Monday, 12 May 2014

Just be patient

Ada perkara yang kita nak sangat,
Tapi Allah belum izinkan untuk kita dapatkannya
Saat itu kita mungkin lemah,
kecewa dan hampir putus asa..

Sabarlah,
Mungkin belum tiba masanya untuk kita dapatkannya.
Mungkin kita perlukan sedikit usaha lagi
Mungkin adalah lebih baik untuk apa yang kita nak lewat sedikit
Kita tak tahu kan apa yang Allah aturkan untuk kita..

Mungkin Allah nak kita betul-betul kuat dulu
Mungkin Allah nak kita betul-betul bersedia dulu
Mungkin setelah Allah tahu kita layak untuk dapatkannya barulah Allah izinkan kita untuk dapatkannya?

Allah kan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita
Yakinlah,
Semua kan ada Hikmah-Nya.


Muhasabah diri . Tears .
no , I'm fine .

p/s : ya Allah , permudahkan urusanku ..

Thursday, 8 May 2014

Suamiku Encik Perfect 10

Assalamualaikum .

Tetiba teringin nak post tentang benda ni . 


Suamiku Encik Perfect 10 . dah tiga kali repeat baca . torbaek punya cerita . Zarief Danial . so sweettt . Tapi mana ada lelaki perfect 10 macam dalam novel . carilah hujung dunia sekalipun , mustahil jumpa . kalau ada pun , ofcoz awal-awal lagi dah kena booking dek orang lain .
sorry , this is pengaruh novel. terbawa bawa. haha =,=

p/s : btw , drama ni telah diadaptasikan daripada novel kepada drama . 
Akan datang di Astro First . :)

Sunday, 20 April 2014

Me and ma friends

Kawan . Kawan ni ada pelbagai watak . Ada yang akan laga-laga pipi dengan kita time kita senang. Time susah lari cam lipas kudung, kemain susah nak cari. Ada yang stay by my side tak kisah lah time aku happy hip hip hoorray, or time nangis banjir satu kawasan . Yang ni memang kawan paling best. Tapi tak ramai yang dapat kawan macam ni. Tapi tak per lah. At least ada daripada tak der kan. Syukur-syukur.

Sahabat yang betul-betul mengaku dirinya sahabat, akan sedaya upaya, pulun habis-habisan, hobin jang hobin untuk membantu sahabatnya tatkala sahabatnya itu berada dalam kesusahan. Bukan semua kawan kita sanggup stay by our side tak kira kita dalam kondisi apa sekali pun. Tapi sekali lagi aku bersyukur kerna Allah telah kurniakan aku nikmat yang tak terhingga yakni SAHABAT yang selalu stay by my side tak kira aku berada dia atas, bawah atau pon tengah. 


Tadaaa. Mempersembahkan teman laga-laga dan hantuk-hantuk kepala aku. Mereka baik. Mereka memahami. Mereka havoc. Mereka jugak gilak-gilak. Tapi tak best , sebab bukan semua ada time kita orang hang out sama-sama ni. Masing-masing sibuk membusykan diri . Ada yang tak dapat join sebab demam , keluar dengan family and ada jugak yang tak dapat dihubungi time nak ajak join ni . Ish3 .. --"


Time ni memang lawak gila . First time kita orang berselfie bersama . Selama ni amik gambar semua pakat skema jer . Duduk rapat-rapat then senyum . Macam apa entah. Haha. Tapi tudung kaler pink tu la yang terbitkan idea luar biasa dia tetiba nak berselfie . Hahaha. Lawak habis ! Masing-masing pakat dah tak serupa perempuan dah masa ni . =,= hehe

Kawan-kawan . One day apabila kita terpisah disebabkan masing-masing akan teruskan pelajaran dilain-lain universiti , aku janji aku tak kan lupakan korang . Macam mana aku nak lupakan korang ? Masing-masing ada karakter yang membuatkan aku bangga jadi kawan korang . Humaira yang nampak ayu tapi gila-gila. Syazwani yang diam-diam ubi berisi . Shasya yang kadang-kadang manja dan sering jadi mangsa buli. Haha. Azrieda yang terlebih ubat gegat . Kalau dia takde , memang kita orang sunyi . Alia pula yang tegas macam mak-mak tapi comel . Akma yang always happy . Tengku yang perangai mengalahkan budak-budak tadika . Syafiqah yang tak habis-habis dengan lawak tak jadinya .Last sekali, Asma' yang banyak story mory . Serius , aku sayang korang .

