No no no.
We are not married yet!” kemudian aku berlari meninggalkan Damien di belakang.
Damien pula mula mengejar. Sengaja kami buat babak Hindustan di sini. Bukannya
ada orang pun. Haha.
Hurm,
akhirnya hanya Damien yang menjadi pilihan hati. Tak sangka. Aku betul-betul
tak sangka. Semoga hubungan kami selepas ini diredhai olehNya. Dan semoga
Damien ikhlas dalam segala keputusan yang sudah dia putuskan. Alhamdulillah. Apek,
I love you! I love you so much!
Awak suka saya tak?๐
ReplyDeleteilham melalui novel tu :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete