Tuesday, 21 April 2015

Cerpen : Yes! Saya suka awak

Tajuk : Yes! Saya suka awak
Penulis : Mira Afendy
Tarikh post : 21 April 2015





“Ha?”

“Ye, saya suka abang! Saya, Nurin Aliya binti Azmi, sukakan  Muhamad Thaqif bin Othman!” sekali lagi ayat keramat itu meluncur keluar dari mulut comel itu. Makin terpinga Thaqif dibuatnya.

“Tapi..”

“Abang mesti suka saya jugak kan?” tebak Nurin. Kening diangkat double jerk. Kemudian dia tersengih-sengih sendiri.

“Tak, bukan macam tu. Maaf, abang hargai perasaan awak terhadap abang tapi.. abang tak suka awak.” Mati terus senyuman Nurin. Kedengaran beberapa orang yang menyaksikan kejadian itu juga tergelak-gelak kecil. Nurin tunduk. Mukanya mula memerah.

Pakkk!

Sebiji kusyen melayang tepat mengena kepalanya. Nurin tersentak.

“Hoi! Sudah-sudah la tu Nurin Aliya oi. Dah dia tolak cinta kau, buat apa lagi kau nak teringat kat dia. Kot kot sekarang ni dia tengah berbahagia dengan kekasih hati, kau kat sini makan hati. Berbaloi ke?” bebel Nabila. Bosan dia melihat Nurin asyik termenung saja sejak membuat pengakuan berani mati dihadapan senior yang diminatinya itu.

“Tak kisah la kau nak cakap apa pun. Yang aku tahu, aku takkan berputus asa! Aku betul-betul suka kan dia Bell!” Nurin tekad. Perkara yang memalukan itu harus dilupakan demi mendapatkan lelaki yang betul-betul sudah berjaya merebut hatinya sejak dia menjejakkan kaki ke Universiti ini.

“Kau tak serik ke? Kita bukan zaman sekolah tau. Ni dah zaman university.” Nabila sekali lagi mengingatkan Nurin.

“So? Salah ke aku suka dia?”

“Tak salah tapi dia dah bagitahu kan yang dia tak suka kau. So, stop la memalukan diri kau sendiri. Berhenti sukakan dia.” Nasihat Nabila pula.

“Bell, aku takkan putus asa. Aku tak boleh putus asa. Aku bukan seorang yang cepat mengalah. Aku yakin, suatu hari nanti, dia mesti suka kan aku. Kau tengoklah nanti.” Ujar Nurin penuh yakin. Ye lah, apa kurangnya dia? Nak kata tak cantik, ramai aje kawan-kawan perempuan Thaqif yang seribu kali lagi tidak cantik daripada dia. Nak kata dia tak pandai, dia takkan masuk University ini kalau dia tidak cerdik. Jadi apa kurangnya dia di mata lelaki itu? Nurin bingung sendiri.

Nabila sudah menepuk dahi. Otak terbalik kea pa minah ni? Apa la jampi si Thaqif  tu pakai sampai minah ni jadi gila meroyan sampai macam tu sekali? Betul-betul parah ni!

________________

“Kekadang hati ku bertanya, adakah dia dah berpunya, kerana diriku merasa, aku jatuh hati padanya.”  Lagu Aku Suka Dia nyanyian Ainan Tasneem didendangnya perlahan. Kad pelajar diputar-putar. Skinny merah dipadankan dengan peplum biru laut. Wide shawl merah turut dililit kemas dikepala. Beg jenama Guess gah tergantung dibahunya. Nurin Aliya berjalan beriringin dengan Nabila menuju ke CafĂ© yang berdekatan.Tiba-tiba langkah Nurin terhenti.

“Thaqif?! Ya Tuhan! Ya Tuhan! Ya Tuhan! Handsomenya Thaqif hari ni. On camera! On camera!” Kelam kabut Nurin mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg. Beberapa keping gambar candid Thaqif diambil. Dia tersenyum puas hati melihat hasilnnya. Tak sangka dapat jumpa Thaqif hari ni! Fikirnya lelaki itu sibuk menyiapkan projek berkumpulan memandangkan tarikh hantarnya sudah dekat. Tapi boleh pula dia terserempak dengan lelaki itu yang sedang berbual kosong disini. Dari mana dia dapat tahu semua tu? Dia kan stalker professional. Semua tentang Thaqif ada dalam tangannya.  Nurin tergelak di dalam hati.

“Kau memang tak ada kerja lain kan selain kumpul gambar candid mamat tu?” soal Nabila seraya melabuhkan punggungnya dikerusi dicafe itu.

Nurin yang sedang ralit menilik gambar yang diambilnya tadi hanya mendiamkan diri. Bibirnya melirik senyum panjang.

“Eii.. bawak-bawak lah insaf Nurin oi..” Nabila menjeling. Meluat pula dia melihat senyuman Nurin itu. Macam taka da kerja lain nak dibuatnya selain menjadi stalker tegar si Thaqif tu. Betul-betul membazirkan masa!

“Bising la kau ni, Bell. Biarlah aku nak ambil gambar dia pun. Kenapa? Kau jealous eh aku tak ambil gambar kau?” usik Nurin sambil tersengih sengih. Nabila buat gaya meluat.

“Tak ada maknanya aku nak jealous. Aku cuma penat tengok beratus-ratus keping gambar dia yang kau tampal kat dinding bilik kau tu. Bila aku masuk dalam bilik kau, dah rasa macam masuk muzium seni, kau tau tak? Tu belum campur dalam album lagi. Nurin, bila kau nak taubat dari buat kerja gila macam ni?” bebel Nabila panjang. Sakit hatinya melihat Nurin yang seperti tidak mengendahkan bebelannya itu.

“Hey guys!” tiba-tiba seseorang menyapa mereka berdua. Kedua-duanya berpaling. Nizam yang tersengih-sengih terus duduk bersebelahan Nurin tanpa dipelawa.

“Apehal ni Bell? Masam je aku tengok?” sapa Nizam. Pelik melihat sahabat wanitanya ini. Seorang masam, seorang lagi senyum sampai telinga. Tak ke pelik tu?

“Ni ha? Tengok la minah ni. Betul-betul dah parah. Kuat betul pengaruh Setia Hujung Nyawa sampai jadi gila bayang macam ni.” Bebelan Nabila makin bertambah tetapi Nurin hanya buat tidak dengar saja.
Nurin kemudiannya mengeluarkan speket sticky note dan beberapa batang marker berlainan warna. Tersengih-sengih dia memandang Nabila dan juga Nizam. Nabila yang melihat menepuk dahi.  Ni tak lain tak bukan, terpengaruh dengan watak Hairul Azreen la ni.

“Dengar  sini ek, Nurin Aliya, lepas ni jangan harap aku bagi kau tengok cerita tu lagi. Nanti entah apa lagi kau terpengaruh pun aku tak tahu la,” rungut Nabila.

“Kau ingat idea kau bagus sangat? Tak dapat tengok kat TV, aku tengok kat internet. Zaman dah maju la Bell.” Ujar Nurin sambal ketawa.

“Kau nak buat apa dengan sticky note tu?” soal Nizam pula apabila dia hanya mendiamkan diri dari tadi.

“Kejap.” Nurin menulis sesuatu di atas sticky note tersebut. Emoticon smiley turut dilukis. Dia kemudian mengangkat sicky note tersebut dan menayangkan benda alah itu kepada Nizam disebelah dan kepada Nabila.

‘SAYA SUKA AWAK. :)’

“Kau nak bagi kat dia?” Tanya Nabila. Nurin menggelengkan kepala. Nizam pula kembali mendiamkan diri.

“Dah tu?”

“Aku nak tampal kat buku dia,” kata Nurin dengan sengihan panjang.

Nabila menepuk dahi. “Suka hati kau lah nak buat apa pun. Jangan menyusahkan aku sudah!” pesan Nabila. Dia penat untuk terus menasihati Nurin yang keras kepala ni.

Nurin hanya tersenyum memandang gambar-gambar lelaki pujaannya. Entah kenapa, yakin benar dia yang Thaqif akan jatuh cinta padanya suatu hari nanti. Nizam disebelah hanya merenung wajah ceria Nurin. Sedikit demi sedikit, perasaan kecewanya makin menebal. ‘Kenapa Nurin tak putus asa mengejar cinta orang yang tidak mencintainya?’ Nizam benar-benar tidak faham.

______________________

Nurin duduk bersila diantara rak-rak buku diperpustakaan. Sekejap-sekejap kepalanya terjenguk-jenguk ke arah tempat duduk Thaqif. Sticky note ditangannya dibelek-belek. ‘Hish.. bila dia nak bangun ni?’

“Hoi! Kau buat apa kat situ? Terhendap-hendap macam orang buat salah je.” Soal Nizam yang kebetulan lalu dan melihat Nurin disitu. Nizam lantas mencangkung dihadapan Nurin.

“Diam lah. Kau tak tahu misi jihad aku ni.” Jawab Nurin. Matanya dari tadi tidak lepas memandang sudut sebelah kanan. Nizam yang ingin tahu turut memandang kea rah yang sama. Kemudian keluhan panjang dilepaskan. ‘Dah agak dah..’

“Jihad lah sangat. Jihad yang tak mendatangkan pahala langsung! Kalau kau pergi tolong makcik cleaner kat luar tu ke atau belanja aku makan ke seribu kali lagi baik lah..”

Nurin memandang Nizam dengan pandangan tajam. Kemudian jari telunjuknya diletakkan di bibir. “Boleh diam tak? Ni kan library” ujarnya geram.

Nizam tersengih. Kepala yang tidak gatal digarunya.

“Nizam.. kau nak pahala free tak?” soal Nurin tiba-tiba.

“Hmm.. Kerja amal ni berfaedah ke tak?”

“Tak berfaedah bagi kau, tapi berfaedah bagi aku.”

“Akan dipertimbangkan.. Kau nak minta tolong apa?”

Nurin tersengih. “Kau tolong aku alihkan perhatian Thaqif. Aku nak letak stick note ni kat buku dia lah.. Tolong ye? Pleaseee….” ujar Nurin sambil buat muka ala-ala budak cute. Sengaja meraih simpati.

“Malas lah. Tak kuasa aku nak bercakap dengan dia.” Bantah Nizam. Memang dia tak kuasa pun.

“Ala Nizam. Boleh la, boleh la. Kau tak kesian kat aku ke? Kita kan bestfriend. Lagipun dulu kau cakap kau sayang aku. Lepas tu kau cakap kau sanggup buat apa je asalkan aku happy. Takkan benda kecil macam ni pun kau tak boleh tolong aku..” Nurin guna reverse psychology. Nizam yang melihat wajah merayu Nurin mula rasa serba salah.

“Ye lah, ye lah!” Nizam bangun lalu mengatur langkah menuju ke arah Thaqif. ‘Nurin.. Nurin.. sebab sayanglah aku sanggup buat tau tak. Tak nampak lagi ke keikhlasan aku ni lebih daripada seorang kawan?’ ujar Nizam dalam hati.

“Thaqif, Madam Azzyati panggil kau.”kata Nizam apabila dia melabuhkan duduk dihadapan Thaqif. Thaqif terpinga seketika.

“Kenapa cari aku?” soal Thaqif.

“Mana lah aku tahu. Aku bukannya busybody semua hal aku nak ambil tahu. Dah, pergi jumpa dia. Dia ada kat bilik sebelah library ni.” Beritahu Nizam. Kalau Madam Azzyati betul-betul ada kat bilik sebelah, mati dia. Nizam terus berlalu pergi. Thaqif kemudian bangun menuju ke bilik sebelah. Nurin yang sedari tadi menyembunyikan diri di sebalik rak mula meloncat keriangan. Sayang kau Nizam!!

Nurin bergegas ke tempat duduk Thaqif. Satu buku nota Thaqif yang terdapat diatas meja dicapai dan dibuka. Dilekatkan sticky note berwarna merah hati itu. Buku ditutup kembali dan diletakkan ditempat asal. Dia kemudiannya berlari menjauhi tempat duduk Thaqif dan keluar dari perpustakaan sebelum kelibat Thaqif kelihatan.

__________________

“Bell! Nampak Nizam tak?” Tanya Nurin. Matanya melilau mencari kelibat Nizam.

“Buang tabiat ke apa? Selalunya Thaqif je yang kau cari.” Nabila cuba serkap jarang.

“Aku nak belanja dia. Dia dah tolong aku semalam.”

“Tolong? Tolong apa?”

“Adalah..” ujar Nurin dengan sengihan. Nabila memandang Nurin tajam. Tergelak Nurin dibuatnya.

“Nizam tolong aku stick note kat buku Thaqif lah,” terang Nurin dengan senyuman yang makin melebar. Nabila tepuk dahi. Masalah-masalah!

__________________

Thaqif melambakkan sticky note yang berwarna-warni dengan pelbagai kata-kata romantis diatas meja kopi diruang tamu. Terbeliak mata Farid dibuatnya.

“Biar betik? Banyak gila kot kau dapat sticky note ni. Serious kau dapat banyak ni dalam seminggu?” Tanya Farid sambil tangannya ligat membelek belek sticky note itu . Dia membaca satu persatu ayat diatasnya.

 ‘AWAK ROMEO SAYA’

‘SAYA SUKA AWAK :)’

‘ASSALAMUALAIKUM KEKASIH’

 Farid kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

“Yupp! Aku pun dah naik pening nak cari siapa punya kerja ni.”

“Kau rasa siapa?” soal Farid. Thaqif hanya menjongket bahu. Dia pun tak sempat nak fikir siapa dalang disebalik sticky-sticky note ini. Assignment yang berlambak-lambak itu pun tak sempat nak ditangani, inikan pula manusia pelik yang begitu obsess pada dirinya.

“Aku rasa aku tahu siapa punya kerja ni..” ujar Farid pula sambil memikirkan sesuatu. Thaqif memandang Farid dengan dahi yang berkerut.

“Siapa?”

“Budak perempuan tu lah!”

“Budak perempuan tu? Budak perempuan mana?” soal Thaqif bingung. Budak perempuan mana yang dimaksudkan oleh Farid ni?

“Jap.. kau tengok ni eh..” Farid kemudianya berdiri.

“Abang Thaqif, saya suka abang. Saya Nurin Aliya, sukakan Muhamad Thaqif bin Othman.” Sesudah dia meniru gaya Nurin, dia tergelak sendirian. Thaqif hanya terdiam. ‘Budak perempuan tu ke..’ fikirnya.

“Nurin Aliya?” soal Thaqif. Farid mengangguk.

“Yang pakai tudung belit-belit tu?” Farid angguk lagi.

“Yang comel-comel tu?” Farid angguk juga.

“Plus yang mulut kecoh kepoh tu.” Tambah Farid dengan sengihan. Kemudian dia kembali 
duduk disebelah Thaqif.

Thaqif terdiam. ‘Dia ke? Tak mungkin lah.. Dah beberapa minggu tak nampak batang hidung budak tu. Entah-entah dia dah pindah kolej sebab malu ditolak..’

“Tak mungkinlah dia..” bangkang Thaqif tidak percaya.

“Apesal pulak tak mungkin?”

“Aku dah lama tak nampak budak tu..” ujar Thaqif lagi.

“Kau tu memang susah nak nampak orang. Si Fathia budak paling hot dalam kelas kita yang sukakan kau pun kau tak nampak, inikan pulak Nurin.”

“Habis tu kenapa kau tak tuduh Fathia yang buat ni semua?” soal Thaqif sengaja.

“Bro, kau cuba fikir. Siapa yang berani mati buat pengakuan dekat kau face to face tu?”

Thaqif mengerutkan dahi mendengar soalan Farid. “Budak perempuan tu lah..”

“Yes, budak tu lah! Fathia mana pernah luahkan perasaan pada kau macam tu. Budak tu seorang je yang ada motif sekarang ni.” Ujar Farid bersungguh. Dia betul-betul yakin ini Nurin Aliya yang punya kerja.

“Are you sure?” soal Thaqif lagi.

“Siapa lagi buat kerja gila dalam kolej ni? Cerita sikit kat aku.” Farid mengetap bibir. Apehal lah sahabatnya ini susah nak percaya?

Thaqif terdiam. Alasan si Farid ni ada betulnya jugak. Dalam ramai-ramai perempuan dalam kolej ni yang dia kenal, hanya budak Nurin tu sorang je berani buat kerja gila ni. Tapi, tak cukup lagi ke pengakuan berani mati dia hari tu?

“By the way Qif, esok Prom Night kan? Baju kau dah ada?” soal Farid pula mengubah topic perbualan mereka.

Thaqif tersengih. “Ni Thaqif lah. Of course dah siap ‘tuxedo’ aku tu.” Thaqif tergelak. Sengaja nak menyakat Farid. Dia tahu yang Farid punya baju tak siap lagi. Farid buat gaya menyampah.

“Partner?”

Senyuman Thaqif mati. “Perlu partner ke?” soalnya geram. Single pun still boleh hadir apa?

“Kalau susah susah sangat kau rembat je la si Fathia jadi partner kau. Tak pun ‘budak perempuan tu..’” Farid tergelak kemudian berlalu meninggalkan Thaqif. Thaqfi mencebik. Spoil!

_________________

Nurin melangkah masuk ke dalam Dewan Kenanga. Banyak mata-mata yang memandang ke arahnya. Nurin hanya buat tak tahu. Matanya meliar mencari kelibat Thaqif namun tidak kelihatan. Takkan Prom Night tak datang kot?

Tiba-tiba seseorang merempuhnya dari belakang. Nurin berpaling.

“Oh ni la budak tak tahu malu yang buat pengakuan berani mati depan Thaqif hari tu?” salah seorang daripada tiga budak perempuan yang merempuhnya tadi berkata. Nurin kenal mereka. Mereka kawan sekelas Thaqif!

“Haah.. Ni la perempuan yang tak ada maruah tu.” Ujar perempuan yang memakai dress berwarna pink itu pula. Fathia melihat Nurin atas bawah. Kemudiannya dia mencebik.

“Tak ada la cantik sangat. Tapi ada hati nak pikat Thaqif.” Ujarnya sambil menyilangkan tangan. Nurin cuma diam. Dia tidak ada niat ingin bertengkar. Ya, mungkin dia perempuan yang tidak tahu malu, tapi dia perempuan bermaruah! Dia Cuma mengejar apa yang dia inginkan. Itu saja. Salah ke?

Tiba-tiba seseorang menarik tangan Nurin menyebabkan gadis itu tersentak.

“Mungkin dia tak cantik bagi korang. Tapi sekurang-kurangnya dia ada hati yang suci dan lebih baik daripada korang!” ayat pedas yang keluar daripada mulut Nizam betul-betul membakar hati tiga gadis itu.

Fathia merengus geram. “Jom girls, tak payah layan dua makhluk kurang siuman ni. Sorang perempuan tak tahu malu, sorang lagi mulut longkang. Memang sepadan!” Habis saja dia berkata-kata, dia terus melangkah meninggalkan mereka berdua.

“Kau tak patut cakap macam tu..” marah Nurin sambil memukul lembut lengan Nizam.

“Diorang lagi tak patut cakap kau macam tu.” Marah Nizam kembali. Geram bila teringat kata-kata gadis tadi. Nurin pulak takkan diam je, sepatutnya dia melawan lah!’ bentak Nizam dalam hati.

Nurin terdiam. Genggaman tangan Nizam pada tangannya dirungkai. ‘Bila masa pulak mamat ni pegang tangan aku?’

Nizam yang tersedar tangannya memegang tangan Nurin , cepat-cepat dilepaskan. Nurin pula tunduk. “Sorry, tak sengaja.” Ujar Nizam lembut.

“Its okay. Hmm.. By the way, Bell mana ye?” soal Nurin pula.

“Dengan siapa lagi. Partner dia lah!” Nurin tergelak. Untungnya orang ada partner! Kemudian matanya kembali mencari Thaqif.

“Hmm.. Kau nampak cantik malam ni.” Puji Nizam perlahan. Nurin tersengih. Malam itu dia mengenakan dress bertingkat berwarna Turqoise dan tudung half-moon berwarna pink yang disarung teliti. Mukanya dirias cantik. Wedges 4 inci tersarung dikakinya. Fuh! Gila tak cantik? Nurin tergelak sendiri.

“Kau pun nampak handsome malam ni.” Balas Nurin pula. Giliran Nizam pula tersengih.

“Hmm.. Nurin, kau nak tak…” belum sempat Nizam menghabiskan katanya, Nurin mencelah.

“Jap! Thaqif…” ujarnya perlahan. Matanya dibekukan pada susuk tubuh Thaqif yang tidak jauh dari mereka berdua. Nizam sudah buat muka kecewa.  Dia memandang Nurin. Kalau ikutkan hati, nak saja dia tutup mata Nurin tu daripda melihat Thaqif. Apa yang ada pada lelaki itu pun dia tidak tahu sampai Nurin tergila-gila macam ni.

Bibir Nurin mengukir senyuman. Omg! Handsomenya Thaqif malam ni!

_________________

Thaqif hadir dengan pakaian yang sempoi. Kemeja petak biru laut disarung diabahagian luar manakala baju T berwarna pink lembut dibahagian dalam. Dipadankan dengan jeans. Rambut pula dicacak-cacakkan.

“Cett, pakai macam ni punya simple pun orang tegur handsome?” kata Farid.

“Dah nama pun jejaka pujaan ramai,” Berlagak! Thaqif tergelak.

“Tadi aku nampak Nurin. Cun gila dia malam ni. Tapi macam dah ada partner je. Ke dia dah berhenti usha kau ni?” Farid mengusik Thaqif dengan sengihan.

“Nurin Aliya?” soal Thaqif inginkan kepastian.

“Ye lah! Nurin mana lagi?”

“Oh. Mana dia? Tak nampak pun.” Mata Thaqif mula mencari kelibat Nurin.

“Tu, tengah tengok kau dari tadi.” Farid memuncungkan mulutnya ke arah Nurin. Mata Thaqif 
turut menghala kea rah yang ditunjukkan. Matanya terpaku seketika.
Nurin gelabah. Pandangannya dialihkan. Dia pandang aku? Dia pandang aku! Nurin tergelak kecil. Nizam yang melihat mula pelik.

“Kau okay ke tak ni?” soal Nizam pula.

“Jap eh..” Nurin cepat-cepat melarikan diri ke arah pentas. Ada satu rancangan yang telah dirancangnya untuk Thaqif. Semuanya untuk Thaqif seorang saja! Dia tersenyum bangga. Nizam ditinggalkan terpinga-pinga sendirian.

Dari sudut lain, Fathia tersenyum sinis. “Girls, malam ni, perempuan tu akan mendapat malu yang tak mungkin akan dia lupakan seumur hidupnya. Kita tengok, sejauh mana maruah perempuan yang tak tahu malu tu!” Fathia gelak sinis.

Sarah dan Melisa juga turut tergelak. Mereka tahu apa yang telah dirancangkan oleh Fathia.
‘Mampus kau, Nurin!’ ujar Fathia dalam hati. Senyuman sinis masih terukir dibibirnya.

____________________

Tiba-tiba lampu di dalam Dewan Kenanga gelap. Suasana yang tadinya tenang sedikit kecoh.

“Perhatian semua. Malam ni kita ada satu persembahan yang istimewa dari seseorang yang sangat cantik pada malam ini dan harap anda semua terhibur. Terimalah, Nurin Aliya dengan lagunya I Love You!” bergema bunyi tepukan gemuruh selepas Nazril, selaku host pada malam itu bercakap.

Lampu utama dipasang dan hanya dinyalakan dibahagian tengah pentas dimana duduknya Nurin disitu dengan gitar diriba.

Farid menyiku Thaqif. “She is perform..” bisik Farid perlahan.

Thaqif terpaku. Jantungnya berdegup laju tanpa alasan. Matanya difokuskan pada pentas.

“Ehem.. test test, 1, 2, 3..” ujar Nurin membuatkan sesetengah orang tergelak dengan tindakannya. Thaqif juga turut tersenyum. Kelakar!

“Hmm.. lagu ni saya tujukan buat seseorang. Okay, terimalah…” ujar Nurin lagi. Sebenarnya dia agak gugup, tapi tidak tahu apa yang menghasutnya supaya dia meneruskan rancangan gilanya ini. Berada di atas pentas dan dihadapan khalayak ramai, baru dia tersedar yang kerja ini benar-benar gila!

Nizam hanya merenung Nurin yang berada di atas pentas dengan perasaan kecewa. Dia tahu lagu itu untuk siapa. Dan sudah semestinya, lagu itu bukan untuk dia.

Gitar mula dipetik.

“Terimalah…” ujarnya sekali lagi.

“Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu

I’m sorry but i love you
I’m sorry if i miss you
Even if i can’t have you
You know i’ll always be there for you”

Mungkin kita tak bersama itu takdirnya
Tak mengapa asal kau bahagia
Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you...”

Belum sempat lagi Nurin menghabiskan lagu dan petikan gitarnya, sesuatu yang kuat berbunyi dari atas. Nurin dan seluruh isi dewan mula mendongak. Tidak semena-mena, sebaldi air mengena tepat pada tubuh Nurin seakan-akan kemalangan. Nurin tergamam. Habis lecun bajunya.

Seluruh dewan juga terkejut melihat situasi yang tidak dijangka itu. Nizam yang melihat bertambah geram. Siapa punya angkara ni?! Belum sempat dia bergerak menuju ke arah pentas, seseorang terlebih dahulu bergerak kea rah Nurin. Thaqif?

Thaqif mencapai kain alas meja yang kosong dan berjalan menuju ke arah pentas dimana 
tempat Nurin berada. Sampai dihadapan Nurin, dia meneyelimutkan tubuh Nurin yang lecun itu dengan kain tersebut. Nurin tersentak. Dia kemudiannya menoleh.

“Thaqif..” ujarnya. Matanya sudah tidak dapat ditahan lagi. Air matanya keluar perlahan-lahan.
Thaqif mencapai microfon. Perlahan, dia menyambung nyanyian Nurin tadi sambil matanya merenung ke arah gadis itu.

“Biar aku..
Mencintaimu..
Biar tiada siapa yang tahu..”

Thaqif memulakan nyanyian. Tiba-tiba kedengaran bunyi muzik dari arah belakang. Thaqif menoleh. Nazril tersenyum dan mengangkat ibu jarinya. Thaqif turut tersenyum dan kembali meneruskan nyanyian. Pandangannya dihalakan pada khalayak ramai. Semua bersorak gembira.

“Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu
I’m sorry but i love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you..”

Thaqif memandang Nurin kembali. “ I’m sorry but i love you...” Dia menghabiskan nyanyiannya dengan senyuman. Nurin turut tersenyum. Dia gembira. Dia benar-benar bahagia!
Sebaik sahaja Thaqif habis menyanyi, tepukan gemuruh bergema.

Fathia yang melihat merengus geram. “Kenapa semuanya jadi macam ni?!” soalnya tidak berpuas hati dan berlalu meninggalkan dewan itu.

“Fathia..” jerit Sarah dan Melisa lalu berjalan mengekori sahabatnya itu.

Nizam tunduk. Melihat adegan mesra itu hatinya sedih. Tapi apa boleh buat, Nurin hanya suka pada Thaqif seorang. Dia memang sudah tiada peluang. Perlahan, Nizam juga turut melangkah menuju keluar dewan.

Nabila tergamam. Dia tidak percaya yang Thaqif akan membantu Nurin seperti itu. So Hero! Untungnya Nurin! Semoga Thaqif sudah boleh menerima segala usaha Nurin selama ini. Harapnya dalam hati.

_____________________

Nurin duduk diatas rumput ditaman sambil memandang langit yang luas dan bulan yang bercahaya cantik. Dia menarik kain alas meja itu membaluti tubuhnya. Sayangnya nak tanggalkan! Biarpun ini hanyalah kain alas meja, tetapi ianya istimewa, sebab Thaqif yang bagi. Entah kain siapa yang Thaqif ambil pun dia tak pasti.

Tiba-tiba seseorang menghulurkan sehelai baju kemejanya dihadapan wajah Nurin. Nurin berpaling.

“Pakai yang ni lah. Yang tu bukan saya punya.” Thaqif tergelak kecil. Nurin tersengih. Baju kemeja milik Thaqif bertukar tangan. Thaqif kemudian duduk disebelah Nurin.

"Thanks.." ujar Nurin. Thaqif hanya senyum.

“Kenapa duduk kat luar?” Tanya Thaqif.

“Saja. Ambil angin malam..” Thaqif mengangguk-angguk.

“Abang tak sejuk ke? Tak apa lah,abang pakai lah baju ni.” Nurin ingin mengembalikan baju milik Thaqif kembali tetapi dicegah Thaqif.

“Saya okay..” Thaqif senyum.

“Awak ke yang bagi sticky note warna-warni kat saya?” soal Thaqif terus terang.
Nurin mula gelabah. Kantoi! “Err.. kenapa abang tanya saya?”

Thaqif tersenyum. Dia gelabah! Sah, dia yang bagi!

“Kenapa awak suka saya? Dan kenapa awak panggil saya abang? Setahu saya, saya tak adalah tua sangat.” Thaqif melawak. Nurin tergelak. Tapi sebenarnya dia rasa cemas. Macam mana nak jawab soalan Thaqif ni?

“Kenapa diam?” soal Thaqif lagi.

“Emm.. saya tak tahu kenapa saya suka abang. Tapi yang saya tahu,  first time saya nampak abang, saya dah suka. Love at first sight maybe..” Nurin tergelak kecil.

“Cuma.. yang bezanya, saya bertepuk sebelah tangan. Ya, saya mengaku, saya yang bagi sticky note tu kat buku abang. Tak kisah lah abang nak cakap saya ni tak malu ke, perigi cari timba ke. Saya tak kisah. Tu cara saya bagitahu kat orang tu bahawa saya suka dia. Dan orang tu adalah abang.” Terang Nurin panjang. Thaqif tersenyum. Too honest! Aku suka! Telahnya.

“Dan.. kalau abang tak suka saya panggil abang ‘abang’ , saya takkan panggil lagi..” Nurin tunduk. Dia malu sebenarnya. Tak tahu lah pula orang disana sebenarnya tak suka. Tapi.. dah hati tak suka, apa pun yang dia panggil, Thaqif mesti takkan suka punyalah!

“Siapa cakap abang tak suka? Abang tanya je. Sebab jarang orang panggil abang ‘abang’.” Thaqif gelak kecil. Nurin tersenyum. Tak sangka itu yang akan keluar dari mulut Thaqif.

“Kalau Nurin nak, Nurin boleh jadi bayang-bayang abang..” ujar Thaqif lagi.

“Maksud abang?”

“Nurin lulus ujian! Abang tak pernah jumpa perempuan macam Nurin. Terlalu jujur dengan perasaan sendiri. Kejujuran itu amat penting tau untuk bina satu hubungan yang bahagia. Kalau Nurin izinkan, bagi abang kenal Nurin dulu sebelum kita pergi lebih jauh?” terang Thaqif pula.

Nurin tergamam. Pergi lebih jauh… Pergi lebih jauh! Thaqif terima aku? Yeayy!! Soraknya dalam hati.


“Nurin izinkan!” laju kata-kata itu meluncur keluar dari bibir comelnya membuatkan Thaqif tergelak. Memang betul- betul jujur ni. Nurin tersengih sendirian. Tak sangka usahanya selama ini tidak sia-sia. Walaupun kemalangan malam ini benar-benar menggugurkan maruahnya, sekurang-kurangnya, dengan kejadian itu, dia boleh lebih rapat dengan Thaqif. Dia gembira. Dia bahagia! Nurin tersenyum lagi. Kedua-duanya mendongak memandang langit dengan hati dan perasaan yang sangat bahagia!


Saturday, 7 February 2015

Cerpen : Nikah kita bercinta

Tajuk : Nikah kita bercinta
Penulis : Amira Affendi
Tarikh post : 7 February 2015






“Aku cakap aku boleh, tapi tak bermaksud yang aku nak…” Raisya menggigit bibir.

Zulkifli mula tidak senang duduk. Hatinya yang sudah tidak beberapa tenang semakin kacau.

‘Hish, apa ke susahnya perempuan ni nak fahamkan apa yang aku cakap? Tak sedar ke yang dia pun ada masalah yang sama macam aku sekarang ni?  Harulah minah sorang ni!’ bebel Zulkifli sendiri.

“Habis tu, kau nak kahwin dengan si Fuaz tu?”

Raisya terus mencebik apabila nama mamat poyo sedunia itu disebut. Dia sangat tidak berpuas hati apabila mengingatkan keputusan daddy yang mahu menjodohkan dia dengan Tengku Fuaz yang memang sangat meloyakan tekaknya itu. Kalau bagi free pun, belum tentu dia nak!

“Hah, sama lah dengan aku!” desis Zulkifli bila melihatkan reaksi Raisya.

Raisya tiba-tiba tersedak. Mujur tak tersembur air lemon tea yang baru diteguknya tadi, kalau tak mahu biru muka mamat ni nanti.

“What?! Papa kau pun suruh kau kahwin dengan Fuaz ke?” soal Raisya terkejut.

“Main-main lah kau ni!”

Terburai tawa Raisya melihat muka Zulkifli merah menahan marah. ‘Sensitiflah pulak mamat ni.’

“Raisy, aku betul-betul ni. Aku taknak lah kahwin dengan si Nina gedik tu. Tengok dia jalan pun, aku dah seksa mata tau apatah lagi dengar dia bercakap. Seksa telinga aku ni tau tak. Cuba kau bayangkan kalau aku betul-betul kena kahwin dengan dia.. Haru hidup aku nak menghadap dia seumur hidup..”

“Dah tu, kau nak kita buat apa?” Tanya Raisya lagi sambil terus menghirup airnya.

“Macam yang aku cakap tadi, kita kahwin…” jawab Zulkifli selamba. Sabar dia menunggu reaksi Raisya seterusnya namun Raisya tidak mudah melatah seperti yang diharap.

“Kalau dah kahwin nanti, kita nak buat apa pulak lepas tu?” dengan penuh cool, Raisya bertanya lagi. Nak kahwin? Bukan benda main-main tu.. Kena fikir betul-betul dulu.
“Let’s just take one step at a time..”

“Erm..” Raisya terus bermain-main dengan straw. Sekali sekala dia menyedut air di dalam gelasnya.Bermacam macam benda yang bermain di benak fikirannya sekarang, cuba memikirkan baik dan buruk jika dia bersetuju dengan idea Zulkifli itu.