Aku mengaku bahawasanya aku bukanlah merupakan sahabat yang terbaik. Tapi hari demi hari aku akan cuba memperbaiki diri aku untuk menjadi yang terbaik untuk sahabat-sahabat aku. Insyaallah selagi aku diberi pinjaman oksigen milik Allah ini, aku akan sedaya upaya tolong sahabat-sahabat aku. aku akan berada depan, belakang, atas, bawah, kat sisi korang jika korang perlukan aku. Insyaallah.


p/s : Thanks sebab sudi jadi sahabat aku dan jadi separuh daripada hidup aku . Arrigator , Gamsahabnida wa Syukran . Peace yo .


Thursday, 10 April 2014

Kahwin muda


Kahwin muda . Apa kes aku bukak cerita tentang kahwin muda ni ? Haha. Ini kes ada orang tu tak menyempat-nyempat nak kahwin la ni . Absolutely bukan aku.. Aku nak jugak kahwin tapi bukan as soon as posible . Memang tak lah .. Calon pun tadak .

Tapi kan , kalau fikir-fikir balik , korang tak rasa ke kahwin muda adalah satu benda yang paling cool dalam hidup? Sebab dulu-dulu aku ada cita-cita nak kahwin muda tau . Gila cool kot kahwin muda . Dulu aku berangan nak kahwin umur 16 pastu husband aku umur 18 . Aku nak sama sekolah dengan dia, and husband aku haruslah budak hotsetap ohsem kat sekolah, so aku bangga ada suami hotsetap . Berangan konon-konon kitorang kahwin atas dasar paksaan family macam drama-drama melayu yang boring kat tv tu , mula-mula tak suka , lepas tu mula love after married . Lepas tu happy ever after . Sweet je kan . Haha. Gila sakai angan angan aku dulu . Angan-angan monyet lah katakan.
  
But seriously , kahwin muda memang ohsem kan? Korang dapat melalui zaman remaja, zaman awal dewasa , zaman dewasa, zaman awal tua , zaman tua dengan orang yang korang sayang . Walaweh ! Sound like sweet je lahh . Seriously , aku tak tahu lah kehidupan orang kahwin tu , tapi yang aku tahu , hidup lepas kahwin memang banyak cabaran and FUN . Tak kira lah korang kahwin umur berapa pun . Sebab bukan umur penentu alam perkahwinan korang bahagia ke tak .

Bagi aku , kematangan dan pemikiran yang paling penting . Kalau orang tu kahwin umur 30 tahun tapi masih tak matang , still akan ada problem jugak . Well, perempuan lagi cepat matang. Tapi bagi aku lelaki paling penting untuk matang sebab lelaki akan jadi Imam untuk keluarga . So , lelaki kenalah matang . Kalau kahwin muda pun dapat suami perangai macam budak tadika , asyik kira nak enjoy , tak pikir tanggungjawab buat apa ? Tapi itu tak pe lagi . Dapat nya suami yang kaki pukul , memang habis ..
 
Tapi , mengikut agama Islam itu sendiri , kahwin muda adalah digalakkan . Daripada couple bertahun-tahun, tak tentu hala , last last end up and break up . Tak ke bullsit semua masa yang korang dah habiskan sepanjang couple tuh . Rugi tau !

So bagi kawan-kawan aku dan korang-korang yang memang ada niat nak kahwin muda, aku bagi tepukan gemuruh untuk korang . Well said, good choice sista and brada . Tapi kalau aku... tunggu habis belajar dulu la kot . Biar dapat bawak kereta sendiri dulu , dapat pegang duit hasil kerja sendiri dulu , baru fikir pasal kahwin . Tapi macam biasa , kita manusia hanya merancang . Allah yang menentukan segalanya . For me , jodoh is something yang unexpected . Miracle things that we can't imagine . But , I trust Him. Indeed He is the best planner . Keep smile and bai bai..

