Thursday 13 March 2014

Masuk Syurga together

Assalamualaikum korang .

Aku pernah tanya someone satu soalan . And then dia jawab. Serius , jawapan dia sempoi wa gila-gila . Tersenyum aje aku baca jawapan dia . 

S : Assalamualaikum. Agak-agaknya perempuan yang tidak bertudung labuh atau berpurdah layak tak mendapat lelaki yang soleh ? tapi perempuan yang tidak bertudung labuh tu tak semestinya tak tutup aurat dan tak semestinya jahil agama. cuma dia tidak bertudung labuh saja.

J : Kepada Abang-abang Soleh, Hustad-hustad moleknya berkahwin dengan wanita yang kurang solehahnya.
Bolehlah nak bluetooth kesolehan korang kat yang kurang solehah.

Agar mereka menjadi Solehah sama Soleh seperti korang.
Pastu nanti enjoylah kat Syurga bersama :3

Kepada Kakak-Kakak Solehah, Hustajah-hustajah moleknya berkahwin dengan lelaki yang lebih Soleh.
Jangan kahwin dengan yang kurang piawai soleh.
Kenapa?
Dikhuatir ketidaksolehan lelaki itu bluetooth kepada wanita hustajah solehah.
and finally semua solehah wanita itu lebur dek kerana effect ketidaksolehan lelaki kepada wanita itu T^T
Na'uzubillah.

Bukankah lelaki itu pemimpin big boss kepada wanita.
Maka effect lelaki kepada wanita amat kuat dan pekat.

So apa lagi ? Hustad-hustad , akhi-akhi , jom pakat cari yang kurang solehah untuk bawa diorang sama-sama menuju Syurganya. Masuk Syurga together, not alone. Kemanisan kita share, kepahitan kita share. Barulah dinamakan Ukhuwwah. Ukhuwwah dibina kerana Allah .



"Suami sekuat Superman boleh bawa awak terbang.Tapi ,
Suami yang Beriman boleh bawa awak ke Syurga."


Moga Allah tambah cinta.



No comments:

Post a Comment