“Okeylah, let’s us talk about the pros and cons of this idea..” seakan membaca fikiran Raisya, Zulkifli memberi usul.

“Okay, the pros first!”

Zulkifli sudah bersiap sedia dengan hujah hujahnya. “Okey, advantage yang pertama kalau kita kahwin..” Zulkifli mengangkat jari telunjuknya.

“Aku dengan kau dah lama kenal, five years for that fact and we are BFF, so we know each other insinde and out.” Terangguk-angguk Raisya mendengar kata-kata Zulkifli itu. Memang betul mereka berdua sudah kenal lama dan kalau nak dikira, Zulkiflli sorang ni ajelah kawan lelakinya yang paling boleh dipercayai. Okey, hujah diterima di situ.

“Sebab yang kedua, aku handsome. So tak rugi lah kau dapat aku..” Zulkifli senyum nakal.

Membulat mata Raisya mendengarkan kenyataan perasan tambah poyo daripada Zulkifli itu.

“And kau pun okey jugaklah.. Normal.. tak cacat, so kira aku tak rugi sangatlah kalau kahwin dengan kau..”

Raisya mengetap bibir. Ya Allah… sabar ajelah!

“And parents kita pun masing-masing dah kenal kan, so.. ”

“Hah, itu problem!” Raisya tiba-tiba memotong sambil tangannya menepuk meja.

“Kau ingat parents kita nak percaya ke kalau tiba-tiba cakap yang kita nak kahwin? Dia orang tahulah kita dua ni macam mana. Mestilah dia orang syak something nanti.. Hish, tak boleh! 

Tak boleh! Mati kita kalau dia orang tahu yang kita nak kahwin semata-mata nak elakkan jodoh yang dia orang tetapkan…”

Zulkifli tidak berkutik dari tempat duduknya. “Alah, apa susahnya? Kalau kita cakap kita nak kahwin, dia orang boleh buat apa? Biarlah dia orang nak syak ke apa. And kalau kita berjaya yakinkan dia orang, tak mungkin dia orang akan tahu sebab sebenar kita nak kahwin. Lagipun, it is possible kan kalau kita betul-betul nak kahwin?”

Raisya menjungkit kening. “Meaning?”

Zulkifli mengangkat kedua belah tangannya sambil menjongketkan bahu. “Just saying…”

“Okey then, how about the cons?”

“I can’t even think one, dear..”

Raisya tergelak kecil. “Am I that good, huh?”

“Well, you can say that. At least kau tak tergedik or miang keladi macam si Nina tu..”

Terasa bangga sekejap dalam hati. Sengaja nak berbasa basi! Ceh! Susah sangat ke kalau nak puji aku sekali-sekala?

“Okey, I’m on then. Kita kahwin. By the way in my opinion, kau pun okey jugak.” Raisya sudah sebulat suara. Baik kahwin dengan orang yang kita kenal hati budinya dari kahwin dengan orang yang tak tentu hala macam si Fuaz tu. Sekurang-kurangnya, dia boleh juga bergantung harap dengan Zulkifli nanti. A friend with benefits. Dia tidak akan rugi apa-apa. Hopefully.

“Oh yeah? Am I that good, huh?” Zulkifli sengaja menggunakan ayat Raisya tadi.

“Whatever!” Raisya malas melayan. Makin dilayan, makin menjadi tahap perasannya nanti.

“Okey, it’s a deal then. Kita kahwin.”

“Kita kahwin..” Raisya mengulang kata-kata Zulkifli sambil mengangguk-angguk. Rasa macam tak percaya pulak nak kahwin dengan bestfriend sendiri.

“Tapi, this is not a marriage contract ke apa. Promise that we’ll try to make this marriage works no matter what it takes. Such as.. Nikah kita bercinta or else…”

Raisya memandang Zulkifli pelik. Biar betul?

“But.. If only dah tak boleh nak serasi sangat, baru kita bawa haluan masing-masing, okay?” sambung Zulkifli lagi.

“I couldn’t promise that.. But, let see..” diam sekejap antara mereka.

“Friends with benefits. That’s us after this.” Ujar Zulkifli kemudiannya memecahkan sepi yang tiba-tiba menyelubungi mereka.

“Hey, aku pun terfikir macam tu jugak!”

“Haha.. Maybe we are meant for each other after all…” tutur Zulkifli lagi menyebabkan mereka berdua terus terdiam.

Zulkifli tiba-tiba mengeluarkan not RM50 dari dompetnya dan diletakkan di atas meja. Dia mencapai telefon dan kunci keretanya.

“Come, we got a marriage to plan!”

Raisya terus terjelir lidah, spontan. “Erk, so clichĂ© lah Encik Megat Zulkifli. Geli aku sekejap. Cakap macam kau dalam movie aje.. Poyo gila!” sengaja dia mengata Zulkifli sambil dia mencapai beg tangannya dan melangkah seiringan dengan Zulkifli.

“Jealous lah tu!”

“Pardon me? Jealous? Oh please… tak kuasa, okey!”

“Whatever!”

Raisya menggeleng kepala melihat Zulkifli. Hish, entah macam manalah dia boleh bersetuju dengan idea kurang sihat si Zul ni. Boleh ke dia nak duduk sebumbung dengan lelaki itu? 
Sebilik dengan lelaki itu? Dan berkongsi segalanya dengan lelaki itu?  Erk!

‘Tapi Raisya, boleh ke nak back out sekarang? Tapi kalau back out, nanti daddy suruh kahwin dengan Fuaz, erk! Itu lagi teruk! Taknak aku! Okay, Raisya.. Calm down.. Zul is better.. Zul is better. Zul pun Zul lah. Hentam aje!’
________________

“See, tak susah kan kita kahwin..” gemersik bisikan Zulkifli menyapa pendengaran Raisya.

“Ada aku cakap susah?!” balas Raisya sambil mengetap bibir. Geram kerana tangan Zulkifli sewenang-wenangnya menjalar liar di pinggangnya. Puas dia menjeling namun Zulkifli terus berlagak selamba, buat tak tahu aje.

Raisya mula hilang sabar. Memang si Zul ni nak kena!

Perlahan-lahan Raisya merapatkan tubuhnya pada Zulkifli. Kini dia betul-betul berdiri di hadapan suaminya itu dan tanpa mempedulikan tetamu yang masih belum habis meninggalkan dewan repsesi majlis perkahwinan mereka, Raisya memijak kaki Zulkifli dengan tumit kasutnya.

“Aduh!” Muka Zulkifli berkerut merah menahan sakit namun dia terpaksa cepat-cepat memaniskan muka apabila sahabat papanya, Dato’ Hisyam datang mengucapkan tahniah kepada dia dan juga Raisya.

Raisya tersenyum puas. “Itulah, tak menyabar lagi… Tangan tu tak senonoh!”

Zulkifli serta merta tersengih. “Oh, maknanya Puan Raisya Rania, kau tak marah lah aku pegang kau, cuma kau marah aku tak menyabar aje  ye.. gitu ek? Maknanya, lepas ni bolehlah aku pegang kat mana-mana and bila-bila masa saja ek?”

Raisya menggamit rasa. Geram melihat senyuman nakal suaminya itu. ‘Pandai aje mamat ni duk pusing apa yang aku cakap. Takpe, nak main-main kan? Okey, kita main jugak! Dia melihat kiri dan kanan, memastikan tidak banyak mata yang memerhati.

Terus dia memalingkan tubuhnya supaya menghadap Zulkifli. Dia meletakkan tangannya di leher lelaki itu dan dapat dirasakan yang Zulkifli tiba-tiba kaku, mengeras dengan sentuhannya, diam tidak berkata apa. Muka lelaki tu tak payah nak cerita lah. Memang terkejut habis! Raisya tergelak jahat dalam hati.

Perlahan dia merapatkan wajahnya dengan wajah Zulkifli dan dengan lembut dia menyapu rinik-rinik peluh di dahi lelaki itu dengan jarinya yang runcing. Sengaja dia menggulum senyuman menggoda sebelum dia mula menjarakkan dirinya semula. Sekilas dia melihat wajah Zulkifli di sebelahnya.

Zulkifli menarik nafas panjang sambil merasa sendiri degupan  jantungnya yang menggila laju sebentar tadi. Dia melonggarkan bow tie dilehernya sambil berdehem untuk membetulkan kembali kelajuan jantungnya yang memang macam baru lepas berlari 10km tanpa henti. ‘Gosh! Aren’t she is so good at stirring man’s heart?’ soalnya pada diri sendiri.

Raisya tergelak kecil melihatkan telinga dan wajah lelaki itu yang mula memerah. Dengan riak wajah yang penuh lagak, Raisya berkata, “Itu baru sikit…”

Zulkifli memandang wajah isterinya yang menggoda. Dia tersenyum senget. “So I can expect more than this then?” balasnya nakal.