Tuesday, 1 April 2014

Sejarah April Fool

April fool ? 1 April mesti penuh wall di fb berkenaan dgn HARAM APRIL FOOL . Say no to April Fool .Dan macam-macam lagi.. Hakikatnya memang best dapat kenakan orang .. Tambah-tambah kalau dapat kenakan kawan kita yang paling rapat . Best gila wa kata sama lu. Tapi korang tak terfikir ke .. Kenapa perlu tunggu 1 April baru nak kenakan orang ? Tarikh-tarikh dan hari-hari yang lain tak boleh kenakan sesiapa ke ? Ada apa dengan tarikh 1 April ni ? Well , setiap perkara yang berlaku mesti ada kisahnya . Apa kisahnya? Ni diaa... Aku copy dari blog orang lain sebagai perkonsian bersama . Sama ada betul atau tak ... Wallahua'alam .

Sejarah April Fool

Pernah tak korang terfikir bila dan mengapa wujudnya April Fool ni? Sejarah ringkasnya begini, April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI! 
SubahanaAllah !
Begitu la ceritanya . Aku pun baru dapat tahu pasal benda ni then terus share dengan semua yang mungkin still tak tahu . Actually banyak celebration dari Barat yang kita terikut-ikut. Tapi at least sekarang kita dah tahu cerita disebalik April Fool ni. So, stop celebrate benda bodoh ni eh ? Nama pun fool kan. Harap apa yang aku share ni dapat , menambah pengetahuan dan menjadi iktibar untuk semua . Sekian , terima kasih.

Sunday, 23 March 2014

La Tahzan sayang.

La Tahzan. InnaAllaha ma'ana ..
Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

 

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.   
Optimislah dengan ujian. Itu kan hadiah Tuhan.
Bersyukurlah . Beruntunglah.
Dari jutaan, kita pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya. 
Come on lah awak . Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik .
Kita milik Dia . Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita .
Bukan hanya di dunia . Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah. Believe that !
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk kau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama ..
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon . Soon!
Kita harus percaya.
Ya, percaya.

La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum. 
Always senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh .
Tak mampu nak bangun .
Tapi , ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani kita.
Just beside you.
Selalu.
Selamanya .
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang tabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Memang tak mudah . Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak .
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu..

Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
Allah faham kita..

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)
Jadilah hambanya yang paling tabah !
La tahzan , innaAllaha ma'ana .
 

Thursday, 20 March 2014

Cerpen : Benci Tapi Rindu

Tajuk : Benci Tapi Rindu
Penulis : Amira Affendi
Tarikh post : 20 March 2014


Pandangan aku halakan pada pelajar-pelajar yang lalu lalang didepan tempat aku duduk bersantai. Sesekali tanganku mengetuk perlahan meja batu sambil mengikut rentak lagu yang sedang aku dengar menggunakan earphone. Bibirku juga bergerak-gerak menyanyikan lagu Bosan nyanyian Stacy. Wani dihadapan yang sedang ralit mebelek-belek telefon Corbynya itu tidak aku pedulikan.

"Aku nak tanya kau sesuatu boleh?" soal Wani tiba-tiba memecah kesunyian antara kami berdua. Aku memandangnya dan memperlahankan sedikit volume lagu.

"Apa dia?"

"Sampai bila kau nak single ha?" soalan Wani yang agak pelik bagi aku itu membuatkan dahiku sedikit berkerut. 

"Kenapa pula?" soalku kembali.

"Takdelah... Orang lain semuanya dah ada pasangan dalam Kolej ni. Kawan-kawan kita tu.. masing-masing dah ada pakwe. Aku dengan Azrul tu pun dah dua bulan couple. Tapi kau.. lelaki datang dekat sikit.. terus lari!" bebel Wani panjang. Bebelan Wani aku buat dengar tak dengar saja. Malas betul aku membahaskan tentang isu ini. Bosan!