Raisya pula yang terkaku.

“Well, I’m sure I am one of the lucky guy.. Memang tak rugi kahwin dengan kau, kan?” Zulkifli mula tersenyum nakal. Kata-katanya tadi penuh dengan makna yang tersirat. They are friends with benefits after all, right?

Raisya diam, malas mahu melayan. Bertekak dengan seorang peguam ni memamng susah! Pandai aje dia membelit nanti. Baik diam aje..

Tiba-tiba muncul Fuaz di hadapan mereka berdua. Spontan tangan Zulkifli terus menarik pinggang isterinya rapat pada tubuhnya. Jelingan tajam Raisya tidak dipedulikan.

“Err.. I nak ucap tahniah pada you, Raisya.” Ujar Fuaz perlahan. Sakit matanya melihatkan tangan Zulkifli yang erat memeluk pinggang wanita kesayangannya itu. Tak sangka dia yang Zulkifli yang menjadi pilihan Raisya. Bukan ke mereka ni kawan baik je?

“Well, thank you.” Balas Raisya dengan senyuman.

“Okey then, I have to go.” Ujar Fuaz lagi sambil menatap wajah Raisya sedalamnya. Zulkifli yang melihatnya merasa tidak selesa.

“Okey, thank you for coming.” Sengaja Raisya berbasa basi dengan si Fuaz ni. Tetamu harus dilayan baik.

Fuaz mengangguk sebelum pergi meninngalkan mereka berdua. Pandangan Raisya kembali pada wajah Zulkifli. Bibirnya diketap.

“Can you put your hand down?!”

Zulkifli yang tersedar tangannya masih memaut pinggang Raisya mula tersengih. “Opps.. sorry..”

Raisya memandang suaminya tajam. Zulkifli hanya buat selamba. ‘Emergency hug actually..’ ujarnya dalam hati.
___________________

“Sayang, cepatlah!” Zulkifli mengetuk-ngetuk pintu bilik air itu untuk entah ke berapa kali. Lama betul isterinya itu di dalam. Bertapa ke apa?

“Tak payah nak sayang sayang sangat lah… Geli aku dengar!” omel Raisya sendirian sambil membelek mukanya di cermin. Sekejap-sekejap dia menekan perutnya yang memulas semacam. Senggugut. Mujur juga dia memakai alas tadi. Kalau tak, naya je baju pengantin putihnya yang dipakai sebentar tadi tiba-tiba bertompok merah. Haru nanti!

Paluan Zulkifli yang semakin kuat membuatkan Raisya mula bengang. “Hish! Kacaulah!” Dia membuka pintu dan membiarkan Zulkifli masuk. Tanpa mempedulikan lelaki itu dia segera mecapai berus gigi dan dioles sedikit ubat gigi di atasnya. Terus dia memberus gigi sambil melihat lagi wajahnya di cermin.

Zulkifli tidak habis-habis tersenyum apabila Raisya membenarkan dia masuk sekali. Kini mereka berdua berada di dalam bilik air bersama. Terasa intim begitu. Laju sahaja tangannya mencapai berus giginya dan mengikut perbuatan isterinya. Sama-sama dia melihat bayang mereka di cermin.

Raisya sudah siap memberus dan berkumur namun Zulkifli di sebelahnya masih kaku berdiri tetapi tidak bergerak pula berus di giginya itu.

“Oit!” Raisya mencucuk pinggang suaminya.

“God! Pendeknya kau!”

Raisya membulatkan matanya. ‘Erk, apakah?’ “Apa hal pulak tiba-tiba cakap aku pendek ni?! 
Sengaja kan nak kutuk aku. Tahulah kau tu tinggi.” Raisya menjeling. Memang Zulkifli sengaja nak cari pasal. Tinggi aku okey apa?! Bebel Raisya dalam hati.

“Tinggi kau berapa sebenarnya? Tadi waktu majlis, tak nampak kau pendek sangat tapi sekarang..” Zulkifli bertanya lagi selepas dia juga sudah siap berkumur. Sengaja nak membakar hati Raisya.

“Seratus enam puluh, standardlah tu. Kau tu yang terlebih tinggi!”

“Pergh! Kalau gitu, kita beza sepuluh lebihlah. Wah, memang kau pendek! See, I can see right pass you. Luas pemandangan gitu.” Zulkifli menggawang-gawangkan tanggannya melepasi kepala Raisya.

“Pape lah kau! Malas nak layan!” Raisya menolak dada Zulkifli dan mula melangkah keluar dengan hati yang sebal. Zulkifli tergelak kecil. Kemudian dia juga turut keluar dari bilik air.

Raisya sudah berada di atas katil sambil membetulkan bantalnya. Dia terus membaringkan kepalanya tanpa mempedulikan pandangan suaminya itu. Kononnya merajuk!

“Sayang…” panggil Zulkifli sambil berjalan menghampiri katil. Tiada sahutan daripada isterinya. Dia juga mula merebahkan tubuhnya di sebelah Raisya yang sedang baring membelakanginya. Merajuk la tu..

“Raisy, kau marah ke?” soal Zulkifli pula.

Raisya yang membelakanginya mencebik.

Tangan Zulkifli tiba-tiba memeluk Raisya dari belakang. Raisya keras, terkejut yang amat. Terasa tubuh Zulkifli berada dekat dengannya. Jantung Raisya terus berdegup kencang tetapi dia tidak berani untuk bersuara apatah lagi cuba untuk berpaling ke belakang.

Zulkifli menopang kepalanya dengan tangan kirinya. Dia melihat Raisya yang masih tidak membeli reaksi walaupun dia sesuka hati memeluk pinggang istrinya itu. ‘Takkan dah tidur kot..’ “Tak baik tau membelakangkan suami macam ni..” ujarnya lagi.

Raisya mengetap bibir. ‘Melampau. Memang mamat ni melampau. Nak kena pelempang laju-laju ke?’

Raisya mula menepis tangan Zulkifli yang berada dipinggangnya.

“So sorry but I’m so tired now. You should take a rest too. Good night and sleep well.” Ujar Raisya tanpa memalingkan wajahnya menghadap Zulkifli.

Zulkifli tersenyum senget. “But I’m not planning to sleep tonight..”

“Then, pergi main jauh-jauh, jangan kacau orang nak tidur.”

Zulkifli tersenyum lagi. Dirasakan seolah-olah kata-kata isterinya itu bagaikan menggoda dirinya. Tanggannya sekali lagi melingkari pinggang Raisya.

Raisya yang geram dengan tindakan suaminya itu mula mengetap bibir. “Zul…”

Belum sempat Raisya menuturkan ayatnya, Zulkifli mencelah. “Shhhh… Just sleep well..” bisik Zulkifli lembut. Raisya yang mendengarnya bagaikan terbuai. Dia mula membiarkan tangan suaminya itu yang makin mengeratkan pelukan. Raisya memejamkan matanya. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyuman. Terasa selamat di dalam pelukan lelaki itu. Lelaki yang dulu adalah sahabat baiknya, dan kini sudah bergelar suaminya. Tapi persoalannya, boleh ke kami bercinta selepas nikah ni?
_________________

“Megat Zulkifli!!”

“Eh ye?! Kenapa? What happened?!” Zulkifli melompat bangun dari tidur apabila mendengar jeritan Raisya.

“Dah pukul sembilan setengah ni! Flight kita pukul sebelas! Macam mana ni?!”

“Lah, ingatkan apalah tadi. Biarlah terlepas flight pun. Kita honeymoon dalam bilik aje.” Balas Zulkifli lemah sambil menarik Raisya untuk baring semula. Raisya cuba untuk bangun namun pergerakannya terkunci gara-gara pelukan Zulkifli pada dirinya. Ish, rimasnya!

“Zul! Janganlah macam ni! Daddy dah sponsor honeymoon kita tu, takkan kita nak biarkan macam tu aje? Membazir tau tak. Bangunlah cepat…” rengek Raisya sambil menolak-nolak lengan Zulkifli.

“Okey..” jawab Zulkifli lambat-lambat. “Aku bangun tapi aku nak upah dulu..”

“Upah? Upah apa pulak ni?” Tanya Raisya lagi sambil cuba mengalihkan tangan Zulkifli yang masih memeluk erat pinggangnya, sekaligus memaku dirinya di atas katil itu. Namun, apalah sangat dayanya kalau nak dibandingkan dengan kudrat Zulkifli. Tak terlawan! Dia akhirnya mengalah, membiarkan sahaja selagi tangan suaminya itu tidak meliar ke tempat lain.

“Give me a good morning kiss first, here..” pinta Zulkifli lagi dengan jari dihalakan kea rah pipinya.