Tiba-tiba seorang lelaki yang segak berkemeja dan berseluar jeans lusuh datang menghampiri kami dengan bersahaja. Aku memandang lelaki yang tiba-tiba saja datang berdiri tegak dihadapanku ini. Ni siapa pulak ni? Getus hatiku.

"Saya suka awak. sudi tak awak jadi girlfriend saya?" Spontan lelaki ini meluahkan perasaannya. Tak ada angin, tak ada ribut, salam pun tak bagi, tiba-tiba datang cakap suka. Gila ke apa? Kalau ya pun, jangan la drastik macam ni... Buat orang rasa bersalah saja. Eh tak.. buat orang rasa loya saja.. 

Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Mencari sesuatu yang mungkin kelihatan pelik. Mana lah tahu tiba-tiba ada prank untuk aku dan Wani. Malu seh nanti... Gelagat aku, Wani pandang pelik.

"Kau ni kenapa?" soalnya.

"Wani, dia cakap dengan kau tu. Aku blah dulu ye.." ujarku lantas melarikan diri. Tak nak ganggu sesi luahan perasaan itu. Lelaki itu tercengang melihat perlakuan ku yang tiba-tiba. Pandangan pelik dihalakan kepadaku. Aku peduli apa? Nak luah, just go on lah bro.. Aku dah bagi green light, boleh pula dia buat muka blurr macam tu.

"Err, maaf la ye. Kawan saya memang macam tu. Awak try la propose dia sekali lagi!" Terdengar Wani berkata. Propose aku? Aku?? Tanpa menunggu Wani dan mempedulikan lelaki itu, aku terus berjalan menuju ke cafeteria.

"Hai awak." tegur lelaki yang sama lagi ketika aku sedang enak menjamu selera. Hish, mati selera aku tengok mamat nih. Dia tak ada kerja lain ke selain mengganggu kehidupan aku yang damai lagi tenteram ni? Jelous la tu. Sebab tulah dia kacau aku. kan kan kan?

"Saya kenal awak ke? Tak kan? Kenapa awak kat sini? Menyemak je. Pergilah jauh-jauh." bidasku selamba. Tension betul aku dengan mamat nih. Kenal pun tidak, tiba-tiba ajak bersembang.
Lempang laju-laju nanti baru tahu.

"Kenapa pulak? Tempat ni ada cap mohor awak ke? Tak de kan? Suka hati saya la nak duduk tang mana. Anyway, nama saya Harith Hafizi. Awak Haifa Hanani kan? Macam jodoh pulak nama kita.." Dia sudah tersengih-sengih membuatkan aku naik menyampah. Muka memang hensem, tapi tak tahu kenapa aku memang tidak berkenan.Jodoh konon...


"Tolong sikit...." belum sempat aku menghabiskan kata-kataku dia menyampuk.

"Tolong apa? Nak saya tolong suap ke? Ke nak saya tolong pinang? Saya sanggup tolong dengan hati yang terbuka." dia sengih lagi. Tapi sengihannya kali ini nampak berbeza dari sengih yang tadi. Nampak nakal semacam. Aku mendengus. Menyampah betul..

Tanpa mempedulikan mamat sewel a.k.a apa nama dia tadi? Harith Hafizi? aku pun melangkah keluar dari cafeteria. Sakit telinga aku nanti dengar dia membebel apa entah.

Petang itu, tengah aku best-best cuci mata tengok senior-senior yang hensem, tiba-tiba mamat sewel itu datang lagi di hadapan ku. Spoil terus mood aku. Apa ni? Ganggu pemandangan dan laluan orang je!

"Awak tak de kerja ke?" tanyaku rimas.

"Ada." balasnya.

"Kalau ada pergilah buat kerja awak!" ujarku bagai menghalau. Memang aku nak halau dia pun. Menyemak je.

"Tengah buat kerja saya la ni." balasnya lagi. Senyum lagi. Dia ni memang kaya dengan senyuman lah kut. Senyum saja dari pagi tadi. Tapi sorrylah, senyuman anda tak laku pada saya. Tak effect apa pun.