Raisya mengetap bibir menahan rasa bengang dengan sikap Zulkifli yang terlebih manja tu. Dia perasan yang Zulkifli berubah sikap sebaik sahaja lelaki itu sah menjadi suaminya dua hari  yang lalu. Manja dan.. romantik, mungkin? So, ini lah maksud dia with ‘try to make this marriage works no matter what it takes’? Tak terlalu cepat ke untuk makes this work Encik Zulkifli? soal Raisya sendiri.

“But, just a kiss on my cheek didn’t give you any harm, right Miss Raisya Rania?” Zulkifli mengusik lagi.

“Mengada lah kau ni!” marah Raisya sambil menolak wajah Zulkifli yang makin dekat dengan wajahnya.

“Cepatlah, sayang..” Zulkifli makin galak mengusik.

Raisya yang makin geram dengan tindakan Zulkifli itu terus menggigit tangan Zulkifli membuatkan lelaki itu mengaduh sekaligus melepaskan pelukannya. Tanpa membuang masa, Raisya terus bangun dari pembaringannya dan berlari masuk ke dalam bilik air. Dalam hatinya sudah tergelak besar.

“Your wage, my dear!” ujar Raisya dari dalam bilik air sambil tergelak lagi.

Zulkifli yang masih di atas katil menggosok-gosok tangannya yang digigit Raisya tadi. Boleh tahan kasar juga isterinya itu. Tiba-tiba bibirnya menggulum senyuman sebelum dia turut tergelak kecil.

“Raisya.. Raisya.. susah betul nak pikat hati kau..” Zulkifli bermonolog sendirian. Banyak usaha dan kerjasama yang diperlukan demi membolehkan dia beristerikan Raisya, wanita yang dicintainya dari dulu lagi. Kalaulah Raisya tahu akan semua hal itu... memang habis!
______________

“Zul, kenapa kau belok kanan? Bukan laluan ke airport ikut kiri ke?” soal Raisya pelik.
Zulkifli memandang isterinya sekilas sebelum kembali fokus pada pemanduannya. Soalan Raisya dibiarkan sepi.

“Zul, aku tanya ni..” Raisya mula tidak senang duduk. Entah ke mana lah suaminya itu nak membawa dia. Takkan nak culik dia kot. Err.. mungkin perkataan culik itu tidak sesuai digunakan memandangkan Zulkifli itu adalah suaminya sendiri. Tapi, dia benar-benar nak tahu ke mana mereka akan pergi sekarang ni.

“Boleh tak kau panggil aku elok-elok sikit..” keluh Zulkifli.

Raisya mengerutkan dahi. Setahu dia memang dia dah panggil suaminya itu elok-elok. Tang mana tak eloknya?

“Cuba lah belajar panggil aku ni abang ke, darling ke, sayang ke, hubby ke.. Ni tak. Hormat sikit lah..” luah Zulkifli.

“Bukan ke dah janji nak love after marriage and makes this marriage works.. Nikah kita bercinta, kan?” sambung dia lagi.

Raisya tergelak mendengarkan kata-kata suaminya itu.  “Friends with benefits, okay. Jangan lupa kau pernah cakap macam tu sebelum ni.”

“Yeah, but still.. kita kan suami isteri. Panggilan antara suami isteri tu amat penting tau untuk menjalinkan hubungan mesra antara kita. Belum cuba belum tahu. Mana lah tahu lepas ni, we will love each other more than a friend? This is not a marriage contract, okay. Remembered that too.”

Raisya mencebik. Huh, kalau dah peguam tu.. tetap dengan hujahnya! Memang susah nak menang!

“Ye lah.. abangku sayang.. Puas?” Raisya akhirnya mengalah. Panggil abang aje pun. Tak luak apa lah.

Zulkifli di sebelah sudah tersenyum. Okay lah tu, ada sedikit kemajuan. Walaupun memang tak nampak ikhlasnya tu.

“But, mana ka.. opps, sorry. Mana abang nak bawa Raisya ni?”

Zulkifli senyum senget sambil keningnya diangkat-angkat. “Adalah...”
_________________

“Kenapa Cameron highlands?” soal Raisya sebaik sahaja dia melabuhkan duduknya di atas kerusi di dalam sebuah restoren yang agak mewah di Cameron Highlads ini. Nampak sangat romantik!

“Sebab abang rasa kat sini tempat yang romantik..” Zulkifli senyum lagi. Menampakkan lesung pipit kirinya yang memang menawan. Raisya hanya mengangguk.

“Raisya…” suasana menjadi sepi sekejap.

“I have something to tell you right now.. To be honest with you…” suara Zulkifli yang perlahan menambahkan lagi suasana romantik antara mereka berdua. Raisya yang merasakan sesuatu yang pelik, tiba tiba mencelah.

“Sekejap!” potong Raisya. Zulkifli memandang isterinya.

“But.. kenapa kita berdua aje yang ada dalam restoren ni? You know.. like.. restoren ni tak laku eh? Makanan dia tak sedap ke? We shouldn’t comes here then..” bisik Raisya perlahan. Takut kata-katanya didengari oleh pekerja-pekerja di dalam restoren ini.

Zulkifli yang terdengar sudah tergelak besar dengan soalan Raisya yang kedengaran agak  lucu itu.

“Memanglah kita berdua je yang ada, because I booked the whole place for us tonight!”

“You… what?!” Raisya sudah separuh menjerit.

“Tapi kenapa kau nak buat macam tu pulak?” Tanya Raisya lagi. Akibat terkejut, habis hilang panggilan abang untuk suaminya.

“Kau?” duga Zulkifli pula.

“Sorry, I mean.. abang.”

“Okay... Like I told you just know. I have something to tell you..”

Raisya semakin ingin tahu. Apa sebenarnya yang dirancangkan oleh Zulkifli ni?

Zulkifli mengambil tangan Raisya di atas meja dan menggenggamnya erat. Raisya yang pada mulanya agak terkejut, hanya membiarkan perlakuan suaminya itu.

“Tahu tak.. bila abang dapat tahu yang awak nak dijodohkan dengan Fuaz, abang panik gila..”

“Well, saya pun panik…” celah Raisya lagi. Siapa lah yang sanggup nak dikahwinkan dengan Fuaz tu? Seram.

“I’m serious. Abang tak boleh tidur, tak lalu nak makan and langsung tak senang duduk..”

Raisya kini diam. Tak tahu nak kata apa. Tapi sebenarnya dia pelik. Kenapa Zulkifli perlu rasa semua tu? After all, we just a BFF.

“Then... baru abang tahu, yang abang sebenarnya.. abang sukakan Raisya... No..” Zulkifli menggelengkan kepala. “…actually, I’m in love with you..”

Raisya terpaku mendengarkan luahan yang tampak ikhlas itu. Zulkifli mencintai dia? Sounds like a nonsense! Biar betul?

“So I did something..” ujar Zulkifli lagi. Raisya hanya merenung lelaki di hadapannya itu tanpa berniat untuk bersuara.

“I planned the whole thing…”

“Abang buat cerita yang kononnya papa nak kahwinkan abang dengan Nina yang actually… papa dengan mama pun tak berkenan pada Nina tu..” Zulkifli kemudiannya tergelak kecil. Melihatkan Raisya yang hanya diam membuat Zulkifli sedikit resah. Marah ke isterinya itu?

“I made up the story and I told you that day… and I came up with the idea of us to get married untuk elakkan kononnya ‘that silly arranged mariage’.”

“But the fact was, abang dah suruh mama merisik Raisya awal-awal lagi. Dan sebenarnya persiapan pun semuanya dah siap.”

Raisya tercengang. Patutlah semuanya berjalan lancar je. Patutlah parents mereka tidak membantah dan mempersoalkan perkahwinan mereka..

“Tapi.. kenapa perlu ada-adakan cerita? Kenapa perlu berahsia? Kenapa awak tak terus terang saja?” Raisya mula bersuara. Matanya merenung tajam wajah Zulkifli. Geram pun ada.

“Sebab… abang fikir.. abang bertepuk sebelah tangan.. so, I.. I just planned all of it and I think I can make you fall in love with me after married..”  tergagap-gagap suara Zulkifli menerus kata. Takut kata-katanya bakal menggores hati isterinya itu.

“What?!” suara Raisya mula meninggi.

“Tapi kenapa perlu ada penipuan dalam bercinta? Don’t you think about my feelings? You owe me a proposal, you owe me an engagement and all of it seperti mana setiap wanita dalam dunia ni inginkan..” Raisya mula beremosi.

“Tapi disebabkan untuk elak daripada saya berkahwin dengan Fuaz, saya relakan segalanya. Awak dah buat saya rasa diperbodohkan..” Raisya mula sebak. Sedih dengan segala yang berlaku. Bukan kerana menyesal, tapi kerana ditipu. Tangannya pada pegangan Zulkifli juga ditarik kasar.