"Kerja? Mana kerja awak? Saya tak nampak pun" balasku acuh tak acuh. Aku terus berjalan tanpa menunggu dia menjawab soalanku. Dia juga turut melangkah.

"Kerja saya ialah nak mengorat awak. Jadilah girlfriend saya.." Dia cuba meraih simpati daripadaku dengan membuat muka ala-ala cute. Tapi sorry lagi, tak terkesan pun. Apa hal pula aku yang kena jadi girlfriend dia? Muka bukan main hensem lagi tapi apa hal hidup aku juga dia nak ganggu? Bukan aku sorang saja yang cantik di kolej ini.

"Saya dah ada boyfriend, awak tahu. B.O.Y.F.R.I.E.N.D. So, stop disturb me!" tegasku sambil selit-selit sedikit pembohongan. Ambik kau. Aku siap tolong eja lagi tau.Susah nak jumpa perempuan yang baik hati macam aku ni.

Dia bagai terpempan mendengar kata-kata ku. Dia berhenti melangkah. Kalau korang tengok muka dia, memang ketawa guling-gulinglah. Muka dia terkejut habis! Tahan ketawa Haifa! Tahan ketawa! nanti dia perasan.

"Kalau macam tu saya nak jumpa boyfriend awak. Buktikan pada saya yang awak sudah ada boyfriend." balasnya tenang.


Pulak. Dia nak bukti? Haih, banyak songeh betul la mamat sewel ni!

"Kenapa pulak saya kena buktikan pada awak?" tanya ku.

"Yelah... mana tahu awak tipu saya." ujarnya selamba badak. Badak pun tak selamba macam tu tau.

"Kenapa pulak saya nak tipu awak?" tanyaku lagi.

"Sebab awak rimas dengan saya. Plus, awak tak nak jadi girlfriend saya." balasnya bersahaja. 


Tahu tak apa! Dah tahu pura-pura tak tahu pulak.

"Mana awak tau?" saja aku tanya.

"Dari muka awak." balasnya lagi. Nampak sangat ke? Kalau nampak pun lagi bagus.

"Tapi saya memang ada boyfriend lah. Boyfriend saya.. errrrr.. belajar kat luar negara. Ha'ah, dia belajar kat luar negara." ujarku.

"Tipu lagi. kalau tak reti menipu jangan menipu. Kita jumpa kat restoran al-hafiz malam ni. Saya nak tengok boyfriend awak tu. Oklah, bye bye sayang!" ujarnya lantas meninggalkan aku yang terpinga-pinga. Biar betik?

 ________________

"Angah, tolonglah adik. Jadi boyfriend adik. Pura-pura je. Malam ni je. Bolehlah..." keluar sudah aura kemanjaan ku.

"Tak de, tak de. Malam ni angah ada dinner dengan kak ngah. Pergi je lah cakap hal yang sebenarnya. Buat apa adik tipu dia?" ujar angahku tersayang pula. Bunyi macam taknak tolong saja...

"Kalau angah tak nak tolong adik, adik report kak ngah yang angah pi mengorat anak Mak Jah sebelah rumah tu." aku sudah mula mengugut dia. Macam la aku tak tahu dia selalu sembang dengan Umaira, anak Mak Jah. Sudah ada isteri pun masih lagi nak menggatal angah ni!

"Ala adik ni.. main ugut-ugut pulak.. Okey, angah tolong. Tapi kali ni je tau. Nanti tak de lagi. Faham?" ujar angah mengalah. Aku sudah bersorak gembira. Bersinar-sinar mataku memandang angahku yang baik hati ini. Haha...

"Of course, my beloved brother. I love you lah.. sayang tingkat-tingkat ni." ujarku gembira. Sudah dapat ku bayang wajah mamat sewel tu nanti. Iyelah, angah aku boleh tahan hensem juga. Tu lah.. Siapa suruh ganggu aku? 

______________

"Assalamualaikum." aku memberi salam.

"Waalaikumsalam..." jawabnya bersama senyuman di bibir. Haih, murah senyuman betul la dia ni..


"Ha, mana boyfriend awak. Lari ke?" perli dia. Aku tunjuk muka menyampah.

"Tak mungkin dia nak tinggalkan girlfriend yang comel macam saya ni." sempat lagi aku memuji diri. Apa kata orang, masuk bakul angkat sendiri. Haha, lantaklah!


Dia gelak kuat. "Jangan awak tipu saya sudahlah". ujarnya. Macam la dia bagus sangat selalu tahu aku ni menipu dia.

"Assalamualaikum.." ujar angahku. Aku sudah tersenyum panjang. Watak hero palsu sudah datang!

"Waalaikumsalam." balas aku dan Harith serentak.

"Eh, Aqmal?" soal Harith tiba-tiba. Ha sudah! Tak kan kenal kut?


"Harith?" angahku juga menegur. Kemudian mereka saling bersalaman. Aku sudah mula telan liur. 

"Lama tak jumpa kau. Err... ni girlfriend kau? Bukan kau dah ada isteri ke?" soalan Harith sudah membuat aku tidak senang duduk. Sah! Mereka memang kenal.

"Eh tak lah. Aku menyamar jadi boyfriend adik aku ni je. Dia kata nak tipu budak yang suka dia ni. Eh adik, mana lelaki tu?" tanya angah padaku. Aku sudah menepuk dahi. Aduh angah ni.. Bocor rahsia aku pula dia. Si harith ni apalagi, senyum tak cukup gigilah dia. Malunya! Apa aku nak kelentong ni?

"Eh awak, mana boyfriend awak tu?" tanya Harith pula sambil menekankan perkataan boyfriend tu. Muka aku sudah merah. Tahu yang dia menyindir aku.

"Ok saya mengaku saya memang tak ada boyfriend. Saya suruh abang saya menyamar jadi boyfriend saya sebab saya menyampah, meluat, benci dan yang seangkatan dengannya kat awak. Saya tak suka awak dekat-dekat dengan saya sebab saya dah ada orang yang saya suka.. faham? Lagipun saya tak kenal awak!" panjang lebar aku menyampaikan hujahku. Harith terdiam. Angahku pula menggaru kepala. Mungkin tidak faham akan situasi sekarang. Aku mengeluh panjang dan melangkah meninggalkan mereka begitu saja.
______________


Lepas aku meluahkan apa yang terbuku di dalam hatiku semalam, Harith tiba-tiba saja menghilang.. Sudah tidak mengganggu aku lagi di kolej hari ini. Terserempak dengan dia pun tidak. Walhal, baru satu hari saja dia mengganggu aku, aku sudah rasa rimas. Salah aku ke?


Ya, sepatutnya aku berasa gembira kerana dia sudah tidak lagi mengekoriku tetapi kenapa aku rasa ada sesuatu yang hilang.. Kenapa ya? Mungkin perasaan aku saja kot..

"Hah adik, kenapa termenung ni? Ada apa-apa masalah ke?" soal angah sewaktu melangkah masuk ke dalam bilik aku.


"Tak de apa-apalah.." balasku acuh tak acuh.

"Iyeke? ke rindu kat orang jauh tu?" sakat angah. Aku mencebik. Tak ada maknanya...

"Mana ada.. orang jauh mana yang adik nak ingat ni, angah?" balasku buat selamba. Tak kan lah aku rindukan dia.. Aku kan menyampah gila pada dia. kan?

"Iyeke? Habistu, kenapa muka adik merah ni? Sudahlah... angah tahu, adik rindu pada Harith kan?" Aku membulatkan mataku pada angah. Ada-ada saja angah ni. Tapi betul ke muka aku merah ni? Ke angah saja nak sakat aku lagi.

"Mana ada.." nafiku lagi. Nafi? Jadi betul lah ada rindu untuk dia?


"Tak payah nak tipu angah.. Angah tahu, adik tu tak pandai menipu. Angah rasa adik suka pada Harith tapi adik ni ego tinggi sangat. Adik cuba nafikan rasa yang ada dalam diri adik. Cuba adik selami hati adik tu. Adik suka dia ke tak?" ujar angahku lagi panjang lebar. haih.. sejak bila pula angahku jadi doktor cinta ni?