Zulkifli yang agak terkejut dengan tindakan Raisya bingkas bangun. Dia merapati isterinya itu dan memeluknya dari belakang. Erat! Ya, dalam soal ini memang dia yang bersalah!

“That’s why abang bawa sayang ke sini malam ni..” lembut bisikan Zulkifli bagaikan memujuk.

Zulkifli tiba-tiba melutut di hadapan Raisya. “Raisya Rania Bt Dato’ Norman, abang minta maaf kalau selama ni abang tak adil dengan sayang, tak fikirkan perasaan sayang. Abang minta maaf kalau selama ni abang dah selfish. Abang tipu sayang semata-mata nak kahwin dengan sayang.. I’m so sorry about that. Tapi abang nak sayang tahu sesuatu.. I’m in love with you. Maybe it might sound a little bit poyo but yes, I’m deeply in love with my only bestfriend forever. And I want to always be with you. Forever and ever  as your husband.. Puan Raisya Rania.. will you be my wife.. and makes our love after married comes true?” ujar Zulkifli tulus sambil menghulurkan sebentuk cincin pada Raisya.

Raisya melihat cincin yang dihulurkan Zulkifli. Ya, dia terharu. Sangat terharu. Mungkin dia belum mencintai suaminya ini, tapi dia yakin dia boleh mencintai Zulkifli. Perlahan wajah suaminya diusap. “After all, you are my husband. There is no reason why I have to reject you to becomes my husband now..” kata-kata Raisya membuatkan Zulkifli tersenyum. Zulkifli menggapai jari isterinya dan menyarungkan cincin itu di jari manis Raisya. Kemudian isterinya itu dipeluk erat.

“I love you, sayang. I did. I still do.” Tutur Zulkifli lembut.

“I will love you too.. abang.” Raisya tersenyum. Nikah kita bercinta.. ternyata lebih indah kerana segalanya sudah halal disisiNya. Terima kasih ya Allah, atas segalanya.
__________________

Terlopong mulut Raisya apabila membuka pintu hotel bilik mereka.

“Bila abang buat semua ni?” soal Raisya sambil matanya melihat segenap bilik mereka yang dipenuhi bunga ros. How romantic it is!

Zulkifli hanya mengangkat bahunya. Raisya pula sudah merebahkan tubuhnya di atas katil. Zulkifli juga turut merebahkan dirinya di sebelah Raisya. Tubuh Raisya dipeluk erat.

“No naughty, okay. Red flag, remembered?” Raisya mengingatkan suaminya itu.

“Still.. I can hug you right?” pelukan makin dieratkan. Raisya tersenyum.

“Tomorrow we’ll go to the airport..”

Raisya memandang Zulkifli pelik. “I thought ini tempat honeymoon kita?”

“Kata daddy dah sponsor honeymoon kita, takkan nak miss pulak?”

Dahi Raisya berkerut lagi. “Bukan ke dah…”

“Abang dah tukar our flying date sebab abang nak bawa sayang ke sini dulu..” potong Zulkifli.

“Hish.. pandai ye, rancang senyap-senyap macam tu!” Raisya mencubit lembut pipi Zulkifli. Suaminya hanya tersenyum.

“Abang…” panggil Raisya lembut.

“Hmm…”

“Thank you sebab awal-awal perkahwinan kita lagi abang dah bongkarkan segala perasaan abang pada Raisya..”

Zulkifli mengelus lembut wajah isterinya. “I told you before. Abang nak bila kita nikah, baru kita bercinta. So I did it. And thank you sebab Raisya terima abang seadanya..”

“Gila tak terima? Handsome tu..” Raisya tergelak kecil. Zulkifli juga turut tergelak.

“Am I that good, huh?” soalan yang sama yang pernah dilontarnya dulu, sekali lagi disoalnya.

“Of course! You are my husband now!” ujar Raisya pula. Tak salahkan puji suami?

“Sebab ni lah abang cintakan sayang..” pelukan dikemaskan.

“No, abang. Don’t fall in sleep. Solat isya’ dulu please…”

“Just a minute..”

Raisya tersenyum manis didalam pelukan suaminya. Siapa sangka, bercinta selepas kahwin itu adalah perkara paling manis yang dia pernah rasa. Apatah lagi, bercinta dengan kawan baiknya sendiri. I love you, Mr. Zulkifli! I will love you..






Tuesday, 28 October 2014

Hukum batalkan puasa ganti

Assalamualaikum..

Sharing is caring right?

Apa hukum batalkan puasa ganti? haa.. kalau cakap soal hukum hakam Allah ni, macam-macam lah jawapan dia.. kenapa banyak jawapan? kenapa banyak persoalan? sebab ramai yang confius and tak tahu. So, kalau kita kita kita confius, apa kata kita ambil tahu?

Macam macam jenis masalah perempuan ni kalau melibatkan nak ganti puasa. Ye lahh.. bulan Ramadhan kan Allah dah bagi MC. so kena bayar balik lah. Susah sangat ke nak puasa? Susah sangat ke nak puasa?! Ha, mantapkan iman kuatkan hati. Jom kita berpuasa ganti.

Ini soalan-soalan yang biasanya orang tanya mengenai hukum batalkan puasa ganti.

1) Pada tahun lepas saya tidak sempat habis mengganti puasa, adakah saya perlu mengganti 2x (double) puasa itu pada tahun ini? Apa yang saya tahu, perlu membayar fidyah.
Jika kamu tidak sempat ganti pada tahun lepas bermakna kamu wajib ganti puasa tersebut pada tahun ini dengan jumlah hari yang sama iaitu tidak bertambah tetapi kamu wajib membayar fidyah disamping qadha tersebut sebanyak secupak beras untuk sehari yg ditinggalkan.
Yang bertambah ialah bilangan fidhyah beras bukannya bilangan harus qadha .

2) Berdosa tak kalau saya buka puasa ganti Ramadan kerana malas?

Tidak boleh berbuka puasa ganti Ramadan, nazar atau apa sahaja amalan wajib yang lain dengan sengaja setelah memulakannya. Sama seperti solat fardu; di mana tidak dibenarkan berhenti selepas memulakannya melainkan jika keadaan darurat.

Tetapi, boleh membatalkan puasa sunat bila-bila masa mengikut kehendak orang yang berpuasa itu. Begitu juga dengan amalan sunat yang lain. Sesiapa yang pernah membatalkan puasa wajib hendaklah bertaubat kepada ALLAH dan jangan ulangi perbuatan itu. Walau bagaimanapun, dia tidak perlu membayar apa-apa kifarat. (Rujuk: Al-Mughni, jil:4, ms 412 dan al-Majmu', jil: 6, ms: 383)

Cikhoneybee said:
Ya, ini memang sangat tak boleh. Sebab tu seboleh-bolehnya, aku kalau buat puasa ganti, aku akan cuba bertahan sampai masa berbuka. Caiyokk!



3) Saya ada kemusykilan mengenai puasa ganti. Ada pendapat mengatakan apabila menggantikan puasa di bulan Syawal, secara automatik kita dapat pahala puasa sunat Syawal.
Ada juga pendapat menyatakan jika hendak puasa sunat Syawal, kita hendaklah habiskan dulu ganti puasa yang wajib.

Sunat dan wajib adalah dua perkara berbeza. Sunat ialah amalan yang sangat digalakkan kita melakukannya.Mereka yang membuat amalan sunat mendapat pahala dan tiada dosa jika tidak melaksanakannya. Berbeza pula dengan wajib yang mana seseorang itu berdosa jika meninggalkannya. Puasa ganti atau qada adalah wajib. Puasa enam Syawal pula sunat. Sebaik-baiknya puasa ganti dilakukan segera kerana ia bererti menyegerakan bayar hutang kepada Allah. Ini sikap seorang hamba yang taat pada Tuhannya. Jika dibiarkan lama, bimbang terlewat sehingga Ramadan akan datang.

Bagaimanapun ada yang berpendapat jika puasa qada dalam syawal, keberkatan Syawal dan pahalanya akan berterusan. Wallahuaklam.

Cikhoneybee said:
Yang wajib mesti didahulukan tau, baru lah kita lakukan yang sunat. 



4) Apakah puasa ganti yang dilakukan pada hari Jumaat perlu dikembarkan dgn hari Khamis atau Sabtu?
Haram berpuasa pada hari jumaat bagi puasa sunat. Walau bagaimanapun ia boleh dilakukan dengan menggandingkan sehari sebelum atau sehari selepas. Tapi bagi puasa ganti, ianya dibenarkan.


Okay that's all. Aku tetiba je nak bersharing ni sebab hari ni aku puasa ganti. Niat nak membatalkan puasa tu dah ada dah... tapi nasib baik iman cegah. Kalau tak... memang lari bukak peti dah ni. Well said, bai bai.