"Tak kanlah adik suka dia. Adik baru sehari kenal dia. Tu pun tahu nama saja!" balasku lagi. Masih menafikan kata-kata angah.

"Adik.. kita cuma perlukan satu saat saja untuk jatuh cinta. Dan kita perlukan bertahun-tahun lamanya untuk melupakan seseorang.." kata angah lagi. Sah! Angah sudah tukar kerja jadi doktor cinta.

Aku terdiam. Apa-apa pun kata-kata angah ada benarnya juga... Aku.. jatuh cinta pada Harith? Kalau ya, memang cinta itu pelik!
____________


Sejak dari hari tu, aku jadi macam pungguk rindukan bulan. Mak aih, macam dah terbalik je kan.. bukan pungguk tu sering dikaitkan dengan insan yang bernama lelaki ke? Peduli apa aku. Janji aku rindu ketat-ketat pada dia.. Betul kata angah, kita cuma perlukan sesaat untuk jatuh cinta. Buktinya, aku sudah mula rindukan Harith. Tapi, kemana Harith telah menghilang?


"Bulan depan ayah nak kamu kahwin dengan lelaki pilihan ayah dengan ibu." kata-kata ayah yang berbaur arahan itu telah menyentap tangkai hatiku. Aku terpaku sebentar sebelum tergelak kecil. Cuba menganggap kata-kata ayah sebentar tadi adalah satu gurauan. Iyelah.. aku kan masih belajar lagi. Takkan sudah mahu kahwin kot.

"Ayah bergurau ye? Janganlah main-mainkan adik. Tak lawak la, ayah." ujarku selamba. Cuba menyedapkan hatiku.

"Adik ada nampak muka ayah ni bergurau ke?" soalan ayah aku balas dengan gelengan.

"Tapi adik tak nak. Adik kan masih belajar lagi. Tolonglah jangan paksa adik, ayah." rayuku kepada ayah.Kenapa tiba-tiba saja ayah ingin aku berkahwin.

"Adik.. Dengar sajalah cakap ayah tu. Untuk kebaikan adik juga. Hujung tahun ini kan kami mahu ke Mekah. Kalau adik kahwin, ada juga orang tolong jagakan adik." terang ibu panjang lebar. Oh.. kes ibu dan ayah nak pergi ke Mekah ke? Tapi tak kan lah sampai aku yang kena kahwin?


"Angah kan ada? Suruh lah angah jaga adik." ujarku pula cuba mencari alasan.


"Angah tu sudah ada keluarga dia sendiri. Lagipun umur adik sudah 22 tahun. Sudah selayaknya berumah tangga." ibu masih dengan keputusannya.


Aku mula geram. Kenapa semuanya tiba-tiba sahaja? "Tak nak. Adik tak nak kahwin. Adik tak kenal dia. Adik tak nak kahwin dengan orang yang adik tak kenal dan tak cinta!" tegasku.Tidak. Aku sudah mula suka kan Harith. Meskipun aku baru kenal dia dalam masa satu hari, tetapi aku rasa aku suka kan dia. Aku tidak mahu kahwin dengan orang lain!


"Sudah. Keputusan ayah muktamad. Adik kena kahwin jugak dengan dia. Kalau tak, adik bukan anak ayah lagi." sejurus selepas berkata, ayah meninggalkanku. Aku terpampan seketika. Sampainya hati ayah... Air mataku menitis jua. Ibu datang dan memelukku.


"Ini semua untuk kebaikan adik..." pujuk ibu. Aku sudah tidak terkata. Apa pilihan yang aku ada jika ayah sudah berkata begitu. Ayah adalah orang paling tegas dan pantang jika keputusannya ditolak. Aku pula, sudah tidak boleh berkata tidak..
______________


Andai aku mempunyai kuasa untuk menghentikan masa, akan ku hentikan masa ini. Aku ingin ia berhenti. Aku tidak menginginkan perkahwinan ini. Berkahwin dengan orang yang aku tidak kenal.. amat menyakitkan hatiku. Wajah pengantin lelaki tidak aku pandang. Aku tidak sukakan pernikahan ini!

"Aku terima nikahnya Haifa Hanani binti Mukhtar dengan mas kahwinnya RM 100 tunai."

Air mataku tidak mahu berhenti mengalir pada saat aku mendengar kata-kata itu. Ah, kenapa air mata ini buat hal pula..

"Assalamuaikum.."suara yang memberi salam itu bagaikan pernah ku dengar. Tidak mungkin dia. Aku lantas mendongak melihat lelaki yang sudah sah bergelar suamiku. Aku tergamam. Dia? Air mataku mengalir lagi. Kenapa dia? Macam mana boleh dia?

"aa..wak.."

"Ye saya. Harith Hafizi. Insan yang terlalu mencintai wanita yang bernama Haifa Hanani.." ujarnya dengan senyuman dibibir. Ah, senyuman itu yang membuatkan aku terlalu rindukan dia!

"Dah, jangan nangis lagi. Nanti orang ingat kita kahwin paksa pulak. Abang tak nak tengok isteri abang menitiskan air mata lagi. Abang sayang sangat pada Haifa.." ucapan yang keluar dari mulutnya membuaikan perasaanku.. Perasaan yang sangat indah. Orang yang aku benci, kini menjadi orang yang paling aku sayangi. Dan kini sudah bergelar suamiku. Sungguh jodoh Allah itu memang tak dapat kita duga.

"Memang pun kena paksa..." balasku selamba. Cuba menutup perasaan malu yang mula bersarang. Ye lah.. dulu kata tak suka. Tapi boleh pula rindukan dia..

"Tapi sayang suka kan?" sakat Harith. Aku hanya tunduk. Ah, masa ini pulak wajah aku nak bertukar merah!

"Oit dah lah tu bermesra-mesra tu.. karang sambung kat bilik.. Tak menyempat-nyempat." ujar angah membuatkan rumah keluargaku penuh dengan gelak ketawa para tetamu. Malunya aku pada waktu itu sungguh tak dapat nak digambarkan. Malu gila siot..
________________
 

 "Abang, selama ni abang menghilang ke mana?" tanyaku sambil melentokkan kepala ke bahunya. Harith memeluk bahuku erat.

"Emm.. abang ada je.. saja abang nak duga hati sayang abang ni. Rupa-rupanya selama ni orang tu bagai nak rak rindu kan kita." Harith gelak. Sedikit sebanyak usikkannya membuatkan aku malu. Ni tak lain tak bukan mesti angah yang pecahkan rahsia. Siap la angah!

"Lagi satu. Masa mula-mula abang cakap abang suka Haifa dulu... kenapa tiba-tiba je?" tanyaku lagi ingin tahu. Ye lah, dulu, datang-datang saja cakap suka aku. Lepas tu, buat aku ni macam kenalan lama pula. Padahal baru saja kenal tidak sampai setengah jam.

"Sebab abang dah lama kenal sayang. Sayang saja yang tak kenal abang. Jadi abang tekad hari tu, abang nak jadikan Haifa kekasih abang.. Tapi malangnya, kena reject awal-awal lagi!" Harith buat muka comel. Aku gelak. Ada-ada saja dia ni.. Macam mana tak kena reject kalau tiba-tiba saja datang macam tu. Tak pandai mengorat betul..


"Abang ada satu impian..." ujarnya tiba-tiba.

"Apa dia?"

"Abang nak rumah kita ni riuh. Abang nak ramai anak." kata-kata Harith membuatkan pipiku mula memerah. Amboi sayang, tak tapis langsung...

"Mengada la abang ni." balasku sambil tolak pipi dia.

"Mengada pun suami Haifa jugak kan.."

"Memanglah. Kalau abang mengada kat orang lain, Haifa cincang abang."

"Tak akan. Kerana cinta abang hanya pada Haifa.. I.T.A.L.Y , sayang."

"Apa tu I.T.A.L.Y??"

"I trust and love you, sayang." bisiknya penuh romantis.. Aku hanya tersenyum panjang. I love you too, abang!